Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

Tarikh Baru Kiamat Pada 1.1.2017? Tak Serik-serik ke…?



LONDON – Selepas kiamat tidak berlaku pada Jumaat lalu, muncul pula sekumpulan pengikut ajaran sesasat yang mendakwa, ia akan berlaku empat tahun lagi.

Tarikh baru kiamat, menurut kumpulan The Sword of God Brotherhood ialah pada 1 Januari 2017.

Kumpulan itu mendakwa ‘Nabi Gabriel’ memberitahu mereka bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh berkenaan dan hanya anggota kumpulan itu saja akan terselamat sementara yang lain akan musnah dalam ‘neraka.’

Kenyataan itu dibuat selepas ribuan orang terpedaya dengan kepercayaan kononnya dunia akan musnah Jumaat lalu, seiring dengan hari terakhir dalam kalendar kuno kaum Maya. – DM

Wednesday, December 19, 2012

Nostradamus Kaitkan Lagu Gangnam Dengan Kiamat!

 Berita yang bakal anda baca ini akan membuatkan anda berfikir sejenak dan mungkin juga anda akan berasa terkejut.
Namun, janganlah mempercayainya 100 peratus, kerana apa yang berlaku di dunia ini semuanya diatas kehendak Allah SWT, dan bukannya dari pakar ahli ramalam.
Tetapi jika betul ia akan terjadi, mungkin hanya satu kebetulan. Allahualam…
Apa-apa pun tulisan daripada cerita ini dibuat hanyalah sekadar untuk renungan bersama.
Ahli ramalam kontroversi, Nostradamus memberitahu jika video klip Gangnam Style mencapai angka 1 billion tontonan, maka akhir dunia atau kiamat bakal berlaku.
Tetapi siapa sebenarnya Nostradamus yang berani meramal sehingga sedemikian rupa?
Nostradamus adalah penyair dan peramal yang lahir di Perancis pada tahun 1503.
Namanya menjadi begitu terkenal setelah beberapa ramalannya menjadi kenyataan.
Antara beberapa ramalannya yang terbukti tepat adalah Revolusi Prancis, London Fire, kematian Putri Diana, kematian John F. Kennedy, bom atom di Hiroshima dan Nagasaki bahkan tragedi 9 November di Washington.
Setelah melihat ‘track record’ lagu nyanyian Psy itu, dunia mulai cemas dengan ramalan Nostradamus tentang akhir dunia yang bakal berakhir tepat ketika lagu Gangnam Style di Youtube mencapai angka 1 billion.
Berikut kalimat ramalan Nostradamus tentang akhir dunia:
“From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine” – Nostradamus, 1503.
Ertinya ‘From the calm morning’ bermaksud negeri Korea Selatan diberi jolokkan dengan nama calm morning dalam Bahasa Inggeris.
Manakala ‘dancing horse’ sudah jelas menunjukkan tarian Gangnam Style.
Sementara itu, ‘circle will be nine’ menjurus ke arah angka 1 billion yang mempunyai sembilan nombor.
Kini angka penonton lagu Gangnam sudah mencapai angka 986,864,299.
Jadi apakah ramalan Nostradamus itu betul? Ia amat tidak masuk akal!
(Surah Al-Anaam, Ayat 73)
“Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, ‘Jadilah lalu terjadilah’, dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Qamar, Ayat 49)
“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)”.

Perogol bertayam dijel 27 tahun dan 9 Sebatan!


MOHAMAD FADZLIE (kanan) yang mengaku dirinya perogol bertayam dihukum penjara 27 tahun dan sembilan sebatan atas kesalahan merogol dan merompak manakala Mohd. Khairiell dipenjara 30 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintahkan seorang lelaki yang memasang bebola besi atau 'tayam' pada kemaluannya dikenakan hukuman penjara 27 tahun dan disebat sembilan kali atas kesalahan rogol dan samun di sebuah rumah urut di Setapak di sini pada 25 November lalu.

Mohamad Fadzlie M. Rosdi, 20, diperintah menjalani hukuman itu oleh Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid manakala rakannya yang turut mengaku salah menyamun premis itu, Mohd. Khairiell Idzham Hashimi, 21, pula diarah menjalani hukuman penjara selama 30 tahun dan 10 sebatan.

Hukuman dijatuhkan selepas Emelia Kaswati mengambil kira pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh sebelum ini.

Penganggur itu mengaku salah atas tiga tuduhan, iaitu merogol seorang pekerja wanita Vietnam di atas sofa di hadapan pekerja lain selain dua tuduhan samun terhadap penjaga premis, Jong Chiak Eng, 51, serta seorang pekerja, Teoh Cee Fah, 44. - Kosmo!

Tuesday, December 18, 2012

Sandiwara Shila, Sharnaaz?



ND Lala mahu anak tumpu kepada kerjaya, bukan ulas cerita peribadi

Belum reda perihal luahan kasar pelakon, Sharnaaz Ahmad, 27, di laman Twitter gara-gara ucapan kekasihnya, Shila Amzah, 22, ketika Anugerah Planet Muzik (APM) Ahad lalu, sehari kemudian penyanyi itu pula membuat pendedahan sudah menerima lamaran jejaka terbabit. 

Seperti drama rantaian dengan aneka konflik, episod turun naik percintaan yang bagai sengaja mahu dipertontonkan kepada umum menerusi laman sosial akhirnya dibiarkan bungkam begitu saja apabila Shila mahu pun Sharnaaz mengambil pendekatan berdiam diri. 

Walau si lelaki mendakwa akaun Twitternya digodam dan Shila pula memadamkan status ‘lamaran’ yang ditulisnya tidak lama kemudian, ia tetap mengundang perhatian ramai. Selepas usaha mendapatkan kedua-duanya menerusi panggilan serta sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak berbalas, kenyataan soal lamaran yang sepatutnya lebih manis tidak dibicarakan secara terbuka itu diajukan kepada bapa Shila, ND Lala. 

Harumkan negara lebih penting 

Bagi pelakon, penyanyi dan pengacara veteran ini, sebagai insan yang melihat jatuh bangun anak sulungnya itu selama 12 tahun untuk berada pada tahap sekarang, dia lebih selesa andai Shila memberikan tumpuan terhadap kerjaya berbanding hal peribadi. 

Menerusi kiriman e-mel, ND atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, berkata dia tidak mahu Shila memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu berikutan tumpuan yang perlu diberikan kepada persiapan rapi untuk ke World Music Awards (WMA) di Miami, Florida, pada 22 Disember ini. 

“Terima kasih kepada media, peminat dan masyarakat kerana terus memberi perhatian terhadap kerjaya Shila dan saya melihat tumpuan mengangkat nama baik negara lebih penting daripada hal yang bersifat peribadi. 

“Buat masa ini saya tidak mahu Shila memberi ulasan kerana perhatiannya lebih kepada WMA memandangkan dia dicalonkan untuk kategori Artis Wanita Terbaik dan Penghibur Terbaik, sekali gus sejarah bagi industri muzik kita di mata dunia,” katanya. 

Bersaing dengan Siti, Adele 

Selain Shila, Datuk Siti Nurhaliza turut terpilih sebagai wakil negara bagi edisi ke-23 WMA yang menampilkan lebih 200 selebriti terkenal dunia merebut trofi daripada sembilan kategori dipertandingkan. 

Bagaimanapun, Siti hanya dicalonkan dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang menyaksikan persaingan dengan Madonna, Adele, Taylor Swift, Pink, Kelly Clarkson, Alicia Keys serta lebih 30 penyanyi antarabangsa lain. 

Pada masa sama, ND juga memberi penegasan bahawa hal peribadi yang boleh ditatap orang lain adalah tidak wajar dan secara tidak langsung seakan merujuk kepada keterbukaan anaknya di laman sosial.

- Lapor Berita Harian

Sunday, December 16, 2012

Guru Agama mengaku 'Nabi' Ditahan



JAKARTA – Polis Indonesia menahan seorang guru agama berumur 48 tahun di daerah Kutai Timur, Kalimantan Timur, selepas dia mengaku dirinya ‘nabi’.

Polis percaya lelaki itu yang mengetuai kumpulan dikenali Rantau Bemban, telah memperdayakan pengikutnya untuk memberinya wang dan membenarkannya tidur dengan isteri mereka.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengisytiharkan kumpulan itu sebagai kumpulan ajaran sesat, manakala polis sedang menimbangkan untuk mendakwa lelaki itu dengan pertuduhan menipu dan murtad, menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Globe pada Sabtu.

Kini lelaki itu menghadapi pertuduhan menipu dan menggelapkan wang. Siasatan mendapati pengikut Rantau Bemban diminta memberi wang kepada lelaki itu untuk membersihkan dosa dan jika mereka tidak mampu berbuat demikian, mereka perlu membenarkannya tidur dengan isteri mereka sebagai cara untuk membersihkan dosa.


Setakat ini seorang lelaki membuat laporan mendakwa diperdaya oleh guru agama itu untuk membayar Rp170 juta bagi membersihkan dosanya dan polis percaya puluhan lagi pengikutnya telah membenarkan isteri mereka tidur dengan lelaki itu bagi tujuan membersihkan dosa. – Bernama

Panas bebb! Ustaz Azhar Idrus Tegur Cikgu Shida

Siapa yang tak kenal dengan cikgu shida kan?..seorang cikgu yang dikenali di youtube kerana video mining nya yang mendapat perhatian orang ramai.

Apa-apa pon just layan gambar ni jer..





So, apa pandangan korang?

Friday, December 14, 2012

WTF : Kemenangan Thailand Batal, Malaysia Ke Final

Ada jumpapost member yang tanye betolke kemenangan Thailand dibatalkan, dan Malaysia automatik layak ke final. 





























So, ini laah bagaimana cerite boleh tersebar:





Siasat punya siasat:


Friday, December 7, 2012

PEREMPUAN KANTOI "BERAK" DALAM LIF..

Benda nie dilaporkan berlaku kat Malaysia yer..kat area mana tidak diketahui..oleh sebab tak tahan sangat kot dia terpaksa melepaskan hayat kat dalam lif tu gak..tengok detik-detik benda nie berlaku.. 





Tuesday, December 4, 2012

Afdlin Shauki, Bront Palarae Dan Zain Saidin Sertai Misi Ke Gaza


Syukur sangat-sangat bila melihat semangat juang jitu yang ditunjukkan oleh selebriti-selebriti Malaysia. Untuk makluman, Afdlin Shauki, Bront Palarae dan Zain Saidin telah pun bertolak ke Gaza untuk menjalankan misi masing-masing. Semoga perjuangan mereka dirahmati olehNya.
misi ke gaza tak sempat nak check sama ada mereka bertiga di bawah satu misi yang sama atau berlainan. Yang pastinya, Afdlin Shauki ada bersama-sama dengan Bront Palarae. Mungkin Zain Saidin pergi dengan kumpulan yang lain. Apa pun sama-sama kita doakan agar mereka bertiga selamat sepanjang berada di Gaza.

misi ke gaza
Rasanya banyak lagi selebriti tempatan yang telah, sedang dan akan terbang ke Gaza untuk memberikan bantuan. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan. Untuk anda yang ingin membantu tetapi tidak ada kelapangan masa, bolehlah menderma menerusi SMS. Hanya perlu taip PALESTIN10 (nilai RM 10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin).

Monday, December 3, 2012

Jom is borang BR1M 2.0 dari kerajaan


daftar BR1M 2.0 secara online dan lebih pantas sekarang.

BR1M 2.0 terbahagi kepada 2 iaitu , untuk isi rumah yang akan mendapat RM500 
dan untuk individu bujang yang akan mendapat RM250.Syarat utama untuk mendapatkan bantuan ini ialah mesti WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA !


Isi rumah yang layak (RM 500 )

  1. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
  2. Berkahwin;
  3. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah
  4. Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
  5. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah. 
 Individu yang layak (RM250)

  1. Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah. 
  1. Pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia tidak layak mendapat BR1M


UNTUK MENDAFTAR SECARA ONLINE KLIK SINI .( PERCUMA )
UNTUK DOWNLOAD BORANG BR1M 2.0 KLIK SINI ( PERCUMA )

Sunday, December 2, 2012

BERTEMAKAN ‘Barbeque Wedding’.. Farid Kamil dan pasangannya, bintang jelita berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Diana Danielle

KELAINAN...majlis resepsi pelakon popular, Farid Kamil Datuk Dr Zahari dan pasangannya, bintang jelita berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Diana Danielle Danny Beeson bertemakan ‘Barbeque Wedding’.


KELAINAN...majlis resepsi pelakon popular, Farid Kamil Datuk Dr Zahari dan pasangannya, bintang jelita berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Diana Danielle Danny Beeson bertemakan ‘Barbeque Wedding’.


Foto




BERTEMAKAN ‘Barbeque Wedding’, majlis resepsi pelakon popular, Farid Kamil Datuk Dr Zahari dan pasangannya, bintang jelita berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Diana Danielle Danny Beeson berlangsung dalam suasana ringkas tapi cukup bermakna di Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5, di sini, malam kelmarin.
Tepat jam 9.10 malam, pasangan mempelai diarak masuk ke dalam taman kayangan dengan menaiki kereta kuda yang dihias indah bagaikan dalam cerita dongeng menuju ke pelamin rekaan Rita Collections.
   
  • Foto
  • Foto
  • Foto
  • Foto
Pada malam itu, tetamu turut disajikan dengan persembahan kuda daripada Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membabitkan sebanyak lapan ekor kuda untuk perarakan ‘Tean Paging’ . Selain itu, persembahan daripada pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan pertunjukan silap mata.





Jika Farid nampak segak dengan sut PDRM, Diana yang berbadan dua tetap tampil menawan dengan busana sedondon warna putih rekaan Mimpi Kita serta sentuhan solekan daripada Chot.

Tidak lengkap majlis resepsi tanpa dimeriahkan dengan kehadiran barisan artis popular tanah air seperti Fazura, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Maya Karin, Sazzy Falak, Nadia Nisa, pengarah Osman Ali, produser dan pengarah Sharad Sharan serta ramai lagi. Tidak ketinggalan, Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth, David Teo dan isterinya, Jane Lim.

Sambil kira-kira 600 tetamu menjamu selera dengan juadah barat ‘Asado Argentina’ ,mereka turut dihiburkan dengan persembahan hiburan daripada barisan artis popular tanah air iaitu Adira dengan lagu Ombak Rindu, Amir Jahari, Suffian Aji Boy dan Zul Huzaimy.

Selepas majlis merenjis dan makan beradab, pengacara majlis turut mengumumkan kejutan daripada ibu bapa Farid yang bermurah hati untuk menghadiahkan sebuah kereta mewah BMW Turbo buat pasangan mempelai yang baru sebulan melayari hidup sebagai suami isteri.

Secara peribadi, Farid mengakui persandingan di kelab ekuestrian itu adalah gabungan impian perkahwinannya dengan Diana.

“Diana memang impi untuk buat majlis persandingan ‘garden wedding’ dan saya pula ingin paparkan elemen baru iaitu istiadat berkuda pada majlis resepsi kami.

“Pada mulanya, saya merancang untuk buat persembahan kami berdua menunggang kuda tapi terpaksa ditukar pada saat akhir kerana memikirkan keadaan Diana yang mengandung,” katanya.

Ditanya mengenai banyak kekurangan pada majlis malam itu seperti bekalan elektrik terputus beberapa kali dan makanan yang tidak cukup untuk tetamu yang hadir, Farid berkata, dia dan Diana memohon maaf atas kejadian yang tidak disengajakan itu.

“Sebenarnya, perancangan untuk majlis resepsi malam ini dibuat dengan teliti sebab itu saya sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Saya tidak terkejut dengan kejutan hadiah dan persembahan tapi kekurangan dalam majlis pada malam inilah yang paling ‘best’ dan mengejutkan.

“Terus terang, kami buat majlis pada malam ini mengikut kemampuan kewangan dan hanya inilah yang kami mampu buat. Kami juga buat majlis ini dengan menggunakan duit sendiri tanpa penajaan daripada mana-mana pihak.

“Memang ada beberapa pihak yang berminat ingin menaja tapi kami belajar daripada pengalaman artis lain yang pernah mengalami penaja menarik diri pada saat akhir dan kami ambil langkah selamat ini untuk mengelakkan perkara seperti itu berlaku pada majlis resepsi kami pula,” katanya.


Diana amalkan petua ibu mentua

BARU sebulan melayari bahtera rumah tangga, Diana yang sudah berbadan dua mengakui mula menyesuaikan diri dengan statusnya sebagai isteri dan bakal ibu muda.

Walaupun sibuk membuat persiapan majlis resepsi dan majlis persandingan sebelah keluarga Farid di Kedah selepas ini, Diana tetap tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan sempat mencuri masa yang ada untuk memasak makanan kegemaran Farid di rumah.

“Saya sentiasa ingat dengan petua ibu mentua iaitu jika ingin rumah tangga bahagia, kita kena jaga makan minum suami sebaik mungkin.

“Farid pula memang suka makanan tradisi Melayu seperti Nasi Tomato dan Ayam Masak Lemak Cili Api dengan Nasi Lembik. Saya juga sudah belajar memasak makanan kegemarannya itu. Kalau masakan barat lagi mudah iaitu sosej dan sebagainya untuk sarapan pagi,” katanya.

Menyentuh mengenai kandungannya pula, kata Diana, dia tidak berdepan dengan masalah seperti ‘morning sickness’ dan sebagainya lagi pada trimester awal kehamilan ini.

“Saya juga seorang yang aktif sejak dulu dan tidak bercadang pun untuk perlahankan aktiviti seni walaupun kini mengandung. Saya juga akan teruskan aktiviti seni seperti biasa tetapi akan terima tawaran watak yang lebih sesuai,” katanya.

Sementara itu, Farid dan Diana yang menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri di Hotel Flamingo By The Lake, Kuala Lumpur tanggal 3 November lalu.

Cara menghaluskan kulit tanpa pencuci muka

(13 GAMBAR) Perkahwinan Puteri Hafizah Sururul Bolkiah: Anak Ke-5 Sultan Haji Hassanal Bolkiah


Puteri Hafizah Sururul Bolkiah(32) mengahwini Pengiran Haji Muhammad Ruzaini(29. Puteri Hafizah merupakan anak ke-5 Sultan Brunei dengan isterinya Permaisuri Saleha. Kedua pengantin ini merupakan kakitangan kerajaan dan Puteri Hafizah yang menpunyai degree dalam Business Administration bekerja sebagai pegawai di kementerian kewangan dan Pangiran Ruzaini pula merupakan penjawat awam di Pejabat Perdana Menteri.
Tahniah kepada pasangan diraja ini oleh kami di AmazingNara.Com. Semoga kekal ke anak cucu!!



Sumber : Dailymail

Thursday, November 22, 2012

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus VS Penjelasan McDonalds




Agak kecoh juga laman sosial ketika ini apabila sekeping gambar penceramah bebas bersama keluarganya, Ustaz Azhar Idrus berada di Mc Donalds tersebar.

Gambar itu menunjukkan, anak Ustaz Azhar Idrus senang makan ais krim McD, terdapat juga air kopi McD di atas meja itu beserta dulang makanan dan bekas ‘cheesy wedges’ KFC.

Apa yang menjadi persoalannya adakah Ustaz Azhar benar-benar makan di Mc Donalds atau tidak!

Jika sebelum ini, gambar berkenaan tidak diambil peduli, kini segalanya berubah.

Ia bermula apabila isu mengenai peperangan diantara Israel dan Gaza telah menyebabkan sesetengah pihak melancarkan boikot terhadapat restoran makanan segera itu.

Boikot berkenaan dilakukan kerana terdapat sumber-sumber yang mengatakan Mc Donald telah menyumbangkan sebahagian daripada keuntungan mereka kepada negara yang amat kejam itu iaitu Israel.

Disebabkan tuduhan tidak berasas itu, Mc Donalds Malaysia telah menulis di Facebook dengan mengatakan keuntungan mereka peroleh tidak disalurkan kepada mana-mana pihak politik yang terlibat dengan keganasan di dunia ini.


Berbalik kepada gambar Ustaz Azhar Idrus tadi, oleh kerana insiden ini berlaku, sesetengah individu telah menjadikan ia sebagai medium kepada rancana polotik.

Melihat daripada keadaan itu, menerusi Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original), dia telah mengeluarkan respon seperti di bawah.

Walaupun kenyataan itu telah dikeluarkan sendiri olehnya, masih ada beberapa pihak yang mengatakan apa yang Ustaz Azhar jelaskan itu seperti tidak selari dengan keadaan dengan gambar yang tersebar.

Misalnya, amat tidak logik beli air nescafe tetapi menggunakan cawan kopi McD.

Apa-apa pun, kebenaran hanya diketahui oleh Ustaz Azhar sendiri.

Apa yang penting, jangan kerana sekeping gambar, pelbagai fitnah ditaburkan untuk kepentingan politik atau diri sendiri semata-mata.

Fikir-fikirkanlah….

- mynewshub

(11 Gambar Serius) Penyerahan Kereta Audi Kepada Setiap Pemain Real Madrid Untuk Musim 2012-2013


Audi merupakan antara penaja utama kepada team bola sepak Real Madrid. Semalam, upacara tahunan penyerahan kereta Audi sempena musim 2012-2013 diadakan di litar lumba Jarama, Sepanyol. Jom tengok gambar-gambar kereta setiap pemain Real Madrid. Superb!! Yang dapat kereta paling mahal tentunya Ronaldo iaitu Audi R8 Coupe terbaru.



Iker Casillas - Audi A6 Allroad




Sergio Ramos - Audi Q7


Pepe - Audi Q7


Jesus Fernandez - Audi A5


Nacho - Audi A7 Sportback


Karim Benzema - Audi RSS


Antonio Adan - Audi A5 Cabrio


Xabi Alonso - Audi A7 Sportback


Alvaro Arbeloa - Audi Q5



p/s : Kebyakan player lain yang takde dalam gambar mendapat Audi Q7 seperti Kaka, Mesut Ozil, Ricardo Carvalho, Michael Essien dan lain-lain.. Untung gler jadi playe Real Madrid.. fuh.. Igt, Audi akan memberi kereta baru untuk setiap player Real Madrid pada setiap musim!! damn..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More