Showing posts with label Petua Awet Muda. Show all posts
Showing posts with label Petua Awet Muda. Show all posts

Saturday, September 15, 2012

Kulit Muka Kelihatan Muda dan Segar

Vitamin A dan E adalah gabungan yang baik bagi memelihara kulit muka anda agar halus, kenyal dan tegang. Ia sekaligus membantu memperlambatkan proses kedutan pada kulit muka anda. Ataupun bahasa mudahnya ~ awet muda lah!. :D

Bagi merealisasikannya, sejenis buah yang berupaya membekalkan vitamin A dan E ialah avokado. Dengan mencampurkan avokado bersama-sama madu, susu tepung dan telur, impian anda untuk kelihatan lebih muda bukanlah mustahil.

Anda boleh jadikannya sebagai topeng (masker) muka dan amalkan petua penjagaan muka ini sebagai rutin mingguan ataupun bulanan.

Tetapi, sebelum anda bergegas untuk mendapatkan buah avokado, ketahuilah dulu berapa sukatan yang diperlukannya serta 3 bahan lain...


buah avokado
Buah Avokado - akten.com.pl


~ 2 sudu teh buah avokado

~ 1 sudu teh susu tepung

~ 1 biji telur

~ Sedikit madu lebah

Cara-caranya:


1. Tumbuk isi buah avokado hingga lumat dan letakkan ia ke dalam satu bekas.

2. Masukkan madu, susu tepung dan telur ke dalam bekas yang sama.

3. Kacau kesemua bahan hingga sebati.

4. Sapukan bahan tadi ke seluruh muka anda.

5. Biarkan hingga 20 minit.

6. Cuci muka anda dengan air suam.


Wednesday, June 16, 2010

Petua Awet Muda Dengan Buah Kerandang

Ada tak di antara anda yang kenal dengan buah kerandang? Nama saintifiknya ialah Carissa Carandas. Menurut pengamal perubatan tradisional, amalan memakan buah kerandang baik untuk anda yang ingin kekal awet muda.

Bagi anda yang belum kenal buah kerandang ni, apakata kita berkenalan dengannya dulu. Buah kerandang ni berwarna merah jambu.

Buah Kerandang

Buah Kerandang - pt.treknature.com



Tapi, bila dah masak, ia akan bertukar warna kepada ungu gelap pekat.


Buah kerandang yang telah masak

Buah kerandang yang telah masak - superstock.com



Pokok kerandang ni jikalau tumbuh merimbun, amat sesuai dijadikan tempat berteduh. Ditambah pula kalau buahnya tengah lebat, lagilah cantik. Manakala daunnya pula agak keras dan batangnya juga berduri keras.


Pokok Kerandang (Carissa Carandas) - commons.wikimedia.org



Selain itu, bunga pokok kerandang ni warnanya putih dan pecah lima. Anda boleh rujuk imej di bawah ini.


Bunga Pokok Kerandang

Bunga Pokok Kerandang - pt.treknature.com




Baiklah... Setelah saling mengenali serba sikit tentangnya, mari kita berbalik kepada petua awet muda dengan buah kerandang ni. Apa yang ada perlu lakukan sekarang adalah;


1. Ambil beberapa biji buah kerandang yang telah masak.

2. Bila anda petik buah kerandang nanti, ia tentu akan bergetah.

3. Jadi, anda perlu membersihkannya dulu.

4. Kemudian, rebuskan buah kerandang tadi sehingga mendidih.

Merebus buah kerandang ni bertujuan menghilangkan keracunan getah yang mungkin terdapat pada buah kerandang yang anda petik tadi.

5. Kemudian, anda jadikan buah kerandang rebus ni sebagai ulam ketika makan tengahari atau makan malam.

Boleh dimakan bersama nasi, ulam-ulaman serta lauk-pauk lain. Amalkannya selalu secara berterusan untuk kelihatan awet muda.


Selamat Mencuba!

Thursday, March 4, 2010

Petua Awet Muda dengan Ulam Raja

Ulam raja atau Cosmos Caudatus agak sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Biasanya ia dijadikan baik sebagai pembuka mahupun penambah selera. Namun, fungsinya tak terbatas setakat itu saja.

Khasiat lain ulam raja adalah menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Penambahan oksigen ni akan melancarkan peredaran darah secara tak langsung.

Seterusnya, apabila kandungan oksigen telah mencapai keseimbangan, badan anda tentu akan terasa segar-bugar. :)

Ulam Raja (Cosmos Caudatus)

Ulam Raja (Cosmos Caudatus) - photoblog.com




Ermmm... tapi, apa kaitannya pula dengan awet muda?



Begini, bila badan dah segar; kulit anda tentunya akan sihat dan tegang. Jadi, ketegangan kulit inilah yang menampakkan anda awet muda. Tak gitu? :)


Untuk itu, jika anda ingin kekal awet muda, ikutilah petua berikut;


1. Amalkan memakan ulam raja setiap hari.

2. Anda boleh memakannya secara mentah, dicelur dan kemudian cecah dengan sambal belacan, campurkan dalam masakan tertentu ataupun dibuat kerabu.

3. Namun begitu, pastikan anda memakannya kurang daripada secekak setiap hari. Ambillah ia secara sederhana saja ya.


Selamat Mencuba!

Saturday, January 9, 2010

Petua Agar Wanita Kelihatan Awet Muda

Anda semua terutamanya golongan wanita tentunya gembira jika wajah sentiasa kelihatan awet muda. Tapi, mungkin kebanyakan anda masih lagi tercari-cari formulanya, kan? Justeru, itu saya nak kongsi petua awet muda yang tidak menelan belanja besar. :)

Mengikut kajian Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus.

Pokok Gajus (Anacardium Occidentale)

Pokok Gajus (Anacardium Occidentale)



Terdapat 2 kaedah yang boleh anda amalkan untuk kelihatan awet muda dengan pucuk gajus ni iaitu:


1. Makan begitu saja

- Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.

- Jadikan pucuk gajus ni sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.


2. Minum air rebusan

- Seperti biasa, ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.

- Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.

- Bila dah mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.

Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ni setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.

Wahh, banyak gak khasiat pucuk gajus ni, kan?

Berkemungkinan besar saya akan buat satu artikel lain khas untuk menceritakan khasiat pucuk gajus selain daripada yang dinyatakan di atas. Nantikannya yer.


Selamat Mencuba!

Wednesday, December 16, 2009

Satu Lagi Petua Awet Muda

Keinginan semulajadi untuk kelihatan awet muda bukan hanya diidamkan oleh golongan wanita saja. Malah, lelaki juga turut tak terkecuali, kan? Justeru itu, saya nak tampilkan satu lagi petua untuk kelihatan awet muda serta mengekalkan keadaan itu.

Petua awet muda ni ringkas dan mudah aje. Tetapi anda mesti janji pada diri sendiri akan mengamalkannya setiap hari tanpa jemu. Ini kerana, kalau setakat kejap makan dan kejap berhenti hasilnya pasti mengecewakan anda kelak. :(

Apa yang perlu anda amalkan ialah memakan pucuk cekur. Jadikannya sebagai ulam-ulaman sama ada ketika makan nasi di waktu tengahari mahupun malam.

gambar cekur (kaempferia galanga)

Gambar Cekur (Kaempferia Galanga) - www.deliciousmalaysia.com



Itu saja petuanya. Mudah-mudahan anda dapat mengamalkannya jika ingin kelihatan muda selalu. Maklumlah, cekur ni merupakan salah satu ulam yang kurang digemari oleh masyarakat kita. Tapi percayalah, ia dah terbukti mempunyai khasiat tersendiri. :)


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More