Showing posts with label Anne Ngasri. Show all posts
Showing posts with label Anne Ngasri. Show all posts

Saturday, December 22, 2012

(4 Gambar) Anne Ngasri dengan anaknya yang comel

Beberapa gambar Anne Ngasri bersama anaknya yang comel dan tembam. Tahniah diucapkan kepada Anne Ngasri kerana telah sah menjadi isteri Mohd Sumali Reduan lewat pagi tadi (22 Disember 2012). Majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar dan Anne kelihatan begitu bahagia.





Friday, December 21, 2012

Gambar Anne Ngasri buat aksi HOT di sisi tunangnya

Gambar Anne Ngasri buat aksi HOT di sisi tunangnya, Mohd Sumali Reduan. Keghairahan artis wanita muda negara memilih lelaki yang jauh berusia dilihat sudah menjadi trend sekarang ini. Puncanya mungkin disebabkan lelaki berusia lebih matang dan romantik dalam soal hubungan. Jom tengok beberapa gambar manja dan nakal Anne Ngasri di sisi tunangnya yang relaks dan selamba. 




Tuesday, December 18, 2012

Gambar Anne Ngasri Pilih Baju Pengantin



Semua sedia maklum Anne Ngasri sudah pun bertunang dengan lelaki pihannya, Mohd Sumali Reduan pada bulan November yang lalu dan pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 22 Disember ini di Jalan Parit Ismail, Benut, Pontian.

Menurut laporan Media Hiburan, Anne Ngasri akui masih lagi merasa berdebar untuk bergelar isteri, meskipun majlis pernikahan tersebut merupakan pengalaman kedua buat dirinya.
Jujurnya buat masa sekarang saya masih berdebar untuk menanti saat dinikahkan. Macam mana kali pertama dahulu, samalah juga kali ini. Debarannya tetap sama.Saya mengharap agar majlis yang akan dilangsungkan berjalan lancar.
Bagi majlis kali ini, Anne lebih selesa untuk mengadakan majlis kesyukuran sahaja dan tanpa sebarang majlis persandingan. Ketika majlis berlangsung, Anne bakal menggayakan busana daripada pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.

Jom lihat foto baju pengantin Anne selepas ini.




Thursday, November 22, 2012

Lebih baik Anne Ngasri kahwin dengan duda daripada kahwin dengan Aliff Aziz


Semalam Aliff Aziz mendedahkan rahsianya untuk menikahi Anne Ngasri pada bulan Disember ini. Bagaimanapun, hasrat beliau ini tidak kesampaian selepas Anne Ngasri telah bertunang dengan Mohd Sumali Reduan, 40, seorang duda beranak dua yang juga merupakan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno.


Bagi aku, lelaki yang muda daripada perempuan biasanya belum berfikiran matang dan mudah berubah seperti yang berlaku di antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Tidak hairan kenapa Siti Nurhaliza memilih untuk menjadi isteri kepada Datuk K. Seorang lelaki yang jauh lebih berusia daripada perempuan dan pernah berumahtangga, pandai menjaga hubungan dan tahu apa yang diperlukan oleh seorang wanita.

Dalam kenyataan Aliff Aziz semalam, beliau dikatakan amat terluka kerana pertunangan mengejut Anne Ngasri dengan Mohd Sumali Reduan awal bulan ini.
"Jujurnya, saya tidak pernah merasai perasaan cinta yang mendalam seperti ini. Apabila hubungan kami tidak menjadi, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka.
"Sepanjang sebulan lebih saya berehat kerana beberapa masalah kesihatan, saya juga cuba menyembuhkan hati ini.
 

"Luka yang terlalu mendalam ini tiada siapa yang boleh mengubatnya kecuali Allah. Saya memohon kepada-Nya supaya kesakitan yang dirasai dapat dikurangkan selain berdoa untuk kebahagiaan Anne. Dia seorang wanita yang cukup sempurna di mata saya," tuturnya.

Sebelum pertunangan Anne Ngasri dengan Mohd Sumali Reduan, hubungan Anne Ngasri dan Aliff Aziz telah pun berakhir sejak dua bulan lalu. Kenapa baru sekarang Aliff Aziz meluahkan kekecewaannya sedangkan hubungan mereka sudah pun berakhir? Kenapa tidak menjaga hubungan cinta itu dengan baik sebelum ini?

Untuk pengetahuan korang, lelaki biasanya hanya akan mula menghargai seorang wanita itu apabila sudah kehilangannya, samada menjadi milik orang lain atau pergi dari dunia ini. Sebenarnya, apa yang dirasai oleh Aliff Aziz sekarang adalah perkara normal sebagai seorang lelaki yang belum matang dan mengikut emosi.

Monday, November 12, 2012

Jawapan Anne Ngasri kenapa pilih Mohd. Sumali Reduan dan bukannya Aliff Aziz


Berita pertunangan Anne Ngasri dan Mohd. Sumali Reduan baru-baru ini nyata mengejutkan ramai peminat Anne Ngasri kerana memilih seorang duda beranak dua. Sebelum ini, Anne Ngasri pernah dikatakan begitu hangat bercinta dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz tetapi putus sejak dua bulan lepas. Korang boleh ikuti jawapan Anne Ngasri berkenaan isu mengejut ini.
Kosmo: Boleh Anne jelaskan kenapa tiba-tiba ambil keputusan untuk bertunang?

ANNE: Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kerana kini saya telah pun bergelar tunangan orang. Kalau semuanya berjalan dengan lancar, saya akan mendirikan rumah tangga pada bulan hadapan, cuma tarikh yang masih belum ditentukan lagi. Bagi saya ini bukan merupakan satu keputusan yang dibuat secara tiba-tiba kerana selama ini saya memang sudah bersedia untuk berkahwin. Lagipun sejak putus cinta baru-baru ini saya tidak pernah menutup hati saya dengan mana-mana lelaki.

Kosmo:
Adakah anda sedar dengan keputusan untuk bertunang kebanyakan peminat akan menyangka anda yang sebenarnya menjadi punca ketika putus cinta dengan Aliff?

ANNE: Saya sedar perkara sebegitu pastinya akan timbul, namun saya meminta supaya peminat tidak salah sangka kerana apa yang berlaku itu hanya kami yang tahu. Selama ini saya enggan memberikan sebarang komen kerana tidak mahu membuka aib sesiapa.

Kosmo: Siapakah lelaki bertuah yang telah berjaya menambat hati anda?

ANNE: Tunang saya itu merupakan duda berusia 40 tahun dan memiliki seorang anak serta ahli perniagaan yang aktif dalam politik. Selebihnya, biarlah media mengetahui cerita tentang tunang saya selepas kami berkahwin pada bulan hadapan.

Kosmo: Sejak bila anda mengenalinya?

ANNE: Sebenarnya kami sudah berkawan selama setahun, namun hubungan kami sekadar kawan biasa kerana dia juga merupakan kawan kepada Darling (kakak). Kira-kira sebulan yang lalu, baru kami rapat dan saya anggap kehadirannya dalam hidup saya tepat pada masanya. Selain itu saya melihat ada keserasian yang terjalin sepanjang kami berkawan rapat.

Kosmo: Bagaimana pula penerimaan keluarga terhadap pilihan anda dan keputusan untuk berkahwin buat kali kedua?

ANNE: Saya berasa sangat beruntung dan bertuah kerana ahli keluarga sangat merestui hubungan kami. Dia ikhlas menerima diri saya seadanya dan hubungannya dengan ketiga-tiga anak saya juga agak rapat.

Kosmo: Adakah dia tahu tentang peristiwa yang melanda diri anda sebelum ini?

ANNE: Sudah tentu dia tahu dan seperti yang saya katakan tadi dia memang ikhlas untuk memperisterikan saya serta tidak kisah dengan apa yang telah berlaku. Dia juga banyak memberikan sokongan kepada saya.

Kosmo: Apakah perancangan anda selepas mendirikan rumah tangga nanti?

ANNE: Setakat ini saya belum memikirkan sebarang perancangan lagi kerana mahu memberi tumpuan terlebih dahulu kepada persiapan perkahwinan.

Sunday, November 11, 2012

Anne Ngasri sah bertunang dengan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia


KUALA LUMPUR – Pelakon Anne Ngasri akhirnya sah menjadi tunang kepada Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Sumali Reduan dalam satu majlis pertunangan di rumah keluarganya di sini semalam.

Menurut Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 24, Sumali berstatus duda berusia 40 tahun dan mempunyai seorang anak.

Beliau berkata, mengikut perancangan, mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan depan.
“Saya akan menjemput semua pihak termasuk rakan-rakan media,” ujarnya ketika ditemui semasa majlis kesyukuran yang dianjurkan keluarganya di Taman Batu Permai di sini semalam. - Kosmo

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More