Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

Berjaya Dari Perspektif Orang Berniaga


Pada orang yang berniaga, tahap kejayaan ialah apabila korang bergelar jutawan. Selagi belum bergelar jutawan, korang masih belum berjaya biar serajin mana pun korang berniaga. Seorang ahli perniagaan diukur pada kereta jenis apa yang dipandunya atau apakah dia dipandukan untuk ke mana2, rumah jenis apa yang didiaminya, sekerap mana dia pergi melancong.

Perspektif orang berniaga terhadap kejayaan sangat berbeza dengan orang akademik. Pada orang berniaga, apa guna kelulusan yang berjela-jela kalau pendapatannya ciput, tak seberapa, terhad pula tu. Falsafah orang berniaga, sijil tak ada pun tak apa asalkan duitnya banyak. Dalam hidup yang lebih diperlukan adalah duit bukan sijil. Duit boleh digunakan untuk semua keperluan sedangkan sijil hanya berguna untuk memohon pekerjaan. Seorang peniaga malah boleh menyediakan pekerjaan untuk orang akademik misalnya Tan Sri Dato Dr. Lim Kok Wing yang menubuhkan Universiti Limkokwing dan Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah yang menubuhkan Sunny Education Group.

Falsafah orang berniaga,

sijil tak ada pun tak apa
asalkan duitnya banyak.

Pada orang berniaga,
apa guna kelulusan yang berjela-jela
kalau pendapatannya ciput,
tak seberapa, terhad pula tu.

Yayasan Jeffrey Cheah menyaksikan pemindahan ekuiti bernilai kira2 RM700 juta milik Sunway Education Group yang bukan berasakan keuntungan, terdiri daripada Sunway University College, kampus Sunway Monash University, Sekolah Perubatan Jeffrey Cheah dan Sekolah Antarabangsa Sunway. Yayasan Jeffrey Cheah sebagai entiti bukan berasaskan keuntungan memastikan asset, dana dan lebihan operasi akan digunakan ke arah menyediakan pendidikan berkualiti kepada generasi masa depan.

Owh, alangkah hebatnya, menubuhkan yayasan bukan berasaskan keuntungan.

Bukankah perniagaan itu menjamin rezeki?
Jika jujur dan memang berniaga kerana Allah,
korang tak harus berhenti.

Lakukan
Fikir kejayaan bukan kegagalan.
Besarkan imaginasi kecilkan angan2.
Bertindaklah jangan bercakap je.

Kekalkan
Emosi yang stabil.
Usaha yang berterusan.
Doa pada setiap tindakan.

Elakkan
Skim cepat kaya.
Angan2 tanpa usaha.
Mengkhianati manusia.

Tingkatkan

Usaha sedia ada.
Ilmu bantu dan minda cemerlang.
Ibadah2 sunat.

Pastikan
Semua kegagalan kecil bukan penghalang.
Semua kegagalan kecil adalah kejayaan lebih besar.
Semua halangan adalah membuka peluang.

Letakkan

Diri korang ke puncaknya.
Kejayaan korang adalah hadiah kegagalan silam.
Hidup itu nikmat.

Dunia hari ini adalah untuk orang rajin, bukan lagi untuk orang yang malas lagi selesa.

Misteriousgrapersz  

Monday, July 9, 2012

Laluan Kedua Untuk Orang Gagal Dalam Perniagaan

Berbeza dengan bekerja, mereka yang memiliki perniagaan akan mengalami keadaan yang lebih getir apabila gagal. Seimbang sebenarnya. Ketika untung, yang paling untung adalah pemilik, ketika rugi yang paling rugi adalah pemilik, bukankah itu seimbang?




Gagal dalam perniagaan tak seteruk gagal dalam akademik. Biasanya orang yang gagal dalam perniagaan sentiasa boleh bangkit sebab ruang2 perniagaan sentiasa terbuka dan dibuka. Berniaga lagi setelah gagal adalah laluan kedua yang perlu disedari. Rebah bangun, rebah bangun adalah biasa dalam alam perniagaan. Amat jarang perniagaan terus menjadi sejak mula ditubuhkan, ada kalanya susut naik juga; begitu juga amat jarang perniagaan terus tak naik2 sejak ditubuhkan, adakalanya turun naik juga.

Takde istilah berhenti setelah gagal berniaga. Orang yang berhenti setelah gagal kali pertama sebenarnya melepaskan peluang berjaya yang dah pun berada di sebalik pintu. Bukankah pengalaman gagal kali pertama adalah sekolah perniagaan paling baik?

Laluan kedua korang adalah mencuba lagi. Korang hanya perlu nilai semula strategi sedia ada dan melangkah semula. Korang gagal, korang berhenti berniaga, siapakah yang untung? Yang jelas korang rugi dan terus rugi. Bukankah perniagaan itu menjamin rezeki. Jika jujur dan memang berniaga kerana Allah korang tak harus berhenti.

Berniaga hanya akan berakhir dengan dua situasi, kalau tak untung – rugi; kalau tak rugi – untung. Kadang2 rugi dan untung bersilih ganti. Kekal berjuang insyaAllah untung sedia menanti.

Rebah bangun, rebah bangun

adalah biasa dalam alam perniagaan.

Bukankah pengalaman gagal kali pertama

adalah sekolah perniagaan paling baik?

Orang yang berhenti setelah gagal kali pertama

sebenarnya melepaskan peluang berjaya

yang sudah pun berada di sebalik pintu.

-Laluan Ke-2 Ke Puncak

Tuesday, July 3, 2012

Muzakarah JAKIM: Hukum Forex Trading


KUMPULAN PERTAMA

Hasil daripada kajian kumpulan pengkaji pertama yang dianggotai oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Bin Som, Dr. Marjan Muhammad, Ust Luqmanul Hakim Hussain, En. Wan Norhaziki Wan Abdul Halim. Kesimpulan mereka mencatatkan seperti berikut :-

1. Spot forex yang dijalankan oleh individu melalui platform internet agak berbeza daripada konsep spot forex yang dijalankan di peringkat inter-bank. Dari satu sudut, ia dibuat berdasarkan spot forex dari segi harga lani (value spot), tetapi dari segi penyelesaian ia tidak berlaku berdasarkan T+2. Malah penyelesaian tidak akan berlaku selagi pedagang tidak menutup posisi yang dibukanya.

Namun, dari sudut yang lain, spot forex dilihat lebih mirip kepada forward forex, kerana apabila pedagang membeli sesuatu matawang daripada broker, beliau tidak akan dapat memiliki matawang yang dibelinya. Sebaliknya, pedagang akan menikmatinya setelah beliau menjualnya semula kepada broker pada waktu hadapan. Apa yang membezakan spot forex oleh individu dengan forward forex ialah kadar tukaran matawang masa hadapan adalah tetap iaitu kadar yang dipersetujui pada tarikh transaksi, manakala kadar tukaran matawang dalam spot forex tidak tetap, tetapi berdasarkan turun naik harga pasaran matawang yang didagangkan.

2. Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf sebarang urusniaga matawang asing yang dibuat melalui saluran-saluran yang tidak sah. Malah, terdapat peruntukan perundangan yang jelas berhubung larangan tersebut, iaitu melalui Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1),(2) dan (3) Akta Kawalan Pertukaran

Wang (AKPW) 1953. Mana-mana individu dilarang sama sekali berurus niaga matawang asing, kecuali setelah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Asing, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia.

3. Berdasarkan beberapa isu syariah yang diketengahkan termasuk isu qard = leverage, riba al-nasi’ah = rollover interest, qabd, menjual matawang yang tiada dalam pegangan (qabd) dan spekulasi yang melibatkan perjudian, ternyata operasi spot forex secara online oleh individu adalah tidak mengikut landasan syarak yang telah digariskan berhubung jualbeli matawang (bay‘ alSarf).”

KUMPULAN KEDUA

Manakala satu kumpulan lagi datangnya dari Universiti Utara Malaysia yang dianggotai oleh Prof. Madya Dr Asmadi Mohd Naim, Dr. Hasniza Mohd Taib, Dr. Muhammad Nasri Hussain. Kertas mereka menyimpulkan seperti berikut :-

“Berdasarkan perbincangan di atas, perdagangan forex online adalah tidak dibenarkan oleh Syarak kerana adanya perkara-perkara yang menyalahi Syarak iaitu.

i. Pembelian wang tunai dilakukan secara kredit adalah terang-terangan bertentangan dengan kontrak Sarf dan mengandungi unsur riba.

ii. Sekiranya pembelian kredit itu ditakyifkan sebagai pemberian pinjaman oleh broker, perkara tersebut masih termasuk dalam aktiviti yang dilarangkan oleh Syarak kerana mengandungi unsur mendapat manfaat dari pinjaman, dan larangan mengumpulkan ‘pinjaman’ dan jual-beli’.

iii. Menjual matawang secara menangguhkan penyerahan adalah dilarang oleh Syarak. Syarat qabd dalam majlis tidak wujud di dalam transaksi ini. Keharusan melewatkan penyerahan (qabd) tidak boleh diaplikasi dalam urusniaga ini kerana tidak termasuk di dalam konsep ‘darurat’ bagi transaksi ‘bonafide’.

iv. Urusniaga broker secara online ini mengandungi unsur bay’ al-najsy iaitu peniaga menawarkan harga bukan untuk memiliki matawang sebaliknya untuk memberi faedah kepada penjual melalui kenaikan harga.

v. Urusniaga ini juga mengandungi ihtikar yang dilarang oleh Syarak.

vi. Urusniaga ini juga mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga atau angka.”

KESIMPULAN

Secara dasarnya, hampir kesemua kesimpulan yang dibuat oleh kedua-dua kumpulan adalah sama dengan kesimpulan yang telah simpulkan oleh Ustaz Zaharuddin sejak tahun 2008 yang lalu iaitu haram, dengan itu, semua pedagang matawang yang tidak berpuas hati dan menolak pandangan yang mengharamkan pedagangan matawang ini diseru untuk berfikir kembali demi kebaikan iman dan pendapatan masing-masing.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More