Showing posts with label isu hangat. Show all posts
Showing posts with label isu hangat. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Gempar! Pemuda Ajak Polis Trafik Bergaduh!

Peristiwa ini berlaku di Raub Pahang. Kerana tidak berpuas hati akibat kenderaannya dihon, seorang pemuda yang merupakan penagih dadah bertindak kasar apabila mengajak seorang pegawai polis bergusti dan bergaduh dengannya di hadapan sebuah kedai serbaneka.


Akibat perbuatan samsengnya itu, penagih berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Raub.


Kejadian yang berlaku sewaktu jam 10 malam itu, pegawai polis berpangkat Inspektor terbabit difahamkan memperlahankan kenderaan sewaktu mencari parking di depan kedai itu.

Pada masa yang sama itu, penagih terbabit yang berada dalam kenderaannya mengundur keretanya secara mengejut, hingga mengakibatkan kenderaan itu hampir berlanggar.

Pegawai polis terbabit yang mengambil langkah berjaga-jaga membunyikan hon sebagai amaran agar berhati-hati, namun penagih itu tidak berpuas hati dengan tindakan pegawai berkenaan lalu keluar daripada kenderaannya.

Menurut Ketua Polis, Wan Samsudin Wan Osman berkata, suspek terbabit berada di bawah pengaruh alkohol dan telah mengajak pegawai polis itu bergaduh dengannya.

Bagaimanapun pegawai terbabit bertindak bijak mengawal situasi keadaan dan terus menghubungi Bilik Gerakan IPD untuk meminta bantuan sambil melengah-lengahkan suspek.

“Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota polis telah bergegas ke kedai serbaneka itu dan terus mengepung suspek sebelum berlaku pergelutan berikutan penagih terbabit telah bertindak agresif dalam cubaannya hendak meloloskan diri.

“Suspek terbabit berjaya ditahan beberapa minit selepas itu. Hasil pemeriksaan, polis menjumpai serbuk mencurigakan yang dipercayai dadah milik suspek. Suspek yang disahkan positif dadah telah dibawa ke Balai Polis Raub bersama dadah dan kenderaan miliknya bagi membantu siasatan lanjut,” ujar ketua polis terbabit.

Artikel Asal

Saturday, December 1, 2012

'Kami lakukan seks oral antara 20 hingga 30 kali secara rela'


NG tiba ke mahkamah bertemankan isterinya.

Bekas Ketua Biro Narkotik Pusat (CNB), Ng Boon Gay pada hari Isnin menjelaskan hubungan beliau dengan bekas Eksekutif Jualan IT, Cecilia Sue.

Lima belas minit dari awal keterangannya di sebelah petang, beliau menceritakan bagaimana hubungannya dengan Sue bermula sekitar akhir 2008 atau awal 2009.

Dituduh atas empat tuduhan rasuah berkaitan seks, Ng berkata, dalam tempoh tiga tahun hubungan sulitnya, mereka melakukan seks oral antara 20 hingga 30 kali di pelbagai tempat seperti tempat letak kereta dan lain-lain tempat-tempat terpencil di seluruh Singapura.


Pertemuan pertama telah diadakan di East Coast Park, dan setiap sesi adalah dipersetujui dan berlangsung kira-kira 30 minit, katanya.

“Beliau adalah pihak sanggup (melakukan seks oral) dan kami telah menikmatinya bersama-sama,” katanya yang bercanggah dengan keterangan awal Sue yang menafikan mereka mempunyai hubungan seksual.

“Dia menyempurnakan perbuatan itu dan saya tidak marah,” katanya.

Ng dituduh memperoleh suapan seksual sebanyak empat kali dari Sue antara Jun hingga Disember tahun lepas dengan tujuan membantu untuk melanjutkan kepentingan perniagaan majikan Cecilia ketika itu iaitu Oracle Corporation Singapura dan Hitachi Data Systems dalam urusan dengan CNB.

Sue mendakwa bahawa pada setiap empat kali yang disebut dalam pertuduhan terhadap Ng, dia dipaksa (melakukan seks oral) dan dalam beberapa kali, Ng sengaja menolak kepalanya ke arah kelangkang beliau di dalam kereta dan terdapat hubungan antara mulut dan bahagian peribadinya.

Mereka mempunyai hubungan seks hanya sekali pada Mei atau Jun 2009 di Great World City service apartment, dan kebimbangan akan kemungkinan berlaku kehamilan menghalang mereka daripada berbuat demikian lagi, Ng menceritakan.

Ng berkata, ketika beliau pertama kali bertemu Sue; “saya mendapati bahawa dia adalah menarik, ceria, seorang yang sangat menarik untuk bercakap,”

Mereka menjadi lebih intim selepas berbual di telefon dan bercakap tentang bagaimana kanser telah menjejaskan ibu mereka. Ibu Sue meninggal dunia akibat kanser beberapa tahun lalu dan ibu Ng juga telah didiagnosis dengan penyakit itu pada masa itu.

Dia “boleh menghargai tekanan, kerisauan dan kebimbangan yang saya ada. Cecilia memberikan saya sokongan yang besar, “katanya.

Ng mengambil tempat di bangku mahkamah selepas Hakim Daerah, Siva Shanmugam memutuskan bahawa bekas penjawat awam itu mempunyai kes untuk dijawab.

(Sumber: Yahoo! News)

Wednesday, November 28, 2012

Subhanallah!! Bayi Mengandungkan Bayi Lain Dalam Perut


Subhanallah!! Bayi Mengandungkan Bayi Lain Dalam Perut | Jika terdapat sebarang benjolan terhadap bentuk fizikal di badan kita, bekemungkinan ia merupakan satu penyakit ketumbuhan yang perlu dibuang melalui pembedahan. Satu kes telah berlaku di mana seorang bayi dipercayai terdapat satu ketumbuhan di bahagian perutnya. Ibu bapanya bertindak menghantar ke hospital bagi tujuan semakan. Namun apa yang memeranjatkan mereka, hasil daripada imbasan yang dilakukan, bayi tersebut bukan mengalami ketumbuhan akan tetapi ia dipercayai mengandungkan seorang bayi dalam perutnya.
Afiah Syafina, seorang bayi perempuan berusia 2 bulan, anak dari pasangan Bambang Sarianto & Syarifah yang keduanya berkerja sebagai Guru Sekolah di Tebing Tinggi, Bayi pasangan ini mengalami perut buncit, yang setelah dibuat pemeriksaan dianggap Tumor yang harus segera dibedah.
Saat pasangan ini menjumpai Prof.dr.Chairuddin P.Lubis, beliau Secara langsung menghubungi Pak Biebie (Rtn.Kentjana Salim) dari Rotary Club Deli Medan.


Rotary Club Deli Medan cepat kesana dan membantu pembiayaan biaya pembedahan dan rawatan di Rumah Sakit Gleni International Medan.
Dengan ditemani oleh Dr.Djeni Bijantoro SBB SPBA, Operasi pembedahan dilaksanakan pada hari Sabtu, 19 Januari 2008 dari jam 08:00 – 11:30

Hasilnya cukup mengejutkan dan ternyata yang disangka Tumor itu adalah Janin berusia 5 bulan!!Saat ini si kecil Afiah dalam keadaan sihat.
Sumber : Maklumat

(Video) Seekor Anaconda Memuntahkan Seekor Lembu


Video ini diambil di Brazil iaitu tempat kediaman Anaconda terbesar di dunia, video ini sangat mengejutkan apabila Anaconda ini memuntahkan kembali seekor lembu yang baru ditelan. Tapi aksi balas membalas komen di youtube menafikan bahasa itu seekor lembu dan mengaitkan dengan haiwan yang menjadi rutin makanan Anaconda iaitu capybara. Anaconda biasanya akan memuntahkan kembali makanan mereka jika mereka menerima ancaman untuk tidak membantutkan pergerakan mereka.



Monday, November 26, 2012

Sebarkan! Ustaz Razis penipu sudah perdaya 11 wanita Muslimah!


Melalui laman laman sosial seperti Facebook dan Twitter, cerita mengenai seorang Ustaz penipu mula tersebar. Lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Razis itu dikatakan telah memperdaya 11 orang wanita Muslimah.
Modus operandinya, menjadikan gadis gadis bertudung labuh itu isteri, kemudian meninggalkan mereka terkontang kanting tanpa berita. Malah ada yang ditinggalkan bersama anak anak kecil! Kini dikatakan ‘Ustaz Razis’ mempunyai 11 isteri yang dikahwininya secara penipuan.

 berita
Tolong kami sebarkan berita ini supaya anak anak dara kita tidak terpengaruh dengan lakonan licik ‘Ustaz Razis’ ini. Memang kalau tengok dalam gambar, Masyaallah sucinya muka! Tapi dia sanggup menggunakan nama agama untuk melakukan kegiatan jahat.
Bukan setakat menipu gadis gadis Muslimah, dia juga pernah dibongkarkan sebelum ini melakukan penipuan berbentuk wang tunai.
Tetapi malangnya, ada diantara mangsa (isteri) tidak mahu memberikan kerjasama untuk mendedahkan kejahatan ‘Ustaz Razis’ atas alasan tidak mahu mendedahkan aib suami. Hmm pada kami ni bukan kira nak sebar aib dah. Ini satu jenayah!
Dalam Islam memang suruh kita taat suami tapi bukan bermakna perlu bersetongkol dengan kejahatan suami macam ni. Apatah lagi dalam kes ini, ‘Ustaz Razis’ telah banyak memperdaya gadis yang naif dan baik baik.

PANAS: BAPA REMAJA HINA SULTAN JOHOR, MAHU SULTAN BERADA DI MAHKAMAH UNTUK PERMOHONAN MAAF ANAKNYA




Kenapa perlu takut? Sebab, 'bukan orang Johor' dan tidak pernah mempunyai sultan sebagai Ketua Negeri? (Keluarga ini berasal dari Pulau Pinang).

Alasan apa yang digunakan oleh ibu bapa remaja yang menghina Sultan Johor itu untuk menghalalkan perbuatan anak mereka? - via Kesultanan Johor

Mak bapak zaman sekarang boleh tahan perangai. Anak buat benda tak sepatutnya, masih nak pertahankan anak. Alahai. Remaja terbabit kini di dalam tahanan reman polis. Itulah orang kata, kalau diri sekecil kayu mancis, janganlah bermain dengan api. Memang confirm rentung habis.

Hargailah usia muda remaja anda dengan melakukan perkara yang bermenfaat untuk agama, negara, keluarga, dan diri sendiri ya. Sayang waktu muda dihabiskan dalam lokap, penjara dan perkara yang sia-sia :) - sumber

Sunday, November 25, 2012

Kesian : Bapa Maafkan Lelaki Yang Membunuh Dan Merogol Isteri & Anaknya

Arturo Martinez telah menemui mayat isteri dan anaknya di Las Vegas ketika pulang dari rumah. Namun sebelum sempat berbuat apa-apa, penyerang yang masih di dalam rumahnya trus mengetuk kepalanya menggunakan tukul dan menyebabkan berlaku 17 keretakan kepala tengoraknya. 


3 bulan selepas itu, penjenayah tersebut, Bryan Clay berjaya ditangkap. Ketika bercakap kepada media, Arturo mengatakan, 'I forgive you. That's it, nothing else.' 'And if he gave me a kiss, I would give him a kiss.' 




Kini pihak pendakwa sedang memohon untuk menjatuhkan hukuman mati kepada penjenayah terbabit. 









Sumber : Here

Saturday, November 24, 2012

(GAMBAR) CARA PAKISTAN MEMUSNAHKAN ARAK YANG DIRAMPAS

Mari kita lihat bagaimana arak dan juga dadah yang dirampas pihak penguasa Pakistan dimusnahkan.Dadah dan arak yang diseludup dimusnahkan dengan menggunakan penggelek stim dan dibakar. Kami kerap kali menunjukkan cara dadah dimusnahkan tetapi tidak pernah lagi melihat arak yang dimusnahkan secara pukal. Di Malaysia juga kita hanya dapat melihat dadah dimusnahkan tetapi arak setahu kami tak pernah lagi kami lihat dalam laporan berita. 

Well now you know how it looks like!

p/s: Negara mana lagi ada buat macam ni?? Malaysia...........?









Laporan asal BuzzFeed

Serius : Butik Paris Hilton Dibuka Di Mekah Cetuskan Kemarahan Orang Ramai


Paris Hilton telah dikecam oleh masyarakat di Mekah gara-gara membuka kedai jenama miliknya di sebuah pusat beli belah di kota itu. Menurut laporan Huffington Post, pemilik jenama tas tangan dan aksesori Paris Hilton itu dianggap akan mengganggu konsentrasi urusan ibadah umat Islam.

Dalam masa yang sama Paris memiliki latar belakang kurang elok sebagai pelaku video porno yang dilihat memberi gambaran buruk terhadap kota yang dikunjungi umat Islam itu.

"Seronoknya, kedai baru ku yang cantik kini dibuka di pusat beli belah Mekah, Arab Saudi,” kata Paris menerusi entri Twitter miliknya.


Kegembiraan Paris menyampaikan berita itu terbantut apabila ramai yang memberi respons negatif.

"Jadi Paris Hilton buka kedai di Mekah? Dunia benar-benar sudah teruk. Tolong hantar saja saya ke planet Marikh," kata salah satu pengguna Twitter yang menyindirnya.

Friday, November 23, 2012

Hebat: 10 Orang Paling Kaya Malaysia





Pihak media telah mengeluarkan senarai-senarai individu terkaya pada tahun 2011. Semestinya yang biasa kita dengar yang kaya akan menjadi bertambah kaya. Ayuh kita ucapkan tahniah kepada mereka. Kini rakyat Malaysia telah meningkat daripada 22 orang tahun lalu kepada 27 orang tahun ini.
Apabila aset-aset 40 individu antara mereka ini digabungkan ia meningkat sebanyak 30% daripada 156.7 bilion kepada RM 206.27 bilion.Robert Kuok, jutawan gula masih menerajui orang paling kaya Malaysia dengan asetnya yang bernilai RM 50.04 bilion.
Diikuti oleh jutawan komunikasi, Ananda Krishnan dengan asetnya sebanyak RM 45.78 bilion, meningkat dengan begitu mendadak iaitu 70% daripada tahun lalu.
Orang melayu terkaya di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary berada di tempat ke 7.  Kekayaannya meningkat sebanyak 50% kepada RM8.84 bilion.
10 ranking teratas individu terkaya di Malaysia:

1) Robert Kuok Hock Nien-RM 50.04 bilion
(Raja Gula)

2) T. Ananda Krishnan-RM 45.78 bilion
(Taikun Telekomunikasi)

3) Tan Sri Teh Hong Piow-RM 12.77 bilion
(Pengerusi Kumpulan Publik Bank)

4) Tan Sri Lee Shin Cheng-RM 12.73 bilion
(Taukeh Minyak Sawit)

5) Tan Sri Lim Kok Thay-RM 10.89 bilion
(Genting Group’s)

6) Tan Sri Quek Leng Chan-RM 10.75 bilion
(Hong Leong Group’s)

7) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary-RM 8.84 bilion
(Pengasas Yayasan Al-Bukhori)

 Puan Sri Lee Kim Hua-RM 7.42 bilion
(Isteri Mendiang Pengasas Kumpulan Genting)

9) Tan Sri Tiong Hiew King-RM 4.772 bilion
(Rimbunan Hijau Group )

10) Ong Beng Sheng-RM 3.987 bilion
(Singapore’s Hotel Properties Ltd.)

(Hangat) Tiga anggota polis didakwa rogol wanita Indonesia ditahan reman

















KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Pulau Pinang minggu lalu sudah ditahan reman, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

 Beliau berkata, kementerian memandang serius kes itu yang didakwa berlaku pada jam 7 pagi di Perai, Jumaat lalu.

 "Kementerian telah menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah pada hari kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut.

 "Dan dimaklumkan tiga anggota polis terbabit ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


 Beliau berkata, laporan siasatan yang lengkap akan dikemuka kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

 Menurutnya pihak polis turut memaklumkan bahawa satu pasukan khas ditubuh bagi menyiasat kes itu secara telus.

 "Kementerian akan terus menyusul perkembangan kes ini dengan pihak polis dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Indonesia berhubung perkara ini," katanya. - BERNAMA | Bharian

Luar Biasa! Benarkah Pengantin Perempuan Ini Baru Berusia 13 Tahun?


Luar Biasa! Benarkah Pengantin Perempuan Ini Baru Berusia 13 Tahun? | Sebelum ini kita pernah digemparkan dengan perkahwinan termuda  di antara pasangan Syafiq dan Yana yang baru sahaja berusia14 tahun. Kali ini pula kisahbest.my ingin berkongsi cerita tentang seorang lelaki yang berusia 19tahun yang mahu berkongsi kasih dengan seorang gadis berusia 13 tahun. Dia memilih untuk bernikah awal dan sekurang-kurangnya dapat mengelakkan dari terjebak perkara yang kurang elok. Baguslah tu, lagipun lelaki ini sudah pun bekerja untuk mencari pendapatan sendiri.
 “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.

Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.
Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.
“Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.
“Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.
“Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.
“Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.
Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.
Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.
Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.
“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.
“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.
Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.
Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.
“Hanya Allah tahu perasaan saya… walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.
“Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.
Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.
“Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.
“Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008,” katanya.
Sumber : Harian Metro

Thursday, November 22, 2012

TV Pendidikan Israel Mengajar Kanak-Kanak Israel Untuk Membenci Islam



1996, Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 pernah menyiarkan rancangan TV Pendidikan dimana guru mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi sebuah piano, lirik lagunya adalah:

“Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam”

Ya, itulah yang tertulis pada subtitle rancangan tersebut.


Kanak-kanak semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.



Gambar di ATAS adalah ’surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar ‘mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpal mereka di seberang sempadan.



Gambar di atas ini pula kanak-kanak palestin yang terpaksa dilatih menjadi pejuang tanahair
sejak kecil.

Dari balik tembok, anak-anak Yahudi ini mengucapkan “salam” kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.

(Panas) Apa cerita patung ni?

Kalau dilihat dari sisi ini..kita akan tertanya.. apa yang perempuan ni wat



lagi 3 keping gambar seterusnya menceritakan apa yang terjadi sebenarnya

sebenarnya, patung ini terletak berhadapan dengan Sazka... Republik Czech.. iaitu syarikat judi terbesar di sini. Patung ini kalau dilihat isteri sedang memeluk peha suaminya dalam keadaan menangis.



si suami pula sedang memegang nota dan no judi

dan terdapat banyak duit disebelah suami..
Jadi.. pengajarannya ialah.. si isteri yang merayu pada suami supaya jangan berjudi..

Wednesday, June 27, 2012

Domino’s Pizza Berbumbung Salib Dan Dalam Bangunan Gereja

Domino’s Pizza merupakan satu jenama Pizza yang kian popular di Malaysia. Apa yang menjadi kemusykilan adalah mengenai kewujudan restoran Dominos’s Pizza dibawah bangunan gereja. Setiap masa kedai ini dikunjungi majoriti orang-orang Melayu. Bukankah dengan wujudnya restoran seperti ini akan menimbulkan fitnah?..Orang ramai boleh beranggapan bahawa orang melayu sekarang ini berpusu-pusu mengunjungi gereja sedangkan matlamat asal mereka ke sana adalah untuk makan Pizza.


Ok..mungkin ada yang beranggapan, ianya hanya kebetulan semata-mata. Lagipun kita ke Domino Pizza untuk makan dan kewujudan gereja di situ langsung tak menjadi apa-apa masalah. Namun bagaimana dengan gambar di bawah ni?..lokasinya bukan di tempat yang sama, Kali ini Domino’s Pizza di Kulaijaya.



Adakah ianya boleh dianggap sebagai satu lagi kebetulan?..bolehkah kita umat islam makan di restoran tersebut?..persoalan mengenai permasalahan ini telah diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus, dan menurut beliau seeloknya kita sebagai umat islam tidak mengunjugi rsetoran Dominos’s Pizza tersebut kerana boleh mendatangkan fitnah


p/s : Perkara ni bukan bersifat racist atau mencela mana-mana agama.Ianya hanya ingin menjawab persoalan mengenai boleh atau tak umat islam mengunjugi restoran yang boleh mendatangkankan fitnah kepada umat islam. Umat Islam sentiasa menghormati agama lain seperti yang tertulis di dalam Al-Quran.

Gempak dan Nescafe Ais...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More