Showing posts with label amazing. Show all posts
Showing posts with label amazing. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Amazing: Gunung Dengan Puncak Yang Rata Di Benua Amerika Selatan

Sangat menakjubkan!

Tepui atau Tepuy bermaksud 'rumah tuhan' dalam bahasa asli kaum Pemon. Ianya merujuk kepada pergunungan yang mempunyai puncak rata yang terletak di tanah tinggi Guiana, benua Amerika Selatan.

Gunung Roraima atau dikenali sebagai Tepuy Roraima adalah gunung yang tertinggi diantara pergunungan tersebut. Mempunyai keluasan puncak yang rata seluas 31 kilometer persegi, gunung ini terletak di sempadan antara tiga negara iaitu Venezuela, Brazil dan Guyana.

Di bawah ini adalah gambar puncak tertinggi Gunung Roraima, ianya dipanggil Maverick Rock terletak di dalam sempadan Vaneuzela dengan ketinggian 2810 meter dari paras laut. Tidak sangka, wujud juga tempat yang begitu menakjubkan seperti ini.






Tibe2Jam6Petang

Tuesday, August 7, 2012

Amazing: 10 Tempat Menakjubkan Di Dunia

Blog ini suka memaparkan tempat-tempat menarik dari seluruh dunia. Hari ini mari layan 10 tempat menarik secara pukal melalui video di bawah. Enjoy.



Tibe2Jam6Petang

Sunday, August 5, 2012

Mindblowing: Apabila Kuda Laut Jantan Melahirkan Anak (Video)

Ianya adalah perkara biasa.

Menakjubkan buat orang yang pertama kali seperti aku melihat kuda laut melahirkan anak haha. Untuk yang belum tahu, terdapat beberapa fakta menarik mengenai kuda laut.

Sebenarnya kuda laut adalah sejenis ikan dan merupakan ikan paling lambat berenang. Semasa mangawan, kuda laut betina akan memasukkan telur ke dalam kantung (brood pouch) yang terdapat pada kuda laut jantan dan kuda laut jantan ini akan melahirkan anak tersebut apabila sudah matang.

Ini bermakna, kuda laut jantan adalah ibu kepada anak-anaknya! :>




Tibe2Jam6Petang

Saturday, August 4, 2012

Amazing: Gambar Resolusi Tinggi Transit Planet Zuhrah Oleh Nasa (9 Gambar)

Akhirnya.

Sebenarnya sebagai peminat astronomi, memang aku nantikan gambar-gambar resolusi tinggi transit planet Zuhrah melintasi matahari yang di keluarkan oleh pihak NASA. Mungkin sungguh slowpoke, tapi lebih baik daripada paparkan gambar-gambar simulasi dan resolusi rendah mahupun gambar lama yang diambil pada tahun 2004.

Untuk pengetahuan anda, Zuhrah (Venus) adalah plenet kedua yang paling dekat dengan Matahari selepas planet Utarid. Transit Zuhrah adalah fenomena apabila planet ini bergerak diantara Matahari dan Bumi. Transit terahkir pada abad ini berlaku pada 6 dan 7 Jun (hari ini). Manakala transit pada masa akan datang pula dijangka bakal berlaku pada Disember 2117 dan Disember 2125.

Aku juga tertanya-tanya, fenomena transit Zuhrah ini mempunyai persamaan dengan gerhana bulan. Pada suatu titik, akan berlaku penjajaran antara Matahari, Zuhrah dan Bumi. Kenapakah ianya tidak dipanggil gerhana Zuhrah? Mungkin kerana tiada bayang yang jatuh ke bumi. Mungkin.

Tanpa buang masa lagi, mari layan beberapa gambar dengan resolusi tinggi yang dikumpul melalui Solar Dynamics Observatory oleh pihak NASA pada 5 dan 6 Jun lalu. Sangat menakjubkan!









Tibe2Jam6Petang 

Tuesday, July 24, 2012

Jambatan Anzhaite Tertinggi Dan Terpanjang Di Dunia (8gambar)

Great!

Jambatan gantung Anzhaite yang terletak di wilayah Jishou, Hunan, China, berketinggian 1102 kaki dan sepanjang 3858 kaki sekaligus menjadikannya struktur jambatan tertinggi dan terpanjang di dunia pada ketinggian tersebut.

Pembinaannya dimulakan pada tahun 2007 dan berakhir pada hujung tahun lalu. Pada minggu ini, jambatan ini secara rasminya dibuka kepada kenderaan dan orang ramai. Ianya juga mempunyai lorong khas untuk pejalan kaki menikmati pemandangan Dehang Canyon daripada atas jambatan ini.

Mari lihat baberapa gambar di bawah. Sungguh mengagumkan melihat keberanian pekerja di dalam gambar tersebut! Safety first?-bit*ch please.jpg-









Tibe2Jam6Petang

Rare: Fenomena Pelangi Terapung Di China (3 Gambar)

Amazing!

Mari lihat satu fenomena yang dipanggil floating rainbow (pelangi terapung). Ianya berlaku pada waktu senja 5 Jun yang lalu dan dapat dilihat di langit Bandar Wanning yang terletak di wilayah Hainan, China.

Sebenarnya pelangi yang kelihatan terapung di awan ini terjadi apabila sinaran matahari terbias melalui ketulan kristal ais yang terdapat di dalam awan dan fenomena ini sangat jarang berlaku.

Inb4, Ini mesti kerja-kerja HAARP untuk menghasilkan senjata pemusnah besar-besaran.







Tibe2Jam6Petang 

Monday, July 23, 2012

Cool: Fotografi Serangga Jarak Dekat (15 Gambar)

Mari melihat rupa serangga dari jarak dekat.

Gambar-gambar serangga secara close-up di bawah diambil oleh seorang jurugambar daripada Peru, Omid Golzar. Kebanyakan karya beliau melibatkan benda-benda kecil terutamanya yang melibatkan macro photography.

Anda boleh melihat lebih banyak gambar serangga dari jarak melalui laman web beliau. Kesemuanya gambar serangga yang diambil oleh beliau sangat cool dan professional!































Tibe2Jam6Petang 

Gambar Ulat Beluncas Permata Yang Menakjubkan (4 Gambar)

Menakjubkan!

Gambar haiwan yang menjadi sensasi internet, ulat beluncas permata (Jewel caterpillar). Gambar ini di ambil oleh Gerardo Aizpuru di kawasan pokok bakau berdekatan Cancun, Mexico.

Sebenarnya aku cuba cari info mengenai ulat ini, tapi tidak menjumpai sebarang maklumat yang jelas. Namun berdasarkan sedikit info, ulat akan menjadi kupu-kupu yang dinamakan Acraga coa.









Tibe2Jam6Petang 

Sunday, July 22, 2012

Pemandangan Menakjubkan Dari Taman Negara Zhangjiajie (8 Gambar)

Amazing!

Satu lagi tempat yang menakjubkan. Sebelum ini aku ada paparkan beberapa pemandangan yang indah dan menakjubkan di beberapa tempat. Kali ini mari lihat pula pemandangan yang memukau dari Taman Negara Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan, China.

Ianya merupakan hutan simpan yang mempunyai bentuk muka bumi ekstrim dan mempunyai 'tiang-tiang batu' yang tinggi. Taman ini berkeluasan 4810 hektar dan yang menariknya, terdapat satu tiang batu berketinggian 3544 kaki yang diberi nama 'Avatar Hallelujah Mountain' sempena gunung-gunung terapung yang terdapat dalam filem Avatar.

Tapi bagi aku, tiang-tiang batu ini lebih kelihatan seperti kawasan terletaknya Air Temple dalam siri kartun dan filem Avatar The last Air Bender!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More