Showing posts with label Semakan keputusan UPSR 2012. Show all posts
Showing posts with label Semakan keputusan UPSR 2012. Show all posts

Monday, November 19, 2012

45,054 calon UPSR dapat semua A


PUTRAJAYA – Sebanyak 45,054 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini mencatatkan markah A dalam semua mata pelajaran namun peratusnya menurun 0.54 peratus berbanding 46,012 calon pada tahun lalu.

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran, Dr. Na’imah Ishak berkata, pencapaian keseluruhan bagaimanapun menurun sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.30 tahun lalu kepada 2.31 tahun ini.
“Sebab penurunan ini masih belum diketahui dan jabatan pelajaran negeri dan sekolah-sekolah akan membuat kajian mengenainya selepas ini,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR di sini semalam.
Sebanyak 517,139 calon menduduki UPSR tahun ini iaitu meningkat 3.9 peratus berbanding 497,691 tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 98.2 peratus atau 507,783 adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran manakala bakinya calon sekolah swasta.


Menurut Na’imah, sebanyak 286,930 calon tahun ini memperoleh keputusan baik iaitu minimum C tidak termasuk semua A telah meningkat 1.49 peratus berbanding 269,021 calon tahun lalu.

Sebanyak 17,251 calon lagi berada di bawah tahap penguasaan minimum iaitu mendapat semua D atau E atau kombinasi kedua-duanya dan ia meningkat 0.54 peratus berbanding 13,958 peratus tahun lalu. - Kosmo

Sunday, November 18, 2012

Semakan keputusan UPSR 2012 secara online / Cara semak keputusan UPSR 2012

 
Di sini, akan berkongsi dengan korang semua langkah-langkah utama untuk melakukan semakan keputusan UPSR 2012 secara online atau melalui SMS. Seperti yang korang sedia maklum, keputusan UPSR 2012 bakal diumumkan pada hari ini (19 November 2012). Jadi, untuk mengetahui keputusan USPR 2012 dengan cepat dan mudah, korang boleh ikuti beberapa langkah yang ditunjukkan di bawah.
 
Cara buat semakan keputusan UPSR 2012 secara online 
  • Masuk laman sesawang SAPS (www.saps.moe.gov.my),
  • Klik butang Semakan Ibu bapa seperti yang tertera pada gambar di bawah, 
  • Setelah menekan butang Semakan Ibu bapa, korang akan nampak paparan seperti dibawah.
  • Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
  • Klik pilihan Sekolah Rendah
  • Pilih Tahun persekolahan iaitu tahun 2012
  • Klik Semak Laporan
 
Cara buat semakan keputusan UPSR 2012 melalui SMS
  • Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  • Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More