Showing posts with label Info Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Info Jenayah. Show all posts

Monday, July 22, 2013

BERITA PANAS !!! 4 PEMUDA MELAYU 'CULIK' PENGHINA ISLAM BAKAL DIHUKUM MATI !!!

SHAH ALAM 22 Julai - Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik penganggur, Ng Mun Tatt bagi mendapatkan wang tebusan RM3,000 di sebuah restoran di Taman Sri Muda di sini minggu lalu.

Mohamad Asri Mohamad Jamil, 22, Mohd. Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29, dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27, mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Syahida Zainal.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh.

Mereka bakal menghadapi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati boleh dikenakan sebatan setelah didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan pertuduhan, keempat-empat lelaki itu didakwa bersama dua lagi yang masih bebas dengan niat bersama telah menahan Mun Tatt, 21, dengan maksud untuk mendapatkan wang tebusan RM3,000.

Mohamad Asri yang bekerja sebagai juruteknik; Mohd. Mazli, jurulatih tomoi; Zulkarnain, penyelenggara bangunan, dan Agus Hariyanto yang berniaga didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Muneer, No. 1 Jalan Merdu 25/119 Seksyen 25, Taman Sri Muda di sini kira-kira pukul 4.30 pagi, 15 Julai lalu.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rohaida Che Hamid manakala kesemua tertuduh diwakili peguam-peguam Ridha Abdah Subri dan Shaharudin Ali.

Pada prosiding hari ini, Siti Rohaida memohon tempoh sebulan untuk tarikh sebutan bagi mendapatkan arahan lanjut Jabatan Peguam Negara.

Namun Ridha Abdah membantah dan memohon tarikh itu dipercepatkan dengan alasan kes berkenaan melibatkan kepentingan awam dan siasatan telah selesai seterusnya membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Nurul Syahida menetapkan 16 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum itu, Shaharudin memohon mahkamah membenarkan seorang pegawai perubatan kerajaan melakukan pemeriksaan perubatan terhadap kesemua tertuduh.

Katanya, beliau telah mendapat arahan itu daripada keluarga para tertuduh berkenaan namun Nurul Syahida hanya membenarkan tertuduh kedua dan keempat menerima rawatan itu setelah mereka berdua mengaku mengalami kecederaan.

Sementara itu, keempat-empat tertuduh sempat melaungkan takbir sebelum dibawa keluar anggota polis dari mahkamah tersebut.

Mereka ditahan pada 16 Julai lalu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Ampang dan Kampung Medan, Petaling Jaya, sehari selepas kejadian tersebut.

Menurut laporan akhbar, kejadian culik itu dikaitkan dengan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa memuat naik gambar dengan komen Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan!) mengandungi logo halal dalam laman Facebook mereka iaitu "Alvin and Vivian-Alvivi" di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers.

Ketika kejadian Mun Tatt sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Taman Seri Muda sebelum diculik sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta Toyota Alphard.

SUMBER : UTUSAN

APJ : hanya mampu tersenyum sinis , yang menghina bertepuk tangan yang membela bakal dihukum mati , hihi dunia ...

Sunday, July 21, 2013

Gambar Kontroversi Remaja Melayu Duduk Atas Kubur Cina ( 8 Gambar )

Gambar ini tersebar beberapa hari lepas dan semalam gambar ini telah menaikkan kemarahan orang Cina sehingga ianya dimasukkan ke dalam sebuah suratkhabar Cina negara kita.

Menurut sumber, mereka yang di dalam gambar tersebut adalah remaja Melayu dan ditemani oleh seorang kawan lelaki mereka. Apa-apapun, apa dah jadi dengan remaja sekarang? Selain itu, mereka juga menuding jari tengah semasa bergambar dengan kubur ini. 

Walaupun Syafikal (yang bertanggungjawab untuk muatturun gambar tersebut) telah minta maaf, ramai lagi yang rasa kurang puas hati. Cuma bayangkan, orang lain pula yang duduk main-main dengan kubur korang, apa perasaan korang?

Thursday, July 18, 2013

Akhirnya!! Di Penjara Seumur Hidup!!!

Pasangan hina Islam meringkuk dalam Penjara Sungai Buloh dan Kajang selepas permohonan ikat jamin ditolak mahkamah

Kuala Lumpur: Pasangan Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee May Ling yang didakwa dengan tiga tuduhan termasuk menerbit dan memuat naik kandungan menghina agama Islam dalam Facebook terpaksa merengkok dalam penjara selepas permohonan dibebaskan dengan ikat jamin ditolak oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam.

Berikutan keputusan itu, Jye Yee dan May Ling masing-masing dibawa ke Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang untuk ditahan sehingga kes dibicarakan. Mahkamah menetapkan 23 Ogos depan bagi sebutan kes.

Gempar! Lagi guru mati kena tembak

Mangsa rebah di tempat duduk penumpang hadapan selepas ditembak. - Foto Azhar Hashim

Suspek lepas 6 das tembakan ketika mangsa berhenti di lampu isyarat

Kulim: Seorang guru mati terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi di sini, semalam.

Serangan berlaku jam 12.25 tengah hari, ketika guru sebuah sekolah rendah di Berapit, Bukit Mertajam, K Shanmugam, 45, yang memandu kereta jenis Toyota Wish dalam perjalanan ke sekolahnya atas urusan kerja.

Ketika kereta mangsa berhenti di lampu isyarat, dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaannya sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu menembusi cermin keretanya.

Kejadian ketiga

Ini kejadian ketiga bulan ini guru menjadi sasaran penembak upahan. Pada 4 Julai lalu, seorang guru, Mat Zaki Hashim, 35, cedera di leher selepas ditembak di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, manakala pada 7 Julai, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata ketika kejadian, Shanmugam dikatakan baru keluar dari rumahnya di Taman Bidara di sini.

Katanya, siasatan awal menunjukkan dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha LC warna hitam melepaskan beberapa das tembakan selepas berhenti di sebelah kereta mangsa ketika lampu isyarat merah.

Kawasan kejadian sesak

“Ketika kejadian kawasan itu sesak kerana waktu puncak selain kedudukannya yang berhampiran simpang empat lampu isyarat Jalan Keladi. Mangsa ketika itu memandu sendirian dan berhenti kerana lampu isyarat merah.

“Sebaik terkena tembakan, mangsa dikatakan cuba menyelamatkan diri melalui pintu penumpang, namun tidak berjaya lalu rebah dan tersembam pada tempat duduk penumpang hadapan,” katanya ketika di temui di tempat kejadian di sini, semalam.

Mohd Nashir berkata, polis menemui beberapa butir kelongsong peluru di tempat kejadian, dan menyiasat motif pembunuhan.

Seorang saksi, Mat Ali saad, 63, berkata beliau mendengar bunyi letupan yang disangkanya bunyi mercun, namun tersedar ia bunyi tembakan apabila kereta mangsa melanggar keretanya.

“Ketika itu saya tidak sedar apa yang berlaku dan tiba-tiba sebuah motosikal berlalu melepasi kereta saya dan dalam masa sama bahagian belakang kereta saya dilanggar kereta mangsa.

“Saya keluar dari kenderaan dan terkejut melihat mangsa terkena tembakan,” katanya.

Video Kekejaman Penderaan Bayi Terkini di Malaysia [Julai 2013]

Rakaman terbaru penderaan bayi yg sgt kejam. Dah tgk x ? Kalau belum tgk kat bawah ni :

Wednesday, July 17, 2013

Kanak-Kanak Di Dera Sehingga Berlubang Tengkorak [4 Foto]

Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, Zhongbao dari Henan, China memberitahu pihak berkuasa bahawa dia kerapkali dipukul oleh ibu tirinya dengan menggunakan sudip kuali.

Ayah Zhongbao telah bercerai dengan ibu kandungnya ketika Zhongbao berusia 2 tahun dan kemudian bertemu dengan ibu tirinya di dalam laman sesawang. Dari kecil Zhongbao tinggal bersama dengan datuknya namun ketika dia berusia 4 tahun, Zhangbao berpindah untuk tinggal denganh ayah dan ibu tirinya.

Selepas 40 hari tinggal bersama-sama, Zhongbao mula didera dengan teruk sehingga koma dan dia hampir kehilangan nyawanya. Selepas kejadian itu, Ayah dan Ibu tirinya tidak membenarkan sebarang rawatan ataupun siasatan dilakukan keatas Zhongbao. Namun begitu Datuknya berkeras mahukan Zhangbao menjalani pembedahan di Zhengzhou University Number One Auxiliary Hospital.
Berdasarkan keterangan daripada Ibu-bapa Zhongbao, Anak mereka tergelincir dan terjatuh menyebabkan kepalanya terhentak dengan teruk.

Walaubagaimanapun, selepas pemeriksaan perubatan dijalankan, para doktor mengesyaki yang seseorang telah memukul kepala Zhongbao.

Kesan daripada keretakan pada tengkoraknya, dia akan menghadapi masalah seperti berjalan dan mungkin mempunyai kesan ke atas pertumbuhan pada masa akan datang.

Monday, July 15, 2013

Cemas! Hukuman Gantung Di Batalkan Saat Lelaki Ini Berada Di Tali Gantung

Dalam satu kejadian di Iran, seorang lelaki telah didapati bersalah membunuh sorang anggota polis dan beliau kemudiannya dihukum gantung sampai mati, tetapi sewaktu hukuman gantung baru saja terlaksana atau sedang berjalan, saudara mara anggota polis itu telah mengampuni lelaki tersebut dan itu telah cukup untuk membatalkan hukuman gantung ini.

Sunday, July 14, 2013

Pergaduhan berkumpulan melayu vs india di Klang – seorang terbunuh dan empat cedera!!

Punca pergaduhan adalah berkaitan satu kejadian
(1) lelaki melayu

Nama: Mohd syukri b.sairun
Umur:24 tahun, kerja di MPK (Majlis Perbandaran Klang) telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama setelah terbabit dengan kemalangan. Mangsa bersama adiknya menaiki m/sikal untuk ke masjid, telah dilanggar oleh suspek yg menaiki m/kar tersebut dr belakang. Telah berlaku pertengkaran mulut dan Suspek tlh keluar kenderaan dan tetak mangsa di kedua belah tangan dan kepala. Mangsa dirawat di zon merah HTAR klang dan tdk sedarkan diri. Suspek (1)(L)(I) umur 20an, bdn kurus sederhana tinggi, menaiki sebuah m/kar proton saga iswara warna biru, no.pend. BEG 8868 bersama (3) lagi lelaki india.

Susulan kejadian…

Salam YDH Dato’ / Tuan / Puan;

Untuk makluman awal kes rusuhan diantara kumpulan lelaki Melayu dan kumpulan lelaki India di Flat Rebana dan Taman Klang Utama, Bukit Raja, Klang.

Terdapat (3) laporan polis yang berkaitan kejadian iaitu:
1. Bukit Raja Rpt 4238/13 (maklumat pertama)
2. Bukit Raja Rpt 4239/13
3. Bukit Raja Rpt 4240/13
4. Bukit Raja Rpt 4238/13

Mangsa yang cedera adalah seperti berikut:-
1. Zon merah(kritikal)-Kamala Gasan,26 tahun
(0163536027)
cedera_kepala ditetak s’jata tdk pasti.

2. Zon hijau(pesakit luar)-Nithiaraj a/l Sennasamy 900414085677,no 37 lorong sungai keramat 1 klang utama

Manakala (3) lagi mangsa masih belum diperolehi butir-butir.

Fakta kes:
Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, anggota gerakan terima maklumat dari (1) (P) india maklum ada pergaduhan antara kumpulan lelaki melayu dan kumpulan lelaki India di flat rebana, bukit raja, klang.

Siasatan awal terdapat tiga kejadian iaitu:
1. Pengadu: Thangarajah a/l Mylyaganam, 34 thn, membuat laporan Bukit Raja Rpt 4139/13. Pada 11/07/13 jam l/k 2300hrs, semasa pengadu dirumahnya nampak anak saudaranya (mangsa) iaitu:
1. Shuhendran
2. Parthiban
3. Gunaselan
Telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu seramai l/k 100 org bersenjatakan batang besi, kayu, parang dan pisau. Saspek lelaki melayu tersebut turut membakar (2) buah m/sikal milik mangsa.

2. Pengadu: Muthamimaran a/l manimaran, umur 16 thn membuat laporan bersabit Bukit Raja Rpt 4240/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2340hrs, semasa pengadu dan kawannya nama Ganesran a/l sekaran berada di depan Pasaraya Econsave Klang telah diserang oleh sekumpulan lelaki melayu l/kurang 30 org bersenjatakan kayu dan besi. Pengadu dan kawannya telah dipukul oleh saspek dan mendapat kecederaan di kepala.

3. Pengadu: Murugan a/l verappan , umur 55 thn telah membuat laporan bersabit Bukit Raja 4241/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, semasa pengadu dirumah telah terima maklumat mengenai anaknya bernama Prakash telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu berjumlah seramai 10 org dan m/sikal miliknya telah dibakar.

Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah berkait satu kejadian (1) lelaki melayu telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama. Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 324 KK, I.O insp kartini, IP 1500/13, Bukit Raja Rpt 4209/13.

Kejadian susulan iaitu pada 11.07.13 jam lebih kurang 1930hrs, (1) lelaki melayu kerja berniaga pasar malam telah diugut oleh (1) lelaki India dan saspek lelaki india telah menyepak dan menaburlan makanan peniaga melayu tersebut.
(Tiada laporan polis dibuat)

Tindakan :
Sepasukan anggota polis dari cawangan MPV, Balai Bukit Raja, Balai Bandar Baru Klang dan cawangan jenayah IPD Klang Utara dan dibantu oleh pasukan D7 IPK Selangor. Telah sampai ditempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.
Pemantauan masih dijalankan.
Pihak gerakan telah dimaklumkan supaya mengarahkan MPV dan RCJ supaya membuat rondaan di kawasan yg terlibat.

Terima kasih YDH Dato’ / Tuan / Puan.

PT D7 SL
Perhatian.. Ini berita yg baru saya terima…. buat masa ini.. Di minta saudara2 semua berhati2 jika ke kawasan flet rebana.. Ini kerana kejadian pergaduhan antara melayu dn india.. Pd mlm td di katakn seorg lelaki india telah terbunuh dlm pergaduhan itu. Dn info yg saya br terima.. Mlm ini kaum.india dr kapar akan ulang semula pergaduhan mlm td di taman seri cempaka.. Hati2 dn sebarkn kepada saudara mara utk keselamatn.. Selamat berpuasa.. utk makluman semua .

Friday, July 12, 2013

Suami Suka Rakam Aksi Adik Dan Kakak Ipar Serta Emak Mertua Mandi

Seorang isteri nekad melaporkan kepada polis mengenai suaminya yang suka merakam dan menyimpan video aksi seks mereka serta aksi adik, kakak dan ibu wanita berkenaan yang dirakam curi ketika mereka mandi.

Wanita berusia 24 tahun itu turut kecewa apabila menemui lebih 20 rakaman video aksi seks milik suaminya berusia 31 tahun dengan beberapa wanita tidak dikenali.

Menurut sumber, itu kali kedua suri rumah melaporkan perbuatan jelik suaminya kepada pihak berkuasa selepas kali pertama pada 22 Jun lalu.

Menurutnya, wanita itu terjumpa rakaman video aksi mereka melakukan seks ketika mengemaskan ruang kerja dan memeriksa komputer suaminya, “Lebih memalukan apabila wanita itu turut menemui rakaman adik perempuannya, kakak serta ibunya mandi.

“Wanita itu tidak pasti bila suaminya merakamkan video terbabit, tetapi yakin ia dilakukan sendiri berdasarkan kelibat suspek ketika dia mengambil kamera digunakan selepas rakaman.

“Turut ditemui satu pemacu mudah alih mengandungi rakaman aksi seks suaminya dengan dengan lebih 20 wanita,” katanya.

Sumber itu berkata, tidak tahan dengan perangai suaminya yang memalukannya serta ahli keluarga perempuan lain, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tabuan Jaya, petang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Bayi Ditikam 90 Kali Kerana Gigit Ibu Ketika Menyusu

Angkara menggigit puting susu ibunya ketika menyusu badan, seorang bayi yang baru berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting.

Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat bayi malang yang diberi nama Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah.

Wanita kejam itu mengaku bahawa dia tlah menikam anaknya sendiri disebabkan bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu.

Wednesday, July 10, 2013

Suami Belasah Isteri ‘KOW-KOW’ Sebab Tak Kejut Sahur!


Kuala Lumpur – Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baru, di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan pecah di dapur rumahnya.

“Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.

“Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun bersahur,” katanya.

Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang diri.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah.

“Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak isterinya itu.

“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu hampir pengsan,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian dengan selamba meninggalkan rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan manakala mangsa segera menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan.

“Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan. – Harian Metro

Polis Dirakam Masukkan Dadah Dalam Kereta Suspek Oleh Kamera Peronda Sendiri ( Video )

Kes ini berlaku di New York tahun lepas tetapi videonya baru tersebar dua hari yang lepas. Video tersebut dirakam oleh kamera dalam kereta peronda polis itu selama tiga puluh minit. Seorang suspek 'pengedar dadah' telah digari dan disuruh tunggu sementara polis memeriksa keretanya.

Selepas itu, suspek dibawa beredar sebelum polis tersebut keluarkan satu bungkusan (dadah) untuk masukkan dalam kereta dan kemudian dia keluarkan seolah-olah dia baru menjumpainya. Kini video ini tengah disiasat oleh FBI untuk mengesahkan bungkusan tersebut milik polis.

Ngeri! Wanita Ini Bunuh Dan Makan Daging Suaminya

Seorang perempuan dari Filipina telah membunuh banyak orang dan menyimpan daging mereka dalam peti sejuknya, dia sangat menikmati memakan daging manusia. Dia juga berkata bahawa dia telah banyak membuat pesta untuk saudara dan rakan-rakannya.
Dia memberikan mereka daging manusia tersebut untuk dimakan tanpa pengetahuan mereka. Rakan-rakannya mengatakan bahawa daging yang dimasak wanita tersebut sangatlah enak tapi mereka tidak tahu daging apakah itu. Beberapa dari teman-temannya tidaklah tahu bahawa mereka akan menjadi sasaran wanita itu selanjutnya.

Yang mengejutkan adalah wanita tersebut mengaku telah membunuh suaminya juga dan memakan dagingnya. Tapi untunglah aksi wanita tersebut telah diketahui oleh pihak yang berwajib.

Tuesday, July 9, 2013

Gempar! Guru Maut Ditembak Di Sekolah

Fuh!! Terkejut Dr Fuh dengar berita jenayah ni tadi. Bayangkan bagaimana seorang guru boleh ditembak di hadapan sekolah sebanyak 4 das dan penjenayah tersebut terlepas. Nampaknya kes jenayah di Malaysia semakin kritikal. Penjenayah dah tak takut pada undang-undang ciptaan manusia. Ikuti berita daribada metro.
BACHOK: Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, di sini, maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang tadi.

Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.

Mangsa sempat memandu kira-kira 300 meter selepas ditembak dan berhenti di sebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan sebelum meninggal dunia. – myMetro
Dr Fuh – Innalillah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Al-Fatihah

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More