Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

ADAKAH KITA SOLAT MENYEMBAH OBJEK?

ADAKAH UMAT ISLAM SEMBAHYANG MENYEMBAH OBJEK | ADAKAH KITA SOLAT MENYEMBAH OBJEK? Kenapa Di Hadapan Orang Bersolat Ada Objek? Apa itu Sutrah atau dikenali sebagai pembatas?

Tuan/puan mungkin pernah atau biasa melihat seseorang yang bersolat berseorangan dan di hadapannya terdapat sebuah objek bukan?

Kadang-kadang objeknya adalah beg, tongkat, kayu rehal, kerusi, bangku, kipas angin atau bakul. Ia sengaja diletakkan di hadapan mereka sebelum bersolat. Perbuatan begini mereka lakukan jika bersolat di ruang yang terbuka.


Jika di sana ada dinding atau tiang, yakni objek yang kukuh dan lebih kekal, nescaya mereka memilih untuk melakukan solat mengadap dinding atau tiang itu. Itu yang lebih utama berbanding objek-objek di atas. Yang pastinya, mereka tidak membiarkan di hadapan mereka kosong tanpa objek. Itu bagi orang yang bersolat seorang diri.

Bagi yang solat berjemaah pula, mungkin tuan/puan biasa melihat hanya imam sahaja yang melakukan perkara di atas, sedangkan makmumnya tidak.

Jika tuan/puan tidak pernah melihatnya atau tidak ingat, berikut beberapa gambar sebagai contoh (klik untuk besarkan saiznya):

Almari

tiang

kerusi
Kenapa mereka perbuat begitu?

Hal ini berlaku demikian kerana mereka faham akan sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam!

Sutrah adalah Sunnah Nabi SAW Ketika Bersolat

Meletakkan objek di hadapan sebelum mengerjakan solat adalah sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Objek ini merupakan pengadang atau pembatas kawasan solat atau istilah yang digunakan oleh Nabi ialah sutrah.

Berikut adalah beberapa hadith Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai sutrah:

1)
كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقِفُ قَرِيبًا مِنَ السُّتْرَةِ, فَكَانَ بَيْنَهُ وَ بَيْنَ الْجِدَارِ ثَلَاثَةُ أَذْرُعٍ

“Adalah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersolat dekat dengan sutrah (pembatas), maka adalah di antara Baginda dan dinding tersebut adalah 3 hasta.” (HR al-Bukhari dan Ahmad)

2)
بَيْنَ مَوْضِعِ سُجُودِهِ وَالْجِدَارِمَمَرُّ شَاةٍ

“Jarak di antara tempat sujud Baginda dengan dinding lebih kurang cukup untuk dilalui seekor anak kambing.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

3)
كَانَ اِذَا صَلَّى (فِي فَضَاءٍ لَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ يَسْتَتِرُبِهِ) غَرَزَ بَيْنَ يَدَيْهِ حِرْبَةً فَصَلَّى وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ

”Apabila Baginda bersolat (di tempat yang tiada sesuatu pun menutupi yakni tempat terbuka), beliau menancapkan tombak di depannya lalu bersolat, dan para sahabat bersolat di belakangnya.” (HR al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)

4)
وَاَحْيَانًا كَانَ يُعَرِّضُ رَاحِلَتَهُ فَيُصَلِّى اِلَيْهَا

Kadang-kadang Baginda melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan Baginda, lalu bersolat mengadap haiwan tersebut. (HR al-Bukhari dan Ahmad)

5)
صَلَّى – مَرَّةً – اِلَى شَجَرَةٍ

“Baginda pernah bersolat mengadap ke pokok.” (HR an-Nasa’i dan Ahmad dengan sanad yang sahih)

6)
اِذَا وَضَعَ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلَ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلَ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُبَالِي مَنْ مَرَّ وَرَءَ ذَلِكَ

“Apabila seseorang di antara kamu telah meletakkan benda atau barang setinggi kayu bahagian belakang pelana, solatlah dengan tidak perlu menghiraukan orang yang melalui di sebelah benda itu.” (HR Muslim dan Abu Daud)

Itulah beberapa hadith yang sempat dikongsikan di sini untuk kita sama-sama fahami bahawa bersutrah iaitu meletakkan objek pembatas ketika bersolat memang suatu sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam. Sayangnya, pengetahuan mengenainya sangat kurang di kalangan masyarakat kita.

Secara Ringkas

Secara ringkas mengenai hukum sutrah ialah seperti berikut:

Ulama berbeza pandangan mengenai hukum bersutrah, samada wajib atau sunat. Yang terbaik dan dekat dengan sunnah Nabi ialah bersutrah ketika solat, iaitu dengan meletakkan objek sebagai pembatas kawasan solat.

Apabila bersolat seorang diri, sutrah diadakan oleh orang bersolat sendirian itu. Apabila bersolat secara berjemaah, sutrah diadakan oleh imam sahaja. Makmum tidak perlu mendirikan sutrah kerana sutrah makmum ialah sutrah imam yang diikutinya.

Jika tiada sutrah, bolehlah dibuat garisan sebagai ganti sutrah.
Jarak antara tempat sujud dan sutrah ialah sekadar saiz jarak yang membolehkan anak kambing melaluinya. (bukan sebab hendak beri orang atau anak kambing melaluinya. Ia adalah untuk anggaran jarak.)

Jika ada orang hendak melalui kawasan antara orang yang bersolat dan sutrah, maka hendaklah orang bersolat itu menahan dan melarang.

Semoga dengan mengetahui hal ini, kita semua dapat menghidupkan sunnah bersutrah ketika melakukan solat, in shaa’ ALLAH, amin.

Allahu A`lam.

muzir.wordpress.com

KENAPA CICAK MELEKAT KAT DINDING?


Rahsia Cicak Melekat Di Dinding Terbongkar | Para saintis baru-baru ini telah berjaya menemui bahawa cicak sebenarnya melekat pada dinding bukan disebabkan oleh bahan kimia yang dihasilkannya tetapi disebabkan oleh faktor geometri.

Penemuan itu mendapati kaki cicak telah memainkan peranan yang besar dalam memastikan ia mampu melekat di dinding atau siling bangunan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.

Penyelidik mendapati yang helaian bulu-bulu kecil yang terdapat di bawah tapak kaki cicak cukup sesuai untuk menghasilkan kuasa tarikan antara molekul-molekul yang dikenali sebagai kuasa 'van der Waals'.

Cicak mempunyai berjuta-juta mikroskopik helaian bulu di tapak kakinya yang lebih halus dari rambut manusia dan setiap daripadanya pula dipecahkan pula kepada 1,000 bahagian kecil lagi sehingga hanya boleh dilihat melalui mikroskop elektron.

Bentuk helaian-helaian rambut nipis ini juga amat penting dalam menentukan bagaimana seekor cicak mampu memanjat dinding atau bergayut di siling rumah dengan melekatkan tumitnya pada mana-mana permukaan yang licin dalam masa satu daripada lapan ribu saat dan kemudian menariknya kembali.

Kedudukan sudut setiap bulu pada tapak kaki cicak itu memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukannya dan menggunakan tumitnya untuk melekat pada dinding dan apabila kedudukan itu bertukar kepada 30 darjah, ia dengan sendiri tidak akan lagi mencengkam.

Penemuan oleh beberapa penyelidik di universiti di Amerika Syarikat ini dijangka akan membantu manusia untuk mencipta lebih banyak produk seperti robot yang mampu bergerak di dinding atau dalam darjah yang mencondong di masa depan.

Sunday, December 23, 2012

Isteri Psy Gangnam Style!


Rupa Wajah Isteri Psy Gangnam Style | Tahukah anda Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang (34) sudah berkahwin? Berliau bernikah dengan Yoo Hye-yeon pada tahun 2006 dan mempunyai dua orang anak kembar perempuan. 

Tahukah anda Psy mendapat royalti sebanyak USD 8 Juta hasil dari berbillion video Gangnam beliau di Youtube. 

Paling terbaik ialah Psy datang dari keluarga super kaya dan sebenarnya tak memerlukan langsung kareer sebagai seorang pemuzik. 

Lucky guy! 

MENGAPA LALAT SUSAH DIPUKUL?


MENGAPA SANGAT SUKAR UNTUK MEMUKUL LALAT | Ramai diantara kita yang merasa bosan dengan binatang kecil bernama lalat ini. Lebih-lebih lagi dengan kitaran hidupnya yang lincah apabila anda hendak memukulnya. 

Pastinya akan membuat anda akan semakin bosan dan hamun bukan? Namun pernahkah anda merasa ingin tahu dan ingin mengetahui alasan mengapa lalat susah dipukul atau ditangkap?

Seorang saintis bernama Dickinson mengaku telah mempunyai jawapan atas soalan tersebut. Ia mengatakan bahawa sekarang ia telah mempunyai jawapannya. 

Dickinson yang juga melakukan kajian bersama Esther M dan Abe M Zarem mendedahkan bahawa ia telah menemui rahsia tersebut setelah melakukan beberapa pengintipan dengan cara merakam manuver atau gerakan sejumlah lalat yang hendak dipukul dengan menggunakan kamera digital canggih yang boleh merakam benda kecil dan mikroskopik dengan kelajuan dan resolusi tinggi.

Penyelidikan yang mereka hasilkan mendapati bahawa lalat dapat mengenali ancaman dengan cepat berdasarkan lokasi ancaman. Otaknya akan langsung akan mengira dengan cepat seberapa jauh ancaman terhadap dirinya sebelum memutuskan untuk mengepakkan sayap dan terbang. 

Setelah ia meramalkan arah ancaman, kemudian kakinya bertumpu untuk terbang ke arah yang berlawanan. Semua persiapannya untuk segera melarikan diri boleh dilakukan serangga ini dengan sangat cepat, iaitu hanya memerlukan masa 100 milisaat (1/100 dari 1 detik) selepas ia mengesan adanya ancaman bahaya.

“Perkara tersebut amat luar biasa kerana membuktikan begitu cepatnya otak lalat untuk dapat memproses maklumat deria yang kemudian menjadi respons gerakan yang hampir menyerupai gerakan refleks,” ujar Dickinson.

Bahkan, lalat mampu menetapkan bentuk tubuhnya bersesuaian ancaman. Perkara ini menjelaskan bahawa lalat telah mengintegrasikan dengan sangat baik antara maklumat visual yang diterima dari mata dan maklumat metasensorik di kakinya. 

Penemuan ini memberi petunjuk lebih dalam mengenai sistem saraf lalat dan membuktikan bahawa di otak seekor lalat terdapat suatu sistem pemetaan posisi ancaman yang sangat kompleks dan berlangsung sangat cepat.

“Ini adalah sebuah bentuk transformasi rangsangan yang kemudian menjadi gerakan yang kompleks dan kajian kami selanjutnya adalah berusaha untuk mencari bahagian otak yang menguruskannya,” ujarnya.

Berdasarkan hasil penyelidikan yang dijalankan tersebut, Dickinson juga memberikan tips mudah untuk memukul KO haiwan ini. Ia menyarankan bahawa saat yang paling berkesan untuk memukul lalat adalah bukan pada saat kedudukannya siap terbang. 

Perkara tersebut kerana masa yang diperlukan oleh gerakan tangan sewaktu terangkat hingga saat gerakan memukul tentunya memerlukan waktu yang relatif lama dan lebih dari 100 milisaat dan biasanya sungguh sukar bagi manusia untuk dapat melakukan pukulan yang tepat dengan waktu 1/100 saat.

FAKTA DISEBALIK PEMBIKINAN FILEM PORNO!


FAKTA DISEBALIK PEMBIKINAN FILEM LUCAH | Sesi penggambaran filem lucah bukanlah sehebat dan sesedap yang anda fikirkan. Artis porno 100% berbohong jika mereka beritahu bahawa mereka menikmati pembuatan filem lucah yang mereka lakonkan. 

Walaupun artis wanita biasanya dibayar 10 kali ganda dari artis lelaki, tapi dalam proses pembuatan filem porno, boleh berlangsung 18 jam sehari untuk menjimat budget dan dalam sehari mereka boleh shooting 3 hingga 4 adegan berbeza.

- Setiap adegannya boleh berlangsung berjam-jam bergantung kepada apa pelakonnya boleh 'tampil' sesuai dengan harapan pengarah atau apa si artis yang harus berehat dulu kerana rasa sakit ketika melakukan adegan hardcore. Seperti adegan anal sex yang seringkali harus dihentikan kerana ada yang seharusnya tidak boleh tampil.

- Ketika menunggu adegan berikutnya, biasanya artis porno menghabiskan waktu di bilik rehat untuk minum minuman keras atau hisap ganja agar boleh mengurangkan rasa malu dan sakit dalam adegan berikutnya. Untuk diketahui di industri filem porno, ujian yang wajib dilakukan untuk tiap pelakon dan artis adalah ujian HIV (sebulan sekali) sedangkan ujian dadah tidak ada.

- Situasi ketika shooting filem porno sangat menyiksa baik secara fizikal mahupun mental khususnya untuk artis wanita kerana 12 - 18 orang berdiri di sebalik layar bermula dari pengarah dan pembantunya, peminat yang dapat hadiah menonton langsung hingga ke tukang lampu dan jurugambar yang punya hak untuk menghentikan adegan tertentu agar boleh diambil angle foto yang terbaik.

- Artis porno adalah pembohong profesional kerana jika mereka menceritakan kenyataan sebenarnya, maka hancurlah fantasi yang ada di setiap kepala para penggemar dan sekaligus menghancurkan kerjaya 'indah' mereka. Dan disinilah ironisnya kerana sudah terbiasa membohong, maka para artis filem lucah biasanya mempunyai kemampuan berlakon yang lebih baik dari kebanyakan bintang hollywood.

- Sepanjang tahun 2007, 9 bintang filem porno meninggal kerana HIV

- 66% bintang filem porno menderita penyakit herpes dan sekitar 12-28% menderita penyakit menular seksual lainnya.

- Sejak tahun 1990 sudah ada 26 bintang porno mati bunuh diri.

- Sejak tahun 1990 ada 45 bintang porno meninggal akibat overdos dadah.

- Lebih dari 90 orang bintang porno positif HIV, 25 orang masih bertahan hidup.

- Antara tahun 2003 hingga 2005, 976 bintang filem porno dilaporkan positif menderita penyakit menular seksual.

Friday, December 21, 2012

Pengakuan Di Goda Awek Cun



Pengakuan Di Goda Awek Cun | Aku merupakan seorang lelaki yang sangat bahagia. Awek aku cantik dan kami telah bercinta selama lebih dari setahun, jadi kami memutuskan untuk bertunang. Hanya ada satu hal kecil sering mengganggu aku, iaitu adik awek aku, Fara yang lebih muda dan lebih cantik.

Calon adik ipar aku itu sering mengenakan baju yang sangat ketat dan selalu tanpa bra. Jika di rumahnya Fara seolah-olah sengaja dan sering membungkuk ketika di depan aku menyebabkan aku sering 'terpaksa' melihat kemantapan dan keindahan flora dan fauna di sebalik bukit yang berkembar itu.

Suatu hari aku berkunjung ke rumah awek aku. Entah kenapa hari itu hanya Fara seorang diri berada di rumah lalu kami berdua lepak dan berborak berdua-duaan di dalam rumah. Hari itu Fara mengenakan baju kuning yang nipis dan sangat ketat. Berkali-kali aku cuba membawa mata aku ke pohon-pohon rambutan dan pokok gajus di luar rumah namun usahaku hanya sia-sia.

Sedang asyik berborak tiba-tiba Fara mendekati dan membisikkan kepada aku bahawa dia sedang mempunyai perasaan dan keinginan yang tidak mampu ditahan lagi. Perlahan dia mengucap ditelinga aku bahawa dia ingin bercinta dengan aku sekali sebelum aku menikahi kakaknya.

Aku benar-benar terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata "Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara."

Aku merasa saat itu seluruh badan aku gementar melihat Fara selangkah demi selangkah perlahan dengan menggoda menaiki tangga ke biliknya. Ketika berada di puncak tangga dia melepaskan seluar dalamnya dan melemparkan ke arah aku. Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus menuju ke pintu rumah dan berlari keluar menuju ke keretaku.

Tiba-tiba kedengaran tepukan gemuruh dari bawah rumah awek aku, seluruh keluarga dan awek aku keluar dari bawah rumah dan semuanya bertepuk tangan. Awek aku tersenyum bangga melihat aku, ayahnya mendekati aku lalu memeluk mengucap tahniah "Kami sekeluarga merasa sangat gembira kerana kamu telah lulus ujian kami, kamu ternyata pemuda yang sangat baik dan tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu wanita."

Aku merasa sangat gembira dan dengan ini aku berpesan kepada korang semua :

"Jangan sesekali menyimpan kondom anda di dalam dompet, simpanlah ia di dalam kereta"



Ketahuilah Jika Dia Jodoh Kita


Ketahuilah Jika Dia Jodoh Kita | Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan..”

Apakah Tanda - Tanda Besar Berlakunya Hari Kiamat?



Apakah Tanda - Tanda Besar Berlakunya Hari Kiamat? | Hari ini Jumaat penghulu segala hari, tanggal 21-12-2012 menurut kalendar kaum Mayan, kononnya akan berlaku Hari Kiamat (Mayan Doomsday). Maka ramailah pihak yang mula panik dengan perkhabaran ini. Ada pihak di negara ini menjadi panik sehingga mengisytiharkan beberapa sekolah bakal ditutup sebagai langkah berjaga-jaga kononnya.

Sebagai seorang muslim yang beragama islam kita wajib melihat tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam, yakni suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

     Tanda-tanda besar bakal berlakunya Hari Kiamat :
   - Hijaunya bumi Arafah.
   - Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian 
     yang tidak diluluskan mahkamah.
   - Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
   - Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
   - Munculnya nabi-nabi palsu, semuanya berjumlah 30 orang.
   - Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
   - Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
   - 3 kali gempa bumi.
   - Bermulalah kekuasaan Dajjal.
   - Munculnya Imam Mahdi.
   - Turunnya Nabi Isa a.s.dan membunuh Dajjal.
   - Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
   - Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
   - Matahari terbit dari ufuk barat.
   - Terdengar tiupan Sangkakala pertama, kedua


NOTA : Sebagai seorang islam, kita wajib mempercayai tanda-tanda besar tersebut. Ada di antara tanda-tanda besar Hari Kiamat tersebut telahpun berlaku, cuma mungkin sebahagian kita tidak perasan. Tetapi seandainya tidak kesemua tanda-tanda besar tersebut berlaku, maka tidaklah akan berlaku Hari Kiamat lagi. Kita juga wajib mempercayai Hari Kiamat adalah rahsia Allah, dan Allah sahajalah yang mengetahuinya, wallahualam.

Thursday, December 20, 2012

Mesti Baca - Mengapa Syok menjadi Seorang Lelaki


  1. Perbualan telefon biasanya mengambil masa tidak lebih 30 saat.
  2. Anda mengetahui banyak perkara berguna mengenai automotif dan senjata.
  3. Percutian seminggu memerlukan hanya satu beg bimbit.
  4. Tidak perlu berbaris panjang untuk memasuki bilik air, tidak perlu berbaris langsung untuk membuang air kecil.
  5. Dapat membuka semua penutup botol dan balang.
  6. Kawan - kawan tidak ambil peduli sama ada berat badan anda bertambah atau tidak.
  7. Ketika mencari – cari rangkaian TV untuk di tonton, anda tidak perlu berhenti setiap kali terlihat adegan orang menangis.
  8. Tidak perlu membawa benda wajib dalam beg kecuali dompet walau kemana - mana anda pergi.
  9. Tidak perlu teman ke bilik air.
  10. Nama kekal dalam kad pengenalan anak.
  11. Tidak perlu mengemaskan bilik hotel sebelum meninggalkannya.
  12. Garaj kereta atau bilik bawah tanah kepunyaan anda seorang.
  13. Mendapat penghargaan dengan sedikit usaha yang rajin dan murni seperti mengemas rumah atau menolong ibu bapa.
  14. Khusyuk menonton Discovery Channel, terutamanya mengenai pembiakan haiwan.
  15. Tidak perlu mencuci tandas.
  16. MANDI (AIR, SABUN DAN BASUH RAMBUT) DAN SIAP BERPAKAIAN SERTA BERSIKAT DALAM MASA 10 MINIT.
  17. Persiapan untuk perkahwinan berjalan dengan lancar tanpa perlu bersusah – payah.
  18. Jika seseorang lupa untuk menjemput anda ke majlis atau partinya, dia masih boleh menjadi kawan baik dan bercerita mengenai majlis tersebut kepada anda.
  19. Untuk tiga helai seluar dalam, anda hanya perlu membayar kurang RM 10.
  20. Tidak ada seseorang pun rakan sekerja mahupun bos boleh membuat anda menangis.
  21. Anda tidak perlu bercukur dari leher ke bawah.
  22. Anda tidak perlu tidur dan dicium oleh seseorang lelaki berbadan besar dan berbulu pada setiap malam.
  23. Teman tidur anda adalah seorang wanita yang halus dan gebu kulitnya.
  24. Anda tidak perlu mencium seseorang yang bermisai KECUALI anda gay.
  25. Jika usia anda 34 tahun dan masih solo, tiada siapa akan perasan.
  26. Coklat tidak menjadi masalah kepada anda.
  27. Tiga pasang kasut sudah lebih daripada mencukupi.
  28. Anda boleh berkata apa sahaja malah tergelak besar tanpa bimbang diperhati atau diperkata orang.
  29. Boleh berlenggang (tidak berbaju) di khalayak ramai ketika hari panas.
  30. Mekanik memberitahu kerosakan sebenar kereta anda serta kos termurah untuk membaikinya. 

Wednesday, December 19, 2012

Kenali Simbol Syaitan

Di dalam buku CODEX MAGICA susunan Texe Marrs telah menerangkan berkaitan tiga versi isyarat “Tanduk Syaitan” .


Ketiga-tiga isyarat ini merupakan SIMBOL yang sering dipertonjolkan oleh kebanyakkan masyarakat dunia sebagai suatu isyarat komunikasi tanpa lisan. Merujuk kepada pencipta bahasa-bahasa isyarat untuk orang bisu dan pekak iaitu Helen Keller, simbol ini dicipta untuk membawa maksud “I love U”.


Sehingga sekarang, isyarat tangan seperti ini telah diterima pakai sebagai isyarat yang UNIVERSAL untuk semua bangsa bagi menggambarkan perasaan “AKU CINTA KAMU”. 

Namun begitu, hasil analisa Texe Marrs di dalam buku Codex Magica yang dikarang olehnya telah mendedahkan suatu tanda yang jelas bahawa simbol ini sebenarnya digunakan oleh golongan-golongan tertentu sebagai menunjukkan sifat “PENYEMBAHAN” dan rasa kecintaan kepada unsur-unsur KESYAITANAN. Beliau menyimpulkan bahawa simbol ini sebagai membawa maksud “I LOVE U, SATAN”.

Walaupun Hellen Keller dikenali sebagai penyumbang besar kepada terciptanya bahasa isyarat tangan bagi orang bisu dan pekak tetapi latar belakangnya banyak menimbulkan pelbagai persoalan dan kecurigaan tentang tujuannya. 

Para penyelidik konspirasi cuba menyimpulkan bahawa isyarat “I love U” yang dicipta oleh Hellen sebenarnya adalah adaptasi dari isyarat yang berunsurkan kesyaitanan. Kesimpulan ini dibuat adalah berdasarkan kepada satu kenyataan beliau di dalam bukunya yang bertajuk ‘Light in My Darkness’ yang diterbitkan pada 1927. 

Dalam buku tersebut beliau amat mengkagumi pandangan-pandangan “Emanuel Swedenborg” di mana falsafah Swedenborg telah dijadikan pegangan untuk mencapai visi hidupnya. Beliau merupakan seorang ahli akademik dari Sweden yang amat meminati amalan-amalan mistik dan kerohanian yang bercorak kefalsafahan agama. 

Di kalangan ahli-ahli sejarah, Emanuel diakui seorang yang amat fanatik dengan unsur-unsur tahyul, mistik dan kesyaitanan.

KATAKAN TIDAK KEPADA i-CITY SHAH ALAM!


KATAKAN TIDAK KEPADA i-CITY SHAH ALAM | Tak sangka betul I-City yang dibangga-banggakan Malaysia sebenarnya adalah lintah yang menyedut darah rakyatnya sendiri. Mari kita baca luahan berani mati seorang rakyat Malaysia tentang betapa teruknya I-City Shah Alam.

Mazeer pernah jugak lepak I-City Shah Alam ni. Adalah jugak dua tiga kali. Itupun member ajak. Masuk tak lama pun, ambil gambar dua tiga keping, rasa panas dan rimas sebab ramai sangat orang dan balik. Ada jugak terdetik nak masuk SNOW WALK dia tu. Nasib baiklah tak masuk. Kalau tak, jadi macam abang kat bawah ni. Tetipu, ditipu oleh penipu!

Entah macam mana pulak cerita Water World I-City tu kan. Mesti ada lagi taktik baru nak dapatkan duit masyhuk yang diorang guna.

TAHNIAH I-CITY.

JOM LAYAN.

I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit....

Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dan aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. 

Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. 

Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.

Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). 

Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. 

Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Dengan berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". 

Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". 

Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?

Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?

Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.

Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok.

Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. 

Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?

Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG...ng.

Kesimpulan yang aku boleh bagi;

Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.

Pesan aku: I-City memang mahal...kalau kaya tak pe..kalau korang gaji biasa-biasa je, better jangan masuk snowalk tu..

Tuesday, December 18, 2012

Terbaik Bila Gemuk Jadi Kurus

Terbaik Bila Gemuk Jadi Kurus | Terbaik sangat bila dapat tengok seseorang boleh dapat turunkan berat badan dengan banyak ni.

Awek sorang ni adalah salah satu contohnya. Kena lagi dengan orang-orang yang ada masalah berat badan ni, lepas tengok awek ni mesti semangat terus nak kurus kan.? Hehe




Terbaik...

Sunday, December 16, 2012

Fakta! Ustaz Don Tidak Pernah Memungkiri Janji Terhadap Penganjur


Nama Ustaz Don sering meniti di bibir masyarakat. Jadi tidak hairanlah jika namanya tersenarai dalam pencalonan awal dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Baru-baru ini kecoh mengatakan bahawa Ustaz Don telah memungkiri janji terhadap penganjur. 

Biarpun cerita sebenarnya Ustaz Don tidak bersalah, terdapat media lain membuat tajuk sensasi menampakkan seolah-olah Ustaz Don yang memungkiri janji. Ia sedikit sebanyak mencalarkan reputasi Ustaz Don.

Sejak muncul dengan program 30 Minit Ustaz Don di TV Alhijrah, ramai yang menyukai gaya penyampaian dakwahnya yang bersahaja.

Maka, tidak hairanlah ramai pihak ingin menjemput Ustaz Don di dalam program mereka bagi mendengar sendiri ceramah disampaikannya.

Bagaimanapun, Zass mendapat aduan daripada sumber yang mengatakan ikon baru dakwah ini telah memungkiri janji.

Menurut sumber itu, Ustaz Don sepatutnya menjayakan program anjuran sebuah jabatan di Kuala Lumpur, semalam, tetapi dibatalkan di saat akhir.

Sedangkan, kata persetujuan telah dicapai dan 300 tetamu sudah menanti tetapi bayang Ustaz Don tidak kelihatan.

Zass mendapatkan kenyataan daripada pihak Ustaz Don dan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Mirza, tidak menafikan kejadian itu sememangnya berlaku.

Bagaimanapun, Mirza menjelaskan, Ustaz Don tidak terlibat dalam hal itu dan kesalahan berpunca daripadanya.

“Memang pada mulanya tarikh telah dipilih tetapi saya kemudiannya mendapati tarikh itu bertembung dengan komitmen lain.

“Saya cuba berhubung dengan penganjur dan memberitahu hal tersebut.

“Namun, saya tidak sedar telah tersilap menyalin nombor penganjur membuatkan mereka tidak mendapat makluman,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mirza, dia sudah pun meminta maaf kepada penganjur dan menjelaskan hal yang sebenar.

Ketika dihubungi Zass, Mirza berkata, Ustaz Don belum mengetahui kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Mirza menolak anggapan sesetengah pihak bahawa Ustaz Don sudah mula ‘demand’ dan mengenakan bayaran tertentu untuk menjemputnya.

“Ustaz Don masih sama seperti dulu. Dia sangat komited dengan dakwah dan tidak memikirkan mengenai bayaran.

“Saya harap dengan penjelasan ini akan membersihkan nama Ustaz Don kerana dia tidak bersalah,” katanya.

Saturday, December 15, 2012

FAKTA DULU VS SEKARANG!

FAKTA PERBANDINGAN ANTARA ZAMAN DAHULU DAN ZAMAN KINI | Banyak benda atau perkara masa lalu yang kita dapat lakukan dan budak-budak masa kini tidak sempat lakukan.

Ini kerana mereka sudah mempunyai benda lain yang menarik perhatian mereka. Mari kita tengok apa benda yang dulu kita nikmati tapi sekarang tak.

1. Permainan Ding Dang dan Tora (datang lagi). Sekarang budak pandang pun tak benda macam ini. dulu kita syok je tengok dalam TV dan selalu minta ibu bapa kita beli.

2. Video Tape Player, Dulu nak tengok Titanic terpaksa la pergi sewa Video Tape dan masukkan dalam sini. Sekarang download dan masukkan dalam hard disc. Boleh main di mana-mana laptop. 

3. Televisyen tanpa Remote Control. Kalau nak tukar channel terpaksa pergi depan TV untuk tukar atau kuatkan volume. Sekarang budak duduk je 5 meter pun boleh kawal dah TV ni. 

4. Dulu permainan paling smart dan best adalah ini TETRIS. Yang paling penting hitam putih dan sangat seronok. Sekarang ada Wii, Playstation dan macam-macam lagi. Semua 3D dan berwarna. Game macam ini siapa la nak main lagi. 

5. Kartun zaman dulu macam Doraemon dan Sailormoon siapa la tengok. Sekarang ada Naruto, Full Metal, dan banyak lagi Anime lain. 

6. Dulu kalau nak chatting dan berkenalan. Kita guna MIRC!! Hanya ada tulisan dan tak ada gambar. Tetapi memang seronok la berkenalan macam tu dulu. Sekarang ada FB dan Twitter dengan gambar yang selalunya gambar palsu untuk berkenalan. MIRC sekarang mana ada orang guna lagi seperti Friendster.


7. MP3 player zaman dulu adalah WALKMAN. Hanya boleh digunakan dengan kaset. Lagu dalam kaset pun selalu diRECORD melalui radio sebab tak mampu beli kaset original. Nak rewind lagu kadang-kadang guna pensel untuk putar. Sekarang semua lagu boleh dimuat turun. Dan boleh dimainkan dimana saja pada bila-bila. Walkman kalau habis bateri, habis lah semua..hehe

8. Dulu kalau nak ingat no telefon orang, terpaksa tulis semua dalam buku kecil. Sekarang dalam HP boleh masuk no, gambar, alamat dan macam-macam.

9. Kamera berfilem dan bertukar menjadi kamera digital yang boleh mengambil berjuta gambar tanpa takut boleh expose dan rosak. Dulu nak tengok gambar tu kena pergi cuti semua gambar baru nampak. Sekarang 24 jam boleh tengok.

10. Kalau nak download dulu guna ini. KaZaa, Napster dan Limewire. Sekarang banyak giler downloader dan boleh muat turun dari mana saja.

PERBANDINGAN ANTARA LELAKI DAN WANITA KETIKA LUNCH HOUR!


FAKTA PERBANDINGAN ANTARA LELAKI DAN WANITA KETIKA LUNCH HOUR | Memang wanita agak kompleks sikit bila datang time lunch hour.

Lelaki
Waktu lunch, jalan ke tempat makan
Sampai kedai makan, masuk
Ambik Pinggan
Letak nasi
Letak Lauk
Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
Makan
Habis
Balik Opis or
pergi surau bagi Islam

WANITA
Waktu lunch, jalan ke kedai makan
Perhatikan orang waktu jalan
Sempat mengumpat dulu
Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
Ramai orang,cari kedai lain.
Jalan lagi
Dah puas ati..masuk..
Survey lauk dulu 2, 3 minit.
Carik2 pinggan, ambik pinggan
Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
Dah puas ati, ambik nasi
Ambik nasi ceduk sikit-sikit
Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
Buang balik nasi.banyak. .
Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
Ambil lauk
Pusing lagi
Carik sayur pulak!
Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
Ke kaunter bayaran
Tgk2 nasi dlm pinggan
Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik”
Sampai depan kaunter “berapa?”
Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
Keluarkan duit
Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
Tutup dompet. Ambik nasi
Tinjau-tinjau tempat duduk.
Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
Cari tempat duduk lain
Jumpa. Duduk..
Alamak. Air tak order lagi
Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
Order air
Bangun
Ambik sudu
Duduk
Bangun
Ambik Tisu
Duduk
Air sampai
Belek dompet (Step tadi)
Bayar
Tutup
Minum air
Start makan
Tengok-tengok orang sambil makan
Makan separuh..kenyang
Sebab dah minum air
Letak sudu, letak garpu
Pinggan tolak tepi
Borak2 kater makanan tak sedap
Ngumpat2..tg korang
Pukul 2, naik opis..
Ambik beg makeup, g surau bagi Islam

Friday, December 14, 2012

JOM KENALI BRUCE LEE!

FAKTA TENTANG BRUCE LEE YANG ANDA TIDAK TAHU | Bruce Lee merupakan lagenda dan hampir seluruh dunia mengenali beliau. Walaupun beliau sudah meninggal, nama beliau masih lagi disebut-sebut hingga ke hari ini. Ada desas-desus yang mengatakan Bruce Lee Mati Selepas Tewas Dengan Silat Melayu.

1. Bruce Lee mempunyai kecacatan semulajadi iaitu kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.

2. Bruce Lee sebenarnya rabun teruk dan memakai cermin mata tebal, dan dia menggunakan soft lens. Terbukti di Amerika, soft lens sudah wujud pada zaman itu.

3. Bruce Lee bukan 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah campuran Chinese & Jerman, dan ini menjadikan Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman.


4. Bruce Lee pertama kali muncul dalam filem ialah pada umur 3 bulan. Dia dibawa ayahnya, seorang yang cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk tampil pada filem pertamanya.

5. Dalam suatu majlis lelong, sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri dgn tajuk “My Definite Chief Aim” dijual dengan harga US$29,500.


6. Kelajuan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 saat dari jarak sekitar 1 meter ke sasarannya.

7. Bruce Lee seorang yang sangat kuat untuk saiznya, dia dapat melakukan push ups 50 kali dgn satu tangan. Bolo Yeung (aka Chong Li) yang begitu besar tidak pernah menang melawan Bruce Lee.



8. Bruce Lee dapat melakukan push up dgn satu tangan hanya dgn 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan push ups dengan dua tangan, namun hanya menggunakan ibu jari sahaja.


9. Bruce Lee mempopularkan teknik ‘one inch punch’ iaitu tumbukan dari jarak 1 inci. Pada satu pertandingan karate, dia mempraktikannya pada seorang juara judo berasal Jepun yang memiliki berat sekitar 100 kg. Juara judo itu jatuh terduduk dan kakinya terangkat apabila terkena one inch punch dari Bruce Lee. 

10. Ketika umur 13 tahun Bruce Lee berguru dengan Yip Man untuk belajar Wing Chun kerana pada ketika itu, Bruce Lee dan gengnya sering bergaduh dengan geng lain. Bruce Lee terfikir jika beliau diserang ketika berseorangan. Jadi beliau pun belajar Wing Chun untuk belajar berlawan dengan ramai orang sekaligus. 

11. Ada tiga murid Bruce Lee yang pernah memenangi World Karate Champion iaitu Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.

12. Di Amerika, Bruce Lee mengajar kung fu kepada semua bangsa dengan tidak memilih-milih, dan kerana itu, dia dicabar oleh guru kung fu lain dengan tuduhan membocorkan rahsia Chinese Martial Art kepada bangsa lain.

Bruce Lee menerima cabaran itu dan mengalahkan guru tersebut dalam masa 3 minit. Bruce Lee kecewa, kerana menurutnya mencipta konsep “Jeet Kune Do”.

13. Film Dragon The Bruce Lee Story yang diarahkan Jason Scott Lee adalah filem yang sangat tidak tepat dalam menggambarkan cerita sebenar Bruce Lee. Dalam filem tersebut, Bruce Lee ditendang punggungnya, menjadi lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Dalam kejadian yang sebenar, cedera Bruce Lee disebabkan oleh latihan dengan beban yang terlalu berat dan menyebabkan kecederaan tulang belakang, dan sebenarnya sebenarnya tidak pernah duduk di kerusi roda.


14. Sewaktu berehat dari kecederaan tulang belakangnya selama 6 bulan, Bruce Lee menulis buku “Tao of Jeet Kune Do” yang menjadi best-seller.


15.Beberapa saat sebelum kematian Bruce Lee, "Pa Qua" (sejenis azimat yang dipercayai dapat menepis evil spirits) pada rumah Bruce Lee jatudih tiup angin.

Wednesday, December 12, 2012

9 Fakta Menarik Apabila Lelaki Memasak


  • Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.
  • Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.
  • Kadangkala apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.
  • Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok.
  • Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.
  • Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.
  • Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.
  • Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Betul tak?
  • Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat awek. Tak pun dalam proses nak mengorat.. hahaha
Artikel Asal : MelayuKini.net

Monday, December 10, 2012

SEBAB JIN MERASUK MANUSIA!

PUNCA JIN MERASUK MANUSIA | WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.


Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya." Tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

"Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat." katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More