Showing posts with label ancient. Show all posts
Showing posts with label ancient. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Fosil Mesin Purba Berusia 400 Juta Tahun Dijumpai Di Russia (Berita)

400 juta tahun?

Satu fosil purba telah dijumpai di semenanjung Kamchatka, Russia oleh pejalan kaki yang melalui kawasan tersebut. Menurut seorang ahli arkeologi, Yuri Golubev, penemuan ini sangat mengejutkan para saintis dan ianya mungkin bakal mengubah pemahaman kita kepada sejarah.

Apabila Yuri Golubev dan kumpulannya tiba di tempat penemuan, mereka mendpati beratus objek berbentuk silinder bergigi seperti gear dan ianya kelihatan seperti sebuah bahagian mesin.

Setelah analisis dijalankan, fosil yang didakwa mesin purba ini dianggarkan berusia 400 juta tahun! Apapun, penemuan ini masih dalam peringkat penelitian dan belum lagi ada bukti muktamad.

Kalau betulah penemuan ini adalah fosil mesin purba, mungkin ini akan menguatkan lagi pendapat bahawa manusia sudah membina tamadun yang tinggi suatu masa lalu. Tapi...400 juta tahun dahulu? Macam diluar lojik akal, dinosaur pun wujud lebih kurang 230 juta tahun yang lalu.

Mungkin juga ianya adalah fosil tumbuhan? haiwan? terjadi secara semulajadi? teknologi alien? teknologi manusia? objek yang tertinggal oleh pengembara masa? objek zaman moden yang mengalami proses fossilization? atau mungkin berita ini adalah rekaan semata-mata? aku pun tidak tahu.



Sunday, July 15, 2012

Terkini: Info Dan Gambar Patung-Patung Moai Yang Mempunyai Badan (10 Gambar)

Lagi gambar dan info.

Sebelum ini aku ada paparkan beberapa gambar dalam entry Patung Moai Sebenarnya Mempunyai Badan. Sekarang mari lihat pula beberapa lagi gambar patung-patung ini semasa proses Pengalian dijalankan. Sebenarnya proses pengalian ini sudah berjalan selama 5 musim dan ianya diuruskan oleh Easter Island Statue Project (EISP).

Menurut cerita tradisi masyarakat Rapa Nui yang diturunkan secara lisan, pemahat patung tersebut dibayar upah untuk menghargai bakat dan usaha mereka. Upah ini termasuk makanan yang diinginkan seperti Lobster dan Ikan tuna.

Menurut laporan EISP, mereka telah menjumpai tulang ikan tuna di tempat penggalian tersebut dan mereka juga menemukan bukti bagaimana patung ini diletakkan dan ditanam di dalam lubang sedalam 1 meter oleh pemahat patung tersebut. Lagi menarik, mereka juga mendapati setiap badan patung ini mempunyai ukiran petroglyphs yang unik dan tersendiri.

Aku harap selepas ini bakal ada lagi penemuan yang menarik daripada tapak penggalian tersebut! Mungkin ada sesuatu (bandar kuno?) yang tertanam di sana dan masih belum dikeluarkan.












Tibe2Jam6Petang

Wednesday, July 11, 2012

Yutyrannus: Spesies Dinosaur Terbaru Ditemui (5 gambar)

Info purba!

Ahli paleontologi daripada China, Xing Xu dan kumpulannnya telah menerbitkan sebuah diskripsi mengenai spesies dinasaur terbaru daripada fosil yang ditemui.

Dinasour ini dinamakan Yutyrannus huali, mempunyai bulu pada kulitnya dan menyerupai dinasaur Tyrannosaurus rex (T-rex). Ianya mungkin merupakan versi awal dinasour ganas tersebut. Adakah Trex juga mempunyai bulu? Masih belum terjawab.





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More