Showing posts with label Sakit Perut. Show all posts
Showing posts with label Sakit Perut. Show all posts

Friday, September 7, 2012

3 Khasiat Pokok Mata Ayam

Pucuk pokok Mata Ayam atau Mata Pelanduk ni sering dijadikan ulam-ulaman. Rasanya agak lemak gitu. Ada yang kata kalau nak lagi sedap, anda boleh cecah dengan sambal belacan. Bagi orang pantai timur, tentu budu yang menjadi pilihan, kan?

Di sebalik keenakannya sebagai ulam, pokok Mata Ayam atau nama saintifiknya Ardisia Crispa turut mempunyai khasiat tertentu. Antaranya boleh hilangkan kelemumur, menyembuhkan demam dan melegakan sakit perut akibat cirit-birit.


Pokok Mata Ayam - Wikipedia

Bagi menghilangkan kelemumur, anda ikuti langkah berikut:

1. Ambil seluruh pokok Mata Ayam termasuk akarnya sekali.

2. Kemudian, tumbuk ia sampai hancur.

3. Seterusnya, campurkannya dengan air bersih.

4. Bilaskan pada kulit kepala dan seluruh rambut anda yang berkelemumur.

Cuba amalkan petua ini beberapa kali sehingga anda bebas daripada kelemumur. :)

Sebaliknya, untuk menyembuhkan demam atau sakit perut;

1. Ambil hanya bahagian akar pokok Mata Ayam ni dalam segenggam.

2. Bersihkannya dan tumbuk akar tadi sampai hancur.

3. Kemudian, campurkannya dengan sedikit air dan kisarkannya hingga lumat.

4. Akhir sekali, tapiskan airnya dalam gelas dan minumnya sekali sehari.

Sekiranya masih belum sembuh atau lega, anda minumlah lagi segelas pada keesokan harinya.

Selamat Mencuba!

Wednesday, August 15, 2012

Petua Merawat Kudis dan Kudis Buta

Sebelum saya kongsikan petua merawat kudis buta, ada baiknya jika kita ketahui dulu serba sikit mengenai kudis buta.

Apa itu kudis buta?
Ia merupakan sejenis jangkitan kulit yang berjangkit akibat hama gatal (betina). Ia boleh dijangkiti melalui sentuhan kulit. Malah, semua orang terdedah kepada jangkitannya.

Terutamanya jika tinggal serumah dengan individu yang dijangkiti kudis buta. Ataupun berkawan rapat dengannya. Anda mesti merawatnya segera.

Walaubagaimanapun, kudis buta yang menjangkiti haiwan dikatakan tidak akan menjangkiti manusia. Ia hanya akan menyebabkan ruam.
Tapi, bolehkah kudis buta ni dirawat?
Kalau rawatan moden, anda boleh menyapu krim atau losyen pembunuh serangga. Antaranya seperti "permethrin", "malathion" dan "gamma benzene hexachloride (lindane)". Ish... susah betul nak sebut

Sebaliknya, jika anda dah buat rawatan moden tapi tidak berhasil, cubalah rawatan tradisional pula. Iaitu dengan menggunakan daun pokok semuluh ataupun keseluruhan bahagian pokok semuluh.

Daun Pokok Semuluh @ Polygonum Chinense

Caranya:

1. Ambil beberapa helai daun semuluh. Ataupun boleh ambil keseluruhan bahagian pokok semuluh.

2. Bersihkannya terlebih dahulu.

3. Kemudian, rebus daun atau keseluruhan bahagian pokok semuluh sampai mendidih.

4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam seketika.

5. Akhir sekali, jiruskan air rebusan tadi secara perlahan-lahan pada bahagian yang berkudis.

Selain kudis buta, air rebusan tadi turut berfungsi merawat penyakit kulit lain seperti kudis, panau dan ulser. Begitu juga jika nak hilangkan biasa akibat dipatuk ular, digigit anjing ataupun serangga. Caranya merawatnya tetap sama.

Sebagai tambahan, air rebusan tadi sebenarnya boleh diminum. Sekiranya anda mengalami cirit-birit, ada penyakit di usus besar, sakit kepala dan nak membersihkan darah, minumlah air rebusan daun semuluh ni. Ia dikatakan mampu mengubati 4 masalah yang dinyatakan tadi dengan izin-Nya.

Akhir sekali, jika anda sakit perut dan tidak tahu nak buat apa, gunakan daun pokok semuluh ni. Jadikan ia sebagai demah untuk mengubati sakit perut anda.

p.s: Wah, banyak betul khasiat daun semuluh ni yea. Boleh merawat pelbagai penyakit. Jadi, kalau anda jumpa tumbuhan ini, tanamlah saja di rumah. Senang nak guna nanti.

[ Demah = benda (spt pasir, air dll yg dipanaskan) utk menuam  bahagian badan yg sakit ~ Kamus Dewan Edisi Keempat]

 PetuaSejagat

Sunday, December 28, 2008

14 Kehebatan Campuran Madu Asli Dan Kayu Manis

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis nie mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.

Sebelum saya pergi lebih jauh, apakata survey anda kenali dulu rupa madu dan kayu manis. Tapi dalam mengamalkan petua nie, kita gunakan serbuk kayu manis tau.



Rajah 1: Madu



Rajah 2: Kayu Manis


Berikut adalah kehebatan campuran madu asli dan kayu manis:


1. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran tue kat muka (bahagian yang ader jerawat) sebelum tidur.

Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.

Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain tue, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.


2. Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.

Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping tue, ia boleh menurunkan berat badan gak.


3. Selesema

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.


4.Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan kat kulit kepala.

Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.


5. Sakit gigi

Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.

Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tue. : )


6. Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.


7. Jangkitan pada pundi kencing

Anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada kat situ.

Caranya;

Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.


8. Kolesterol

Anda nak mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam??

Caranya;

Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.


9. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis nie boleh mengurangkan risiko serangan jantung.

Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.


10. Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.

Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.


11. Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.

Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.


12. Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan anda. Hehe...

Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.


13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran nie pada setiap pagi.

Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.


14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;

Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More