Showing posts with label Awet Muda. Show all posts
Showing posts with label Awet Muda. Show all posts

Saturday, August 18, 2012

Miliki Kulit Sihat Dengan Kurma

Buah kurma memang banyak khasiat. Terutamanya dari sudut kesihatan. Kalau bulan puasa, setiap hari berbuka dengannya. Lagipun ianya sunat, kan?

Namun, buah kurma bukan setakat baik untuk kesihatan aje. Malah, boleh digunakan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Lagi satu, kalau nak awet muda pun boleh! Menarik tak? Hehe...


Kelebihan di atas boleh diperolehi sebab kurma mengandungi protein dan vitamin B6. Di mana ianya berfungsi menjauhi infeksi kulit serta melambatkan proses penuaan ( kedutan kulit).

Apa yang harus saya buat untuk mendapatkan khasiat di atas?

Begini, anda perlu gunakan kurma sebagai skrub. Skrub muka dan seluruh tubuh badan.

Cara-caranya;


1. Ambil 8 biji kurma dan setengah sudu oatmeal.

2. Kisarkan bahan-bahan di atas sampai lumat untuk dijadikan skrub.

3. Basahkan sikit muka dan tubuh anda.

4. Kemudian, sapukan skrub kurma tadi pada muka dan seluruh tubuh anda.

5. Biarkan ia dalam 15-25 minit.

6. Kemudian, basuhlah tubuh anda sehingga bersih ataupun terus mandi. Senang cerita. :D

PetuaSejagat

Friday, August 17, 2012

4 Tumbuhan Mengubati Darah Tinggi

Setiap tumbuhan yang dijadikan oleh-Nya tentu mempunyai khasiat tersendiri. Cuma mungkin kita saja yang kurang tahu mengenainya. Justeru, saya kongsikan beberapa jenis tumbuhan yang dikatakan berupaya mengurangkan atau mengubati tekanan darah tinggi anda.

1. Pegaga

Daun pegaga boleh dibuat jus sebagai penawar darah tinggi anda. Selain itu, amalan meminum jus pegaga membantu anda kelihatan awet muda.


2. Pucuk Betik

Jadikan pucuk betik sebagai ulam-ulaman ketika anda menikmati makan tengah hari mahupun malam.


3. Daun Sambung Nyawa

Satu lagi tumbuhan yang boleh anda jadikan sebagai ulam-ulaman ialah daun sambung nyawa. Andai memakannya secara berlebihan, anda akan berasa mual, loya dan macam nak muntah.

Daun Sambung Nyawa

Ini disebabkan oleh cecair daunnya yang berfungsi menurunkan kandungan gula dalam darah.


4. Daun Tenggek Burung

Daun Tenggek Burung

Anda yang menghidapi darah tinggi boleh buat daun tenggek burung ni sebagai ulam. Lawan pula dengan sambal belacan. Mmmm... memang sedap.

Di samping darah tinggi, ia membantu melancarkan perjalanan darah anda juga.


PetuaSejagat

Thursday, August 19, 2010

Khasiat Rizom Temu Lawak

Pada tulisan sebelum ini, anda dah tahu akan khasiat air rebusan batang dan rizom temu lawak, kan? Iaitu ia baik untuk mengatasi sembelit dan najis berdarah.

Sebagai kesinambungan, saya ingin kongsikan pula secara ringkas tentang khasiat rizom temu lawak. Rizom temu lawak ni boleh dimakan secara mentah mahupun meminum air rebusannya.


Jika anda memilih untuk memakannya secara mentah, ia memang baik dalam usaha mengekalkan tahap kesihatan serta membantu anda kekal awet muda.


Sementara itu, amalan meminum air rebusan rizom temu lawak pula mampu mengurangkan demam panas dan rasa sengal-sengal.

Tak lupa juga untuk para ibu yang baru lepas bersalin. Ada juga khasiatnya untuk anda. Gunakan air rebusan ini sebagai air mandian untuk menyegarkan badan.


Selamat Mencuba!

Wednesday, June 16, 2010

Petua Awet Muda Dengan Buah Kerandang

Ada tak di antara anda yang kenal dengan buah kerandang? Nama saintifiknya ialah Carissa Carandas. Menurut pengamal perubatan tradisional, amalan memakan buah kerandang baik untuk anda yang ingin kekal awet muda.

Bagi anda yang belum kenal buah kerandang ni, apakata kita berkenalan dengannya dulu. Buah kerandang ni berwarna merah jambu.

Buah Kerandang

Buah Kerandang - pt.treknature.com



Tapi, bila dah masak, ia akan bertukar warna kepada ungu gelap pekat.


Buah kerandang yang telah masak

Buah kerandang yang telah masak - superstock.com



Pokok kerandang ni jikalau tumbuh merimbun, amat sesuai dijadikan tempat berteduh. Ditambah pula kalau buahnya tengah lebat, lagilah cantik. Manakala daunnya pula agak keras dan batangnya juga berduri keras.


Pokok Kerandang (Carissa Carandas) - commons.wikimedia.org



Selain itu, bunga pokok kerandang ni warnanya putih dan pecah lima. Anda boleh rujuk imej di bawah ini.


Bunga Pokok Kerandang

Bunga Pokok Kerandang - pt.treknature.com




Baiklah... Setelah saling mengenali serba sikit tentangnya, mari kita berbalik kepada petua awet muda dengan buah kerandang ni. Apa yang ada perlu lakukan sekarang adalah;


1. Ambil beberapa biji buah kerandang yang telah masak.

2. Bila anda petik buah kerandang nanti, ia tentu akan bergetah.

3. Jadi, anda perlu membersihkannya dulu.

4. Kemudian, rebuskan buah kerandang tadi sehingga mendidih.

Merebus buah kerandang ni bertujuan menghilangkan keracunan getah yang mungkin terdapat pada buah kerandang yang anda petik tadi.

5. Kemudian, anda jadikan buah kerandang rebus ni sebagai ulam ketika makan tengahari atau makan malam.

Boleh dimakan bersama nasi, ulam-ulaman serta lauk-pauk lain. Amalkannya selalu secara berterusan untuk kelihatan awet muda.


Selamat Mencuba!

Thursday, February 11, 2010

4 Khasiat Pucuk Betik

Sebelum ini, saya pernah menyatakan yang buah betik mampu menghancurkan lemak pada tubuh jika anda memakannya setiap hari. Jika anda sudah terlupa, boleh rujuk semula di SINI. Untuk makluman anda, amalan memakan buah betik juga dapat mengekalkan kehalusan kulit serta membantu wajah anda sentiasa kelihatan awet muda.


buah betik




Baiklah, itu cerita mengenai buah betik. Kini, saya nak beralih kepada pucuk betik pula. Khasiat pucuk betik pun tak kurang hebatnya. Ia dikatakan mampu;

- Mengatasi sakit migrain.

- Merendahkan tahap kolestrol dalam darah.

- Menurunkan tekanan darah tinggi.

- Melangsingkan badan.



Terdapat 2 cara untuk anda memanfaatkan khasiat pucuk betik:


1. Memakan pucuk betik atau daunnya yang masih muda yang telah direbus.


ATAUPUN


2. Anda minum air rebusan pucuk betik dan daun muda tadi sebanyak 1 atau 2 gelas sehari.


Namun begitu, memang diakui yang daun betik ni rasanya agak pahit. Tapi saya harap anda dapat menahan kepahitannya jika benar-benar mahu menikmati khasiatnya.


Selamat Mencuba!


p.s: Oh, ya. Sebelum telupa, saya pernah menulis tentang cara menghilangkan rasa pahit daun betik. Anda boleh rujuk semula di SINI.

Saturday, January 9, 2010

Petua Agar Wanita Kelihatan Awet Muda

Anda semua terutamanya golongan wanita tentunya gembira jika wajah sentiasa kelihatan awet muda. Tapi, mungkin kebanyakan anda masih lagi tercari-cari formulanya, kan? Justeru, itu saya nak kongsi petua awet muda yang tidak menelan belanja besar. :)

Mengikut kajian Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus.

Pokok Gajus (Anacardium Occidentale)

Pokok Gajus (Anacardium Occidentale)



Terdapat 2 kaedah yang boleh anda amalkan untuk kelihatan awet muda dengan pucuk gajus ni iaitu:


1. Makan begitu saja

- Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.

- Jadikan pucuk gajus ni sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.


2. Minum air rebusan

- Seperti biasa, ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.

- Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.

- Bila dah mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.

Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ni setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.

Wahh, banyak gak khasiat pucuk gajus ni, kan?

Berkemungkinan besar saya akan buat satu artikel lain khas untuk menceritakan khasiat pucuk gajus selain daripada yang dinyatakan di atas. Nantikannya yer.


Selamat Mencuba!

Thursday, June 18, 2009

Amalan Harian Agar Wajah Kelihatan Muda

Wajah seseorang yang sentiasa awet muda pasti ada rahsia di sebaliknya. Pernah tak anda tanya kat mereka? Selalunya individu tersebut akan mengatakan "Takde apa-apa rahsia. Hanya amalan biasa je."


Amalan biasa yang dimaksudkan tu biasanya ialah menjaga pemakanan seperti memakan ulam-ulaman atau minum jus tomato, bersenam secara teratur dan sentiasa memelihara air sembahyang. Saya juga pernah berkongsi beberapa petua awet muda di SINI.


Namun, ada satu lagi petua yang ingin saya kongsikan. Khasnya buat anda yang beragama Islam.

Sebelum itu, anda perlulah mengamalkan amalan ini dengan ikhlas yer.

Iaitu setiap kali selepas solat Subuh, anda bacalah Surah Yusuff. Sejurus selesai membacanya, anda minum air suam sebanyak 3 teguk.

Kalau boleh, amalkan setiap hari mudah-mudahan wajah anda kelihatan lebih muda dan berseri-seri secara semulajadi.



Selamat Mencuba!

Sunday, December 28, 2008

14 Kehebatan Campuran Madu Asli Dan Kayu Manis

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis nie mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.

Sebelum saya pergi lebih jauh, apakata survey anda kenali dulu rupa madu dan kayu manis. Tapi dalam mengamalkan petua nie, kita gunakan serbuk kayu manis tau.



Rajah 1: Madu



Rajah 2: Kayu Manis


Berikut adalah kehebatan campuran madu asli dan kayu manis:


1. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran tue kat muka (bahagian yang ader jerawat) sebelum tidur.

Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.

Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain tue, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.


2. Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.

Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping tue, ia boleh menurunkan berat badan gak.


3. Selesema

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.


4.Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan kat kulit kepala.

Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.


5. Sakit gigi

Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.

Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tue. : )


6. Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.


7. Jangkitan pada pundi kencing

Anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada kat situ.

Caranya;

Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.


8. Kolesterol

Anda nak mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam??

Caranya;

Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.


9. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis nie boleh mengurangkan risiko serangan jantung.

Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.


10. Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.

Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.


11. Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.

Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.


12. Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan anda. Hehe...

Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.


13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran nie pada setiap pagi.

Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.


14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;

Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.


Selamat Mencuba!

Wednesday, December 24, 2008

Petua Awet Muda

Cuba lihat di sekeliling anda. Sama ada di universiti, kawasan perumahan, tempat kerja ataupun di mana-mana saja. Pernah tak anda terserempak dengan individu yang kelihatan muda jelita walaupun usianya dah lebih separuh abad. Awet muda lah katakan.

Bagaimana caranya mereka ni menjaga kulit, rupa paras dan tubuh badan hinggakan kalah muda mudi zaman sekarang? Apakah rahsia mereka agaknyer?

Hasil daripada pemerhatian dan mencungkil serba sikit amalan rutin mereka, sebenarnya tiada apa-apa rahsia besar pun. Sebaliknya, mereka hanya ikut saja petua yang dah diperturunkan oleh orang tua yang dulu-dulu.

Kalau tak percaya, inilah petua tradisional yang menjadi amalan harian kebanyakan daripada mereka;

1. Minum segelas air masak ketika bangun pagi. Jika anda beragama Islam, lebih afdal berselawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali dulu sebelum minum.

2. Banyakkan memakan ulam-ulaman dan buah-buahan.

3. Jangan meninggalkan solat fardu 5 waktu dalam sehari.

4. Berbuat baik dan ramah-tamah sesama jiran tetangga dan juga terhadap rakan taulan.

5. Jauhi sifat iri hati dan penyakit hasad dengki (phd).

6. Senyum selalu. Jangan terlebih senyum udah ler. Nanti orang pikir lain plak. hehehe...

7. Makan sebelum terasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.


Ah-Ha...mudah jer, kan? Amalan biasa yang sememangnya tiada rahsia antara kita. Cuma, mungkin tak ramai yang mengamalkan petua awet muda kat atas tuh. Sebabnya, sekarang ni dah banyak rawatan moden yang lebih canggih dan memberi kesan dalam waktu yang singkat.
Jangan tersalah pilih udah. Lain plak jadinya nanti.

Kesimpulannya, petua tradisional yang menggunakan bahan semulajadi biasanya lebih berkesan walaupun selalunya mengambil masa yang lama skit untuk menampakkan hasilnya. Tapi bila dah berhasil tuh, biasanya ia akan tahan lama. : )

Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More