Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

[Video] Anak Aaron Aziz Menari Lagu Wonder Girls


Amboi kecil-kecil lagi dah tunjukkan bakat yang suatu hari nanti siapa tahu Dahlia Arissa ini bakal mengikut jejak langkah ayahnya.
Masakan tidak, dari mula lagu Nobody nyanyian Wonder Girls ini berkumandang sehinggalah habis Dahlia Arissa atau lebih mesra dipanggil Ahlia ni tidak henti-henti menari.
Sudahlah pandai menari, tidak malu pula tu, selamba je dia tunjukkan bakatnya itu.
Sebenarnya, darah yang mengalir dalam tubuh Ahlia itu sedikit sebanyak mengikut jejak langkah Aaron Aziz.
Aaron kan mempunyai darah seni jadi tidak mustahil apabila suatu hari nanti anaknya akan ikut jejak langkah sepertinya.
Kalau bukan dalam bidang lakonan pun, bidang tarian pun apa salahnya.
Dahlia Arissa merupakan puteri bongsu kepada pelakon dan pengacara kacak idaman Malaya.
Layankan video ini… Pandai betul dia menari.




sumber

Monday, December 24, 2012

Manisnya posing wanita ini

Manisnya posing wanita ini yang hanya memakai make-up sederhana dan pakaian yang standard. Nampak relaks je, dah biasa bergambar kot depan kamera.


Sinopsis Adam dan Hawa Episod 70


Sinopsis Adam dan Hawa Episod 70 | Tonton Adam dan Hawa episod 70 | Video Adam dan Hawa Episod 70 | Adam dan Hawa Episod 70. Adakah korang sedang mencari sinopsis lengkap drama Adam dan Hawa episod 70 yang bakal ditayangkan pada 25 Disember 2012 (jam 10.00 malam) di Astro Mustika? Jangan risau, seperti biasa blog ini akan menyediakan sinopsis lengkap Adam dan Hawa episod yang terbaru. Video penuh Adam dan Hawa episod 70 juga turut akan disediakan seperti biasa. Untuk Sinopsis Adam dan Hawa Episod 69 yang lepas, korang boleh baca di LINK ini. Selamat membaca kepada para peminat semua.

Sinopsis Adam dan Hawa episod 70
Ain sudah tersedar dari koma. Am masih tidak puas hati dengan Johan dan memberi amaran kepadanya supaya menjauhkan diri daripada Ain. Johan meninggalkan sepucuk surat yang mengandung nota pendek di kereta Am. Am semakin naik berang selepas membaca surat itu kerana Johan seperti sengaja mempermainkannya. Ain menasihati Am supaya berkongsi apa juga masalah yang dihadapinya. Dee ternampak Am dan Azie sedang berdua-duaan di tepi jalan, seperti sedang berbincang sesuatu. Lagi pelik, Dee pergi ke hospital di mana Ain berada dan merancang sesuatu yang membahayakan. Apakah rancangan Dee kali ini?

Saya tak akan maafkan Siti Fazurina - Ibu Fazurina


Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta, Siti Fazurina Mohd Famir hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sebelum ibunya itu ditarik ahli keluarganya yang lain meninggalkan sidang media dibuat pelakon berusia 30 tahun itu bagi menjelaskan kontroversi perkahwinannya, semalam.

Ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 60, hadir pada sidang media itu bersama abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta adik-beradiknya yang lain, Mohd Fauzi Mohd Famir, 24, dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22. Bagaimanapun, mereka hanya berdiri berhampiran kumpulan media dan hanya mendengar sidang media tanpa berkata apa-apa.


Siti Fazurina kelihatan tersentak dan menangis apabila ibunya mengikut saudara-maranya yang lain selepas dia berkejar mendapatkan Zubaidah berhampiran tangga selepas ibunya bergegas meninggalkan sidang akhbarnya.

Bagaimanapun, dia hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sambil meminta ampun manakala Zubaidah didengar meluahkan kekesalannya dengan tindakan Siti Fazurina (berkahwin secara senyap) sebelum dia ditarik adik-beradiknya meninggalkan tempat itu.


Usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan Zubaidah mengenai perkahwinan anaknya itu gagal kerana dia enggan ditemu ramah media, termasuk ketika dihubungi melalui telefon, malam tadi. - Harian Metro

Gambar Emma Maembong yang HOT menarik tali leher

Tiga gambar Emma Maembong yang seksi dengan gaya menarik tali leher dan memegang kaca mata putih. Dengan hanya memakai gaun ketat paras lutut berwarna hitam, Emma tidak ubah kelihatan seperti model terhebat di Malaysia. Tetapi memang jarang gadis comel ini dijadikan model iklan seperti kebanyakkan artis lain. Mungkin masih baru kot dalam dunia hiburan atau ketinggiannya yang tidak mencukupi.


Gambar terbaru Shikin, penyanyi dangdut terhebat Malaysia

Gambar terbaru Shikin, penyanyi dangdut terhebat Malaysia era 90-an yang semakin dilupakan. Shikin atau nama penuhnya Aishah Dahalan, 32, memang menyedari irama dangdut sudah dianggap sebagai second class ketika ini namun minatnya yang mendalam menyebabkan Shikin tidak mahu terus melupakannya.


"Walaupun saya masih bernafas dalam industri, namun genre dangdut sudah tidak dipraktikkan seperti dahulu. Saya bukan hanya perjuangkan dangdut sahaja, malah membawa genre muzik lain seperti balada, rock dan lagu Inggeris. Saya sendiri tidak pasti kenapa dangdut dianggap muzik yang tidak boleh diiktiraf dalam industri tempatan. Sebagai penyanyi, ia tidak adil untuk kami," - Itulah sedikit luahan hati Shikin yang sempat dipetik dari akhbar Sinar Harian. 


Tonton Adam dan Hawa Episod 69


Tonton Adam dan Hawa Episod 69 | Video Adam dan Hawa Episod 69 | Sinopsis Adam dan Hawa Episod 69 | Adam dan Hawa Episod 69. Sebentar tadi, drama Adam dan Hawa episod 69 baru sahaja tamat bersiaran. Bagi korang yang terus mengikuti perkembangan drama ini, blog aku yang kurang popular ini tidak ketinggalan menyediakan video penuh untuk tontonan korang yang tidak sempat menonton di saluran Astro Mustika. Korang boleh menonton video penuh ini yang disediakan di bawah. Sebagai informasi, drama adam dan hawa mengandungi 80 episod kesemuanya dan bersiaran setiap jam 10.00 malam dari Hari Isnin hingga Khamis. Untuk menonton drama Adam dan Hawa episod 68 yang lepas, korang boleh layan di video ADAM DAN HAWA EPISOD 68.

Video Adam dan Hawa Episod 69


Wanita paling cun korea menggayakan tubuh badannya

Wanita paling cun korea menggayakan tubuh badannya yang langsing dan cantik sambil memakai kaca mata hitam dan memegang dompet tangan yang juga berwarna hitam. Wanita ini kelihatan paling cantik dan menakjubkan jika memakai baju T-shirt ketat berwarna putih dipadankan dengan skirt pendek berwarna hitam.





Neelofa Terlupa Butang Baju




Neelofa Terlupa Butang Baju | Ternyata, kuasa laman-laman media yang ada sekarang ini mampu membuatkan artis-artis di Malaysia ini tercalar imejnya.

Mana tidaknya, setiap perkara yang dimuat naik untuk tujuan berkongsi dengan para peminat mampu membuatkan cerita negatif mudah terjadi daripada perkara yang negatif.

Ini lagi kisah kontroversi yang datang menjengah buat selebriti wanita, Neelofa.

Satu gambar yang dimuat naik oleh Neelofa sendiri di profil Instagramnya pada 6 hari yang lalu mengundang cakap-cakap tidak enak dari orang ramai.

Gambar itu jelas menunjukkan Neelofa tidak membutang bajunya hingga menampakkan buah dadanya.

Betulkah?

Ada antara komen-komen yang diberikan kepada Neelofa boleh dikatakan tidak patut dibuat kerana hanya tuan badan sendiri sahaja yang tahu keadaan bajunya ketika itu.

Tetapi, ada juga peminat yang memberikan komen mengatakan baju yang dipakai oleh Neelofa waktu itu adalah dua lapis.

Macam-macam manusia fikirkan…

Betapa comelnya gadis blogger bertudung ini


Betapa comelnya gadis blogger bertudung ini. Nama dia Princess Elya Elisya yang berumur "aku tak pasti". Aku tak tahu sebenarnya berapa umur si gadis comel ini. Yang pastinya, dia seorang pemilik blog Autumnloveheart.blogspot.com.


Jom ke blog Princess Elya Elisya sekarang dan terus berkenalan dengannya kalau korang berminat. Blog si gadis comel dan cun ini memang cantik dan menyejukkan hati, ditambah pula dengan adanya alunan lagu yang sedap dan lembut. Aku tak tahu apa tajuk lagu tu tapi memang best sangat didengar.


Sunday, December 23, 2012

Isteri Psy Gangnam Style!


Rupa Wajah Isteri Psy Gangnam Style | Tahukah anda Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang (34) sudah berkahwin? Berliau bernikah dengan Yoo Hye-yeon pada tahun 2006 dan mempunyai dua orang anak kembar perempuan. 

Tahukah anda Psy mendapat royalti sebanyak USD 8 Juta hasil dari berbillion video Gangnam beliau di Youtube. 

Paling terbaik ialah Psy datang dari keluarga super kaya dan sebenarnya tak memerlukan langsung kareer sebagai seorang pemuzik. 

Lucky guy! 

Gambar: Sekitar Majlis Pertunangan Syafiq Yusof


Semalam, sudah selamat buat anak lelaki pengarah terkemuka, Syafiq Yusof mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya, Aiesyah Zainal.
Syafiq dan Aiesyah dikatakan sudah dua tahun menjalinkan hubungan cinta dan bersama-sama menuntut di Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU).
Walaupun usianya masih muda dan remaja, jejaka yang bakal berusia 20 tahun pada tahun hadapan nyatanya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
Dalam majlis bahagia itu, Syafiq dan Aiesyah dikhabarkan akan diijab kabulkan pada tahun 2014 nanti.


Semoga, dengan ikatan pertunangan itu akan mengerakan lagi hubungan silaturrahim keluarga Datuk Yusof Haslam dengan keluarga Aiesyah hingga mereka mendirikan rumah tangga kelak.
Tahniah Syafiq dari Mynewshub.my










Oleh: NAIMAH SHAARI

[Video] Populariti Zizan Razak disalah-erti di “Himpunan Palesit Jalanan” TV3

 Petang tadi, ratusan Bikers berkumpul di hadapan Sri Pentas untuk membantah kenyataan Mazidul Akmal Sidik yang menfitnah bikers sebagai ‘pelesit jalanan’ melalui rancangan Majalah 3. Video yang telah dirancang tersebut menampilkan dua orang penunggang superbike berlumba dijalanraya. Kesilapan Mazidul adalah tidak memberitahu penonton bahawa ianya adalah sesuatu yang telah dirancang malah menggelarkan penunggang superbike sebagai palesit jalanan dan mendatangkan kemarahan para rider di Malaysia.


Zizan baru menjelaskan kepada saya sebentar tadi dan meminta bantuan agar kes beliau difitnah memegang kertas AES itu kerana selepas beliau mahu masuk ke Seri Pentas Tv3 untuk mengacara racangan siaran langsung MELODI dan beliau telah lambat kerana di Demonstrasi oleh orang yang merusuh kerana Mazidul Akmal dari 999 memfitnah penunggang motor berkuasa tinggi. Zizan keluar dari kereta dan mahu masuk ke studio kerana kereta beliau tersangkut di tengah-tengah demonstrasi depan itu dan tidak mahu kelewatan. Sebagai seorang artis paling popular beliau di datangi dan diserbu oleh ahli demonstrasi yang mengenali beliau dan juga orang berebut untuk bergambar oleh orang yg membuat demotrasi dan tangan Zizan ketika dilihat dalam gambar amat banyak sekali barang dan ketika itu seorang ahli demontrasi itu telah memberi kertas yg Zizan tidak perasan apa itu dan terus mengangkat tangan dan masuk ke Studio tanpa mengetahui apa yg tertulis.


*dalam kenyataan bloger2 pembangkang mengatakan selepas melodi 1.45ptg dan itu adalah fitnah dan kejadian terjadi sebelum mahu mengacara Melodi.
*Mengangkat kertas boikot AES itu adalah tidak benar kerana beliau hanya melambai tangan kerana mahu cepat ke studio dan Zizan tidak mempunyai pegawai keselamatan.
Zizan meminta supaya pihak kerajaan mahupun rakyat tidak memanipulasi gambar itu dan memintanya menyokong dan menganggap ini satu kejadian yang tidak diketahuinya dan kerana populariti beliau telah disalah guna. – ohartis

Sinopsis Adam dan Hawa Episod 69


Sinopsis Adam dan Hawa Episod 69 | Tonton Adam dan Hawa episod 69 | Video Adam dan Hawa Episod 69 | Adam dan Hawa Episod 69. Adakah korang sedang mencari sinopsis lengkap drama Adam dan Hawa episod 69 yang bakal ditayangkan pada 24 Disember 2012 (jam 10.00 malam) di Astro Mustika? Jangan risau, seperti biasa blog ini akan menyediakan sinopsis lengkap Adam dan Hawa episod yang terbaru. Video penuh Adam dan Hawa episod 69 juga turut akan disediakan seperti biasa. Untuk Sinopsis Adam dan Hawa Episod 68 yang lepas, korang boleh baca di LINK ini. Selamat membaca kepada para peminat semua.

Sinopsis Adam dan Hawa episod 69
Am pergi ke hospital untuk melawat Ain. Ketika sampai di hospital, Am melihat Johan dan Ain berjalan menuju ke tempat letak kereta. Melihat keadaan itu, Am naik berang dan cuba memukul dan menolak Johan. Ain menjadi mangsa keadaan apabila Am tertolak dia secara tidak sengaja. Ain cedera dan terpaksa dimasukkan ke hospital semula. Am yang masih marah, dengan garangnya bersemuka dengan Johan dan menarik kepalanya. Johan hanya tersenyum dan terus mengeluarkan kata-kata yang menaikkan amarah Am. Lama juga Ain tidak sedarkan diri. Ketika Ain tersedar, Am sudah berada di sisinya. - Admya

Lagi 3 Gambar Pertunangan Syafiq Yusof dan Aiesyah Zainal


Lagi tiga gambar pertunangan Syafiq Yusof dan Aiesyah Zainal, rakan kolejnya yang berlangsung semalam (23 Disember 2012) di Gombak, Selangor. Dalam majlis pertunangan berkenaan Syafiq memberi Aiesyah Zainal sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibunya, Datin Fatimah Ismail beserta tujuh dulang hantara, manakala pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran.


Mengenai tarikh sebenar perkahwinan mereka, Syafiq memberitahu untuk melangsungkannya dalam tempoh setahun hingga dua tahun dari tarikh pertunangan semalam. Jom tengok beberapa gambar terbaru pertunangan Syafiq Yusof dan Aiesyah Zainal yang dipaparkan di bawah.


Segment Pencarian Bloglist 2013 oleh Bakul2011

Segment Pencarian Bloglist 2013 oleh Bakul2011. Memang menarik segmen ini kerana korang akan berpeluang untuk masuk dalam bloglist Cik Bakul dan secara tidak langsung terkena tempias trafik dia yang tinggi. Jom join segmen ini sekarang.


Di sini, aku nak tag tiga blogger hebat lain yang korang boleh lawat dan follow sekali.
  1. http://misschillax.blogspot.com
  2. http://www.macammacamcite.blogspot.com
  3. http://myboiler2u.blogspot.com

Gambar terbaru Adira yang lebih HOT daripada Neelofa

Gambar terbaru Adira yang lebih HOT daripada Neelofa ketika sesi bergambar baru-baru ini. Dengan hanya memakai gaun berwarna hitam yang ketat dan paras paha, Adira dilihat begitu seksi dan menggoda mengalahkan artis paling HOT dan seksi di Malaysia iaitu Neelofa. Jom tengok beberapa gambar Adira yang terkini dan terbaru.




Syafiq Yusof sah bertunang dengan rakan kolejnya, Aeisyah Zainal


Anak kepada pengarah filem terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof mengikat tali pertunangan dengan rakan kolejnya, Aeisyah Zainal di rumah tunangnya di Gombak, Selangor semalam.

Pada majlis tersebut, Syafiq, 20, yang juga seorang pengarah filem sudah dua tahun menjalin hubungan cinta dengan Aeisyah, 20, memberi tunangnya sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibunya, Datin Fatimah Ismail beserta tujuh dulang hantaran.

Pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Syafiq yang mengarahkan filem berjudul Sam berkata, dia dan tunangnya merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh setahun hingga dua tahun dari tarikh pertunangan mereka.
"Syukur kerana majlis pertunangan berjalan dengan lancar. Saya harap agar pertunangan ini sampai ke jenjang pelamin.

"Insya Allah sama ada hujung tahun depan atau 2014 kami akan berkahwin," ujarnya gembira ketika dihubungi Kosmo! semalam.
- Kosmo

Gambar pertunangan Syafiq Yusof dan Aeisyah Zainal

Gambar pertunangan Syafiq Yusof dan Aeisyah Zainal yang dimuatnaik oleh Syafiq menerusi Facebook miliknya. Anak Datuk Yusof Haslam, Syafiq telah selamat bertunang dengan gadis pilihannya iaitu Aeisyah Zainal sebentar tadi (23 Disember 2012). Memang nampak manis dan cantik pasangan Syafiq dan Aeisyah. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Tarikh pernikahan mereka masih belum diketahui kerana menunggu pengumuman rasmi dari Syafiq dan Aeisyah.




Saturday, December 22, 2012

6 Gaya nakal dipertontonkan oleh Erin Malek dalam kereta

6 Gaya nakal dipertontonkan oleh Erin Malek dalam kereta ketika memandu sambil mendengar lagu. Dah lama tak dengar cerita atau gosip artis terkenal ini sejak kontroversi yang melandanya beberapa bulan lalu. Comel betul tengok rupa paras Erin Malek, secomel Emma Maembong pula.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More