Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts
Monday, December 24, 2012
NENEK TUA ASYIK GOYANG GERUDI!
VIDEO NENEK TUA BERDISKO DANSA DAN BERDANGDUT | Power gila nenek ni! Menari mengikut rentak irama mengalahkan wanita muda. Siapa sangka nenek yang lanjut usia begini mampu menari begitu lama dan kelihatannya beliau sangat menikmati tariannya.
Sebab beliau mampu menari sebegini lincah mungkin disebabkan meminum susu Anlene. HAHAHAHA!
#WHATEVER!
Jom saksiakan!
Hajjah Sitt Al-Wuzara Gadis Sesat Muncul Semula!
Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara Gadis Sesat Muncul Semula | Suatu ketika dahulu, negara kita gempar dengan kisah mengenai seorang wanita beragama Islam secara terang-terangan telah menghina agama Islam termasuk Allah S.W.T dan utusan Allah, Nabi Muhammad S.A.W.
Namanya adalah Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara.
Kisahnya yang gemar memaki hamun agama Islam di laman sosial Facebook dan di Twitternya mendapat perhatian meluas selepas didedahkan di stesen berita tempatan.
Gadis gila ini asalnya dikatakan beragama Islam.
Malah, ada juga beberapa kumpulan termasuklah Facebook Pendedahan Eksklusif-Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yang telah melakukan penyiasatan terhadap individu tersebut dan mendapati wanita itu adalah orang Malaysia dan nama asalnya adalah Adlin Abd Jalil.
Identitinya dikenal pasti selepas Adlin sendiri memuat naik gambar kad pengenalannya untuk tatapan umum.
Adlin dikatakan tinggal di Sweeden dan menjadi ahli aktif di sana untuk memurtadkan umat Islam yang ada.
Hingga kini, dikhabarkan Adlin sudah banyak memurtadkan umat Islam dan jumlahnya boleh dikatakan agak tinggi.
Setiap hari, ada sahaja kata-kata yang cubaan memesongkan akidah umat Islam dikeluarkan oleh Adlin untuk bacaan orang ramai termasuk pengikutnya di Facebook.
Boleh dikatakan, Adlin mengkaji setiap ayat dalam Al-Quran dan hadis-hadis dari Rasulallah, tetapi dia akan menyasarkan maksud sebenar agar umat Islam terkeliru dari ajaran yang sebenar.
Selepas pendedahan yang dilakukan, Adlin senyap seketika dari operasinya yang suka mengeluarkan kata-kata makian dan lucah terhadap Islam.
Namun, Adlin muncul semula baru-baru ini dalam meneruskan operasi menghina Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.
Astaghfirullah.
Sunday, December 23, 2012
KUCING YANG SUKA MAKAN DURIAN!
KUCING YANG GEMAR MAKAN BUAH DURIAN | Kucing dan ikan memang tidak dapat dipisahkan. Namun, sejak akhir-akhir ini terdapat banyak benda yang jarang kita lihat berlaku di dunia ini termasuklah selera pelik kucing ini yang sangat gemar memakan buah durian.
Tawau : Pemilik kucing ini, Nazatul Akma Md Najib turut pelik dengan kucing yang dipelihara keluarganya. Bagaimana kucing juga boleh menggemari buah durian.
Kucing yang diberi nama Anak Berbulu atau Putih Junior ini sangat gemar kepada buah durian.
Selera Putih mula disedari apabila ayah Nazatul menghulurkan tangannya yang terdapat sisa durian dan putih mula menjilat sisa durian itu dengan bersungguh-sungguh.
Di mana ada durian, disitulah putih akan mengiau minta makan.
"Baru tadi kucing ni makan durian di dapur. Sungguh-sungguh dia jilat biji durian. Ada gen manusia kot kucing ni." Nada Nazatul seperti melawak.
Selain manusia, kucing juga gemar kepada buah durian.
Selain manusia, kucing juga gemar kepada buah durian.
Saturday, December 22, 2012
GULING ATAS LUDAH UNTUK DAPAT KEBERKATAN!
GULING ATAS LUDAH UNTUK DAPAT BERKAT | Mempunyai kepercayaan tertentu sememangnya telah menjadi kelaziman dan cara yang tersendiri bagi pengganut setiap agama di dunia ini.
Namun, bagi pengganut agama Hindu, ritual yang dikenali sebagai Madey Shana ini mungkin menimbulkan perasaan tidak selesa bagi mereka yang melihatnya.
Sebuah ritual aneh di India telah membuatkan ribuan orang rela berguling-guling di atas sisa makanan yang dimakan oleh kaum kasta tinggi, Brahmana.
Ritual yang disebut Madey Snana ini merupakan acara tahunan di kuil berusia 4000 tahun, Kukke Subramanya, di pesisir Mangalore.
Selain itu, tradisi berguling-guling di atas sisa ludah para Brahmana juga dilakukan di kuil Sri Krishna di kota Udupi.
Sayangnya meskipun sudah dilarang, kaum Dalit (kasta terendah) tidak mahu meninggalkan tradisi tersebut begitu saja.
Mereka yakin bahawa ritual tersebut dapat memberi berkat.
Setiap tahun pada festival Champa Shasti atau Subramanya Shasti, 25,000 orang akan berguling di atas “ludah” para Brahmana.
Tak ada siapa yang berdaya untuk melarang ritual yang kelihatan tidak berperikemanusiaan tersebut.
Termasuk golongan pemerintah sekalipun.
“Saya tidak peduli kasta mana yang berguling di atas ludah para Brahmana. Ini adalah ritual yang menjijikkan dan tidak masuk akal,” kata Menteri Kesejahteraan Sosial India, A. Narayanaswamy.
Narayanaswamy juga menambah bahawa pemerintah mengecam ritual tidak berperikemanusiaan ini yang masih dilakukan kaum Dalit.
Namun apakan daya, segala usaha pemerintah untuk melarang ritual aneh tersebut tidak membuahkan hasil apa-apa.
Golongan tersebut tetap percaya kepada mitos berkat di sebalik ritual Snana.
Ilmu Urut Anu Mak Erot Didokumentarikan!
Kehebatan Ilmu Urut Alat Sulit Lelaki Mak Erot Didokumentarikan | Mak Erot, boleh dianggap ‘ikon’ dalam ilmu perubatan tradisional di Indonesia.
Dia dikatakan mempunyai kemahiran luar biasa dalam…ilmu ‘pembesaran’ alat vital lelaki!
Bomoh berkenaan bagaimanapun sudah meninggal ketika berusia hampir 100 tahun pada 5 Julai 2008..
Selain hebat dalam ilmu membesarkan alat kelamin, Mak Erot cukup masyhur kerana dikatakan mempunyai kepandaian mengurut untuk memulihkan lelaki yang lemah tenaga batin.
Ramai lelaki yang bermasalah dan juga mereka tiada bermasalah alat kelamin mendapatkan khidmat Mak Erot.
Ada pelakon Indonesia dan ramai pelancong Arab pernah diurut oleh Mak Erot dan kesannya dapat dirasai selepas 15 minit sahaja!
Dia terkenal bukan sahaja di negaranya, tetapi juga di Malaysia, Singapura dan negara-negara lain.
Ramai lelaki yang pergi bertemu dengannya supaya dapat menjalani proses pembesaran alat vital secara tradisional serta menggunakan doa-doa tertentu.
Malah, lelaki yang ingin membesarkan ‘asetnya’ itu dikatakan boleh memilih saiz yang mereka suka.
Akan tetapi, khidmat Mak Erot itu hanya dijalankan di kampungnya, Kampung Caringin, Sukabumi, Jawa Timur, Indonesia.
Tidak lama dulu, sebuah agensi penerbitan dokumentari antarabangsa telah menghasilkan video khas mengenai kehebatan ilmu yang dimiliki Mak Erot.
Walaupun Mak Erot telah tiada, rawatan membesarkan kemaluan telah diturunkan kepada cucunya, Syafulloh bagi meneruskan khidmat kepada mereka yang ‘memerlukan’.
Berikut adalah dokumentari berkenaan…
AMARAN HANYA UNTUK GOLONGAN DEWASA SAHAJA!
AMARAN HANYA UNTUK GOLONGAN DEWASA SAHAJA!
TEKAP MUKA PADA KEMALUAN SYARAT USTAZ BOMOH!
TEKAP MUKA PADA KEMALUAN MERUPAKAN SYARAT PELIK USTAZ BOMOH | KUALA TERENGGANU : Dia menggunakan teknik perubatan pelik dengan meraba, menekap muka pada kemaluan selain mensyaratkan pesakit tidak memakai seluar dalam ketika bertemu sebelum meminta mangsa mencium pipi selepas rawatan selesai.
Walaupun pelik, mangsa yang percaya dengan teknik rawatan itu itu tidak membantah kerana percaya ia amalan perubatannya namun kegiatan itu akhirnya terbongkar selepas seorang gadis juga pelajar sebuah sekolah menengah di Gong Badak, dekat sini, merasakan dirinya terpedaya dengan perbuatan jijik ‘bomoh miang’ berkenaan.
Gadis berusia 17 tahun itu sebelum ini mengadu masalah mengenai teman lelakinya yang mengalami gangguan pada sarafnya kepada penceramah motivasi yang bertandang ke sekolahnya.
Kesempatan itu digunakan lelaki digelar ‘ustaz’ berusia 38 tahun itu untuk menghubunginya dan menawarkan diri bertandang ke rumah mangsa, 21 Mei lalu.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K Manoharan berkata, lelaki berkenaan turut meminta mangsa tidak memberitahu kedatangannya kepada sesiapa kerana mendakwa rumahnya didiami jin dan perlu dihalau segera.
“Akibatnya, mangsa diminta menyediakan dua botol air dan tidak memakai seluar dalam sementara menunggu mangsa tiba di rumah mangsa di Gong Badak kira-kira jam 4.30 petang ketika ahli keluarga lain tiada di rumah,” katanya.
Harian Metro difahamkan, sebaik lelaki berkenaan tiba, mangsa terus membuka pintu sebelum suspek meletakkan tangan di dada lalu memeluk, memegang punggung dan meramas buah dada serta mengusap kemaluan gadis berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, suspek menekap mukanya pada kemaluan mangsa sebelum meminta dua botol air disediakan untuk dijampi.
Manoharan berkata, mangsa memberikannya dan lelaki berkenaan membaca sesuatu sebelum dia keluar dari rumah sebaik saja meminta gadis terbabit mencium pipinya.
“Mangsa tidak melawan ketika itu kerana percaya ia syarat perubatan, namun beberapa hari selepas itu dia menceritakan teknik rawatan itu kepada seorang fasilitator dan dimaklumkan perbuatan itu satu penyelewengan dalam perubatan Islam.
“Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dimaklumkan lelaki terbabit sudah ditamatkan perkhidmatan kerana masalah disiplin menyebabkan dia berasa tertipu lalu membuat laporan di Balai Polis Gong Badak kira-kira jam 12 tengah malam Sabtu lalu,” katanya.
Ekoran laporan berkenaan, sepasukan anggota polis menjalankan gerakan memburu dan mangsa serta beberapa kakitangan agensi terbabit memasang jerat meminta bomoh terbabit kembali ke rumahnya untuk berubat kali kedua.
Difahamkan, suspek yang bertandang ke rumah mangsa kira-kira jam 2 pagi kononnya untuk meneruskan ‘rawatan’ ditahan di rumah mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.
Manoharan berkata, lelaki berkenaan kini direman sehingga 3 Jun ini.
ACARA BOGEL BERBASIKAL!
MENUNGGANG BASIKAL TANPA SEURAT BENANG | Cuba korang lihat, apa yang cuba ditunjukkan oleh mereka ini? Adakah ingin membakar lemak dan mengeluarkan peluh pada tahap maksimum?
Pelik bukan? Bagaimana pula kalau terhentak(bagi lelaki)? Tak sakit ke?
#THIS IS RIDICULOUS
Seriously, acara ini benar-benar berlaku.
GAMBAR UNCENSORED ==> ACARA BOGEL BERBASIKAL UNCENSORED!
JENAZAH SEPERTI BARU DIKEBUMIKAN!
SYAHID 16 TAHUN LALU, JENAZAH SEPERTI BARU DIKEBUMIKAN | Khalil al-Syarif Khalil meninggal dunia pada 16 tahun yang lalu. Dia berasal dari Palestin. Dia syahid ketika sedang menentang tentera yahudi laknatullah.
Dulu kawasan kubur Khalil tanpa sengaja tergali. Sudah menjadi kebiasaan di Palestin menyatukan jenazah para syuhada di kubur yang sama.
Juga menjadi kebiasaan di Timur Tengah dan Arab mengebumikan jenazah di liang lahad yang telah lama digunakan.
Namun, semua orang terkejut apabila mereka mendapati jenazah Khalil yang tidak dimamah oleh tanah dan masih utuh.
Jenazahnya bahkan seperti baru sahaja dikebumikan satu jam lalu.
Satu jari telunjuknya tegak, seperti orang tengah melakukan tasyahud dalam solat.
Friday, December 21, 2012
Pelik! 9 bulan tinggal atas pokok
MUMBAI: Seorang suami dayus tinggal di atas pokok sejak sembilan bulan lalu dan enggan turun kecuali isterinya meminta maaf kerana bersikap curang terhadapnya. Bagaimanapun, si isteri tidak juga memohon maaf, malah tidak pernah menjenguk suaminya sepanjang tempoh sembilan bulan itu.
Sanjay berkahwin dengan Tara di Baragaon, Varanasi tahun lalu sebelum berpindah ke Mumbai. Namun, Mac lalu, ketika pulang lebih awal dari kerja, dia mendapati wanita yang baru dikahwininya itu berasmara dengan seorang jiran di rumah mereka. Kecewa dan rasa terhina, Sanjay menuntut Tara memohon maaf atas kecurangannya tetapi wanita terbabit enggan.
Sanjay bertindak membawa isterinya pulang ke kampung sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah mereka. Bagaimanapun, Tara ingkar dan mengatakan dia ingin kembali ke Mumbai sebelum meninggalkan rumah ibu bapanya.
Dalam percubaan terakhir untuk memenangi semula hati isterinya, Sanjay memanjat pokok jambu di pinggir kampung dan tinggal di atas pokok itu sejak kejadian berkenaan.
Sanjay berkata, dia hanya akan turun dari pokok itu jika Tara meminta maaf dan pulang ke pangkuannya. Walaupun dipujuk keluarga, Tara enggan mengubah pendiriannya.
Pada awalnya, Sanjay enggan makan dan meneruskan hidup hanya dengan memakan jambu. Namun, apabila semuanya sudah habis dipetik, Sanjay terpaksa menelan egonya dan bergantung kepada ibunya yang setia membawakan makanan untuknya dari rumah. “Sanjay memanjat pokok berkenaan pada 9 Mac lalu dan sejak itu berada di atas pokok berkenaan.
“Apabila kami cuba memujuknya supaya turun, dia mengancam untuk membunuh diri,” kata ibunya, Kushma Dev kepada The Asian Age. “Dia makan dan tidur di atas pokok, malah turut membuang air di situ. Kami selalu datang menemuinya dan bertanya jika dia memerlukan apa-apa,” katanya.
Beberapa penduduk kampung bagaimanapun mendakwa melihat Sanjay turun ke bawah dan bersiar-siar apabila dia menyangka tiada sesiapa melihat perbuatannya itu. - Agensi
Kerana isteri curang, lelaki tidur di atas pokok sejak 9 bulan lalu
MUMBAI - Seorang suami dayus tinggal di atas pokok sejak sembilan bulan lalu dan enggan turun kecuali isterinya meminta maaf kerana bersikap curang terhadapnya.
Bagaimanapun, si isteri tidak juga memohon maaf, malah tidak pernah menjenguk suaminya sepanjang tempoh sembilan bulan itu.
Sanjay berkahwin dengan Tara di Baragaon, Varanasi tahun lalu sebelum berpindah ke Mumbai. Namun, Mac lalu, ketika pulang lebih awal dari kerja, dia mendapati wanita yang baru dikahwininya itu berasmara dengan seorang jiran di rumah mereka.
Kecewa dan rasa terhina, Sanjay menuntut Tara memohon maaf atas kecurangannya tetapi wanita terbabit enggan. Sanjay bertindak membawa isterinya pulang ke kampung sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah mereka. Bagaimanapun, Tara ingkar dan mengatakan dia ingin kembali ke Mumbai sebelum meninggalkan rumah ibu bapanya.
Dalam percubaan terakhir untuk memenangi semula hati isterinya, Sanjay memanjat pokok jambu di pinggir kampung dan tinggal di atas pokok itu sejak kejadian berkenaan.
Sanjay berkata, dia hanya akan turun dari pokok itu jika Tara meminta maaf dan pulang ke pangkuannya. Walaupun dipujuk keluarga, Tara enggan mengubah pendiriannya.
Pada awalnya, Sanjay enggan makan dan meneruskan hidup hanya dengan memakan jambu. Namun, apabila semuanya sudah habis dipetik, Sanjay terpaksa menelan egonya dan bergantung kepada ibunya yang setia membawakan makanan untuknya dari rumah.
“Sanjay memanjat pokok berkenaan pada 9 Mac lalu dan sejak itu berada di atas pokok berkenaan. Apabila kami cuba memujuknya supaya turun, dia mengancam untuk membunuh diri,” kata ibunya, Kushma Dev kepada The Asian Age.Beberapa penduduk kampung bagaimanapun mendakwa melihat Sanjay turun ke bawah dan bersiar-siar apabila dia menyangka tiada sesiapa melihat perbuatannya itu. - Harian Metro
“Dia makan dan tidur di atas pokok, malah turut membuang air di situ. Kami selalu datang menemuinya dan bertanya jika dia memerlukan apa-apa,” katanya lagi.
Tikus Aneh Berkaki Kangaroo Dan Bercuping Arnab
Tikus yang satu ini sangat unik. Cuping telinganya panjang seperti arnab dan kaki belakangnya kurus panjang seperti kangguru. Uniknya lagi, di hujung ekornya terdapat sejumput bulu hitam. Entah kerana kelainan genetik atau merupakan hasil perkahwinan antara tikus dan kangguru (mungkinkah?), bentuk tikus ini cukup aneh dan luarbiasa
Thursday, December 20, 2012
Sanggup Bina Kapal Noh Untuk Hadapi Kiamat
Sanggup Bina Kapal Noh Untuk Hadapi Kiamat | Mengikut kalendar kaum Mayan, mereka meramalkan kiamat bakal bakal berlaku pada tarikh 21 Disember 2012 (21/12/12).
Seorang lelaki di China, kerana takutkan kepada kemunculan hari kiamat, dia sanggup membina kelengkapan tertentu bagi menghadapi hari tersebut.
Liu Qiyuan yang berkerja sebagai petani di negaranya telah berusaha membina tujuh biji bahtera yang diberi nama ‘Bahtera Noh’ untuk melindungi dirinya ketika bencana alam terjadi.
Dia menggunakan bahan seperti gentian kaca untuk membina dindind bahteranya selepas mendapat ilham dari filem Hollywood, 2012.
Selain itu, rangka besi digunakan bagi mengukuhkan lagi bahteranya itu.
“Alat ini boleh dijadikan tempat berlindung ketika berlaku bencana alam seperti tsunami atau taufan,” katanya.
Liu mencipta Kapal Noh itu supaya boleh terapung di atas air serta dilengkapi pendayung.
Turut dipasang, pelbagai bentuk tangki oksigen, tali keledar serta ruang yang mencukupi untuk 14 orang.
Tetapi, sekiranya kiamat berlaku, semestinya kita tidak dapat melarikan diri walaupun mempunyai pelbagai kemudahan atau perisai yang disediakan. Tak gitu?
Macam-macam hal.....
Firman Allah SWT
وَنُفِخَ فِى الصُّوْرِ فَصَعِقَ مَنْ فِى السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِى اْلاَرْضِ اِلاَّ مَنْ شَآءَ اللهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيْهِ اُخْرَى فَاِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُوْنَ.
"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan yang ada di bumi kecuali yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri bangkit menunggu keputusannya masing-masing".
(Az-Zumar, 39:68)
يَسْاَلُوْنَكَ عَنِ السَّاعَةِ اَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّى لاَ يُجَلِّيْهَا لِوَقْتِهَآ اِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِى السَّمَاوَاتِ وَاْلأرْضِ لاَتَاْتِيْكُمْ اِلاَّ بَغْتَةً يَسْاَلُوْنَكَ كَاَنَّكَ حَفِىٌّ عَنْهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللهِ وَلَكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُوْنَ.
"Mereka bertanya kepadamu tentang kiamat: Bilakah terjadinya? Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (hura-haranya bagi makhluk) yang di langit dan yang di bumi. Kiamat itu tidak datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
(Al-A'raf, 7:187)
Gangnam Style Dan Kiamat
"Gangnam Style" Penanda Berlakunya Kiamat? | NEW YORK: Apakah hubungan antara ramalan kiamat akan berlaku esok dengan fenomena Gangnam Style milik penyanyi Korea Selatan, Psy?
Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu bilion penonton, maka kiamat akan berlaku.
Siapa sebenarnya Nostradamus? Dia ialah penyair, peramal astrologi yang lahir di Perancis pada 1503. Namanya sangat terkenal selepas beberapa ramalannya menjadi kenyataan.
Beberapa ramalannya yang terkenal dan terbukti tepat ialah Revoulsi Perancis, Kebakaran di London, kematian Puteri Diana, kematian John F Kennedy dan tragedi pengeboman di Nagasaki, malah tragedi serangan 11 September di New York.
Berdasarkan turutan rekod itulah, dunia mulai cemas dengan ramalan dunia akan berakhir atau kiamat yang dijangka berlaku ketika penonton Gangnam Style di YouTube mencecah angka satu bilion. Mengapa Gangnam Style dan mengapa angka satu bilion? Berikut ialah ramalan Nostradamus mengenai akhir zaman.
“From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine,” Nostradamus, 1503.
“From The Calm Morning dirujuk oleh peramal sebagai negara Korea Selatan sebagaimana negara itu mendapat jolokan Calm Morning dalam bahasa Inggeris.
“Dancing Horse? Jelas sekali yang dimaksudkannya ialah Gangnam Style yang sememangnya berasal dari Korea Selatan. Bagaimana dengan maksud “Circle Will Be Nine?” Ungkapan ini masih diperdebatkan. Beberapa peramal berkata maksudnya ialah angka kosong iaitu jumlah penonton YouTube yang mengakses klip video Gangnam Style. Ia bermakna angka satu bilion yang memiliki sembilan kosong (bulatan) sama dengan ungkapan Nostradamus. Dalam erti kata lain apabila diterjemahkan kesimpulannya dalam bahasa Melayu, ramalan Nostradamus bermaksud: “Dari Korea Selatan, kiamat akan berlaku ketika tarian kuda menunjukkan bulatan hingga sembilan.” Jadi, apakah ramalan Nostradamus bakal terbukti? Apa pun, ketika ini klip video Gangnam Style sudah ditonton sebanyak 971,518,818 dan kelihatan terus bertambah. - Agensi
Hubungan Intim Dengan Rangka Manusia
Melakukan Hubungan Intim Dengan Rangka Manusia | Seorang wanita berusia 37 tahun dari Gothenburg, Sweeden kini ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki melakukan hubungan seks – dengan rangka manusia!
Siasatan polis menunjukkan dia menggunakan 100 tulang manusia, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang, untuk menjalankan aktiviti seksnya.
Menurut laporan agensi berita Sweeden, TT, pihak polis telah menjumpai beberapa buah cakera padat (CD) yang bertajuk ‘My Necrophilia’ dan ‘My first experience’ serta beberapa keping gambar wanita itu bersama dengan tengkorak-tengkoraknya.
Wanita tersebut telah didakwa di Makhamah Daerah Gothenburg semalam.
Bagaimanapun, dia telah menafikan segala pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan alasan bahawa dia bertindak mengumpul tulang-tulang tersebut sebagai ‘koleksi sejarah’ semata-mata.
Siasatan menunjukkan wanita tersebut pernah menulis dalam forum internet beberapa tahun lalu bahawa;
” Moral saya hanya menghadkan apa yang saya ingin lakukan, justeru saya akan terima apa sahaja yang akan dikenakan terhadap saya.”
Beberapa keping gambar yang diambil dari bilik mayat turut ditemui di rumah wanita tersebut disamping beg-beg membungkus mayat dan juga sebuah mesin gerudi.
Namun, pihak polis masih tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa dia telah menggali mana-mana kubur untuk mendapatkan ‘koleksi sejarahnya’ itu.
Sabit kesalahan, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun jika didapati bersalah.
” Terdapat beberapa keping gambar menunjukkan wanita tersebut sedang menjilat tengkorak,” kata pihak pendakwa, Kristina Ehrenborg-Staffas kepada akhbar The Local di Sweeden.
“Kami dapati bahawa wanita itu adalah wanita yang sama seperti dalam gambar-gambar berkenaan, namun wanita tersebut mendakwa bahawa itu bukanlah gambarnya.
” Sebaliknya dia mendakwa memperoleh gambar-gambar itu menerusi internet.”
Macam-macam hal…
Tuesday, December 18, 2012
MASJID KHAS UNTUK GOLONGAN GAY BAKAL DIBUKA!
MASJID KHAS UNTUK GOLONGAN GAY AKAN DIBUKA | Sebuah masjid khas untuk kaum gay atau homoseksual akan dibuka di Perancis bagi memudahkan golongan ini beribadah di masjid.
Pengasas masjid ini bahkan berharap akan dapat melangsungkan pernikahan sesama jenis di masjid tersebut.
Pengasasnya, seorang lelaki bernama Mohammed Ludovic Lutfi Zahed yang berasal dari Algeria, namun sudah lama tinggal di Perancis berhasrat untuk mendirikan masjid tersebut sebelum hujung tahun ini.
Zahed mengakui dirinya sebagai lelaki homoseksual.
Lokasi masjid ini berada di dalam kompleks biara Buddha tempatan. Tujuan Zahed membuka masjid khas kaum gay ini sebagai alternatif masjid konvensional, yang seringkali menjadi tempat ibadah dengan suasana yang dikatakan penuh intimidasi bagi lelaki gay.
“Di dalam masjid biasa, wanita perlu duduk di belakang dan mengenakan penghadang dan lelaki gay takut akan serangan lisan mahupun fizikal,” tutur Zahed kepada akhbar Turki, Daily Hurriyet dan diterbitkan oleh International Business Times.
“Setelah melaksanakan ibadah Haji, saya menyedari bahawa masjid bagi kaum gay merupakan suatu yang diperlukan bagi kaum muslim yang gay, yang ingin melakukan solat,” tambah lelaki yang telah pun berkahwin dengan pasangan gaynya, iaitu Qiyam al-Din yang berasal dari Afrika Selatan.
Zahed juga menceritakan serba sedikit pengalaman hidupnya kepada wartawan Daily Hurriyet . Zahed mengakui pada mulanya dia sengaja menekan perasaan homoseksualnya kerana Islam.
“Ketika saya berusia 12 tahun, saya mulai mempelajari Islam dan melakukan solat. Pertama, saya sangat terkesan oleh Salafist di Algeria, tetapi kemudian saya menjauhi mereka kerana serangan ganas yang mereka lakukan.
Setelah malam pertama saya dengan lelaki, saya menyedari bahawa saya homoseksual. Saya menyedari bahawa saya menekan perasaan saya sendiri dengan bantuan Islam,” terangnya.
Zahed menambah, dalam masjid khas untuk kaum gay ini, baik wanita mahupun lelaki dibenarkan untuk solat bersama tanpa adanya pemisahan tempat.
Ketika ditanya apakah perkahwinan sejenis akan dilangsungkan di masjid itu, Zahed menjawab: “Kami akan mulai dengan solat-solat Jumat, namun kami akan menganjurkan majlis pernikahan setelah itu.”
Monday, December 17, 2012
LEMBAGA ANEH MUNCUL DI IKLAN MUDAH.MY!
LEMBAGA PELIK DAN MENAKUTKAN MUNCUL DI IKLAN MUDAH.MY | Pernah tak anda layari laman mudah.my? Pasti pernah kan sebab nak cari barang-barang second hand mahupun baru.
Terbaru, seorang mamat ni tak sengaja terambil gambar lembaga aneh dan diupload terus ke iklan mudah.my.
Kalau tak dapat tengok, tengok betul-betul.
Pasti dapat tengok punya.







.jpg)
.jpg)
























.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

