Sunday, July 21, 2013

Panas!!!! Nora Danish Mahu Kahwin Kali Kedua?

Umumnya sudah mengetahui pelakon, Nora Danish pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya dan Nora sendiri mengakui tidak serik untuk mendirikan rumahtangga buat kali kedua.
Sejak perpisahannya dengan suami beberapa tahun lalu, sehingga kini masih belum dengar desas-desus si jelita ini akan berkahwin buat kali kedua. Bertanya kepada tuan badan berkenaan isu tersebut, Nora dengan tenang menjelaskan memang beliau mahu berkahwin lagi
“Siapa tak nak kahwin kan?,” katanya.

Tambahnya, untuk perkahwinan kali kedua, beliau mengimpikan majlis perkahwinan seperti di dalam cerita Twilight.

“Saya sukakan konsep perkahwinan dalam hutan dengan bunga-bunga segar warna putih,” jelasnya.
Untuk pengetahuan pembaca, hasil perkahwinan terdahulu Nora Danish dikurniakan seorang putera yang kini sudah berusia empat tahun.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More