Showing posts with label konsep. Show all posts
Showing posts with label konsep. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Tabber: Alat Membantu Anda Belajar Gitar Dengan Cepat

Genius!

Sudah berapa lama aku tidak main gitar dan teringat semula pula masa mula belajar bermain gitar di bangku sekolah. Memang memerlukan keazaman untuk bermain alat muzik ini. Ingat basic chord dari buku gitar satu hal, biasakan tangan untuk menekan chord pun satu hal serta bertapa sakitnya jari sampai jadi biru keranamenekan tali gitar.

Sekarang sudah semakin mudah untuk belajar gitar dengan terciptanya alat yang dipanggil 'Tabber'.

Alat ini disangkutkan pada leher gitar anda dan ianya mempunyai LED yang akan menyala sebagai penunjuk. Jadi lebih senanglah jari anda menekan chord gitar mengikut nyalaan LED tersebut. Itu untuk yang baru belajar lah.

Untuk yang dah tahu bermain gitar dan ingin belajar untuk memainkan lagu-lagu terbaru, ianya boleh disambungkan ke smartphone dan boleh di-set-kan mengikut chord lagu yang dikehendaki melalui aplikasi pada smartphone anda. Ala-ala Guitar Pro atau Guitar Hero. versi sebenar lah ni.

Tabber ini boleh dipasang pada gitar elektrik mahupun acustik dan ianya tidak akan menggangu jari anda semasa menekan fret gitar kerana ianya sangat nipis. Alat ini masih di peringkat prototaip dan ianya merupakan satu projek oleh Kickstarter.

Saturday, August 4, 2012

Wtf: Kissenger - Konsep Alat Bercium Tanpa Wayar (3 Gambar)

Akhirnya alat macam ni pun ada.

Memperkenalkan Kiss Messenger (Kissenger), sebuah konsep alat komunikasi untuk bercium bercomolot dari jarak jauh. Ini bermakna ianya merupakan satu alat untuk bercium secara wireless tanpa melibatkan sentuhan terus antara bibir ke bibir.

Alat ini dibangunkan oleh seorang penyelidik bernama Hooman Samani. Untuk melihat demo, anda boleh layan video di bawah sekali. Hmm..dunia semakin maju. Haha.





Tibe2Jam6Petang

Tuesday, July 24, 2012

Cool: Teknologi Project Glass Oleh Google (3gambar)

Wow canggih!

Project Glass merupakan satu teknologi yang sedang dibangunkan oleh kumpulan Google X daripada Google. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah Project Glass ini, anda boleh menonton video di bawah.

Ianya sangat menarik dan salah satu ciri-ciri yang menarik perhatian aku tentang teknologi ini ialah, anda boleh menangkap gambar berdasarkan penglihatan anda serta berkongsi penglihatan dengan orang lain.

Jika teknologi ini telah lengkap, ianya pasti membawa kita kepada zaman yang lebih maju. Macam dalam game dan filem fiksi masa hadapan!




Tibe2Jam6Petang

Monday, July 23, 2012

Konsep Tingkap Dan Ampaian Pakaian Yang Genius (4 Gambar)

Idea yang genius!

Blindry merupakan sebuah konsep tingkap yang mempunyai ampaian pakaian yang boleh dilipat. Ia adalah sebuah konsep yang sangat bijak kerana boleh menjimatkan ruang dalam apartment yang kecil. Mengeringkan pakaian menggunakan aliran udara dan cahaya matahari juga lebih mesra alam berbanding menggunakan mesin pengering pakaian.

Ianya diilhamkan oleh Kim Bobindan Ko Kyungeun. Tidak hairanlah konsep Blindry ini telah menerima anugerah daripada Red Dot Awards kerana idea daripada konsep ini mungkin sangat berguna dan anda sendiri boleh membuat ampaian seperti ini di rumah. Nice.





AkuStressGiler

Sunday, July 22, 2012

Cool: Konsep Kereta Elektrik Yang Boleh Bergabung Dan Berpisah Dua (8 Gambar)

Ini cool.

2Whella merupakan sebuah konsep kereta elektrik yang mempunyai dua tayar. Ianya direka oleh Andrej Kregar. Apa yang menarik mengenai kereta ini ialah, dua buah kereta yang sama boleh digabungkan bersama menjadi sebuah kenderaan beroda empat dan ianya juga boleh berpisah kembali mengikut kesesuaian pengguna.

Keseimbangan kereta ini dikawal oleh sistem komputer. Mungkin ianya menggunakan teknologi Gyroscope, sama seperti skuter elektrik tempoh hari. Aku tertanya-tanya adalah ianya selamat dan kukuh semasa dalam penggabungan? Apapun, ia hanyalah sebuah konsep setakat ini. Pada pendapat aku, konsep kenderaan ini memang sangat bagus dan masih boleh dibangunkan dengan lebih jauh.













Konsep: Rekabentuk Meja Seterika Yang Genius (4 Gambar)

Konsep yang sangat genius!

Mungkin anda mengambil masa begitu yang lama untuk menggosok pakaian menggunakan setrika disebabkan papan luncur meja seterika yang ada tidak begitu praktikal? atau anda tidak mempunyai bakat untuk menggosok baju?

Dengan konsep meja seterika E-Board, kerja-kerja menggosok baju mungkin lebih mudah dan tidak memakan masa yang lama disebabkan rekabentuknya yang boleh diubah mengikut pakaian yang kita hendak gosok.

Ianya direka oleh Mohsen Jafari Malek. Aku rasa beliau sudah bosan untuk rage disebabkan ketika menggosok pada satu bahagian pakaian, bahagian yang lainya pula menjadi kusut dan terlipat. Ini boleh mendatangkan marah dan idea, maka terciptalah konsep ini! Mungkin. Haha.












Tibe2Jam6Petang 

Konsep: Kereta Unta Dijadikan Ambulans Di Padang Pasir (9 Gambar)

Nice concept.

Mari lihat konsep kereta unta yang dijadikan ambulans. Konsep kenderaan ini dinamakan Baja dan ianya direka oleh Frederic Schwab.

Ianya mempunyai dua bahagian utama yang dipasang pada seekor unta, iaitu sebuah mini-trailer yang digunakan untuk membawa pesakit dan juga sebuah pelana untuk penunggang dan juga untuk membawa bekalan ubatan. Bahagian-bahagian ini boleh dipasang mengikut kesesuaian tugas dan misi. Kenderaan ini juga mempunyai sistem GPS.

Sebenarnya konsep kenderaan ini direka untuk digunakan semasa misi kecemasan di kawasan terpencil di tengah padang pasir. Misi menyelamat menggunakan laluan udara dan juga menggunakan pacuan empat roda mungkin adakalanya tidak sesuai kerana keadaan cuaca, bentuk muka bumi, keadaan pesakit dna juga kos. Jadi menggunakan kereta unta ini mungkin sangat praktikal pada situasi seperti ini.




















Tibe2Jam6Petang

Saturday, July 21, 2012

Cool: Skuter Elektrik Mempunyai Bumbung Seperti Kereta (7 Gambar)

Sangat cool dan futuristik!

Syarikat Lit Motor telah memperkenalkan sebuah prototaip skuter elektrik yang diberi nama C-1. Prototaip skuter ini mempunyai bumbung dan pintu seperti kereta.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakan keseimbangan kenderaan ini kerana tiada tayar tambahan mahupun ruang untuk kaki mencecah tanah bagi menyokong dua roda tersebut untuk berdiri? Sebenarnya C-1 dikawal oleh sistem elektronik Gyroscope yang membolehkannya terus berdiri seimbang dalam keadaan sedang berhenti, bergerak mahupun ketika berlakunya perlanggaran.

Bateri skuter ini mengambil masa selama 4 hingga 6 jam untuk di cas dan setiap bateri yang dicas penuh, ianya boleh bertahan dalam jarak 150 hingga 220 batu. Boleh memuatkan seorang pemandu dan seorang penumpang, kelajuan maximumnya pula boleh mencecah sehingga 120 mph.

Pengeluaran model sebenar dijangka siap pada tahun 2014 dengan harga sasaran dalam lingkungan 12000 hingga 16000 USD.










Tuesday, July 17, 2012

Konsep: Bulavkus - Usb Flash Drive Dengan Pin Baju (2 Gambar)

Idea bagus dan bijak!

Mungkin anda seorang yang tidak gemar untuk mengantung flash drive dimana-mana dan anda pernah mengalami situasi kehilangan flash drive yang tercicir kerana ianya disimpan di dalam poket.

Bulavkus USB flash drive merupakan satu konsep flash drive dengan mengabungkan pin baju. Ianya rekaan Art Lebedev Studio. Walaupun setakat ini ianya masih dalam bentuk konsep, tidak mustahil ianya akan berada di pasaran nanti.

Dengan flash drive ini, mungkin anda tidak akan kehilangan flash drive dengan mudah. Itupun jika anda tidak lupa untuk pinkan ia pada baju. :>

Konsep: Design Motorsikal Ossa Monocasco Versi Elektrik (6 Gambar)

Cool!

Ossa merupakan pembuat motorsikal yang berpengkalan di Catalonia, Sepanyol. Konsep motorsikal Ossa Monocasco versi elektrik di bawah telah direka oleh studio ART-TIC.

Ianya diilhamkan daripada motorsikal Ossa monocasco versi asal milik Santiago Herrero iaitu juara perlumbaan motorsikal Spanish Grand Prix pada tahun 1969 dan juara Yugoslavian Grand Prix pada tahun 1970 yang melakili kumpulan Ossa.







Tibe2Jam6Petang

Monday, July 16, 2012

Konsep: Rekabentuk Kereta Lamborghini Ankonian (10 Gambar)

Lagi konsep untuk rekebentuk kereta yang awesome.

Lamborghini Ankonian adalah rekebentuk yang dihasilkan oleh Slavche Tanevsky, seorang pelajar daripada Munich University kerjasama dan pertolongan pereka professional dari syarikat Lamborghini dan Audi.

Pertama kali melihat rekabentuk kereta ini, yang terlintas di dalam kepala aku ialah Batman. Sebenarnya rekebentuk kereta ini diilhamkan daripada kerata Lamborghini Reventón dan juga Batmobile. Kalaulah kereta ini digunakan oleh Batman dalam filem seterusnya, tentu sangat awesome! Tapi itupun Kalaulah :>











Tibe2Jam6Petang

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More