Showing posts with label technology. Show all posts
Showing posts with label technology. Show all posts

Friday, August 10, 2012

keselamatan pemanduan

Keselamatan pemandu dan penumpang adalah aspek utama dalam pembuatan kereta. Bagaimana pula keselamatan pejalan kaki?

Syarikat volvo telah memperkenalkan satu sistem beg udara yang baru yang dipasang berdekatan bahagian cermin hadapan di luar kereta. Ianya bukan dicipta untuk melindungi pemandu dan penumpang kereta, tetapi untuk pejalan kaki.

Mulai tahun 2013, kereta Volvo V40 akan dilengkapi dengan sistem pengesan pejalan kaki bersama-sama dengan sistem beg udara terbaru ini. Idea yang bagus untuk mengurangkan risiko kecederaan teruk dan juga kematian si pejalan kaki yang tidak bernasib baik apabila dilanggar oleh kereta.

Tibe2Jam6Petang

Cool: Janken-Robot Yang Tidak Pernah Kalah Dalam Permainan Osom

Cool.

Janken (rock-paper-scissors) merupakan sebuah robot yang mempunyai 100% kemenangan apabila bermain permainan osom dengan manusia. Ini bermakna robot ini tidak pernah kalah apabila bermain osom bersama manusia. Ianya sedang dibangunkan di Ishikawa Oku Laboratory, Jepun.

Janken disambungkan kepada sebuah kamera high-speed vision yang merakamkan pergerakan tangan manusia dan menghantar isyarat tersebut untuk dikenalpasti oleh robot ini dalam masa 1 milisaat! Ini bermakna, sebelum manusia menghabiskan pergerakannya, robot ini sudah tahu apa yang patut dilakukan untuk menang.

Sebenarnya tujuan robot ini dicipta adalah sebagai kajian dan contoh satu sistem kerjasama antara manusia dan mesin. Mungkin lepas ni, sistem ini akan dimajukan dan diaplikasikan pada teknologi dan penggunaan yang lain. Jangan dijadikan senjata untuk berperang sudah. Mungkin juga ini permulaan kepada pemberontakan robot seperti dalam filem terminator? Imaginasi yang mengarut tapi tidak mustahil berlaku.



Tibe2Jam6Petang 

Wednesday, August 8, 2012

Permaidani Digital Yang Awesome (Video)

Canggih!

Zaman suda semakin canggih, semua mahu dijadikan digital dan tidak terkecuali permaidani. Video di bawah salah satu contoh permaidani digital,dah jadi macam dance floor pula. Apapun mesti nampak macam hero berjalan diatas permaidani. :>



Tibe2Jam6Petang

Tuesday, August 7, 2012

Video Cool Dirakam Menggunakan Smartphone Dikuasakan Oleh Snapdragon

Cool!

Snapdragon processors merupakan teknologi daripada syarikat Qualcomm.

Video di bawah diambil melalui smartphone yang dikuasakan oleh prosessor ini dan ianya dirakam di beberapa lokasi seperti LA, New York, London, Paris, Shanghai, Moscow, Dubai, Mumbai dan Rio de Janeiro tanpa mengecas semula bateri smartphone tersebut tetapi ianya akan ditutup semasa perjalanan.

Smartphone dengan penjimatan bateri yang baik adalah sangat bagus!

Monday, August 6, 2012

Idea: Dengar Bunyi Teknologi Lama Melalui Muzium Bunyi Terancamv

Idea yang bagus.

Museum Of Endangered Sound (Muzium Bunyi Terancam) yang di asaskan oleh Brendan Chilcutt pada awal Januari 2012. Ianya merupakan satu online archieve yang mengumpulkan bunyi-bunyi daripada teknologi dan gadget elektronik lama.

Mungkin bunyi-bunyi daripada teknlogi dan gadget elektronik lama ini semakin terancam dan sudah tidak akan didengari lagi pada hari ini. Dengan adanya muzium ini, generasi akan datang akan dapat mendengar bunyi-bunyi asal daripada teknologi sebelum mereka. Ini suatu idea yang sangat baik.

Anda boleh sendiri ke laman web Museum Of Endangered Sound untuk mendengar beberapa sampel bunyi yang dikumpulkan seperti bunyi game Tetris, muzik permulaan Windows 95 dan beberapa lagi bunyi-bunyi lain seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah. Mungkin anda sendiri tidak pernah berpeluang untuk mendengarnya sebelum ini.

Saturday, August 4, 2012

Wtf: Kissenger - Konsep Alat Bercium Tanpa Wayar (3 Gambar)

Akhirnya alat macam ni pun ada.

Memperkenalkan Kiss Messenger (Kissenger), sebuah konsep alat komunikasi untuk bercium bercomolot dari jarak jauh. Ini bermakna ianya merupakan satu alat untuk bercium secara wireless tanpa melibatkan sentuhan terus antara bibir ke bibir.

Alat ini dibangunkan oleh seorang penyelidik bernama Hooman Samani. Untuk melihat demo, anda boleh layan video di bawah sekali. Hmm..dunia semakin maju. Haha.





Tibe2Jam6Petang

Tuesday, July 24, 2012

Cool: Teknologi Project Glass Oleh Google (3gambar)

Wow canggih!

Project Glass merupakan satu teknologi yang sedang dibangunkan oleh kumpulan Google X daripada Google. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah Project Glass ini, anda boleh menonton video di bawah.

Ianya sangat menarik dan salah satu ciri-ciri yang menarik perhatian aku tentang teknologi ini ialah, anda boleh menangkap gambar berdasarkan penglihatan anda serta berkongsi penglihatan dengan orang lain.

Jika teknologi ini telah lengkap, ianya pasti membawa kita kepada zaman yang lebih maju. Macam dalam game dan filem fiksi masa hadapan!




Tibe2Jam6Petang

Monday, July 23, 2012

Cool: Scamander - Kereta Dua Alam Yang Tahan Lasak (5 Gambar)

Cool.

Tempoh hari, blog ini ada paparkan sebuah prototaip kenderaan amphibious yang didakwa mempunyai kelajuan paling laju di atas darat, iaitu kereta Sea Lion. Kali ini mari lihat pula sebuah lagi kereta jenis amphibious yang diberi nama Scamander. Ianya diilhamkan oleh Peter Wheeler, iaitu pemilik syarikat pengeluaran kereta sport british, TVR.

Kereta ini dikuasakan oleh engin V6 yang menghasilkan 300 kuasa kuda dan ianya mampu mencapai kelajuan 120 mph apabila bergerak di atas darat. Dengan rekabentuknya seperti kenderaan pacuan empat roda, kereta ini mampu untuk bergerak di kawasan berpasir seperti pantai, kawasan berbatu dan sudah pasti ianya mampu untuk bergerak di atas air!







Tuesday, July 17, 2012

Serius: Ahli Politik Jepun Mahu Cadang Pembangunan Robot Gundam Sebenar Untuk Pertahanan (2 Gambar)

Biar betul?

Sebuah rancangan video Jepun yang bakal bersiaran akan membawakan perbincangan beberapa ahli politik daripada Japan's Liberal Democratic Party (LDP). Perbincangan ini adalah mengenai idea pembinaan robot Gundam sebenar yang boleh berfungsi. Menurut ahli LDP tersebut, pihak LDP sangat serius untuk mempertimbangkan pembangunan robot Gundam yang mungkin digunakan untuk tujuan pertahanan negara.

Pada tahun 2008, Agensi Sains dan Teknologi Jepun telah menganggarkan kos pembuatan sebuah robot Gundam sebenar berketinggian 60 kaki dan seberat 43.7 tan metrik adalah sebanyak US$725 000 000, tidak termasuk kos pekerja.

Melihat kepada perkembangan teknologi robot di Jepun, tidak mustahil robot Gundam ini akan dihasilkan dan sekaligus mempromosikan industri pembuatan 'senjata' ini. Tapi itupun jika LDP diberikan peluang untuk memegang kuasa kerajaan Jepun kembali.

Untuk pengetahuan anda LDP memegang kuasa kerajaan Jepun selama 54 tahun sejak perang dunia kedua tamat. Kerajaan Jepun sekarang dipegang oleh Democratic Party of Japan (DPJ) yang mengambil alih kerajaan Jepun sejak kemenangan pilihanraya pada tahun 2009.

Mungkin juga rancangan pembangunan robot Gundam ini merupakan salah satu strategi LDP untuk meraih undi anime fags di Jepun pada pilihan raya akan datang. Hehe. Apapun, harap-harap tidak akan terjadi perang yang melibatkan robot Gundam kerana sudah pasti ia adalah satu malapetaka yang sangat buruk.

P/s: Pembangunan robot Transformer juga semakin giat dijalankan oleh pelajar universiti Jepun.



Tibe2Jam6Petang

Saturday, July 14, 2012

Kertas Dinding Anti Wi-Fi, Tiada Lagi Kecurian Wireless (2gambar)

Barang bagus!

Aku masih ingat lagi kata-kata daripada Prof. Datuk Mohd Noh Dalimin sewaktu mengajar subjek Elektromagnetism dulu. Kini beliau merupakan Vice-Chancellor di UTHM.

Beliau mengatakan, "jika bilik kuliah ini ditutupi oleh dinding yang diperbuat daripada copper, tidak akan ada signal handphone masuk ke dalam menganggu kuliah saya." Sebenarnya beliau mahu memberikan contoh situasi yang dipanggil "Faraday cage".

Pada hari ini, kes kecurian wireless sering berlaku sama ada anda sedar atau tidak. Walaupun membuat password pada wireless internet anda, ianya tetap dapat dicuri dengan menggunakan beberapa teknik hacking. Jika anda dapat menghalang signal wireless ini daripada keluar dari rumah, masalah ini pasti akan selesai!

Teknolologi Anti-Wi-Fi Wallpaper direka khas untuk tujuan ini. Ianya mampu untuk menghalang signal wireless daripada memembusi dinding apabila dilapis dengan wallpaper ini. Walpaper ini bakal berada di pasaran pada tahun 2013 oleh syarikat Alhstrom daripada Finland.



Tibe2Jam6Petang

Pengembaraan Ke Pusat Bumi Yang Sebenar Bermula Pada 2015 (2gambar)

Journey to the center of earth!

Pengembaraan ke pusat bumi mungkin menjadi kenyataan apabila laman web Volcanic Virgin mengumumkan bahawa Sir Richard Branson, pemilik Virgin Group bakal menyertai misi pertama yang dijadualkan bermula pada tahun 2015.

Misi ini sebenarnya adalah satu misi untuk meneroka pusat gunung berapi dan operasi untuk tiga tahun pertama, mereka akan menumpukan pada lima gunung berapi paling aktif di dunia iaitu Etna, Stromboli, Yasur, Ambrym dan Tinakula.

Pihak virgin juga telah mengumumkan kenderaan yang digunakan untuk misi ini. Kenderaan ini digelar VVS1 dan ianya diperbuat dari bahan-bahan karbon yang dipatentkan untuk penerokaan angkasa.

Tapi sayangnya, berita ini di umumkan beberapa jam sebelum 1 april dan mungkin ianya hanyalah satu gurauan daripada pihak Virgin. Jadi tunggu dan lihat sama ada ianya berita benar atau palsu. :>




Friday, July 13, 2012

Lol: Bagaimana Design Ipad Diilhamkan (1gambar)

Tersangat win!! hahaha


Thursday, July 12, 2012

Arca-Nano Diukir Daripada Sebutir Pasir (6gambar)

Super advance!

Mengukir pada sebutir pasir? Mari lihat beberapa gambar arca diukir dengan skala nano yang diambil daripada mikroskop elektron. Arca ini diukir dengan menggunakan teknik pencetakan 3D (3 dimensi) untuk struktur nano oleh para saintis daripada Vienna University of Technology.

Proses mengukir arca ini dinamakan 'two-photon lithography' iaitu melibatkan sinaran lazer yang difokuskan pada bahan resin yang telah dikeraskan. Para saintis tersebut juga mengatakan bahawa teknik ini boleh dibangunkan untuk mencipta bahagian-bahagian biomedikal kecil untuk digunakan oleh doktor.

Untuk pengetahuan anda, proses lithography merupakan salah satu teknik penting untuk membuat komponen elektronik seperti IC (litar bersepadu).







Calculator Ti-Nspire Cx Cas Yang Super

Pergh!

Walaupun dengan kecanggihan smartphone sekarang, ianya masih tidak boleh menggantikan fungsi calculator sebenar.

Salah satunya ialah, smatrphone dilarang untuk digunakan semasa peperiksaan dan mengira menggunakan calculator sebenar lebih cepat berbanding mengira mengunakan aplikasi calculator pada smartphone. Benar.

Jadi kenapa tidak keupayaan calculator sebenar ditingkatkan? TI-Nspire cx CAS merupakan sebuah calculator yang mempunyai grafik berwarna. Apa yang menarik tentang calculator ini, ianya boleh di-install emulator Game boy dan juga NES.

Anda boleh bermain game untuk menghilangkan keboringan semasa berada di dalam kelas, tetapi tidak semasa peperiksaan kerana calculator seperti ini tidak akan dibenarkan sama sekali digunakan haha.

Lepas ni buat pula calculator yang mempunyai fungsi smartphone! :>

Kapal Selam Mini Buatan Sendiri (3 Gambar)

Cool!

Seorang bekas perkerja kilang di Wuhan, China yang diberhentikan mengambil keputusan untuk mendirikan kilang membuat kapal selam mini.

Kapal selam yang dicipta beliau boleh memuatkan dua orang dalam satu masa dan mampu menyelam sedalam 30 meter. Ianya juga dilengkapi dengan tangki simpanan oksigen dan siap dipasang dengan kemera video.

Sebuah kapal selam mini ini menelan perbelanjaan sebanyak 200,000 yuan (~$31,621 USD) untuk disiapkan dan kilang tersebut telah menerima tiga tempahan pada tahun ini.

Kalau takut untuk menyelam di laut, menyelam di tasik pun jadilah :>




Wednesday, July 11, 2012

Saintis Jepun Berjaya Menumbuhkan Semula Bulu Pada Tikus Bogel

Penemuan baru.

Sekumpulan saintis dari Jepun berjaya menumbuhkan semula bulu pada seekor tikus. Menurut Professor Takashi Tsuji daripada Universiti Sains Tokyo, mereka menggunakan teknik ilmpant dan biokejuruteraan untuk menggantikan sel kulit yang sedia ada.

Penemuan ini juga dijangkakan akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan rawatan yang sedia ada bagi masalah kebotakan. Bila dah ada rawatan ini nanti, jangan disalah guna pula. Satu badan tumbuh bulu baru padan muka haha. :>


Tibe2Jam6Petang

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More