Showing posts with label petua islam. Show all posts
Showing posts with label petua islam. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Tips Untuk Tidak Melengahkan Lagi Solat



1. Suruh abah/ma rotan bila masuk je time solat. "Tolong rotan saya walaupun saya dah besar gajah."

2. Minta tolong kawan yang paling kamu respek atau segan sekali dalam kelas or di tempat kerja untuk SMS kamu atau call kamu bila masuk time solat utk mentionkan masuk waktu. Kasi la upah kat dia lepas seminggu dia wat keje tu.

3. Suruh orang yang kamu minat atau suka bagi kata-kata nasihat dekat kamu. Print dan tampal kata-kata dia tu di belakang henpon. Atau set je muka dia keluar dengan kata-kata tu di telepon kamu tu. Set alarm keluar muka dia sengih-sengih dengan berkata, "solat, solat".

4. Berpakat dengan housemate atau adik beradik yang berguna serta insaf. Aku ingatkan kau. Kau ingatkan aku.

5. Pergi masuk kursus jenazah. Konfem insaf. Atau ko join orang gali kubur. Insaf wooo gua jamin. 

6. Pergi hospital or interview doktor-doktor yang dah lama kerja spital atau ada member2 jadi doktor tu, tanya pengalaman mereka handle pesakit yang meninggal dunia tak sempat solat.

7. Hempuk diri sendiri kalau dah sengal sangat.

8. Bakar selimut dan tilam serta bantal busuk apatah lagi teddy bear size XXL kalau sampai time azan terus kau mengantuk. Ganti dengan tikar sejadah hampar kat situ. 

9. Pindah rumah tepi surau.

10. Pergi ceramah ustaz azhar, pergi duk tepi dia sampai dia kata '****' dekat kamu yg melambatkan solat. Konpem balik insaf.

Sunday, September 30, 2012

Petua Perubatan Islam Untuk Menguatkan Akal


Menurut ahli-ahli perubatan Islam, ada 6 cara untuk menguatkan akal.

Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
Makan buah badam.
Makan daging kambing.
Halwa halia.
Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.
Makan buah limau.

LARANGAN: Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal.

Di antaranya:

Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.

Ensaiklopedia Petua Melayu lama...

Thursday, May 31, 2012

17 Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


Petua cuci hati

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

  3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

  4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

  5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

  7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

  8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

  10. Kekalkan wuduk.

  11. Bersedekah.

  12. Belanja orang makan.

  13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

  14. Berkawan dengan ulama.

  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

  16. Pesan pada orang, jadi baik.

  17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.


Monday, May 21, 2012

Awas! Kita diserang syaitan melalui 10 pintu



  1. TAMAK DAN BURUK SANGKA. Lantas aku hadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berada dengan apa yang ada setelah berusaha berakhir.

  2. CINTAKAN DUNIA DAN PANJANG ANGAN-ANGAN. Lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kadatangan maut secara tiba-tiba.

  3. CINTAKAN NIKMAT DAN KEREHATAN. Lantas aku menghadapinya dengan meyakini pemberian Allah dan takutkan balasan seksa Allah.

  4. UJUB(Kagum dengan diri sendiri). Lalu aku menghadapinya dengan menyukuri nikmat pemberian Allah dan Takutkan balasaan Seksa Allah.

  5. PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA. Lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

  6. RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN ORANG. Lalu aku menghadapinya dengan sikap iklhas dan Tawaduk.

  7. HASAD. Lalu aku menghadapiya dengan sifat qanaah iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar serta Redha di atas pemberian Allah terhadap Makhluk-Nya.

  8. BAKHIL. lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa dengan ada di tangan makhluk-Nya.

  9. TAKBUR. lalu aku menghadapi dengan meyakini sifat Tawakal dan rendah Diri.

  10. TAMAK. Lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesat yang ada pada MANUSIA.

Sumber : I Love islam web Blog

Sunday, May 20, 2012

Petua Cantik dan Menarik




  1. Jadilah Ghaddul Basor (Menundukkan Kepala) Sebagai hiasan Mata, nescaya mata menjadi semakin Jernih.

  2. Sapukanlah 'Lipstik Kejujuran' pada bibir, nescaya kita akan bertambah manis.

  3. Gunakanlah 'Pemerah Pipi' yang diperbuat daripada rasa Malu iman.

  4. Pakailah 'Sabun Istighfar'  yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang kita lakukan

  5. Rawatlah rambutmu dengan 'Selendang Islam' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.(ni ada kat pasar)

  6. Hiasilah kedua tangan dan jari2 mu dengan gelang Tawaduk dan cincin Ukhuwwah.

  7. Pakailah kamu akan kalung kesucian.

  8. Bedaklah wajahmu dengan 'Air wuduk', Nescaya wajahmu akan bercahaya di Akhirat Kelak. 

p/s : Sesetengah barang-barang kat atas xde jual kat pasar malam eh..heeee :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More