Showing posts with label menarik. Show all posts
Showing posts with label menarik. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Mengapakah Lantai Masjidil Haram Tidak Panas?



Mungkin ada di antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada bagi menunaikan ibadah haji mahupun ibadah umrah. Namun bagi yang berpengalaman ke sana, mungkin tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil Haram tidak panas sedangkan cuaca pada ketika itu benar-benar panas sehingga mencecah lebih 40 darjah.

Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.

Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.

“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.

Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.

Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga. Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.

Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar. Ini berberda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.

Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.

Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.

Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam. Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.

Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.

Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.

Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.

Thursday, December 20, 2012

Lelaki Gemuk Kuruskan badan dan Ubah rupa Iras Justin Bieber


William Cookson mempunyai satu cita-cita untuk mencium seorang gadis. Tetapi dia tak berjaya melakukannya kerana dirinya gemuk dan pemalu. Selain itu, rupanya juga kurang tampan. Satu hari dia telah melihat Justin Bieber dan dia tekad untuk menjadi seperti JB. 

Dia memikirkan sekiranya gadis suka pada JB, mereka juga akan minat kepada lelaki yang seiras JB. Jadi, William telah plan macam-macam aktiviti seperti diet, senaman, kurangkan berat dan akhirnya semuanya berjaya. Kini dia mempunyai rupa iras JB dan mempunyai tiga orang teman wanita.

Sebelum



Selepas








Tuesday, July 10, 2012

10 Haiwan yang paling sukar ditemui di dunia!!



Makhluk-makhluk ini berada di tempat-tempat tersembunyi seperti lautan dan gua yang dalam Haiwan – haiwan berikut ini mungkin bukan yang paling comel, tetapi mereka adalah jenis haiwan yang paling sulit ditemui di bumi.

Solendon
Solendon adalah mamalia kecil yang berasal dari Cuba . Makhluk ini sangat mirip dengan tikus, ia memiliki muncung panjang dan ekor bersisik. Namun, Solenodon memiliki muncung yang fleksibel berbanding tikus kasturi.

Ciri khas lain dari haiwan ini adalah bahawa haiwan ini sangat beracun. Solenodon adalah satu-satunya mamalia yang dapat menyuntik mangsanya dengan bisa. Jadi yang terbaik adalah berundur jika anda terserempak makhluk ini, kerana mereka suka menggigit manusia.

Kakapo
Kakapo adalah satu-satunya kakatua yang tak boleh terbang di planet ini, sedangkan keluarga mereka yang lain melakukan perjalanan yang jauh melalui udara. Spesies ini memilih untuk berjalan kaki atau naik dari tempat satu ke tempat yang lain, untuk bergerak. Burung ini mampu mencapai berat sehingga 8kg

Olm
Olm adalah amfibia yang berasal dari Eropah, terutama di kawasan Itali. Makhluk ini memiliki tubuh panjang berwarna putih, dengan empat kaki kecil. Sekilas pandang, ia kelihatan sangat mirip dengan ular kecil.
Haiwan ini menghabiskan hidupnya di gua-gua bawah tanah. Makhluk ini mempunyai mata yang tidak berkembang dan benar-benar buta. Walaupun Olm tidak dapat melihat bukan bererti ia tak berdaya. Olm mempunyai pendengaran dan deria bau yang sangat tajam.

Bumblebee
Kelawar Bumblebee dapat ditemui di gua-gua batu kapur, Tenggara Thailand dan Burma. Bumblebee dewasa panjangnya hanya satu inci dari kepala ke ekor. Kelawar ini membesar dengan memiliki ciri lain yang membezakannya dengan kelawar lain, iaitu muncungnya yang menyerupai muncung khinzir.

Ichthyophis Kohtaoensis
Ichthyophis Kohtaoensis adalah amfibia yang ditemui di Kamboja, Laos dan Thailand. Makhluk ini memiliki tubuh seperti ular dengan ekor runcing. Reptila ini memiliki tubuh kelabu gelap dengan perut kuning. Salah satu ciri yang membuat reptilia ini unik adalah ia memiliki dua otot yang mengawal rahang. Frilled Shark

Sehingga abad ke-19 para saintis menganggap bahawa haiwan ini sudah mati bersama dinosaur. Namun, ini terbukti tidak benar, kerana beberapa nelayan pernah menangkapnya dan juga terdapat beberapa penemuan bangkai makhluk ini. Yu ini terlihat mirip dengan belut, ia memiliki tubuh memanjang. Haiwan ini memiliki kepala berbentuk segitiga dengan tubuh panjang. Ikan ini tergolong didalam kumpulan ikan yang menggerunkan.

Monito Del Monte
Monito Del Monte adalah istilah Sepanyol untuk “monyet kecil”. Tapi nama ini tidak benar. Monito Del Monte sebenarnya adalah marsupial yang hidup di Chili dan Argentina.
Spesies mamalia ini dianggap pupus lebih dari 11 juta tahun yang lalu. Namun, penjelajah modern menemui makhluk ini di era modern.

Marsupial kecil ini memiliki tubuh tikus dengan bulu coklat dan besar, telinga runcing dan ekor panjang. Ciri-ciri yang membezakan haiwan ini adalah matanya yang besar dan ia hidup di pohon-pohon di hutan hujan. Ekor panjang membantu ia untuk berayun dari cabang ke cabang.

Addax
Jenis Kijang ini sangat jarang ditemui di gurun Sahara. Spesies ini memiliki gigi persegi seperti lembu. Juga, tanduk spesies ini sangat panjang dan melengkung

Dugong
Dugong adalah haiwan laut besar yang sangat menyerupai Manatee. Sementara makhluk-makhluk sejenis yang berada dalam keluarga yang sama disebut Sirenia, mereka berbeza dari Manatee.

Dugong dapat ditemui di perairan utara Australia dan wilayah Indo-Pasifik. Mamalia ini memiliki tubuh panjang dengan dayung seperti sirip ke arah kepala. Ekor haiwan ini mirip dengan ekor lumba-lumba. Makhluk ini memiliki mulut yang terkeluar dan berada dalam posisi menegak dengan kepala terbalik ke bawah, sehingga mudah untuk memakan rumput di dasar laut.

Saola
Saola setakat ini merupakan mamalia yang paling jarang ditemui di Bumi. Makhluk ini adalah berasal Vietnam dan Laos. Haiwan ini membesar dengan tinggi sekitar 3 meter. Sekilas pandang terlihat mirip dengan kambing.

Mamalia ini memiliki ekor kecil dan telinga panjang. Namun, haiwan ini memiliki ciri yang sangat berbeza dengan kambing. Ia memiliki bintik-bintik putih dan garis-garis pada wajahnya

p/s : Search google untuk tengok gambar...

Monday, May 14, 2012

Mentol lampu punya cerita



Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu. Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.

Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.

Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.

“Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?” jawab pesakit dengan nada marah.

“Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?” tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.

“Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit.. Dia ingat dia tu mentol lampu!” jawab pesakit tadi.

“Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?” soal doktor lagi.

“Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?”

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More