Showing posts with label invention. Show all posts
Showing posts with label invention. Show all posts

Friday, August 10, 2012

Cool: Janken-Robot Yang Tidak Pernah Kalah Dalam Permainan Osom

Cool.

Janken (rock-paper-scissors) merupakan sebuah robot yang mempunyai 100% kemenangan apabila bermain permainan osom dengan manusia. Ini bermakna robot ini tidak pernah kalah apabila bermain osom bersama manusia. Ianya sedang dibangunkan di Ishikawa Oku Laboratory, Jepun.

Janken disambungkan kepada sebuah kamera high-speed vision yang merakamkan pergerakan tangan manusia dan menghantar isyarat tersebut untuk dikenalpasti oleh robot ini dalam masa 1 milisaat! Ini bermakna, sebelum manusia menghabiskan pergerakannya, robot ini sudah tahu apa yang patut dilakukan untuk menang.

Sebenarnya tujuan robot ini dicipta adalah sebagai kajian dan contoh satu sistem kerjasama antara manusia dan mesin. Mungkin lepas ni, sistem ini akan dimajukan dan diaplikasikan pada teknologi dan penggunaan yang lain. Jangan dijadikan senjata untuk berperang sudah. Mungkin juga ini permulaan kepada pemberontakan robot seperti dalam filem terminator? Imaginasi yang mengarut tapi tidak mustahil berlaku.



Tibe2Jam6Petang 

Awesome: Robot Transformer Mini Yang Sebenar (2 Gambar)

Robot lagi.

Mungkin Jepun sekarang semakin menguasai teknologi robot. Selepas rancangan serius ahli politik Jepun untuk membangunankan program robot Gundam, mungkinkah seterusnya adalah pembangunan drone versi robot (transformer)?

Mari lihat model robot transformer mini yang dihasilkan oleh seorang pelajar daripada Jepun, Kenji Ishida. Robot ini dinamakan Brave Robot menggunakan sebanyak 22 buah motor Servo dan ianya merupakan versi kelapan Brave Robot. Sangat cool.




Tibe2Jam6Petang 

Tuesday, August 7, 2012

Cool: Rekabentuk Tangga Lipat Yang Genius (4 Gambar)

Genius.

Corner ladder merupakan tangga mudah alih rekaan studio Company & Company yang berpengkalan di Barcelona. Rekabentuk tangga ini membolehkan ianya dilipat sehingga menjadi sebuah tiang. Ini bermakna, ianya menjimatkan ruang penyimpanan. Tangga ini diperbuat daripada kayu untuk mengekalkan bentuk strukturnya. Satu rekabentuk tangga yang praktikal.

Sunday, July 15, 2012

Cool: Basikal Sepenuhnya Diperbuat Daripada Kayu (5 Gambar)

Wah basikal kayu.

Splinterbike Quantum direka oleh Michael Thompson merupakan sejenis basikal yang sepenuhnnya diperbuat daripada kayu. Basikal ini mempunyai sebanyak 88 bahagian berasingan yang disambung menggunakan gam. Ini bermakna, ia tidak menggunakan sebarang skru dan bolt.

Tayarnya diperbuat daripada sejenis polimer dan terdapat sebanyak 224 gigi gear diperbuat daripada kayu untuk menggerakkan basikal ini apabila dikayuh. Sangat cool.






Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More