Showing posts with label Membuang Angin Dalam Badan. Show all posts
Showing posts with label Membuang Angin Dalam Badan. Show all posts

Saturday, September 11, 2010

Cara Mengurangkan Kolesterol dengan Halia?

Saluran darah yang sempit akibat pemendakan kolesterol merupakan salah satu punca sakit jantung. Begini ceritanya, kolesterol akan mengakibatkan lemak terkumpul pada pembuluh darah anda. Apabila pembuluh darah anda sempit, ia pastinya menganggu pengaliran darah. Gangguan terhadap pengaliran darah inilah yang menjadi salah satu punca sakit jantung.

Jadi, anda tentu dah tahu serba sikit akan kepentingan mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam darah ni, kan? Seterusnya, kita beralih pula kepada kaedah yang boleh anda buat bagi mencapai tujuan tersebut.


1. Ambil beberapa ulas ubi halia.


Halia - eforum1.cari.com.my



2. Rebuskan semua halia tadi hingga pekat. Atau dalam anggaran sampai pati rebusan halia tadi tinggal kira-kira dalam secawan dua.

Ini kerana anda memerlukan pati halia di sini. :)

3. Kemudian, anda ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tadi. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati ya.


Anda minumlah ramuan di atas sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian. Mudah-mudahan kandungan kolesterol dalam darah anda dapat dikawal serta dikurangkan. :)


p.s: Oh, ya! Ramuan ni juga boleh digunakan untuk melegakan batuk serta membuang angin dalam badan. Cuba tau.


Selamat Mencuba!

Wednesday, February 24, 2010

Mengurangkan Panas Badan Dengan Pucuk Teh

Memandangkan cuaca sekarang agak panas, mungkin petua kali ini dapat membantu anda. Iaitu berkaitan dengan cara mengurangkan panas badan dan mengatasi demam. Caranya ialah dengan meminum air rebusan pucuk daun teh.


gambar daun teh

Gambar Daun Teh - www.time.com




1. Memula, anda ambil beberapa pucuk daun teh dan bersihkan.

2. Kemudian, anda keringkan pucuk teh tadi.

3. Setelah ia kering, anda kisarkannya pula.

4. Selepas itu, anda rendamkanlah ia ke dalam air panas selama beberapa minit.

5. Akhir sekali, anda minumlah air tersebut perlahan-lahan.


Anda boleh meminum air pucuk daun teh ni sekerap yang mungkin sekiranya mengalami panas badan dan demam. Namun begitu, jika dah sembuh, anda tak digalakkan meminumnya selalu kerana ia lebih sesuai untuk merawat penyakit.


Lagi satu, selain untuk panas badan dan demam; air rebusan pucuk daun teh ni juga berfungsi membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.


WOW! Nampaknya memang banyak betul khasiat pucuk daun teh ni, kan? Sebenarnya banyak lagi keistimewaan teh yang telah dijumpai melalui kajian yang telah dilakukan oleh beberapa pihak tertentu.

Nanti saya akan senaraikannya secara ringkas dalam tulisan yang akan datang. :)


Selamat Mencuba!

Sunday, December 27, 2009

Atasi Masalah Bau Mulut dan Nafas Berbau

Bau mulut yang menyenangkan memberikan anda lebih keyakinan untuk berinteraksi dengan individu lain. Tapi, anda tahu tak cara untuk mengatasi masalah mulut berbau ataupun nafas berbau ni?

Jika anda perasan, saya pernah menerbitkan artikel berkaitan masalah nafas berbau di sini dan masalah bau mulut kat sini. Anda boleh merujuk pada pautan yang diberikan tu sebagai maklumat tambahan yer.

Pada edisi kali ini, petuanya berfungsi mengatasi kedua-dua masalah sekaligus. Iaitu boleh menghilangkan masalah nafas berbau serta mengawal bau mulut anda. Bahan utama yang diperlukan adalah bunga cengkih.


cengkih (syzygium aromaticum l.)

cengkih (syzygium aromaticum l.) - soorganic.com




Cara mengamalkan petua ini adalah seperti berikut:


1. Ambil sebanyak 10 hingga 15 biji atau bunga cengkih.

2. Rebuslah cengkih tersebut bersama 10 gelas air bersih kira-kira dalam masa 15 minit. Ataupun sehingga air rebusan tu tinggal lebih kurang pada paras 3 gelas.

3. Kemudian, anda minumlah air rebusan itu sebanyak 1/4 atau 1/2 gelas sekurang-kurangnya sekali sehari.

Namun begitu, anda boleh meminumnya sebanyak 3 kali (selepas makan) untuk kesan yang lebih baik.

Di samping itu, air rebusan cengkih ni juga boleh anda gunakan untuk tujuan lain. Antaranya bagi melegakan kembung perut, membuang angin dalam badan dan melegakan rasa sengal-sengal.


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More