Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Monday, December 10, 2012

2 ReSePi : CRePe DuRiaN & TuToRiaL

Entry yg korang tunggu2.. ewahhh... mcm le korang tunggu sangat kann.. hehehe.. Sebelum tu aku nak bgtau, aku tak ikut mana2 kelas masakan.. 

Aku hanya belajar melalui pembacaan di internet, pastu aku akan berimaginasi cara2 membuatnya.. maka dgn daya imaginasi aku tu lalu terhasillah resepi yg aku try..

So, andai ada kesalahan cara membuatnya, harap di maafkan.. saya budak masih belajar.. budak la sangattt.. kikiki..



Resepi durian crepe ni aku ambik dari Fanpage Jom Masak dlm fesbuk..

Jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya.. sedia semuaaaa.. hehehe.. sila salin resepi ye.. nak print pun boleh..

BAHAN2 :


Watak utama ialah : Durian.. ambik isi dia je.. biji dia buang.. kecualilah korang nak crepe tu inti dia biji durian.. kahkahkah..

Aku beli durian yg dah di pack siap2 kat giant tu je.. malas nak beli sebiji.. tu pun masa bawak balik umah aku sorok dlm peti ais pastu tindih atasnya dgn mcm2 brg sbb takmo encik suami dgn anak aku si ica dan ain nampak.. apis tak heran sgt..

Kang kalau diorang nampak durian ni mau di beduknya sampai abis, kalau abis camne aku nak buat crepe durian.. hahhaha.. buruk betul perangai .. kahkahkah..



50 gram tepung gandum..



1 penutup esen vanilla..
pewarna kuning ( ni terpulang kat korang nak warna apapun )
1 sudu besar tepung ubi kayu
sebiji telor.. basuh dulu..



3 sudu teh/kecil butter.. kemudian cairkan.. aku cairkan guna mikrowave..



160 ml air

40 ml susu cair.. aku guna susu fresh milk je



2 sudu besar gula halus..

Aku guna gula kastor je.. sbbnya masa aku carik gula halus tak jumpa lak.. aku lempang gak gula ni kang, time nak guna time tulah ko nak menghilangkan diri..

Tu je bahan2nya.. mudah kan..?? okey, meh kita tengok cara penyediaannya.. baca dan pahamkan betul2.. tak paham pun sila buat2 paham..

CARA MEMBUATNYA :



Dalam bekas, campurkan tepung gandum dgn tepung ubi ( di ayak kedua2nya terlebih dahulu ).. masukkan sekali gula halus atau gula kastor td..



Kemudian.. tuang susu cair keatasnya.. jgn tuang kat mulut korang lak.. hahahha



Kacau sebati dgn menggunakan whisker..



Selepas itu, masukkan pula telor yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu.. telor tu just kacau2 gitu je tau, bkn pukul sampai kembang.. lepas masukkan telor tu sila kacau sebati..



Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi..



Masukkan pula air.. kacau lagi..



Pastu lak, masukkan butter cair.. kacau..



Masukkan lak pewarna.. sukati korang le nak taruk kaler apa..



Adunan yg dah sebati..



Last step, sila tapiskan adunan tersebut..

Adunan ni nampak macam sikit, tapi sebenarnya ia mampu menghasilkan 13 - 14 keping crepe tau.. tapi bergantung kepada saiz yg korang buat la.. kalau buat saiz besar2 sgt opkos la dapat sikit je..

JOM BELAJAR CARA MASAK CREPE :



Memula, sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ).. panaskan dgn guna api yg kecil.. api jgn besar2 tau, kang cepat hangus lak crepe korang..



Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan..

Tuang dgn lemah lembut.. bentukkan adunan menjadi bulat dgn menggunakan bontot senduk tu aje.. adunan tersebut jgn tebal sgt atau nipis sgt.. just nice org kata..



Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering.. kering tau, bkn hangit.. adunan ni JANGAN di terbalikkan masa proses memasak..



Bila dah masak, korang lekangkan keliling crepe tu dgn sudip atau sudu, pastu pindahkan ke atas bekas dgn cara terbalikkan macam gambar di atas ..

Tu cara aku la kan.. aku tak berani angkat guna sudip sbb takut koyak.. aku just angkat kuali tu, telangkupkan atas pinggan.. siapp..



Hasilnya, permukaan crepe yg kering di bahagian atas, yg licin di bahagian bawah.. Pi sambung masak lagi sampai adunan abis..



Ohye, di sebabkan aku risau crepe yg dah di masak tu melekat satu sama lain kalau di susun berlapis2, makanya aku buat mcm di atas.. setiap yg dah di masak aku letak dlm bekas/pinggan yg berlainan..

Hambik kauuuu.. banyak la yg nak di basuh pastu.. huhuhu.. tapi takpe, cara mcm ni lebih selamat sebenarnya tau.. biarkan la diorang seketika.. meh kita buat inti dia lak..

BAHAN INTI :



Resepi asal menggunakan 150 ml fresh cream..

Tapi di sebabkan fresh cream aku takde, makanya aku gantikan whipping krim mcm dlm gmbr di atas.. whipping krim ni dah manis tau, so takyah nak tambah gula bagai..



Putar whipping krim/fresh cream sampai kental.. siappp..

CARA MENGGULUNG CREPE :



Memula, letak sesudu kecil krim, isi durian..



Lapiskan semula dgn krim.. takyah banyak2, kang pyh nak balut..



Pastu tarik kulit kiri dan kanan dgn berhati2.. kulit crepe tau bkn kulit korang..



Pastu tarik kulit crepe bahagian atas ke bawah, bahagian bawah ke atas.. paham kan..?? jgn tekan2 inti tu tau.. tampo kang tgn tu



Kemudian terbalikkan.. dan ni hasilnya.. hehehehe..



Ni antara yg berjaya di siapkan..



Ni lak bahagian keratan rentas selepas di potong dua.. keratan rentas la sangatkan kannn.. ekekekeke..



Nak lagi comel korang masukkan dlm papercup size besar.. dah siap sila sejukkan dlm peti ais.. bkn pembeku tau.. sejukkan semalam.. baru sedap di makan.. phewitttt..

Harap korang paham tutorial yg aku ajar ni.. tak paham sila tanya.. kalau ada kesalahan harap di maafkan sbb aku tak belajar dgn mana2 sifu pun.. sob sob sob..

Sumber

Korang rase resepi ni cam susah??yang ni resepi lagi mudah for you all

Resipi Durian Crepe

Bahan2 crepe;-
250g gandum
3 bj telur

500ml santan
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh pewarna hijau atau kuning

Cara2:
1. Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau.
2. Masukkan dalam blender dan blend. Kemudia tapis.
3. Sediakan kuali leper non stick.
4. Panaskan kuali dan letak sdkt myk.
5. Tuang 1 senduk kecil dan msk crepe. X perlu di terbalikkan.
6. Buat sampai habis adunan.

Bahan2 filling:
Isi durian secukupnya
1 cawan non dairy whippg cream

Cara2:
1. Pukul whippg cream dlm mixer hingga kental.
2. Asingkan isi durian dgn biji. Lumatkan sidikit.

Cara2 bungkus crepe:
1. Bentangkan 1 keping crepe.
2. Letakkan whipping cream.
3. Letakkan isi durian.
4. Kemudian ttp semula dgn whipping cream.
5. Lipat crepe. Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.
Sumber

Sunday, December 9, 2012

Koleksi Aiskrim Yang Comel

Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620.

Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.jom kita saksikan koleksi aiskrim yang cantik dan comel.






Friday, December 7, 2012

Crepe Durian Makin Popular.. Tahukah asal dari mana!












Crêpe adalah sejenis lempeng yang sangat nipis. Pada kebiasaannya ia diperbuat menggunakan tepung gandum. Perkataan crêpe berasal dari Peranchis, diambil dari perkataan Latin, crispa, yang bermaksud "yang digulung". Walaupun crêpe berasal dari Brittany, wilayah yang terletak di barat laut Peranchis, ia telah tersebar ke seluruh Peranchis dan juga di Quebec, Kanada. Di Brittany, crêpe secara tradisinya dihidangkan bersama cider. Crêpe juga boleh dipelbagaikan hidangannya dengan bermacam inti dari seringkas-ringkas gula hinggalah ke Durian.

Monday, November 5, 2012

OMG! - Pembuatan Kobis tiruan di Jepun Pulak ( 5 Gambar ) [ Video ]

Sebelum ini tao telah tunjukkan korang tentang telur tiruan, daging tiruan dan juga hardisk tiruan dari China. 

Kali nieh tao nak tunjukkan pulak cara membuat kobis tiruan kali nieh dari Jepun la pulak.


Okay gambar di atas nieh adalah kubis..korang rasa kobis nieh asli atau fake??

Ok jom kita tengok macam mana cara nyer nk buat kobis paslu dari buatan Jepun ini...

Sumber : TaoTauAjer

Saturday, November 3, 2012

OMG! - Cacing Ditemui Dalam Burger Di China (5 Gambar)

Alamak tetiba rasa takut pulak nak makan burger, dimana di China cacing di temui dalam burger yang di makan. Bayangkan sekiranya korang makan burger tetiba korang gigit and ingatkan taugey tetiba tarik panjang jer.. euwww.. haha


Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

OMG! - China Tutup Pengeluaran Coke Kerana Mengandungi Klorin !

Di Shanghai Coca-Cola telah diperintahkan untuk menghentikan sementara pengeluarannya di kilang pembotolan di utara China, selepas laporan media terdapat klorin dalam produk tersebut, menurut kenyataan kerajaan.


Wilayah Shanxi mengarahkan siasatan selepas laporan bahawa produk minuman tersebut mengandungi klorin, dalam satu kenyataan yang di keluarkan oleh biro kualiti wilayahtersebut.

Sumber : TaoTauAjer

Friday, November 2, 2012

WOW! - McDonald's Terbesar di Dunia akan Segera Dibuka (3 GAMBAR)

McDonald's akan segera membuka restoran terbesar di dunia untuk memenuhi kehendak makanan pada Olimpik 2012. Restoran sementara dibina dendan bahan-bahan yang boleh kitar semula dijangka menjadi tiga kali ganda lebih sibuk daripada yang lain di dunia.


Terletak di Stratford, Timur London , restoran McDonald's seluas 3,000 meter persegi. Restoran ini hanya akan beroperasi selama Olimpik 2012, yaitu dari 27 Julai sehingga 9 September 2012. Restoran dua tingkat ini akan memuatkan 1,500 tempat duduk, dengan panjang bangunan sekitar separuh daripada padang bola.

Sumber : TaoTauAjer

Thursday, November 1, 2012

OMG! - Sushi Katak di jadikan Sajian hidup-hidup di Jepun [VIDEO]

Oh! memang giller apabila katak menjadi santapan seperti sushi di jepun, katak dah la menggelikan tapi di jepun deorang sanggup makan sebagai makanan exotik. Ape yang menlagi menggelikan di sini adalah katak tersebut di makan Fresh dimana isi perutnya di keluarkan dan di hidangkan dan korang boleh lihat katak tersebut masih bergerak-gerak sewaktu di hidangkan di dalam pinggan.


Lihat tu... seekor katak yang telah di potong-potong di hidangkan di atas pinggan, manakala kepalanya juga di hidangkan.

Jom kita lihat video bagaimana sushi katak ini disediakan di bawah

Sumber : TaoTauAjer

Sunday, October 14, 2012

OMG! - Budak nie memakan bilik tidur

SALFORD : Ibu kanak-kanak yang menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan dia tidak boleh menolak untuk makan apa saja yang berada di bilik tidurnya, merayu bantuan untuk membiayai sebuah bilik yang ‘boleh dimakan’ oleh kanak-kanak itu.


RACHEL dan anaknya, Zach. Keadaan plaster bilik yang dimakan Zach (gambar kecil).

Zach Tahir yang menghidap Kecelaruan Selera Makan, memakan apa saja yang terdapat di bilik tidurnya, termasuk permaidani dan plaster. Ibu kanak-kanak berusia lima tahun itu, Rachel, yang tinggal di Salford, melancarkan kempen untuk membina sebuah bilik selamat untuknya selepas semakin bimbang mengenai keadaan anaknya.

Sumber : TaoTauAjer

WOW! - Diemukan Lobster Bermacam Warna (3 GAMBAR)

Seorang pemilik restoran terkejut apabila penghantaran 100 paun udang lobster yang dikirimkan pada Bill Sarro's seafood shop and restaurant pada bulan lepas. Dimana kiriman tersebut dipenuhi oleh berbagai lobster dengan berbagai warna.


Lihat terdapat beberapa warna lobster yang berbeza

Laporan mengenai lobster berwarna aneh ini jarang sekali ditemukan di wilayah New England, Massachussets. Lobster yang mereka dapatkan, umumnya berwarna coklat kehijauan.

Sumber : TaoTauAjer

TAUTAK? - Sejarah Tokey Kurma, Yusof Taiyoob (4 GAMBAR)

Korang pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.


Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan.

Sumber : TaoTauAjer

TAUTAK? - Bila Restoran McDonald's pertama bertapak di Malaysia

Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia, McDonald's, telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982. Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.
Kalau korang nak tau sempena hari pembukaan yang bersejarah itu, restoran McDonald's Bukit Bintang telah menghadiahkan pelanggannya yang pertama sekali membeli burger Big Mac di Malaysia dengan memberinya satu Big Mac PERCUMA pada setiap minggu selama setahun!

Sumber : TaoTauAjer

Saturday, October 13, 2012

OMG! - kek ULAR dijadikan makanan untuk harijadi anaknya (5 GAMBAR)

Di London Ular ini tidak mungkin mengancam nyawa anda, kecuali menyebabkan anda sakit gigi, kerana ia sebenarnya kek yang dibuat mengikut saiz ular sebenar.
Ia dibuat oleh Francesca Pitcher untuk anaknya, Claudia, sebagai menyambut ulang tahun kelahiran keenam kanak-kanak itu apabila dia meminta sesuatu yang ‘menakutkan,’ selepas melawat sebuah zoo.

Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More