Showing posts with label malaysikini. Show all posts
Showing posts with label malaysikini. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Keluarga Mohd Noor Fikrie kesal Allahyarham dilabel pengganas



PONTIAN: Keluarga Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, rakyat Malaysia yang mati ditembak polis Filipina di Davao, Jumaat lalu terkilan kerana Allahyarham dilabelkan sebagai pengganas. 

Menurut adik mangsa, Mohd Noor Hafiz, 24, mereka sekeluarga amat kesal dengan gelaran berkenaan sedangkan pihak berkuasa Filipina hanya menggelar abangnya sebagai suspek. 

"Walaupun dengan satu perkataan, namun ia sudah cukup mencemar dan menjatuhkan imej kami sekeluarga," katanya yang menyifatkan arwah sebagai seorang abang dan ayah yang baik, bertanggungjawab selain mudah tersenyum. 

Beliau yang kelihatan hiba selepas pengkebumian abang sulungnya itu di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Parit Abdul Rahman di sini pagi ini berharap, arwah tidak lagi dilabelkan dengan panggilan itu. 

Turut hadir pada majlis pengkebumian Allahyarham ialah isteri Siti Sarah Raihana dan tiga anak iaitu Aina Sofia, 6, Aisyah Nadia, 5 dan Yati Izati, 4, serta ibu bapa Allahyarham. 

Sementara itu, bapa Allahyarham Abd Kahar Sirun, 53, turut melahirkan perasaan sama dan mempersoalkan bukti yang dapat mengaitkan anaknya itu dengan kegiatan keganasan. 

"Mana bukti dia pengganas, dia ada letupkan bangunan ke?, dia ada buat keganasan ke?," katanya. Menurut Abd Kahar, kali terakhir beliau berjumpa anaknya adalah pada Mac lalu dan tidak menyangka ia pertemuan terakhir. - BERNAMA 

Wednesday, December 19, 2012

Tembakan Tembus Kepala di Jalan Bayam Kota Bharu


Mazlan (kanan) melihat anggota polis mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian, malam kelmarin.


Pasangan ini diiringi polis keluar dari mahkamah selepas diperintah tahan reman.

KOTA BHARU - Seorang warga Bangladesh maut selepas ditembak dua das tembakan, dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam di Lorong Tok Gading, Jalan Bayam di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian itu mangsa, Md Shah Jalan dipercayai menunggang motosikal jenis Honda Wave, berseorangan keluar dari rumahnya di kawasan berdekatan menuju ke kedai makan. Tembakan itu mengenai bahagian kanan belakang kepala mangsa dan tembus sehingga ke atas kening sebelah kirinya. Mangsa maut serta-merta di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian dua saksi terdengar dua das tembakan dilepaskan. Beliau berkata, saksi terbabit juga turut melihat sebuah motosikal jenis Honda EX 5 warna merah yang tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftarannya bersama suspek di atas motosikal itu.

“Selepas pemeriksaan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis, mendapati kecederaan mangsa amat serius dan setakat ini kita masih menyiasat motif dan punca kejadian terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) semalam.

Sementara itu, sepasang suami isteri ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan. Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozita Md Saad bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mazlan berkata, lelaki tempatan berusia 40 tahun bersama pasangannya, warga Thailand yang berusia 30 tahun itu ditahan di rumah mereka jam 1.30 pagi, semalam. “Ketika serbuan anggota, kedua-duanya berada di rumah di Padang Garong, di sini dan dengan ketangkasan yang ada, pihak kami berjaya menahan mereka.

“Pun begitu, motif kejadian masih dalam siasatan dan kedua-duanya akan ditahan sehingga 24 Disember depan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan membunuh dengan niat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More