Showing posts with label Mengurangkan Kolesterol. Show all posts
Showing posts with label Mengurangkan Kolesterol. Show all posts

Saturday, September 11, 2010

Cara Mengurangkan Kolesterol dengan Halia?

Saluran darah yang sempit akibat pemendakan kolesterol merupakan salah satu punca sakit jantung. Begini ceritanya, kolesterol akan mengakibatkan lemak terkumpul pada pembuluh darah anda. Apabila pembuluh darah anda sempit, ia pastinya menganggu pengaliran darah. Gangguan terhadap pengaliran darah inilah yang menjadi salah satu punca sakit jantung.

Jadi, anda tentu dah tahu serba sikit akan kepentingan mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam darah ni, kan? Seterusnya, kita beralih pula kepada kaedah yang boleh anda buat bagi mencapai tujuan tersebut.


1. Ambil beberapa ulas ubi halia.


Halia - eforum1.cari.com.my



2. Rebuskan semua halia tadi hingga pekat. Atau dalam anggaran sampai pati rebusan halia tadi tinggal kira-kira dalam secawan dua.

Ini kerana anda memerlukan pati halia di sini. :)

3. Kemudian, anda ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tadi. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati ya.


Anda minumlah ramuan di atas sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian. Mudah-mudahan kandungan kolesterol dalam darah anda dapat dikawal serta dikurangkan. :)


p.s: Oh, ya! Ramuan ni juga boleh digunakan untuk melegakan batuk serta membuang angin dalam badan. Cuba tau.


Selamat Mencuba!

Friday, September 3, 2010

Senarai Makanan Anti Kolesterol

Sepanjang bulan puasa ni, ramai di antara kita yang berazam untuk menurunkan berat badan. Jika kena caranya, berat anda pasti turun beberapa kilo. Tentu kelihatan lebih langsing di pagi Syawal kelak.

Bila musim raya pula, anda tentu akan menziarahi rumah saudara-mara. Terutamanya pada awal bulan Syawal. Hidangan seperti ketupat, rendang, lemang dan kuah lodeh tentunya tak terdaya untuk ditolak. Belum lagi ditambah dengan undangan rumah terbuka daripada jiran mahupun kengkawan.



Ketupat dan Kuah Lodeh




Fuhh, masa inilah anda memerlukan kekuatan untuk melawan nafsu makan. Kalau terlebih makan, tentu berat badan naik semula. Jadi, semasa menikmati juadah tu nanti, pasti anda menjamah makanan pada kadar yang bersesuaian ya.


Anda juga tentu enggan langsing hanya sebulan je dalam setahun, kan? Selepas sebulan, berat badan kembali tak terkawal. Tentu sedih mengenangkan nasib badan. Huhu...


Sehubungan itu, saya bercadang nak berkongsilah dengan anda beberapa senarai makanan anti kolesterol. Dengan pengambilan makanan sebegini, setidak-tidaknya ia boleh mengurangkan risiko kegemukan. Tak gitu?



A. Buah Kering


Buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid ni berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung.

Flavanoid juga boleh anda perolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.



B. Epal


Dengan memakan sebiji epal setiap hari, ia sudah memadai untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kolesterol dalam badan anda.

Ini kerana epal mengandungi phytonutrient. Di mana ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tak baik.

Opss, kalau anda jemu makan epal begitu saja, sekali-sekala kisarkan ia untuk dijadikan jus. Khasiatnya tetap sama.



C. Ikan Tuna


Ikan tuna merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega-3 ni baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.



D. Jambu Batu


Untuk makluman anda, jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda sehingga 19%.

Anda disarankan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari.

Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.



E. Kacang Soya


Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Di mana bahan ini dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik.



Air Soya




Biasanya kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin juga zat galian. Lagi satu, kandungan kolesterolnya juga rendah.


Sekiranya memakan makanan yang diproses daripada kacang soya ni, ia mampu menghindari anda daripada diabetes dan penyakit jantung.



Ehehh, nampaknya dah panjang benar tulisan kali ini. Biar saya berhenti setakat ini dululah ya. Nantikan sambungan seterusnya dalam masa terdekat (sebelum raya tau). =)

Tuesday, January 12, 2010

5 Khasiat Daun Jambu Batu

Selain keenakan jusnya, keistimewaan jambu batu ni lebih daripada apa yang saya jangkakan. Seperti artikel terdahulu, daunnya boleh menghilang jerawat. Anda boleh rujuk semula di SINI jika mahu. Kini, saya akan senaraikan beberapa lagi khasiat jambu batu buat anda.


Gambar hiasan - Pokok Jambu Batu
Gambar hiasan - Pokok Jambu Batu (www.bijlmakers.com)


Cuma khasiat yang dikongsikan kali ni tak tertumpu pada daunnya saja. Malah, ia turut melibatkan buahnya sekali. Antara penyakit atau masalah yang boleh dirawatinya ialah kudis, ruam, seriawan mulut, kencing manis serta mengurangkan kolesterol.


1. Kudis dan Ruam

- Anda ambil segenggam pucuk muda dan daun jambu batu yang dah matang.

- Rebuskan kesemua daun tu sehingga mendidih.

- Setelah mendidih, biarkan air rebusan tadi suam.

- Anda mandilah dengan menggunakan air rebusan tu sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Amalkannya setiap hari selama seminggu dan jika tiada aral melintang kudis atau ruam anda akan pulih.


2. Seriawan Mulut

- Ambil kira-kira segenggam pucuk daun jambu batu yang masih muda.

- Rebuslah pucuk muda tadi sampai mendidih.

- Kemudian, biarkan air rebusan tadi suam atau sejuk sedikit.

- Seterusnya, anda gunakanlah air rebusan tu untuk berkumur-kumur.

Berkumur-kumurlah sebanyak 2 atau 3 kali sehari sehingga masalah seriawan mulut anda sembuh.


3. Kencing Manis dan Mengurangkan Kolesterol

- Ambil sebiji atau dua biji buah jambu batu yang masih muda atau mengkal (belum betul-betul masak).

- Basuh buah jambu batu tersebut sampai bersih.

- Tumbuk sedikit buah jambu tadi. Biarkan ia agak kasar.

- Kemudian, rebuslah buah jambu yang telah ditumbuk kasar tadi hingga mendidih.

- Setelah mendidih, biarkannya suam.

- Minumlah air tersebut 2 kali sehari. Iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam sebelum anda tidur.

Amalkanlah petua ini setiap hari dan kemudian buatlah pemeriksaan doktor untuk mengetahui perkembangan terkini keadaan kencing manis atau tahap kolesterol anda.


Begitulah 3 kaedah yang boleh anda cuba bagi mengatasi 5 jenis penyakit berbeza. Mudah-mudahan ia menjadi satu lagi pilihan rawatan alternatif sekiranya anda mengalami mana-mana penyakit yang dinyatakan di atas.


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More