Showing posts with label Kata kata motivasi. Show all posts
Showing posts with label Kata kata motivasi. Show all posts

Thursday, May 31, 2012

Kata-kata motivasi Dr Fadzilah Kamsah


Dr Fadzilah Kamsah, Motivasi


“Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian psychology, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari "artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah"

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif.

Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan. Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

p/s : Malam ni terus buat pratikal, smoga bermanfaat...

Wednesday, May 30, 2012

Himpunan Kata-Kata Motivasi Tokoh Terkenal


Motivasi Sehinggit.blogspot.com

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
(Charles Cahier)

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
(Charles Cahier)

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
(James Allen)

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
(Peribahasa Cina)

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
(I. Salanter Lipkin)

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
(Aristotle)

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
(Albert Camus)

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
(Marcus Aurelius)

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
(Jose Joaquin Olmedo)

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
(Joseph Conrad)

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
(William J. Siegel)

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
(Philip Massinger)

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
(Lao Tze)

Kegagalan adalah asas kemenangan
(Lao Tze)

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
(Lao Tze)

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
(Flower A. Newhouse)

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
(Samuel Johnson)

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
(Cecil B. DeMille)

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
(Peribahasa Arab)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
(Peribahasa Melayu)

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
(Confucius)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More