Showing posts with label Book. Show all posts
Showing posts with label Book. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Mengukir Bola Boling Menjadi Buku (6 Gambar)

Ok ini rare.

Oleh kerana mengukir buku tebal untuk dijadikan sesuatu objek lain sudah terlalu mainstream, carilah benda lain untuk diukir menjadi buku pula.

Eddy Skyes merupakan karyawan yang berpengkalan di Los Angeles, menjadikan bola boling sebagai objek untuk diukir. Beberapa gambar di bawah merupakan bola boling yang telah diukir beliau menjadi sebuah buku. Ianya diukir dengan sangat terperinci.







Tibe2Jam6Petang 

Saturday, July 14, 2012

Buku Yang Boleh Dimakan Dalam Kes Kecemasan (6 gambar)

Idea yang bagus.

Buku yang boleh dimakan ini sebenarnya dihasilkan oleh syarikat pengeluar kereta, Land Rover dengan kerjasama syarikat pengiklanan Young & Rubicam Dubai. Ianya khas untuk pengguna kereta Land Rover untuk membantu mereka survive jika terkandas di padang pasir.

Buku ini mengandungi pelbagai panduan untuk survive di padang pasir seperti panduan untuk menghidupkan api, memburu burung, menentukan arah menggunakan bintang dan panduan mengenai haiwan-haiwan berbahaya.

Dalam kes yang benar-benar darurat, buku ini juga boleh dimakan kerana dakwat dan kertas buku ini diperbuat daripada bahan yang boleh dimakan. Sekali lagi diulang, itupun in case of emergency only haha :>





Mengukir Buku Menjadi Tengkorak Manusia (6 gambar)

Cool.

Baru juga aku paparkan entry mengukir bola boling menjadi buku. Kerana mengukir buku tebal sudah terlalu mainstream hari ini, nah aku paparkan lagi entry buku tebal yang diukir menjadi tengkorak manusia.

Buku yang digunakan adalah daripada buku-buku berkaitan internet dan komputer dan ianya diukir oleh karyawan daripada Canada, Maskull Masserre. Next time, aku harap dapat paparkan benda lain pula :>.







Wednesday, July 11, 2012

Kreatif: Iklan Pada Muka Surat Majalah Yang Genius (14 Gambar)

Genius.

Iklan melalui majalah adalah salah satu cara paling berkesan kerana ianya membolehkan sesuatu iklan itu sampai kepada terus kepada pembaca. Iklan yang kreatif sudah tentu menarik lebih ramai orang untuk melihat dan membacanya lebih lama. Ini sangat memberi kesan kepada jenama dan produk yang dipasarkan.

Di bawah ini adalah antara contoh bagaimana para pengiklan membuat iklan dengan menggunakan beberapa muka surat majalah. Aku sangat sukakan iklan daripada syarikat DHL. Sangat Kreatif.


Adidas: Forever Sport




DHL International Courier Service




Wonderbra: Magazine




Greenpeace: Tree




WMF Knives




Hawaiian Tropic: Enjoy The Sun



Arcor: Bubble Gum



MacBook Air

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More