Showing posts with label Hilangkan Jerawat. Show all posts
Showing posts with label Hilangkan Jerawat. Show all posts

Saturday, September 15, 2012

Petua Tradisional Menghilangkan Jerawat

Apasal la jerawat kat muka ni makin menjadi-jadi? Dah banyak petua dicuba, tapi keadaannya masih sama. Malah, kadang-kadang ia bertambah teruk. Betul ker petua yang ada dalam blog ni?

Biasanya begitulah persoalan yang bermain di fikiran anda, kan? Sebenarnya, ia bergantung pada banyak faktor lain. Petua yang dikongsikan hanyalah satu usaha yang perlu anda lakukan agar masalah yang timbul dapat diselesaikan.

Namun begitu, sekiranya anda mengamalkan sesuatu petua tetapi tidak menitikberatkan soal lain seperti kebersihan diri, kemungkinan besar apa yang anda harapkan akan menjadi sebaliknya.

Justeru, anda perlulah utamakan soal kebersihan diri dan persekitaran agar kulit muka dan tubuh kekal terpelihara setiap masa.

Kulit Muka Cantik

Pagi tadi semasa membaca akhbar Sinar Harian, saya terjumpa petua menghilangkan jerawat. Mungkin ia dapat memberikan manfaat kepada anda masih dibelenggu masalah jerawat.

Oke, ramuan yang diperlukan adalah kulit Pokok Bunga Tanjung, bedak sejuk dan sedikit air.

Pokok Bunga Tanjung
Pokok Bunga Tanjung


Cara mengamalkannya;


1. Ambil bahagian dalam lapisan kulit batang pokok Bunga Tanjung.

2. Gilingkan ia sehalus yang mungkin untuk dijadikan bedak.

3. Setelah halus, campurkan ia dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air.

4. Sapukan ramuan tersebut pada kulit muka anda yang berjerawat sebelum tidur.

5. Jadikan ia sebagai amalan harian.

Sekiranya dilakukan secara berterusan, InsyaAllah kulit muka anda akan bebas daripada jerawat.


Wednesday, March 18, 2009

1 Lagi Petua Hilangkan Jerawat Batu

Masalah jerawat ni sering menghantui diri sesetengah individu. Kebanyakannya dialami oleh golongan remaja lah. Masa ni jerawat memang tengah galak baru nak tumbuh. Kalau tak dijaga, dikhuatiri melarat plak nanti.

Tak dinafikan juga, orang dewasa pun ramai yang mengalami masalah ni. Sebenarnya, pelbagai cara dan petua yang boleh anda cuba dan amalkan. Ada yang memakan masa yang agak lama untuk sembuh dan begitulah sebaliknya. Ia bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah cara hidup anda sendiri.


mencuci muka mengelakkan ditumbuhi jerawat



Anda boleh melihat antara petua kecantikan untuk hilangkan jerawat yang pernah saya kongsikan di sini dan juga di sini.


Kali ni saya nak tambah satu lagi petua. Sesuai untuk anda yang ada jerawat batu. Gunakan bawang putih jer. Jom kita tengok cara menghapuskannya. :)


1. Ambil seulas bawang putih dan basuh dulu supaya bersih.

2. Titikkan dulu bawang putih tu dan sapukan pada tempat yang ditumbuhi jerawat batu.

3. Amalkan sehinggalah semua jerawat tu hilang. Mudah, kan?






Selamat Mencuba!

Imej - Memsaab.com

Monday, July 28, 2008

Petua Kecantikan: Satu Lagi Ubat Jerawat

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Jerawat Oh Jerawat! Walaupun kau kecik tetapi kau tetap merunsingkan setiap makhluk yang bergelar manusia. Hehehe... Kalau yang tumbuh tu jerawat batu, lagilah risau dibuatnya. Kalau tak gatal, bolehlah tahan. Tapi kalau jenis yang gatal tu, memang rimas dibuatnya. Tangan ni asyik nak kotes jer. Akibatnya, jerawat tu bukannya makin surut, tetapi makin parah sey!

Ouwh, masalah seperti ini kebiasaannya merungsingkan para remaja kita. Mana taknya, masa remaja nilah jerawat mula mekar tumbuh dengan galaknya. Kekadang kalau tak berangan pun tumbuh gak. Kalau yang kuat berangan tu, sendiri mau ingat aah!

Ooops..Jangan mudah putus asa. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Sebelum ini pun saya dah kongsikan satu petua hilangkan jerawat.

Kali ni saya terpanggil lagi untuk tambah satu lagi petua hilangkan jerawat. Maklumlah, jerawat ni masalah universal. Tak semua orang yang sesuai dengan sesuatu cara tu.


Langkah-langkah yang perlu anda buat adalah:


1. Ambil sedikit tepung sagu dan dicampur dengan sedikit air. Pastikan campuran keduanya tak terlalu pekat atau cair. Just nice. :)

2. Sapukan campuran tepung sagu dan air tadi ke seluruh muka anda macam pakai bedak sejuk.

3. Amalkan setiap malam atau sehingga sembuh. Kalau dah sembuh tetapi masih nak teruskan pun boleh.

4. Pada keesokan pagi, cuci muka anda yang dah penuh dengan tepung keromak sagu dengan air suam.

5. Itu saja. Jika tiada aral, cara ini boleh membantu anda hilangkan jerawat. :D

Selamat Mencuba!

Sunday, July 20, 2008

Petua Sejagat: Hilangkan Jerawat

Zaman sekarang ni, baik lelaki mahupun wanita semuanya mementingkan penampilan diri terutamanya penjagaan muka. Bila kita melihat muka seseorang, pelbagai persepsi yang akan timbul. Ada yang terus jatuh cinta pandang pertama, ada yang terus berangan-angan nak buat menantu dan tak kurang juga yang terus membuat tafsiran. Tafsiran tu terpulanglah sama ada positif ataupun sebaliknya.

Mungkin atas sebab itulah kita semua berlumba-lumba inginkan kulit muka yang halus, licin dan yang lebih penting bebas dari jerawat. :D

Mesti semua orang tak nak wajah mereka ditumbuhi jerawat, apatah lagi kalau dipenuhi jerawat! Betul tak?

Kalau nak diikutkan, terdapat pelbagai produk di luar sana yang berlumba-lumba mengiklankan produk mereka. Masing-masing mengakui produk mereka adalah yang terbaik.

Tapi anda harus ingat, tidak semua produk itu sesuai untuk setiap individu. Ada yang serasi dengan produk A, manakala yang lain pula serasi dengan produk Z.

Huh, macamner nak pilih ni! Takkan nak cuba semua yang ada kat pasaran. Bankrap la macamni. Silap haribulan sampai ke angkasa lepas tua pun jerawat tetap tak hilang.

Ouuch! Letih la macamni, ye tak?

Baiklah, saya pun tak nak meletihkan anda lagi. Takut saya pun turut terletih gak!

Petua sejagat kali nak kongsi satu cara hilangkan jerawat.

Caranya tampak mudah saja. Tapi kita haruslah mengamalkannya bukan setakat sampai jerawat tu hilang jer. Seharusnya diamalkan secara berterusan gitu. Walaupun jerawat dah hilang, kita boleh teruskan rutin ini. Jika tiada aral, kulit kita pasti lebih cantik dari dulu.

Mula-mula, selalulah membersihkan muka anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala yang bersih dan lembut. Kepada yang beragama Islam, boleh juga amalkan selawat ke atas Nabi semasa basuh muka tu.

Kemudian, amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan memakan makanan yang berminyak dan berlemak. Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

Apa yang lebih penting ialah waktu sebelum kita tidur. Untuk hilangkan jerawat secara beransur-ansur di muka, sapukan seluruh muka dengan bedak batu atau bedak sejuk.

Apabila bangun pagi pula, bersihkan muka kita dengan air bersih. Jangan lupa berselawat bagi yang Muslim.

Amalkan petua sejagat ni setiap malam sehinggalah muka anda bebas dari jerawat. Jika jerawat dah sembuh dan masih nak mengamalkannya, itu adalah lebih baik dan tiada salahnya. :)


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More