Showing posts with label Minyak Kelapa. Show all posts
Showing posts with label Minyak Kelapa. Show all posts

Friday, November 12, 2010

2 Cara Keluarkan Duri Dalam Kulit

Anda tahu tak apa yang patut dibuat sekiranya mana-mana anggota badan tertusuk duri? Bila tak tau apa yang patut dibuat, memang panik la gamaknya. Nak main keluarkan aje, rasa macam tak beranilah pulak. Huhu...


Bila berdepan situasi sebegini, mungkin anda patut cuba petua tradisional yang bakal saya kongsikan di bawah ini. Cuma saya harap anda tak berasa was-was. Cubalah dengan penuh yakin ya. :)


1. Petua Pertama


~ Ambil seulas bawang merah.

~ Kemudian, lumurkan bawang tadi dengan minyak kelapa atau minyak masak.

~ Lepas tu, bakar bawang itu sampai hangus.

~ Seterusnya, tampal atau tekapkan bawang yang hangus pada bahagian yang tertusuk duri.

Jika tiada aral, duri itu akan keluar secara perlahan-lahan.


DAN


2. Petua Kedua


~ Ambil getah betik dan sapukannya pada bahagian yang tertusuk duri.

~ Jika tiada aral, keesokan harinya duri tersebut akan keluar sendiri.


Sekian saja petua untuk anda pada kali ini. Selamat Mencuba tau!

Thursday, April 1, 2010

Merawat Bengkak, Salah Urat dan Terseliuh

Bagi anda yang sukakan gaya kehidupan aktif dan lasak; mengalami bengkak, salah urat dan terseliuh ni adalah lumrah, kan? Kesakitan yang dirasai selalunya tertumpu pada bahagian tangan ataupun kaki.

Tapi, anda sebenarnya boleh mengurangkan rasa sakit tu dengan cara tradisional. Petuanya adalah dengan menggunakan daun tembaga suasa. Biasanya daun ini tumbuh di tepi pantai dan pinggir hutan. Malah, ada juga sesetengah individu yang menjadikannya sebagai tanaman hiasan.


Daun Tembaga Suasa(Crinum Asiaticum)

Daun Tembaga Suasa(Crinum Asiaticum) - wikimedia.org




Cara merawatnya;


1. Ambil beberapa helai daun tembaga suasa.

2. Bersihkan daun tadi dan tumbuk sehingga lumat.

3. Kemudian, anda tampalkan pada bahagian yang bengkak, salah urat atau terseliuh tadi.

4. Selepas itu, balutkan bahagian yang telah ditampal dengan daun tadi.

Sebaiknya, anda balut juga menggunakan daun tembaga suasa. Jika khuatir ia lekas putus, layurkan dulu daun tersebut dengan api.

Itu saja. :)


Sebagai tambahan, petua ini pula khusus untuk anda merawat kawasan bengkak saja. Sekali lagi, khidmat daun tembaga suasa diperlukan.


Kaedahnya seperti berikut;

1. Ambil sehelai daun tembaga suasa dan bersihkannya.

2. Sapukan daun tadi dengan minyak kelapa.

3. Seterusnya, salai daun yang telah disapu dengan minyak kelapa di atas api.

4. Apabila daun itu kelihatan berminyak, anda boleh balutkannya pada kawasan yang bengkak.

5. Ulangi proses ini beberapa kali dengan daun yang baru sehinggalah hilang rasa sakit.


Selamat Mencuba!

Saturday, December 26, 2009

Petua Merawat Kudis dan Bisul

Penyakit kudis dan bisul merupakan salah satu penyakit yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Bagi merawatnya, anda boleh menggunakan daun petai belalang. Nama saintifik petai belalang ni adalah Leucaena Leucocephala.

Gambar Petai Belalang (Leucaena Leucocephala)

Gambar Petai Belalang (Leucaena Leucocephala) - www.fao.org



Saiz biji petai belalang agak kecil sikit berbanding dengan petai biasa. Bila petai belalang ni dah tua, buahnya akan pecah. Itulah perbezaan ketaranya dengan petai biasa. Namun begitu, baunya tetap sama.


Untuk merawat kudis dan bisul, anda boleh lakukan proses di bawah;

1. Anda ambil beberapa helai daun petai belalang.

2. Bersih dan keringkan daun tu terlebih dahulu.

3. Kemudian, anda kisar atau tumbukkan kesemua daun tersebut sehingga hancur.

4. Seterusnya, campurkan daun yang telah hancur tadi dengan minyak kelapa.

5. Selepas itu, pupuk atau letakkan bahan-bahan tersebut pada kawasan bisul atau kudis.

Amalkanlah proses di atas sehingga bisul atau kudis anda tu pulih. Mudah-mudahan petua ni dapat membantu anda.


Selamat Mencuba!

Thursday, June 11, 2009

Merawat Kulit Kering Atau Bersisik

Masalah kulit kering atau kulit bersisik pada bahagian kaki akan menimbulkan rasa kurang selesa pada anda. Terutamanya bagi si gadis atau kaum wanita. Anda tentu risau jikakalau keadaan ni berterusan.

Untuk merawat masalah ini, anda boleh cuba satu petua. Iaitu dengan menggunakan minyak kelapa yang masih belum digunakan lagi.


Gambar hiasan - 4spectrum.us




Caranya:

Sapukan minyak kelapa pada kaki anda setiap hari. Sebaiknya, anda sapulah pada waktu pagi dan malam (iaitu sebelum masuk tidur).

Amalkan sehingga kulit anda sembuh dan licin seperti biasa.


Selamat Mencuba!



p/s: Bagi anda yang ada masalah kulit kering di muka, ada satu petua yang boleh digunapakai dengan merujuk post "Minyak Zaitun Melicinkan Kulit Kering" (klik).

Saturday, May 23, 2009

Bagaimana Cara Melahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit?

Sepanjang hidup ni, saya belum pernah lagi dengar dari mulut seorang ibu yang mengaku mereka tak rasa sakit pun ketika melahirkan anak. Mestilah sakit, kan? Selalunya mereka akan cakap hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya masa tu. Lebih-lebih lagi "time" melahirkan anak sulung. Pengalaman pertama lah katakan. Huhh... Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya sejak awal-awal lagi.


gambar ibu hamil
Gambar hiasan sahaja



Namun begitu, saya pernah terbaca mengenai petua tradisional yang dikatakan dapat membantu para ibu melahirkan anak tanpa berasa sakit. Ataupun mengurangkan rasa sakit.


Hah! Ada ker cara melahirkan anak tanpa rasa sakit. Gi mana tu?


Oh, begini bunyinya petua yang saya maksudkan tu;


1. Sewaktu kandungan anda berusia 6 bulan, mula amalkan meminum 1 sudu minyak kelapa. Minum sebanyak 3 kali dalam seminggu.

Kemudiannya...

2. Apabila kandungan anda mencecah 9 bulan, tukar kekerapan pengambilan minyak kelapa tadi. Dos nya tetap sama iaitu 1 sudu dan minumlah setiap hari sehingga tiba hari kelahiran anak anda.


Lagi satu, sebaik-baiknya anda buatlah minyak kelapa tu sendiri. Ia bertujuan memastikan anda benar-benar meminum minyak kelapa yang bersih dan selamat.

Di samping itu, janganlah anda lupa untuk selalu berdoa kepada-Nya agar segala urusan melahirkan anak berjalan lancar serta dijauhi daripada segala perkara yang tak diingini. Amin.


Selamat Mencuba!


p.s: Andainya anda tergolong dalam kategori wanita yang masih belum hamil, dituduh sebagai mandul, pernah keguguran atau dah lama berkahwin tetapi teringin sangat nak hamil, ada satu panduan yang boleh menyelesaikan masalah anda dengan izin Yang Maha Kuasa. [Sila klik untuk membacanya]

Saturday, May 9, 2009

Petua Agar Biji Cili Mudah Hancur

Bagi anda yang gemar dan selalu memasak, saya ingin berkongsi satu petua mudah untuk menghancurkan biji cili. Maklumlah, biji cili ni memang sukar nak hancur. Lebih-lebih lagi kalau anda gemarkan masakan pedas. Mesti suka bubuh banyak cili, kan? Kalau anda berniaga dalam bidang masakan, lagilah leceh kalau nak hancurkan semua biji cili tuh. Adusss...


gambar cili merah @ hidup

Gambar hiasan - Nestle Malaysia




Lepas ini, kalau anda nak mengisar cili, apakata cuba praktikkan kaedah di bawah;


1. Ambil 2 sudu minyak kelapa dan masukkan ke dalam mesin pengisar anda.

2. Kemudian barulah anda kisar cili tadi seperti biasa.


Dengan cara ini biji cili tu akan hancur semuanya.


Selamat Mencuba!



p.s: Sempena Hari Ibu ni, saya mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada ibu saya dan juga seluruh kaum ibu sekalian. Pengorbanan seorang ibu memang takkan dapat dibalas walau dengan apa cara jua sekalipun.

p.p.s: Tanpa ibu, siapalah kita. Tak gitu?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More