Showing posts with label luar negara. Show all posts
Showing posts with label luar negara. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Apa Kes! Lelaki Maut Selepas Menari Gangnam Style


Seorang bapa kepada tiga anak, Eamonn Kilbride, 46, meninggal dunia selepas menari tarian Gangnam Style pada parti hari Krismas yang dianjurkan di tempat kerjanya di Lancashire. Ketika itu, Kilbride yang bekerja sebagai pengurus teknologi maklumat (IT) sedang melakukan gerakan menunggang kuda Psy No 1 sebelum dia rebah ke lantai.

Menurut isterinya, Julie yang turut berada di parti berkenaan, suaminya sebelum itu telah mengadu sakit dada, dan dia juga telah melakukan bantuan CPR bagi menyelamatkan Kilbride. Pasukan perubatan yang tiba lima minit selepas itu, turut melakukan CPR ke atas Kilbride, namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Diraja Blackburn.

Pemeriksaan yang dijalankan oleh forensik mendapati mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung.  Menceritakan detik-detik akhir suaminya itu, Julie berkata, ketika kejadian, suaminya sedang asyik menari tarian Gangnam Style di atas pentas.

“Dia kemudiannya mengadu sakit dan terus rebah. “Kilbride seorang lelaki yang bijak dan dia sering menasihatkan anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh,’’ katanya.

Kilbride yang gemar bermain golf itu mempunyai tiga cahaya mata dan kesemua mereka sedang menuntut di universiti. Siasatan telah dijalankan oleh polis sebaik sahaja Kilbride meninggal dunia, namun tiada unsur curiga dikesan

Wednesday, June 27, 2012

11 hari tidak tidur demi Euro akhirnya meninggal dunia



BEIJING: Gara-gara menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 secara melampau, seorang lelaki mati selepas berjaga berterusan selama 11 malam, lapor media semalam.

Penyokong England dan Perancis, Jiang Xiaoshan, menahan dirinya daripada terlelap bagi mengelak terlepas aksi setiap perlawanan bola sepak yang berlangsung ketika ini. Menurut media, Jiang mati akibat letih melampau. Disebabkan perbezaan masa, Jiang dilaporkan berjaga setiap malam bersama rakan-rakan sebelum pergi bekerja keesokan hari.

Selepas perlawanan Ireland menentang Itali, Sina.com melaporkan, Jiang pulang ke rumahnya di Changsha kira-kira jam 5 pagi. “Dia kemudian mandi, tertidur dan tidak membuka matanya langsung selepas itu,” lapor Sina.com.

Rakan Jiang berkata, kematian itu mengejutkan kerana setahu mereka, Jiang “agak sihat” dan aktif bermain bola sepak mewakili universitinya beberapa tahun lalu. Namun, sumber lain berkata, kesan pengambilan alkohol dan rokok, bercampur faktor keletihan kerana berjaga menyebabkan sistem imunisasi Jiang lemah.

kakibising.com

Wednesday, June 20, 2012

Anggota Polis Pakistan diarah atasi Perut Buncit



ISLAMABAD – Seorang ketua polis Pakistan telah mengarahkan 175,000 anggotanya mengamalkan diet, kata beberapa pegawai semalam.

Akhbar-akhbar tempatan menganggap arahan itu adalah sebagai ‘pertempuran memerangi perut buncit’. Seorang jurucakap polis, Nabila Ghazanfar berkata, Ketua Polis Punjab, Habibur Rahman telah mengarahkan supaya anggota-anggotanya memakai seluar yang mempunyai ukuran pinggang tidak lebih 96 sentimeter.

“Saya sedang berdiet dan jika saya boleh melakukannya mengapa tidak anda?” kata jurucakap tersebut yang memetik kenyataan Habibur kepada para pegawainya pada bulan lepas.

Menurutnya, kira-kira 50 peratus anggota polis di Punjab mempunyai berat badan berlebihan. Akhbar The News melaporkan bilangan anggota polis yang mempunyai berat badan berlebihan di bandar Rawalpindi berjumlah lebih 77 peratus.

Polis menyatakan, anggota-anggota tersebut diberikan tempoh sehingga 30 Jun ini untuk mengurangkan berat badan.

Ia menjelaskan anggota-anggota yang dilihat terlalu gemuk tidak akan diberikan tugas di barisan depan bermula pada 1 Julai depan.

“Sejumlah pegawai polis mengunjungi gimnasium, berjoging dan melakukan pelbagai senaman termasuk banyak berlari untuk menjadi kurus,” kata jurucakap tersebut. – AFP

harian-metro-online.com

Bapa Penggal kepala Anak



JAIPUR: Seorang bapa memenggal kepala anak perempuannya dan diarak sekeliling kampung kerana berang anaknya itu menjalinkan hubungan dengan ramai lelaki, kata polis di barat Rajasthan, semalam.

Oghad Singh, pekerja kuari batu marmar, menggunakan pedang untuk memenggal kepala anaknya, Manju, 22 tahun, yang sudah berkahwin tiga tahun lalu tetapi berpisah dengan suaminya.

Superintendan polis daerah Rajsamand yang terletak 330 kilometer dari Jaipur, Rahul Katkey berkata, “Tertuduh terganggu dengan hubungan sulit anak perempuannya lalu mengambil langkah yang melampau itu.”
Oghad keluar dari rumahnya Ahad lalu sambil memegang kepala anaknya manakala sebelah tangan lagi memegang pedang dipenuhi darah sebelum jiran memujuknya untuk menyerah diri di kampung Doongar Ji Ka Gurha yang terpencil.

Polis berkata, dalam kenyataan, Oghad berkata, dia berkali-kali merayu kepada anaknya supaya menghentikan hubungan sulitnya dan duduk di rumah, dan dia juga tidak menunjukkan tanda menyesal selepas membunuh anak perempuannya itu.

Katkey berkata, sebaik saja Oghad ditahan, dia memberitahu pegawai polis dia membunuh anaknya dalam keadaan marah kerana anaknya itu “menyebabkan dia dimalukan dalam masyarakat.” – AFP

harian-metro-online.com

Monday, June 18, 2012

Warga Emas Hamilkan Anak Sotong



SEOUL - Seorang wanita berumur 63 tahun di Korea Selatan dilaporkan ‘menghamilkan’ 12 anak sotong selepas dia memakan calamari sotong goreng.

Difahamkan, warga emas itu berjumpa doktor selepas mulutnya berasa tidak selesa dan hasil pemeriksaan mendapati anak sotong telah melekat di bahagian gusi, lidah serta pipinya.

Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan sedozen anak sotong didakwa terhasil daripada sperma yang terdapat pada calamari tersebut.

Disember lalu, seorang wanita di Jepun yang memakan sotong mentah juga terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sperma haiwan itu dari mulutnya. Lapor harian-metro-online.com

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More