Showing posts with label Malam Pertama. Show all posts
Showing posts with label Malam Pertama. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Kisah Benar Pengalaman Pertama Aku Digoda Perempuan Cantik



Aku merupakan seorang lelaki yang sangat bahagia. Awek aku cantik dan kami telah bercinta selama lebih dari setahun, jadi kami memutuskan untuk bertunang. Hanya ada satu hal kecil sering mengganggu aku, iaitu adik awek aku, Fara yang lebih muda dan lebih cantik. 

Calon adik ipar aku itu sering mengenakan baju yang sangat ketat dan selalu tanpa bra. Jika di rumahnya Fara seolah-olah sengaja dan sering membungkuk ketika di depan aku menyebabkan aku sering 'terpaksa' melihat kemantapan dan keindahan flora dan fauna di sebalik bukit yang berkembar itu.

Suatu hari aku berkunjung ke rumah awek aku. Entah kenapa hari itu hanya Fara seorang diri berada di rumah lalu kami berdua lepak dan berborak berdua-duaan di dalam rumah. Hari itu Fara mengenakan baju kuning yang nipis dan sangat ketat. Berkali-kali aku cuba membawa mata aku ke pohon-pohon rambutan dan pokok gajus di luar rumah namun usahaku hanya sia-sia. 

Sedang asyik berborak tiba-tiba Fara mendekati dan membisikkan kepada aku bahawa dia sedang mempunyai perasaan dan keinginan yang tidak mampu ditahan lagi. Perlahan dia mengucap ditelinga aku bahawa dia ingin bercinta dengan aku sekali sebelum aku menikahi kakaknya. 

Aku benar-benar terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata "Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara."

Aku merasa saat itu seluruh badan aku gementar melihat Fara selangkah demi selangkah perlahan dengan menggoda menaiki tangga ke biliknya. Ketika berada di puncak tangga dia melepaskan seluar dalamnya dan melemparkan ke arah aku. Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus menuju ke pintu rumah dan berlari keluar menuju ke keretaku.

Tiba-tiba kedengaran tepukan gemuruh dari bawah rumah awek aku, seluruh keluarga dan awek aku keluar dari bawah rumah dan semuanya bertepuk tangan. Awek aku tersenyum bangga melihat aku, ayahnya mendekati aku lalu memeluk mengucap tahniah "Kami sekeluarga merasa sangat gembira kerana kamu telah lulus ujian kami, kamu ternyata pemuda yang sangat baik dan tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu wanita."

Aku merasa sangat gembira dan dengan ini aku berpesan kepada korang semua :
"Jangan sesekali menyimpan kondom anda di dalam dompet, simpanlah ia di dalam kereta"

Artikel Asal

Sunday, May 27, 2012

Wow aku mengintip pasangan pengantin baru



Suatu malam aku dan kawan2 mengintip jiran sebelah pasangan pengantin baru pada jam 12 malam, terdengar suara pengantin perempuan bersuara:

"Bang! cepat lah bukak! I nak rasa ni bang"

Tiba-tiba terdengar pengantin perempuan teriak "Aduh!".

Lalu aku dan kawan2 ku tak sabar lalu panjat dan mengintip, rupa-rupa nya mereka sedang kopek durian...!

p/s : Sekian terima kasih....

Wednesday, May 23, 2012

Kisah Malam Pertama - bukan untuk tontonan umum



Seorang lelaki bernama Ajoi yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.

“Wah, gila juga! Ternyata memang benar,” ujar Ajoi. “Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin.”

“Sebenarnya apa yang berlaku semalam?” si Abon ingin tahu.

“Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan.”

“Ho oh.”

“Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku.”

“Wah, gila kau!” Abon terperanjat. “Bagaimana? Isteri kau marah?”

“Itulah masalahnya,” Ajoi menjawap. “Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!”

p/s : hahaha, dua2 bodoh..sumber : jumpa kat web indon..

Thursday, July 1, 2010

Petua Suami Isteri: Setiap Malam Umpama Malam Pertama?

Bagi pasangan yang dah lama disatukan, anda pasti merindui saat indah melayari bahtera malam pertama dulu, kan? Ia mungkin menjadi kenangan paling manis dalam hidup. Kenangan yang tetap segar di ingatan.

Dalam bahagian petua suami isteri kali ini, saya ada sesuatu info untuk dikongsikan dengan anda yang bergelar isteri. Iaitu cara untuk meningkatkan penguasaan isteri ketika mengadakan hubungan intim.

Jika selama ini anda sekadar menurut kemahuan suami, kini tibalah masanya untuk anda mengembalikan kehebatan sebenar. Cuba buktikan pada suami yang anda masih hebat.


Tapi bagaimanakah caranya.... ??


Menurut maklumat yang saya perolehi, si isteri perlu mengamalkan meminum air rebusan puru atau biji manjakani.

Biasanya, anda boleh mendapatkan biji manjakani di kedai-kedai runcit yang dimiliki oleh kaum India.


Biji Manjakani


Cara membuatnya:


1. Ambil beberapa biji manjakani ni dan bersihkannya.

2. Kemudian, rebuskan ia hingga mendidih.

3. Seterusnya, biarkan air rebusan tadi suam dan minumlah secara perlahan-lahan.


Selamat Mencuba!




p.s: Mungkin ada di antara anda yang mencampurkan bahan-bahan lain ke dalam air rebusan manjakani ni seperti mas cotek, daun sirih dan seumpamanya untuk tujuan berlainan.

p.p.s: Jika tak keberatan, anda boleh berkongsi di ruangan komen ya. Terima kasih. :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More