Amboi siapa ni? Aksinya menyeksakan mata memandang? Haa inilah pelakon sensasi Lana Nordin yang pernah digelar Pamela Anderson Malaysia tidak lama dulu. Tapi Lana ni dah lama senyap. Tiba-tiba Mangga Muda ternampak aksi Lana di alam maya. Panas dan hangat gitu.
Inilah antara aksi Lana semasa berparti bersama teman-teman di Anchol, Jakarta dalam Sandscape Beach Party pada 16 Jun lalu. Parti itu diadakan sempena Festival Bunga Api Antarabangsa Indonesia 2012 dan hiburan sampai pagi yang dianjurkan di tepi pantai di Anchol.
Agaknya Lana ingat tak ada yang kenali dia di sana sebab itulah dia berani berpakaian seksi yang menonjolkan sebahagian besar aset sensasinya itu. Tak tahulah siapa bersama-sama Lana ni. Mangga Muda tak kenal sangatlah. Pakwe atau teman rapat dia tu? Mangga muda rasa macam pernah perasan kelibat rakan-rakan Lana tu dalam iklan. Kira mereka aktif dalam peragaanlah.
Pada tahun 2003, Syarikat Guilin Latex telah mencipta rekod dunia dengan membuat kondom terbesar di dunia. Kondom itu berukuran 260 kaki (80 meter) tinggi dan 330 kaki (100 meter) di sekeliling. Ia dibuat daripada bahan PVC berwarna merah. Kondom itu telah diletakkan pada sebuah hotel di Guilin, China untuk membantu mempromosikan Hari Populasi Sedunia.
Terdapat seekor kucing di Indonesia yang didakwa boleh bercakap seperti manusia dan dapat mengira dari 1 hingga 20. Tuan kucing itu, Claudia mendakwa sering mengajar kucing tersebut untuk bercakap. Korang boleh tengok video kat bawah nih..
p/s : Aku nampak budak tu macam menyeksa kucing tu. Ntahlah.. Kucing tu nampak terseksa sangat bila dipaksa bercakap macam tu. Tak patut btol.. biarkan kucing tu.. Jangan paksa dia bercakap..
General Sherman Tree yang terletak di Taman Negara Sequoia, California ini merupakan pokok berbatang tunggal yang terbesar di dunia. Bukan itu sahaja, malah ia juga merupakan salah satu pokok yang tertua di muka bumi ini. Pokok ini mempunyai ketinggian 83 meter dan diameter batangnya ialah 11 meter. Usia pokok ini dianggarkan diantara 2,300 tahun sehingga 2,700 tahun.
Ujian nuklear yang paling kontroversi dalam sejarah America dikenali sebagai Operation Plumbbob yang dijalankan pada 28 Mei sehingga 7 Oktober 1957. Ujian nuklear ini diadakan di Nevada Test Site. Lebih 29 letupan nuklear dihasilkan dan antara bahan eksperimen pada zaman itu ialah Babi. lebih 1200 ekor babi digunakan sebagai bahan eksperimen tersebut.
Babi digunakan kerana struktur kulitnya ialah paling hampir dengan kulit manusia. Walau bagaimanapun, ujian ke atas babi dikatakan sebagai gagal kerana babi mempunyai daya tahan terbakar 3 kali lebih kuat daripada manusia. Jom tengok video kat bawah nih.
p/s : Hidup lagi babi-babi tu.. mesti terseksa gler..
Rupa 'ClassicJimbo', 'Joker' Dalam Dunia Nyata Mengamuk Dalam Panggung Wayang.
Ramai orang tertanya samada, ini adalah The Joker yang sebenar kerana seorang lelaki yang dikenali sebagai 'ClassicJimbo' telah mengamuk dalam sebuah panggung wayang semasa filem The Dark Knight yang terbaru. Selepas dia berjaya ditangkap, dia mengaku yang dia adalah 'The Joker' Nama sebenarnya adalah James Holmes, 24 tahun merupakan seorang pelajar PHD yang tercicir dari Universiti Colorado.
Dia telah membeli tiket wayang bersama ribuan penonton yang lain untuk filem The Dark Knight. Selepas beberapa ketika dalam panggung wayang, dia telah meletupkan satu bom asap dan kemudian menembak sesuka hati menggunakan 4 senapang berbeza.
Berikutan insiden itu, seramai 58 orang cedera dan 12 orang maut termasuk seorang pemberita sukan. Sebelum dia mulai menembak, dia didapati mendengar musik techno berulangkali dalam panggung wayang.
Menurut sumber, dia menggunakan sebanyak 6,000 peluru yand dibelinya secara online dan juga kedai senjata tempatan. Dia berjaya ditangkap di apartment miliknya.
Kehebatan industri pemalsuan di China memang tidak dapat disangkal lagi..Setelah hampir kesemua produk terkemuka di dunia di-ciplak kan, kini giliran jenama automotif terkenal dunia, Lamborghini pula untuk di palsukan..Nak tahu cerita lanjut, meh baca kat bawah ni..
Bagi mereka terutamanya golongan muda yang berhasrat ingin memiliki sebuah kenderaan berjenama Lamborghini, kini tidak perlu risau lagi. Terima kasih kepada sebuah pengeluar kenderaan yang telah pun membina replika Lamborghini yang 99% hampir sama dengan yang asli. Selalunya, bagi membeli sebuah Lamborghini yang original, anda perlu membawa keluar duit sebanyak US$400,000, namun dengan kenderaan yang diperbuat daripada China ini, anda hanya perlu membayar sebanyak US$65,000 sahaja.
Walaupun bahagian luar kenderaan Lamborghini mempunyai kesamaan hampir 99%, namun untuk bahagian dalaman, ia 70% ciplak. Replika Lamborghini ini dinamakan sebagai Shanzai Lamborghini di China. Pengeluar kenderaan ini mempunyai bengkel mereka sendiri yang khusus untuk membina kenderaan seumpama ini dan diedarkan ke seluruh Asia. Tempoh untuk mendapat tempahan kenderaan adalah selama 5 bulan dan perlu membayar deposit sebanyak 210,000 yuan.
Spesifikasi kenderaan:
- Menggunakan enjin 2.2 liter Toyota 5s dan 2.0 t 3S, mampu memecut dari 0 - 100km/j dalam masa 9 saat, 175 kuasa kuda, bunyi 90% sama dengan Lamborghini asli, badan saiz 1:1, hiasan dalaman seperti Lamborgini namun papan pemuka (dash board) bukan asli.
- Sukar untuk medapatkan nombor pendaftaran, tempoh tempahan selama 5 bulan dan perlu membayar deposit 50% dari harga penuh kereta iaitu 210,000 yuan.
- Mempunyai power window, power wings, sistem GPS, kemera sokongan, kerusi kulit asli dan hiasan dalaman bercirikan kulit asli.
- Hiasan dalaman kereta boleh dilakukan mengikut permintaan pelanggan tapi mustahil untuk sama 100% seperti yang asli.
- Warna kereta dan warna bahagian dalaman mengikut citarasa pelanggan.
- Pelindung enjin tidak lutsinar (original punya nampak enjin), rim kereta pun ciplak, nak rim original kena tambah 50,000 yuan sebagai bayaran tambahan.
- Bumper kereta mengikut stail keluaran 2007.
- Kunci kereta original kena tambah lagi 9,000 yuan sebagai bayaran tambahan.
- Tahap keselamatan kereta sama dengan tahap keselamatan kenderaan berjenama Toyota.
- Meletakkan ciri tambahan seperti keluli tahan karat, paip besi dan plat besi di bahagian pintu tempat duduk penumpang dan pemandu.
- Meletakkan tali pinggang keledar jenis racing.
- Kenderaan ini lebih khusus untuk pameran sahaja.
- Simbol jenama Lamborghini, kaca, gril alur, lampu hadapan, dan aksesori tambahan adalah yang original daripada kilang. Untuk mendapatkan lampu jenis LED terbaru dibahagian lampu belakang, perlu membayar lagi 10,000 yuan sebagai kos tambahan.
- Steering jenis racing dengan logo asli Lamborghini.
- Kesemua butang kawalan dalaman kereta ada lah asli.
Lamborghini Murcielago LP64 Sebenar
Lamborghini Murcielago China
p/s : Memang hebat la China ni.. semua benda dia boleh ciplak... Hoho..