Showing posts with label vehicle. Show all posts
Showing posts with label vehicle. Show all posts

Friday, August 10, 2012

keselamatan pemanduan

Keselamatan pemandu dan penumpang adalah aspek utama dalam pembuatan kereta. Bagaimana pula keselamatan pejalan kaki?

Syarikat volvo telah memperkenalkan satu sistem beg udara yang baru yang dipasang berdekatan bahagian cermin hadapan di luar kereta. Ianya bukan dicipta untuk melindungi pemandu dan penumpang kereta, tetapi untuk pejalan kaki.

Mulai tahun 2013, kereta Volvo V40 akan dilengkapi dengan sistem pengesan pejalan kaki bersama-sama dengan sistem beg udara terbaru ini. Idea yang bagus untuk mengurangkan risiko kecederaan teruk dan juga kematian si pejalan kaki yang tidak bernasib baik apabila dilanggar oleh kereta.

Tibe2Jam6Petang

Thursday, August 9, 2012

TOP GEAR 1991: Proton Saga (Vedio)

Daripada rancangan Top Gear tahun 1991, sila tonton review tentang kereta Proton Saga. Ini sangat oldschool!

Tibe2Jam6Petang

Perlumbaan Sebenar Antara Batmobile 66 Dan Batmobile 89 (Video)

Super!

Video di bawah adalah daripada siri pertama Super Power Beat Down. Mari lihat kereta yang manakah akan menang dalam perlumbaan ini. Anda boleh menonton video penuh di sini untuk scene yang lebih 'menarik'. :>

Wednesday, August 8, 2012

Cool: Perlumbaan Antara Lamborghini Aventador Vs. F16 Fighting Falcon (Video)

Roar! Supercar versus Superjet. Memang makan asaplah Aventador kalau F16 dah mula terbang. Layan~




Tibe2Jam6Petang

Tuesday, August 7, 2012

Wtf: Hibrid Kereta Dan Trak Yang Hodoh (4 Gambar)

What the..

Kenderaan di bawah adalah gabungan antara sebuah trak daripada tahun 1962 bersama kereta Pontiac Grand Am tahun 1990-an. Ianya dijual melalui laman Craigslist dengan harga $3000. Inilah kenderaan hibrid sebenar dan mungkin juga inilah kenderaan hibrid terhodoh di dunia. Lulz.





Sunday, August 5, 2012

Apabila Trailer Panjang Bertemu Bas Di Laluan Sempit Pergunungan (Video)

So close!

Trollstigen (English: The Troll Path) adalah sebuah jalan di kawasan pergunungan yang terletak di Norway dan ianya menghubungkan antara Ã…ndalsnes di Rauma dan Valldal di Norddal.

Mari lihat bagaimana sebuah trailer panjang dan bas bertemu dari arah yang bertentangan dapat melalui jalan ini. Mahu tahu bagaimana? layan lah video di bawah. :>


Tibe2Jam6Petang 

Wednesday, July 25, 2012

Trak Kecil Dikuaskan Oleh Najis Haiwan

Idea yang bagus.

Kitar semula semakin menjadi pilihan utama pada hari. Aku ada paparkan beberapa entry pasal kitar semula bahan buangan seperti proses kitar semula di pakistan tempoh hari.

Sebuah zoo yang terletak di Colorado, iaitu Denver Zoo telah mengubahsuai baberapa trak kecil jenis tuk tuk yang dibeli daripada Thailand menjadi sebuah kenderaan yang dikuasakan oleh najis haiwan.

Untuk permulaan, Zoo ini menggunakan najis panda dan juga sampah sarap yang proses dan disimpan dalam bentuk pelet sebesar ibu jari. Palet ini akan dibakar di dalam penjana untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi mengecas motor elektrik kenderaan ini.

Untuk masa yang akan datang, pihak zoo ini mahu menjadikan 100% najis haiwan yang terdapat dalam zoo ini sebagai bahan bakar kenderaan ini. Sesuatu usaha yang bagus!


Tibe2Jam6Petang

Tuesday, July 24, 2012

Bot Laju Diinspirasikan Daripada Paus Orca (4 Gambar)

Design bot laju yang mantap!

Seabrecher Y merupakan sebuah bot laju yang diinspirasikan daripada paus orca (paus pembunuh). Ianya rekaan syarikat Innespace yang berpengkalan di New Zealand.

Dikuaskan oleh enjin berkuasa 255 kuasa kuda, kelajuannya boleh mencapai sehingga 55 batu sejam di atas permukaan air dan boleh mencecah 16 kaki tinggi ketika meluncur ke udara. Bot laju ini mempunyai dua tempat duduk dan berharga $86 000.

Anda boleh menonton video di bawah dan lihat bagaimana awesome-nya bot laju ini berfungsi!









Tibe2Jam6Petang 

Monday, July 23, 2012

Cool: Scamander - Kereta Dua Alam Yang Tahan Lasak (5 Gambar)

Cool.

Tempoh hari, blog ini ada paparkan sebuah prototaip kenderaan amphibious yang didakwa mempunyai kelajuan paling laju di atas darat, iaitu kereta Sea Lion. Kali ini mari lihat pula sebuah lagi kereta jenis amphibious yang diberi nama Scamander. Ianya diilhamkan oleh Peter Wheeler, iaitu pemilik syarikat pengeluaran kereta sport british, TVR.

Kereta ini dikuasakan oleh engin V6 yang menghasilkan 300 kuasa kuda dan ianya mampu mencapai kelajuan 120 mph apabila bergerak di atas darat. Dengan rekabentuknya seperti kenderaan pacuan empat roda, kereta ini mampu untuk bergerak di kawasan berpasir seperti pantai, kawasan berbatu dan sudah pasti ianya mampu untuk bergerak di atas air!







Sunday, July 22, 2012

Cool: Konsep Kereta Elektrik Yang Boleh Bergabung Dan Berpisah Dua (8 Gambar)

Ini cool.

2Whella merupakan sebuah konsep kereta elektrik yang mempunyai dua tayar. Ianya direka oleh Andrej Kregar. Apa yang menarik mengenai kereta ini ialah, dua buah kereta yang sama boleh digabungkan bersama menjadi sebuah kenderaan beroda empat dan ianya juga boleh berpisah kembali mengikut kesesuaian pengguna.

Keseimbangan kereta ini dikawal oleh sistem komputer. Mungkin ianya menggunakan teknologi Gyroscope, sama seperti skuter elektrik tempoh hari. Aku tertanya-tanya adalah ianya selamat dan kukuh semasa dalam penggabungan? Apapun, ia hanyalah sebuah konsep setakat ini. Pada pendapat aku, konsep kenderaan ini memang sangat bagus dan masih boleh dibangunkan dengan lebih jauh.













Konsep: Kereta Unta Dijadikan Ambulans Di Padang Pasir (9 Gambar)

Nice concept.

Mari lihat konsep kereta unta yang dijadikan ambulans. Konsep kenderaan ini dinamakan Baja dan ianya direka oleh Frederic Schwab.

Ianya mempunyai dua bahagian utama yang dipasang pada seekor unta, iaitu sebuah mini-trailer yang digunakan untuk membawa pesakit dan juga sebuah pelana untuk penunggang dan juga untuk membawa bekalan ubatan. Bahagian-bahagian ini boleh dipasang mengikut kesesuaian tugas dan misi. Kenderaan ini juga mempunyai sistem GPS.

Sebenarnya konsep kenderaan ini direka untuk digunakan semasa misi kecemasan di kawasan terpencil di tengah padang pasir. Misi menyelamat menggunakan laluan udara dan juga menggunakan pacuan empat roda mungkin adakalanya tidak sesuai kerana keadaan cuaca, bentuk muka bumi, keadaan pesakit dna juga kos. Jadi menggunakan kereta unta ini mungkin sangat praktikal pada situasi seperti ini.




















Tibe2Jam6Petang

Saturday, July 21, 2012

Cool: Skuter Elektrik Mempunyai Bumbung Seperti Kereta (7 Gambar)

Sangat cool dan futuristik!

Syarikat Lit Motor telah memperkenalkan sebuah prototaip skuter elektrik yang diberi nama C-1. Prototaip skuter ini mempunyai bumbung dan pintu seperti kereta.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakan keseimbangan kenderaan ini kerana tiada tayar tambahan mahupun ruang untuk kaki mencecah tanah bagi menyokong dua roda tersebut untuk berdiri? Sebenarnya C-1 dikawal oleh sistem elektronik Gyroscope yang membolehkannya terus berdiri seimbang dalam keadaan sedang berhenti, bergerak mahupun ketika berlakunya perlanggaran.

Bateri skuter ini mengambil masa selama 4 hingga 6 jam untuk di cas dan setiap bateri yang dicas penuh, ianya boleh bertahan dalam jarak 150 hingga 220 batu. Boleh memuatkan seorang pemandu dan seorang penumpang, kelajuan maximumnya pula boleh mencecah sehingga 120 mph.

Pengeluaran model sebenar dijangka siap pada tahun 2014 dengan harga sasaran dalam lingkungan 12000 hingga 16000 USD.










Friday, July 20, 2012

Paris Purple: Versi Unik Kereta Rolls Royce Ghost (4 Gambar)

Awesome!

Pakar kereta dari Itali, Fenice Milano mempersembahkan kereta hasil sentuhan beliau, iaitu Paris Purple yang merupakan salah satu versi kereta Rolls Royce Ghost.

Kebanyakan kemasan untuk kereta ini diperbuat daripada emas 24 karat dan kereta ini dijual dengan harga 3 juta Euro serta mengambil masa selama 12 bulan untuk disiapkan. Beliau membuat kereta ini untuk seorang pelanggan yang tidak dikenali.

Aku sangat suka warna untuk kereta ini, ianya memang sangat sesuai. Apapun memang padan dengan kereta yang mahal dan riak! :>





Tuesday, July 17, 2012

Konsep: Design Motorsikal Ossa Monocasco Versi Elektrik (6 Gambar)

Cool!

Ossa merupakan pembuat motorsikal yang berpengkalan di Catalonia, Sepanyol. Konsep motorsikal Ossa Monocasco versi elektrik di bawah telah direka oleh studio ART-TIC.

Ianya diilhamkan daripada motorsikal Ossa monocasco versi asal milik Santiago Herrero iaitu juara perlumbaan motorsikal Spanish Grand Prix pada tahun 1969 dan juara Yugoslavian Grand Prix pada tahun 1970 yang melakili kumpulan Ossa.







Tibe2Jam6Petang

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More