Showing posts with label Kencing Tak Lawas. Show all posts
Showing posts with label Kencing Tak Lawas. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

5 Khasiat Buah Pear

Anda suka makan buah pear? Memang tak sia-sia kalau anda menyukainya. Buah pear ni memang berkhasiat. Tapi pastikan anda makan sekali dengan kulitnya tau.


Buah pear



Antara khasiat buah pear untuk anda ialah:


1. Menghilangkan rasa dahaga dan muak.

2. Menghilangkan rasa sakit akibat kerap buang air besar.

3. Menghilangkan lendir yang terdapat dalam darah.

4. Baik untuk usus.

5. Mengatasi masalah kencing tak lawas.


p.s: Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi menambah khasiat buah pear yang lain. Kalau anda tahu, kongsikan di ruangan komen @ ulasan ya. Terima kasih.

Monday, August 9, 2010

Atasi Masalah Kencing Tak Lawas?

Sejak kebelakangan ini, ramai benar yang mencari petua kencing tak lawas di sini. Mungkin masih ramai yang mengalaminya dan belum jumpa jalan penyelesaian. Justeru itu, saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi satu petua tradisional untuk melawaskan kencing.

Bahan utama yang anda perlukan adalah rumput sambau. Nama saintifiknya ialah "Eleusine Indica". Di sisi penanam padi, ia dikenali sebagai rumput perosak. Namun bagi anda yang mengalami masalah kencing tidak lawas, ia boleh dijadikan ubat.

Anda boleh lihat imej di bawah untuk mengenali rumput sambau secara lebih dekat.


Imej Rumput Sambau

Rumput Sambau - oisat.org




Jika masih kurang jelas, sila lihat pula gambar berikut;


Gambar Rumput Sambau

Rumput Sambau 2 - scsphotogallery.tamu.edu




Baiklah, sekarang kita beralih pula kepada cara-cara menggunakan rumput sambau bagi mengatasi masalah anda ya;


1. Pertama sekali, dapatkan 3 rumpun akar rumput sambau.


Akar Rumput Sambau

Akar Rumput Sambau - davesgarden.com



2. Seperti biasa, anda perlu bersihkannya terlebih dahulu.

3. Kemudian, rebuskan akar tersebut sehinggalah paras airnya tinggal kira-kira sepertiga daripada paras asal.


Akhir sekali, anda tuang dan tapis air rebusan tadi dalam cawan. Minumlah secara perlahan-lahan. Amalkannya sehingga masalah anda beransur pulih.


Selain untuk melawaskan kencing, amalan di atas boleh juga digunapakai bagi mengatasi masalah cacing, demam kuning dan melegakan kembung perut.


Selamat Mencuba ya!



P.S: Banyak juga khasiat rumput sambau ni. Jika diizinkanNya, nanti saya kongsikannya lagi dengan anda.

Tuesday, June 15, 2010

4 Khasiat Jus Belimbing Besi

Penyakit darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang saling berkait rapat. Begitu juga dengan sakit jantung dan kegagalan buah pinggang. Biasanya, jika anda mengalami penyakit kencing manis, risiko untuk dihidapi 3 penyakit yang dinyatakan tadi amat tinggi. Lebih-lebih lagi jika anda tak kawal paras gula dalam darah.

Manakala sakit tekak pula merupakan gejala biasa yang dialami oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak. Bila dah sakit tekak, biasanya ia akan disusuli pula dengan batuk dan bersin.

Bagi masalah kencing tak lawas, ia terjadi akibat berlakunya jangkitan pada saluran kencing. anda Kesannya, anda yang menghidapnya mungkin;

  • Sukar untuk menahan kencing,
  • Tak dapat kepuasan yang sepatutnya semasa kencing,
  • Terasa pedih dan panas sewaktu kencing,
  • Kekadang akan mengalami kencing berdarah
  • Mengalami demam dan
  • Sakit pada bahagian ari-ari.

Uihh... begitulah serba ringkas info tentang penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit tekak dan kencing tak lawas.

Namun begitu, anda masih berpeluang untuk merawatnya sebelum terlambat. Setiap penyakit tentu ada ubatnya. Salah satunya adalah dengan mengamalkan petua tradisional. Iaitu dengan meminum jus belimbing besi sebanyak 2 atau 3 kali sehari. :)

Jus Belimbing Besi

Jus Belimbing Besi - amountainofcrushedice.wordpress.com




Langkah-langkah penyediaan jus belimbing besi:


1. Ambil 3 biji buah belimbing besi dan basuh sampai bersih.

Buah Belimbing Besi

Buah Belimbing Besi - Wikipedia



2. Anda kisar kesemua belimbing besi tadi.

3. Setelah itu, anda minumlah jusnya. Anda boleh bahagikannya dengan membuat 2 atau 3 kali minum.


Itu saja. Haha... rasanya ini mungkin antara ubat darah tinggi, kencing manis, sakit tekak dan kencing tak lawas yang paling sedap kot. :D


Selamat Mencuba!

Wednesday, January 27, 2010

6 Khasiat Pokok Cempaka Untuk Kesihatan Anda

Pokok cempaka telah diketahui umum akan mengeluarkan bunga yang amat cantik. Namun, keistimewaan pokok cempaka ni sebenarnya bukan tertumpu pada bunganya saja. Malah, daun serta akarnya turut memiliki khasiat dari sudut aspek kesihatan jika anda tahu menggunakannya.

Bunga cempaka ni pula ada yang berwarna kuning dan juga putih. Kedua-dua pokok yang mengeluarkannya masing-masing mempunyai khasiat tersendiri.

Sebagai contoh, pokok cempaka kuning sesuai untuk kegunaan wanita selepas bersalin, mengatasi masalah kencing tak lawas serta menyembuhkan demam selsema.

Gambar Bunga Cempaka Kuning

Gambar Bunga Cempaka Kuning - arletepqt @ flickr.com




Wanita Selepas Bersalin

1. Anda ambillah beberapa helai daun pokok cempaka kuning.

2. Lap atau bersihkannya terlebih dulu.

3. Kemudian, rebuslah daun itu sehingga mendidih.

4. Lepas mendidih, biarkan air rebusan tu agak suam kuku. Kemudian barulah anda meminumnya.


Kencing Tak Lawas

1. Sediakan beberapa kuntum bunga cempaka kuning dan bersihkannya.

2. Rebus kesemua bunga tadi sampai mendidih.

3. Bila air rebusan dah mendidih, biarkannya sehingga agak suam kuku. Kemudian, barulah anda meminumnya.


Demam Selsema

1. Dapatkan bahagian akar pokok cempaka kuning dan bersihkannya terlebih dulu.

2. Kemudian, pecah-pecahkan akar tersebut. Atau dengan kata lain, "titik" kan akar tadi.

3. Seterusnya, rebus akar tersebut sampai mendidih.

4. Setelah ia mendidih, biarkan air rebusan akar tu suam.

5. Kemudian, anda minumlah ia secara perlahan-lahan.


Manakala, pokok cempaka putih pula berfungsi merawat pitam, bisul dan bronkitis.

Gambar Bunga Cempaka Putih

Gambar Bunga Cempaka Putih - creativehousefl.com




Pitam

1. Ambil beberapa kuntum bunga cempaka putih dan bersihkannya.

2. Kemudian, rebus bunga tersebut hingga mendidih.

3.Setelah mendidih, sejukkan air rebusan tadi sehingga agak suam kuku dan minum.


Bronkitis

1. Sediakan beberapa kuntum bunga cempaka putih dan bersihkannya.

2. Kemudian, rebus bunga tersebut sampai mendidih.

3. Seterusnya, biarkan air rebusan tadi sehingga ia agak suam-suam kuku.

4. Lepas tu, tuangkannya ke dalam gelas dan campurkan dengan sedikit madu.

5. Akhir sekali, kacaukannya dan minum.


Bisul

1. Petik beberapa helai daun cempaka putih yang masih segar-bugar.

2. Lapkannya agar bersih dan tumbuk daun tersebut agar ia lumat.

3. Tampal atau tepek daun yang telah dilumatkan tadi ke tempat yang ditumbuhi bisul.

4. Pastikan anda telah mencuci bisul terlebih dulu dengan air suam sebelum menepek daun tersebut.


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More