Showing posts with label Ubat Panau. Show all posts
Showing posts with label Ubat Panau. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Macam Mana Nak Hilangkan Panau Atau Kurap?

Bagi yang tinggal di asrama, masalah dijangkiti panau dan kurap memang biasa berlaku. Lebih-lebih lagi jika dapat rakan sebilik @ se"dorm" yang kurang menitikberatkan kebersihan.

Pun begitu, bila balik kampung nanti (Cuti Raya Cina), boleh cuba satu petua tradisional untuk hilangkan kurap mahupun panau yang bakal saya kongsikan sekejap lagi. Bahan utama yang perlu dicari ialah akar pokok lengkuas genting.

Lengkuas genting ni agak berbeza sikit daripada lengkuas biasa. Saiz dan akarnya lebih kecil. Sila rujuk gambar di bawah ya. Anda boleh mencarinya di kawasan tanah poros yang cepat menyerap air.

Pokok Lengkuas Genting 


Baiklah cara merawat kurap dan panau dengan tumbuhan ini seperti berikut;

1. Ambil akar pokok lengkuas genting dalam segenggam.

2. Bersihkan akar tu dulu sebelum diparut dan diperah.

3. Tujuan memarut dan memerah akar tu adalah untuk mendapatkan airnya.

4. Air tersebut kemudiannya boleh disapu atau alirkan saja pada bahagian yang mengalami kurap ataupun panau.

Ulang petua ini beberapa kali sehinggalah panau ataupun kurap pada kulit anda hilang sepenuhnya.

Selain akarnya yang boleh dibuat ubat panau dan ubat kurap, daun beserta akar pokok ini juga boleh digunakan bagi mengatasi sakit urat dan sakit tulang.


Begini caranya;

1. Ambil beberapa helai daun dan akar lengkuas genting.

2. Bersihkan daun serta akar tadi.

3. Tumbuk lumat kesemua bahan di atas.

4. Rebuskan bahan yang telah ditumbuk lumat sampai mendidih.

5. Setelah mendidih, suamkan air rebusan tadi.

6. Kemudian, barulah sapukan air rebusan pada bahagian yang terasa sakit.

Sapu lagi selepas beberapa jam hinggalah rasa sakit urat ataupun sakit tulang berkurangan dan kembali lega seperti sediakala.

Saturday, December 4, 2010

Daun Bunga Melur Ubat Panau

Bagi mengubati panau, beberapa cara telah saya kongsikan dulu. Iaitu sentalkan kawasan panau dengan bawang putih. Ataupun anda boleh guna daun gelenggang.

Tapi, kalau kedua-duanya masih belum membuahkan hasil atau kurang serasi, saya syorkan anda beralih pula ke daun bunga Melur. Sebagai rujukan, bunga Melur yang banyak di Malaysia ni nama saintifiknya adalah Jasminum Sambac.


Bunga Melur - cikguyang@flickr.com



Sekarang, saya beralih terus ke kaedah mengubatinya ya;


1. Ambil beberapa helai daun bunga Melur.

2. Basuhkannya terlebih dulu.

3. Kemudian, gosokkan saja pada anggota badan anda yang mengalami panau tu.

4. Harus diingat, anda perlu melakukannya secara berulangkali. Buat sampai bekas gosokan tersebut kering tau.


Mudah-mudahan dengan tambahan satu lagi ubat panau ini mampu menghilangkan panau yang muncul pada badan anda.

Friday, June 11, 2010

4 Khasiat Daun Belimbing Besi

Buah belimbing besi ni kalau dibuat jus memang sedap dan berkhasiat. Tapi, bab khasiat jus belimbing besi akan saya sentuh kemudian. Sebabnya, saya nak jawab pertanyaan berkaitan petua menghilangkan penyakit kurap dulu. Soalan ini pernah diajukan dalam ruangan komen kat sini beberapa hari lepas.


Jus Belimbing Besi
Jus Belimbing Besi - kikilulu.com


Buat pengetahuan anda, daun belimbing besi ni boleh dijadikan sebagai ubat kurap. Selain kurap, ia juga boleh mengubati panau, bekas demam campak dan mengatasi rasa sakit kepala.


Proses yang perlu anda lakukan bagi memanfaatkan daun belimbing besi ni adalah;


1. Ambil 4 hingga 5 helai daun belimbing besi.


Daun Belimbing Besi


2. Tumbukkan kesemua daun tadi sampai lumat.

3. Semasa tengah menumbuk daun tersebut, masukkan sedikit asam jawa dan beras.

4. Kemudian, teruskan proses menumbuk kesemua bahan di atas hingga lumat.

5. Bila semua bahan dah lumat, sapukan saja ia pada kawasan tubuh anda yang mengalami panau, kesan demam campak ataupun kurap.

6. Jikalau anda sakit kepala, tampalkan saja bahan campuran tersebut pada bahagian dahi.

Ulangi proses ini sehinggalah penyakit anda sembuh sepenuhnya ya. :)


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More