Showing posts with label kisah lawak. Show all posts
Showing posts with label kisah lawak. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Abang macam mana kalau saya hamil nanti?



Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. 

Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!" 

Thursday, December 13, 2012

Cerita Suami Isteri di Malam Jumaat



Orang tua-tua dulu selalu pesan, malam jumaat atau malam keliwon adalah malam berhantu....

Pesan mereka lagi, bila tiba malam jumaat, budak budak kena tidur awal dan andai terdengar bunyi pelik pelik, bunyi nafas kuat, bunyi baju koyak, bunyi perabot bergoyang, atau mungkin ada jeritan, dan lain lain bunyi yang aneh! jangan tegur!! sebab malam jumaat banyak roh jahat berkeliaran...

"Dahsyat sungguh cara orang tua zaman dulu jaga line, kan bang " Kata bini aku buat kami gelak berguling.

p/s : ahhahaa...ada yg xpaham ke???

Tuesday, December 4, 2012

Edisi Sentap! Awek Comel Bawa Motor Masuk Longkang - Serius Sentap!



Tidak tahu di mana silapnya..Pelik kan macam mana boleh masuk dalam longkang..pastu tak cedera langsung pula tu...mungkin ungkapan paling mudah "Malang Tidak Berbau"..walau macam mana pun kita dah jalan elok-elok..bawa motor elok-elok bagai..tapi kalau dah malang tu berbau kat longkang..memang ke longkang lah jawabnya..hehehe..

Kesian kat awek ni..nampak macam kiut...huk huk huk..siap leh posing kiut lagi kat dalam longkang tu..kesian dia..tapi wajahnya dimalapkan agar tidak mengaibkan dia..katenyer...

Wednesday, November 28, 2012

(Berita Gempar!!!) Disembelih akibat berzina depan orang ramai


Kulaijaya. 17.11.2010. Akibat berzina di depan orang ramai, ia disembelih sehingga lehernya hampir putus.

berzina
2 orang yang bertanggungjawab menyembelihnya semalam.


Sembelih
Maaf hanya sekadar lawak bodoh, kasi refresh sedikit buat menghilangkan penat dalam ibadah korban semalam.
Bak kata Malique dan Najwa, Bila semua tersenyum dunia tiada penyakit, maklumlah semalam ramai yang pekena sup tulang semalam. Sumber

Lawak : [Video] Video Klip "Muara Hati" Versi Pecah Perut

Video klip parody ni adalah hasil kerja Chegu Man. Kami pernah post pasal dia ni b4 ni.. Memang terbaek n kreatif. Pecah perot beb.. Sapa2 yang tak kenal, boleh la layan video dia ni kat Youtube..byk lagi beb..


Friday, November 9, 2012

Sumpah Lawak! Kisah Sam dengan Dol



Kisah 1
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Kisah 2
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

Kisah 3
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa dia mati dalam air!

Kisah 4
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

Kisah 5
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

p/s : sam + dol = samdol...hahah sumpah lawak...




Sumpah Lawak! Pensyarah kenakan pelajar



Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menj
adi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

Wednesday, May 30, 2012

Lawak - Panggilan Sayang untuk si Isteri


Kamal diundang kawannya makan malam.  Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata  Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata itu." Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

Sunday, May 27, 2012

Wow aku mengintip pasangan pengantin baru



Suatu malam aku dan kawan2 mengintip jiran sebelah pasangan pengantin baru pada jam 12 malam, terdengar suara pengantin perempuan bersuara:

"Bang! cepat lah bukak! I nak rasa ni bang"

Tiba-tiba terdengar pengantin perempuan teriak "Aduh!".

Lalu aku dan kawan2 ku tak sabar lalu panjat dan mengintip, rupa-rupa nya mereka sedang kopek durian...!

p/s : Sekian terima kasih....

Bapa aku hebat!



Man : "Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia."

Ajoi : "Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk."

Man : "Wow! Bapa kau kerja apa?"

Ajoi : "Tukang gunting rambut"

Wednesday, May 23, 2012

Kisah Malam Pertama - bukan untuk tontonan umum



Seorang lelaki bernama Ajoi yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.

“Wah, gila juga! Ternyata memang benar,” ujar Ajoi. “Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin.”

“Sebenarnya apa yang berlaku semalam?” si Abon ingin tahu.

“Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan.”

“Ho oh.”

“Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku.”

“Wah, gila kau!” Abon terperanjat. “Bagaimana? Isteri kau marah?”

“Itulah masalahnya,” Ajoi menjawap. “Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!”

p/s : hahaha, dua2 bodoh..sumber : jumpa kat web indon..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More