Showing posts with label berita pelik. Show all posts
Showing posts with label berita pelik. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Pelik! 9 bulan tinggal atas pokok



MUMBAI: Seorang suami dayus tinggal di atas pokok sejak sembilan bulan lalu dan enggan turun kecuali isterinya meminta maaf kerana bersikap curang terhadapnya. Bagaimanapun, si isteri tidak juga memohon maaf, malah tidak pernah menjenguk suaminya sepanjang tempoh sembilan bulan itu.

Sanjay berkahwin dengan Tara di Baragaon, Varanasi tahun lalu sebelum berpindah ke Mumbai. Namun, Mac lalu, ketika pulang lebih awal dari kerja, dia mendapati wanita yang baru dikahwininya itu berasmara dengan seorang jiran di rumah mereka. Kecewa dan rasa terhina, Sanjay menuntut Tara memohon maaf atas kecurangannya tetapi wanita terbabit enggan.

Sanjay bertindak membawa isterinya pulang ke kampung sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah mereka. Bagaimanapun, Tara ingkar dan mengatakan dia ingin kembali ke Mumbai sebelum meninggalkan rumah ibu bapanya.

Dalam percubaan terakhir untuk memenangi semula hati isterinya, Sanjay memanjat pokok jambu di pinggir kampung dan tinggal di atas pokok itu sejak kejadian berkenaan.

Sanjay berkata, dia hanya akan turun dari pokok itu jika Tara meminta maaf dan pulang ke pangkuannya. Walaupun dipujuk keluarga, Tara enggan mengubah pendiriannya.

Pada awalnya, Sanjay enggan makan dan meneruskan hidup hanya dengan memakan jambu. Namun, apabila semuanya sudah habis dipetik, Sanjay terpaksa menelan egonya dan bergantung kepada ibunya yang setia membawakan makanan untuknya dari rumah. “Sanjay memanjat pokok berkenaan pada 9 Mac lalu dan sejak itu berada di atas pokok berkenaan.

“Apabila kami cuba memujuknya supaya turun, dia mengancam untuk membunuh diri,” kata ibunya, Kushma Dev kepada The Asian Age. “Dia makan dan tidur di atas pokok, malah turut membuang air di situ. Kami selalu datang menemuinya dan bertanya jika dia memerlukan apa-apa,” katanya.

Beberapa penduduk kampung bagaimanapun mendakwa melihat Sanjay turun ke bawah dan bersiar-siar apabila dia menyangka tiada sesiapa melihat perbuatannya itu. - Agensi

Tikus Aneh Berkaki Kangaroo Dan Bercuping Arnab

Tikus yang satu ini sangat unik. Cuping telinganya panjang seperti arnab dan kaki belakangnya kurus panjang seperti kangguru. Uniknya lagi, di hujung ekornya terdapat sejumput bulu hitam. Entah kerana kelainan genetik atau merupakan hasil perkahwinan antara tikus dan kangguru (mungkinkah?), bentuk tikus ini cukup aneh dan luarbiasa






Wednesday, December 19, 2012

Tulis Guna 2 Tangan Pada Satu Masa


Chen berkebolehan menulis secara dengan dua tangan serentak tanpa sebarang alat bantuan.

Di zaman kecanggihan teknologi dan telefon pintar, pasti ada pengguna berhadapan kesukaran untuk menulis dengan baik walaupun dengan sebelah tangan sahaja.

Tetapi tidak buat seorang penterjemah China, Chen Siyuan, yang berkebolehan menulis dengan dua belah tangannya serentak pada satu masa.

Menarik sekali, Chen, 24, mampu menulis berlainan bahasa serentak seperti bahasa Cina dan Inggeris.

Menurut Chen, beliau tidak melakukan sebarang latihan tetapi bakatnya muncul tanpa disedari sewaktu cuba menyelesaikan timbunan kerja sekolah beberapa tahun lalu.

"Ketika di sekolah menengah, secara tidak sedar saya telah menulis dengan kedua-dua belah tangan secara serentak," katanya. - DailyMail

Tuesday, December 18, 2012

Seram! Apabila Uri Bayi Jadi Tumpuan Makhluk Halus



Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi ditahan di hospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam. 

Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia dibawa balik dari hospital kerana hari sudah senja. Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula dinyalakan kerana menurut orang tua-tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan.

Jam di dinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam. Penghuni-penghuni lain di rumah sudah nyenyak dibuai mimpi. Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu. Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa mengantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar.

Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan. Apabila kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur, tiba-tiba aku terlihat lembaga putih di tingkap dapur berjalan di udara. Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri. Lagi pun, rumah kami di tingkat lima.


Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi di tingkap dapur. Tiba-tiba ia berhenti, lalu memandang ke arahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak di atas meja. Matanya merah, bagaikan bebola api. Lendir di celah-celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak. Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran.

Pontianak itu tiba-tiba berlalu, menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu di tingkap ruangan tamu pula. Ia cuba mencakar-cakar dinding ruangan tamu. Aku hairan kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap di rumahku.

Oleh sebab itulah pontianak itu tidak boleh masuk. Aku ke dapur lalu mengambil segelas air lalu ku bacakan ayat Qursi. Sesudah itu, aku renjiskan ke seluruh penjuru rumah dan disemua tingkap.

Akhirnya pontianak itu pergi jua dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi-pagi lagi aku mengajak abangku pergi menanam uri anaknya. Waktu melawat kakak iparku di hospital kemudian, dikatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti-henti. Mujur ayahku telah membekalkan surah-surah untuk menjadi pendinding. Aku hanya terdiam di situ mendengar cerita mereka. Kejadian malam itu tidak kuberitahu sesiapapun.


Sunday, December 16, 2012

Buah yang Menyerupai Nenen Wanita!


Setiap kejadian Tuhan pasti ada alasan disebaliknya.. Tapi kita selalu tak nampak apa kelebihan ciptaan Tuhan yang ada di depan mata..

Macam tu lah jugak dengan buah yang satu ni.. Sekali tengok memang lucah, tapi mungkin ada kelebihan buah ni yang kita tak tahu..

Buah di dalam gambar ni bernama buah Loofah yang banyak terdapat di negara Vietnam. Uniknya buah ni adalah ia menyerupai nenen wanita..

Memang sebijik beb.., siap dengan puting sekali tau buah ni....
Ramas buah dari pokok takpa....tak ada sesapa nak marah..Hahahaha...





Misteri Hilangnya Bayi Kembar dalam Kandungan


Detik penantian 5 tahun seorang suami bagi menimang anak sulung hancur setelah anak kembar perempuan dalam kandungan isterinya telah hilang secara misteri.


Kejadian yang berlaku di Pokok Sena itu tidak diduga dan kehilangan itu berlaku semasa dia bermimpi sewaktu tidur di rumah ibunya, Che Som Endut di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin. Lebih memeranjatkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungan mangsa tersebut di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang telah dipercayai hilang di malam yang sama.

“Pada malam tersebut, saya telah bermimpi didatangi 5 wanita berjubah mendekati saya dan membacakan sesuatu sebelum mereka hilang setelah azan Subuh berkumandang. Setelah terjaga, saya mendapati perut saya yang selama ini besar dan berat (berisi kandungan) , tiba-tiba telah ringan dan kempis,” ujar mangsa.

“Saya terkejut dan mula mengesyaki ada perkara buruk yang tidak kena berlaku dan lantas mengejutkan suami saya, Aziz Hussein bagi memberitahu apa yang berlaku. Apabila tiba di Klinik Kesihatan Pokok Sena bagi tujuan pemeriksaan pada lebih kurang pukul 9 pagi esoknya, bayi kembar dalam kandungan saya telah disahkan hilang. Saya berasa sangat sebak hanya mampu menangis,” jelas Norliana penuh hiba.

Mangsa yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, telah dijadualkan bersalin pada 3 November lepas. Berikutan peristiwa itu, dia mengambil keputusan bagi tinggal bersama ibunya di rumah ibunya sejak sebulan yang lepas bagi memudahkan mangsa bersalin kelak.

Norliana menjelaskan lebih lanjut, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawa beliau membuat ujian pengimbasan kandungan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul dan dia dimaklumkan mengandung kembar perempuan.

“Akan tetapi semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul bagi mengesahkan dakwaan itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang,” jelas Norliana lagi.

Norliana juga turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarganya dua hari lepas bagi mendapatkan kepastian mengenai kejadian yang berlaku ini. Pengamal perubatan itu juga menyatakan bahawa bayi kembar itu benar-benar hilang dalam kandungan.

Wednesday, December 12, 2012

Video Wanita Bunuh Diri Kerana Kerap Masturbasi

Ini adalah kisah benar mengenai wanita bernama Gretchen Molannen, 39 dari Amerika Syarikat yang  Menderita penyakit masalah rangsangan seksual secara berterusan atau Persistent Genital Arousal Disorder (PGAD). 

Dia mengalami rangsangan yang sebenarnya tidak memberikan nikmat kerana berlaku sepanjang masa. Hanya badan yang terangsang, tetapi psikologinya tidak.


Gretchen pernah klimaks sebanyak 50 kali secara berterusan. Keadaan itu menjadi beban dan penyiksaan ke atas dirinya. Salah satu cara untuk mengatasi masalah itu ialah dengan melakukan masturbasi atau melancap selama beberapa jam sehari, adakalanya sehingga puluhan kali sehari.

Perbuatan itu menyebabkan dia lebih banyak menghabiskan masa di bilik air tempat berkerja dari melakukan kerja sebenar. Akhirnya dia terpaksa berhenti kerja. Namun itu juga bukan jalan keluar bagi dirinya. Masalah PGAD tidak pernah reda. Dia secara berterusan terangsang.

Jalan keluar yang ditemui Gretchen adalah dengan membunuh dirinya!

Yea…selama 16 tahun dia tertekan dengan keadaan fisiologi dirinya sehingga dia mengambil keputusan untuk mencari jalan keluar dengan menamatkan riwayatnya minggu lalu. Ia berlaku sehari selepas kisah PGAD dirinya disiarkan secara online oleh sebuah media, Tampa Bay Times.

Dia menangis ketika menceritakan beban sakitnya itu. Dia juga berharap, pendedahan yang dilakukannya itu akan merintas jalan kepada lebih banyak kajian dilakukan terhadap PGAD kerana dia yakin ramai wanita yang tidak memahami penyakit berkenaan dan menderita dalam senyap.

Gretchen juga berharap agar masyarakat terutama kaum lelaki akan lebih memahami permasalah itu jika mereka bertemu teman yang mempunyai masalah demikian. “Lelaki tidak faham masalah ini,” katanya dalam temuramah berkenaan.



 Artikel Asal : http://www.gempak.org/

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More