Showing posts with label Kulit Muka Berminyak. Show all posts
Showing posts with label Kulit Muka Berminyak. Show all posts

Friday, August 17, 2012

Petua Penjagaan Kulit Berminyak

Antara ciri kulit muka berminyak ialah berminyak dan mudah ditumbuhi jerawat serta bintik hitam. Juga terdapat kilatan pada zon T muka anda. Zon T ini meliputi bahagian dahi, hidung dan dagu anda. Pori-pori biasanya kelihatan melebar.

zon t muka anda

Justeru, bagi mengatasi masalah kulit berminyak secara beransur-ansur, anda boleh menggunakan masker (topeng muka). Antara jenis masker yang baik adalah lumpur.

Tetapi jika agak sukar untuk anda dapatkannya, boleh gunakan masker buatan sendiri dengan menggunakan 1 biji putih telur dan setengah biji jus lemon.

jus lemon segar


Cara-cara membuat masker:

1. Masukkan putih telur ke dalam sebuah bekas.

2. Campurkan perahan jus lemon ke dalam bekas yang sama.

3. Kacau kedua-dua ramuan  di atas hingga sebati.

4. Sapukan ia pada keseluruhan muka anda.

5. Biarkannya lebih kurang sekitar 20 minit.

6. Selepas itu, cuci muka anda sebersih-bersihnya.

Petua ini boleh diamalkan sebulan sekali. Tak lupa juga, pastikan anda memakai pelembap muka setiap kali selepas memakai masker tadi. Tujuannya bagi mengelakkan kulit muka anda menjadi kering.


Thursday, August 16, 2012

Ramuan Topeng Muka Untuk Kulit Muka Berminyak

Bagi kita yang kulit muka jenis berminyak, jerawat memang senang tumbuh. Liang pori-pori pun lebih besar. Selalunya nampak ketara pada bahagian pipi. Jadi, kita perlulah memberikan lebih perhatian terhadap penjagaannya. Salah satunya dengan memakai topeng muka. Ataupun masker muka yang boleh dibuat sendiri.

Berikut ramuan membuat topeng muka khusus untuk kulit berminyak;

~ 1 biji telur

~ 1 sudu makan daun pudina

~ 1 sudu makan jus lemon

~ 1/2 biji timun telah yang dihiris


topeng muka berasaskan timun


Cara membuatnya;

1. Campurkan kesemua bahan dan kisar sampai halus.

2. Kemudian, masukkan bahan tadi dalam satu bekas.

3. Sejukkan ia dulu dalam peti ais.

4. Setelah itu, barulah sapukan ramuan tersebut ke seluruh muka.

alt
Sekadar gambar hiasan

5. Biarkan ia sekitar 30 minit.

6. Setelah kering, bilas muka dengan air suam sampai bersih.

7. Akhir sekali, bilas sekali lagi muka dengan air sejuk pula untuk mengecilkan pori-pori di muka.

Petua ini sebaik-baiknya kita amalkan dengan hanya memakainya sebulan sekali yea. Selamat Mencuba!


PetuaSejagat

Saturday, April 18, 2009

Risau Pasal Kulit Muka Berminyak?

Kalau sebut saje kulit berminyak, mesti kita terus fikirkan tentang kulit muka, kan? Sebab kulit muka berminyak (oily skin) boleh mengurangkan keyakinan diri anda. Terutamanya wanita. Rasa tak selesa pun yer gak. Sebab kulit muka yang tiada sebarang kecacatan, halus dan dahi licin yang menjadi idaman mereka.

Apakah puncanya kulit berminyak ni? Apa yang saya tahu, salah satunya disebabkan oleh faktor pemakanan. Iaitu jika anda suka memakan makanan yang mengandungi banyak minyak. Contohnya macam kacang tanah. Ataupun makanan atau masakan yang berasaskan santan kelapa.


Namun, setiap masalah tu tentu ada penyelesaiannya. Kecualilah maut, kan? Saya akan kongsikan satu petua untuk anda mengatasi masalah ini sebentar nanti. Iaitu ia akan dipakai ketika nak masuk tidur.


Sebelum tu, anda perlu sediakan bahan-bahan asasnya iaitu setengah gelas beras, beberapa helai daun cermai dan ibu kunyit.

Kalau anda kurang mengenali daun cermai, saya sertakan sekali gambar daun serta buahnya sekali yang dipetik dari Wikipedia.


daun cermai untuk kulit berminyak

Gambar daun cermai



inilah dia gambar daun cermai

Gambar buah cermai




Bila anda dah sediakan bahan-bahan di atas, teruskan dengan;


1. Rendam beras tadi.

2. Masukkan daun cermai dan ibu kunyit dalam air rendaman beras tu.

3. Kisar sampai halus ketiga-tiga bahan tersebut.

4. Kemudian, cucilah muka anda agar bersih.

5. Bila muka dah bersih, barulah anda sapukan bahan-bahan yang dah dikisar tadi ke muka. Sapu masa anda nak tidur tau.

6. Amalkan petua kecantikan ni selama 1 minggu berturut-turut.


Setelah anda mendapati perubahan positif pada kulit muka, barulah anda mengamalkannya hanya sekali dalam 1 minggu. Pastikan anda lakukan secara konsisten yer. :)


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More