Showing posts with label panduan cinta. Show all posts
Showing posts with label panduan cinta. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

7 Tips Kalau Nak Kahwin Awal


Kahwin awal. Tentu anda pernah dengar atau berbincang tentang isu ini. Patut ke? Boleh ke? Adakah ia membawa lebih banyak kebaikkan berbanding keburukan? Atau sebaliknya.

Sebenarnya ada baik-buruknya. Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan. Ya lah kan, ketika bercinta di usia muda-muda ni, ‘darah muda’ memang sedang bergelojak membuak-buak. Betul tak?


Berkahwin muda memang agak banyak sedikit cabarannya berbanding jika berkahwin agak lewat sedikit. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai hasrat untuk berkahwin awal, teruskan sahaja hasrat murni anda itu! Tapi adalah lebih baik jika anda buat persediaan yang rapi sebelum anda melangkah ke alam perkahwinan di usia muda.

Berikut saya kongsikan 7 tips yang boleh anda ikut dan penuhi terlebih dahulu jika anda ingin kahwin awal di usia muda :-

TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan.

TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan.

TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.

TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.

TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.

TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.

TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.

Artikel Asal

Tuesday, December 18, 2012

Tips Cinta - Perkara yang tidak Harus ditanya



Apa yang awak tak suka tentang saya?
Dalam setiap perhubungan ada kebaikan dan kelemahan. Tidak ada manusia yang sempurna namun jangan terburu-buru bertanyakan soalan. Jika ada sesuatu yang lelaki tidak suka tentang anda, dia akan mencari masa yang sesuai dan cara diplomasi yang terbaik untuk memberitahu anda.

Adakah awak sayang ibu awak lebih daripada saya?
Lelaki tidak suka kasih sayangnya dibandingkan dengan ibunya. Wanita yang menyayangi dan menghormati ibu mertua macam ibunya sendiri adalah suri yang dicari oleh lelaki. Sedarlah bahawa ibunya adalah wanita pertama yang membelainya dengan kasih sayang sebelum anda muncul dalam hidupnya.

Adakah dia lebih baik daripada saya?
Hubungan si dia bersama bekas pasangannya sudah menjadi sejarah. Dalam hatinya sekarang adalah anda. Jadi usah bertanya mengenai bekas pasangannya jika tidak mahu si dia bertanya mengenai bekas pasangan anda pula.

Sejauh mana seriusnya awak tentang hubungan ini?
Jika perhubungan anda dengan si dia masih baru, jangan bertanya tentang kahwin. Desakan anda boleh merimaskan dirinya. Adalah lebih baik anda menggunakan peluang yang ada untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat. Kalau lelaki itu benar-benar cintakan anda, dia akan memperkenalkan anda kepada kedua ibu bapanya.

Adakah awak fikir wanita itu cantik?
Baik lelaki mahupun wanita, apabila melihat wanita cantik di hadapan mata, pasti tidak melepaskan peluang untuk memandangnya. Namun, jangan pula anda bertanyakan soalan remeh sedangkan anda sedia maklum wanita itu memang cantik. Bila si dia menjawab 'ya', anda pula berasa kurang selesa.

Berapa ramai anak yang awak inginkan?
Lelaki memang inginkan anak apabila berumahtangga. Namun begitu, elakkan penceritaan mengenai lampin pakai buang dan sebagainya apatah lagi jika umur perhubungan anda masih baru dan mentah

Friday, May 25, 2012

Lelaki Wajib tahu - Rahsia kata-kata wanita!



1) Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2 ) Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!

3) Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini,yek.
Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.

4) Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.

5) Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi?
Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

p/s : Betul ker? admin lelaki mana la nak tahu!!


Wednesday, May 16, 2012

Sumpah jiwang - Madah cinta


  • Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

  • Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.

  • Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

  • Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

  • Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More