Showing posts with label Motivasi islam. Show all posts
Showing posts with label Motivasi islam. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Tips Untuk Tidak Melengahkan Lagi Solat



1. Suruh abah/ma rotan bila masuk je time solat. "Tolong rotan saya walaupun saya dah besar gajah."

2. Minta tolong kawan yang paling kamu respek atau segan sekali dalam kelas or di tempat kerja untuk SMS kamu atau call kamu bila masuk time solat utk mentionkan masuk waktu. Kasi la upah kat dia lepas seminggu dia wat keje tu.

3. Suruh orang yang kamu minat atau suka bagi kata-kata nasihat dekat kamu. Print dan tampal kata-kata dia tu di belakang henpon. Atau set je muka dia keluar dengan kata-kata tu di telepon kamu tu. Set alarm keluar muka dia sengih-sengih dengan berkata, "solat, solat".

4. Berpakat dengan housemate atau adik beradik yang berguna serta insaf. Aku ingatkan kau. Kau ingatkan aku.

5. Pergi masuk kursus jenazah. Konfem insaf. Atau ko join orang gali kubur. Insaf wooo gua jamin. 

6. Pergi hospital or interview doktor-doktor yang dah lama kerja spital atau ada member2 jadi doktor tu, tanya pengalaman mereka handle pesakit yang meninggal dunia tak sempat solat.

7. Hempuk diri sendiri kalau dah sengal sangat.

8. Bakar selimut dan tilam serta bantal busuk apatah lagi teddy bear size XXL kalau sampai time azan terus kau mengantuk. Ganti dengan tikar sejadah hampar kat situ. 

9. Pindah rumah tepi surau.

10. Pergi ceramah ustaz azhar, pergi duk tepi dia sampai dia kata '****' dekat kamu yg melambatkan solat. Konpem balik insaf.

Thursday, May 31, 2012

Al Quran Sebagai Pembela di Akhirat


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." 

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" 

Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." 

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. 

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

7 sebab kenapa orang tak suka membaca buku




1) Dia anggap membaca ni samalah ngan belajar. Belajar cukup le setakat kat sekolah aje.
2) Asal membaca je, rasa mengantuk. Asal mengantuk je, mesti time membaca.
3) Benci meletak matlamat dalam hidup.
4) Kurang merasa kemanisan membaca.
5) Kurang mahu memperbaiki hidup.
6) Ego, berkata membaca tak perlu. Belajar dari pengalaman sudah cukup.
7) Tak nampak kepetingan ilmu dalam usaha mencapai kejayaan dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan, kewangan, perhubungan, ibadah dan kekeluargaan.

Tanya diri sendiri, Anda bagaimana? Kurang minat membaca buku?

Ketahuilah hakikat bahawa jika Anda nak mencapai kejayaan, nak tak nak Anda kena melatih diri membaca setiap hari. Dengan membaca, Anda akan dapat tahu lebih banyak perkara untuk menjadikan Anda semakin dekat dengan kejayaan diidamkan.

Cara paling bagus adalah dengan meluangkan masa paling kurang 1 jam setiap hari, paling kurang 2-3 bab dalam sehari. Lama-kelamaan minat membaca tu akan timbul dengan sendirinya. Buat masa ni, biasakan diri membaca sebuah buku seminggu.

Wednesday, May 30, 2012

Himpunan Kata-Kata Motivasi Tokoh Terkenal


Motivasi Sehinggit.blogspot.com

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
(Charles Cahier)

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
(Charles Cahier)

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
(James Allen)

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
(Peribahasa Cina)

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
(I. Salanter Lipkin)

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
(Aristotle)

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
(Albert Camus)

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
(Marcus Aurelius)

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
(Jose Joaquin Olmedo)

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
(Joseph Conrad)

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
(William J. Siegel)

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
(Philip Massinger)

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
(Lao Tze)

Kegagalan adalah asas kemenangan
(Lao Tze)

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
(Lao Tze)

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
(Flower A. Newhouse)

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
(Samuel Johnson)

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
(Cecil B. DeMille)

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
(Peribahasa Arab)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
(Peribahasa Melayu)

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
(Confucius)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More