Showing posts with label place. Show all posts
Showing posts with label place. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Amazing: 10 Tempat Menakjubkan Di Dunia

Blog ini suka memaparkan tempat-tempat menarik dari seluruh dunia. Hari ini mari layan 10 tempat menarik secara pukal melalui video di bawah. Enjoy.



Tibe2Jam6Petang

Sunday, July 22, 2012

Pemandangan Menakjubkan Dari Taman Negara Zhangjiajie (8 Gambar)

Amazing!

Satu lagi tempat yang menakjubkan. Sebelum ini aku ada paparkan beberapa pemandangan yang indah dan menakjubkan di beberapa tempat. Kali ini mari lihat pula pemandangan yang memukau dari Taman Negara Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan, China.

Ianya merupakan hutan simpan yang mempunyai bentuk muka bumi ekstrim dan mempunyai 'tiang-tiang batu' yang tinggi. Taman ini berkeluasan 4810 hektar dan yang menariknya, terdapat satu tiang batu berketinggian 3544 kaki yang diberi nama 'Avatar Hallelujah Mountain' sempena gunung-gunung terapung yang terdapat dalam filem Avatar.

Tapi bagi aku, tiang-tiang batu ini lebih kelihatan seperti kawasan terletaknya Air Temple dalam siri kartun dan filem Avatar The last Air Bender!

Beberapa Tempat Pertemuan Antara Air Sungai Yang Berbeza Warna (12 Gambar)

Lagi info untuk hari ini.

Confluence (kuala) merupakan istilah geografi yang digunakan untuk menggambarkan pertembungan antara dua atau lebih sumber aliran air. Gambar di bawah ini adalah antara tempat pertembungan air sungai yang terkenal dan ianya mempunyai warna air yang jelas berbeza disebabkan sungai-sungai tersebut mengandungi komposisi air yang berlainan.


Confluence of the Rhone and Arve Rivers, Switzerland


Confluence of the Danube, Inn and Ilz Rivers, Germany


Confluence of the Rio Uruguay and a tributary, Argentina


Confluence of the Ohio and Mississippi Rivers, Illinois, USA


Confluence of the Thompson and Fraser Rivers, Canada


Confluence of the Jialing and Yangtze Rivers, China


Confluence of the Green and Colorado Rivers, Utah, USA


Confluence of the Drava and Danube Rivers, Croatia


Confluence of the Rio Negro and the Rio Solimoes, Brazil


Confluence of the Mosel and Rhine Rivers, Germany


Confluence of the Monongahela and Allegheny Rivers, Pennsylvania, USA

Saturday, July 21, 2012

Amazing: Pemandangan Sinkhole Yang Memukau Di Oman (5 Gambar)

Awesome!

Mungkin anda pernah melihat lubang-lubang besar (sinkhole) yang terbentuk di atas muka bumi ini secara semulajadi ataupun tidak.

Mari lihat Bimmah sinkhole yang terletak di Oman. Ianya sebuah lubang besar terbentuk daripada batu dan sekian lama ia telah menjadi satu tarikan pelancong kerana keindahan dan kejernihan air yang bertakung di dalamnya.

Sebenarnya aku tidak tahu apa perkataan yang digunakan dalam bahasa melayu untuk menyebut sinkhole. Adakah lubang runtuhan? lubang tenggelam? Mungkin sangat janggal dan jarang didengari melainkan anda mempunyai latarbelakang geologi.






Tibe2Jam6Petang 

Friday, July 20, 2012

Terowong Kereta Api Yang Cantik Dan Romantik (5 Gambar)

Beautiful.

Gambar di bawah adalah gambar terowong kereta api yang terletak di Klevan, Ukraine. Ianya dinamakan the Tunnel of Love dan landasan tersebut sebenarnya adalah laluan bagi kereta api swasta yang digunakan oleh sebuah kilang papan.

Kereta api yang lalu di landasan ini menghalang pokok untuk tumbuh di laluannya dan pokok-pokok di sekeliling landasan membentuk terowong secara sendiri lalu menghasilkan panorama romantik seperti dalam mimpi! haha






Tibe2Jam6Petang

Wednesday, July 18, 2012

Cool: Gambar Daripada Muzium Ilusi Di Bushan Korea Selatan (16 Gambar)

Nice.

Mike Powell dan Juergen boleh dikatakan sebagai travel bloggers yang menikmati hidup degan cara berpindah daripada satu bandar ke bandar baru sekali dalam masa 3 bulan. Mereka pernah menetap di bandar-bandar seperti Sri Lanka, Palermo, Bolivia dan Buenos Aries.

Gambar-gambar di bawah pula diambil di Muzium Ilusi Bushan, Korea Selatan semasa mereka menetap di sana selama tiga bulan. Muzium ilusi ini terletak di bawah Heosimcheong Spa menyediakan pelbagai kelengkapan dan gambar-gambar menarik untuk para pengunjung. Cool.

















Tibe2Jam6Petang

Sunday, July 15, 2012

Amazing: Tasik Dengan Air Berwarna Pink Di Senegal (8 Gambar)

Lagi tempat unik yang terdapat di dunia.

Tasik Retba (Retba Lake) juga dikenali sebagai Lac Rose terletak di utara semananjung Cap-Vert, Senegal. Apa yang unik mengenai tasik ini ialah, ianya mempunyai air yang berwarna merah jambu. Merah jambu ini disebabkan tindakbalas cahaya matahari dengan organisma yang dinamakan Dunaliella salina.

Seperti Laut mati, komposisi garam yang tinggi (mencecah 40%) menyebabkan tasik semulajadi ini mudah untuk mengapungkan badan manusia. Nampak macam sedap, sesedap air bandung. Haha. Tapi hakikatnya air tasik ini sangat masin!









Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More