Showing posts with label robot. Show all posts
Showing posts with label robot. Show all posts

Sunday, October 14, 2012

COOL! - Kuratas Robot Peribadi Bersenjata buatan Jepun

Nampak nyer era robotik Jepun semakin maju dan mungkin ini adalah permulaan bagi pembangunan era GUNDAM seperti mana yang kita tau dari komik dan animasi keluaran jepun bakal terealisasi tidak lama lagi apabila "Kuratas" di bina iaitu Robot peribadi dilengkapi senjata dengan ketinggian 13 kaki yang di keluarkan oleh Suidobashi Heavy Industries.


Seorang jurucakap untuk Suidobashi Heavy Industries memperkenalkan "Kuratas", dengan ketinggian 13 kaki Robot peribadi dilengkapi senjata untuk orang kaya untuk membunuh.

Saksikan Video menakjubkan "Kuratas" di bawah ini nanti.

Sumber : TaoTauAjer

Thursday, October 11, 2012

WOW! - Uniknyer Robot Pembuat mee dari China

Unik Robot di cipta bagi menghasilkan Mee di China. Mungkin ramai tidak tahu bahawa mee sudah wujud pada 2500 tahun yang lalu di China. Kini dunia semakin maju mengikut peredaran zaman robot pembuat mee tercipta di China.


Robot pembuat mee, demikian namanya, dikeluarkan oleh seorang pengusaha di China untuk membuat mee dengan cara yang sama konvensionalnya dengan tenaga manusia.

Sumber : TaoTauAjer

Friday, August 10, 2012

Cool: Janken-Robot Yang Tidak Pernah Kalah Dalam Permainan Osom

Cool.

Janken (rock-paper-scissors) merupakan sebuah robot yang mempunyai 100% kemenangan apabila bermain permainan osom dengan manusia. Ini bermakna robot ini tidak pernah kalah apabila bermain osom bersama manusia. Ianya sedang dibangunkan di Ishikawa Oku Laboratory, Jepun.

Janken disambungkan kepada sebuah kamera high-speed vision yang merakamkan pergerakan tangan manusia dan menghantar isyarat tersebut untuk dikenalpasti oleh robot ini dalam masa 1 milisaat! Ini bermakna, sebelum manusia menghabiskan pergerakannya, robot ini sudah tahu apa yang patut dilakukan untuk menang.

Sebenarnya tujuan robot ini dicipta adalah sebagai kajian dan contoh satu sistem kerjasama antara manusia dan mesin. Mungkin lepas ni, sistem ini akan dimajukan dan diaplikasikan pada teknologi dan penggunaan yang lain. Jangan dijadikan senjata untuk berperang sudah. Mungkin juga ini permulaan kepada pemberontakan robot seperti dalam filem terminator? Imaginasi yang mengarut tapi tidak mustahil berlaku.



Tibe2Jam6Petang 

Awesome: Robot Transformer Mini Yang Sebenar (2 Gambar)

Robot lagi.

Mungkin Jepun sekarang semakin menguasai teknologi robot. Selepas rancangan serius ahli politik Jepun untuk membangunankan program robot Gundam, mungkinkah seterusnya adalah pembangunan drone versi robot (transformer)?

Mari lihat model robot transformer mini yang dihasilkan oleh seorang pelajar daripada Jepun, Kenji Ishida. Robot ini dinamakan Brave Robot menggunakan sebanyak 22 buah motor Servo dan ianya merupakan versi kelapan Brave Robot. Sangat cool.




Tibe2Jam6Petang 

Wednesday, August 8, 2012

Taman Tema Transformer Buatan Sendiri Di China (6gambar)

Nice.

Karyawan daripada China, Zhu Kefeng dan kumpulannya telah membuka satu taman tema Transformer di sebuah tapak kilang terbiar seluas 225 hektar yang terletak di Jiaxing, Wilayah Zhejiang.

Mereka membina robot-robot logam dengan menggunakan bahan daripada kereta dan juga bahagian mesin yang dikitar semula.

Dinamakan Mr. Iron Robot theme park, taman tema ini mempunyai lebih daripada 600 buah robot logam yang diinspirasikan daripada filem Transformer dan kumpulan ini telah menghabiskan masa selama 10 tahun untuk membuat robot-robot tersebut.

Tuesday, August 7, 2012

Moves Like Jagger Featuring Stephen Hawking (Video)

Siapa pernah dengar Stephen Hawking menyanyi?

Video di bawah merupakan lagu Moves Like Jagger yang di-cover oleh sebuah band robot. Suara digital tersebut adalah daripada alat DECtalk Express dan ianya merupakan unit yang sama seperti digunakan oleh Stephen Hawking untuk bercakap pada tahun 80-an.

Tidak hairanlah suarnya seperti professor yang terkenal dengan buku A Brief History of Time. Not bad haha.


Tibe2Jam6Petang

Sunday, August 5, 2012

Panduan Untuk Berhadapan Dengan Pemberontakan Robot (Video)

Robopocalypse!

Video yang menarik untuk penggemar filem fiksi berasaskan robot. Aku pasti anda mesti pernah menonton filem mengenai pemberontakan robot terhadap manusia, terutamanya filem Terminator.

Kalaulah situasi seperti dalam filem tersebut berlaku suatu hari nanti, apakah yang harus anda lakukan untuk berdepan dengan robot selain menyertai The resistance?

Mari lihat apa yang anda harus lakukan jika berhadapan dengan robot dan cara menyelamatkan diri apabila situasi kebangkitan robot ini berlaku. Ianya berdasarkan fakta dan lojik. Itu pun JIKA berlaku. hah


Tibe2Jam6Petang

Sunday, July 22, 2012

Cool: Kepala Termaxinator T-800 Versi Sebenar (8 Gambar)

Woah sangat cool!

Zaman robot sudah semakin dekat. Mungkin ini adalah kepala terminator yang paling realistik setakat ini. Kepala robot T-800 ini dihasilkan oleh T-Studio Animatronics Works daripada negara Matahari Terbit. Kalau buat lengkap dengan badan sekali, pasti lagi super!









Tibe2Jam6Petang 

Tuesday, July 17, 2012

Serius: Ahli Politik Jepun Mahu Cadang Pembangunan Robot Gundam Sebenar Untuk Pertahanan (2 Gambar)

Biar betul?

Sebuah rancangan video Jepun yang bakal bersiaran akan membawakan perbincangan beberapa ahli politik daripada Japan's Liberal Democratic Party (LDP). Perbincangan ini adalah mengenai idea pembinaan robot Gundam sebenar yang boleh berfungsi. Menurut ahli LDP tersebut, pihak LDP sangat serius untuk mempertimbangkan pembangunan robot Gundam yang mungkin digunakan untuk tujuan pertahanan negara.

Pada tahun 2008, Agensi Sains dan Teknologi Jepun telah menganggarkan kos pembuatan sebuah robot Gundam sebenar berketinggian 60 kaki dan seberat 43.7 tan metrik adalah sebanyak US$725 000 000, tidak termasuk kos pekerja.

Melihat kepada perkembangan teknologi robot di Jepun, tidak mustahil robot Gundam ini akan dihasilkan dan sekaligus mempromosikan industri pembuatan 'senjata' ini. Tapi itupun jika LDP diberikan peluang untuk memegang kuasa kerajaan Jepun kembali.

Untuk pengetahuan anda LDP memegang kuasa kerajaan Jepun selama 54 tahun sejak perang dunia kedua tamat. Kerajaan Jepun sekarang dipegang oleh Democratic Party of Japan (DPJ) yang mengambil alih kerajaan Jepun sejak kemenangan pilihanraya pada tahun 2009.

Mungkin juga rancangan pembangunan robot Gundam ini merupakan salah satu strategi LDP untuk meraih undi anime fags di Jepun pada pilihan raya akan datang. Hehe. Apapun, harap-harap tidak akan terjadi perang yang melibatkan robot Gundam kerana sudah pasti ia adalah satu malapetaka yang sangat buruk.

P/s: Pembangunan robot Transformer juga semakin giat dijalankan oleh pelajar universiti Jepun.



Tibe2Jam6Petang

Thursday, July 12, 2012

Robocup: Pertandingan Bola Sepak Dunia Antara Robot (7 Gambar)

Info.

FIRA (Federation of International Robot-soccer Association) merupakan satu badan antarabangsa yang bertanggungjawab untuk mengendalikan acara tahunan untuk pertandingan bola sepak dunia antara robot, iaitu RoboCup. Selain mengadakan pertandingan bole sepak antara robot, RoboCup juga melibatkan pertandingan robot menari dan robot penyelamat.

Idea untuk mengadakan pertandingan ini dimulakan di Jepun seawal tahun 1993 dan pertandingan pertama adalah pada tahun 1995. Jangan terkejut kerana tujuan utama pertandingan ini ialah untuk mencipta sekumpulan robot yang mampu untuk mengalahkan kumpulan bola sepak manusia pada piala dunia tahun 2050!

Tahun ini ianya diadakan di Teheran, Iran dan seramai 359 kumpulan mengambil bahagian.








Tibe2Jam6Petang

Saturday, June 16, 2012

Isteri kantoi dengan Robot main kayu tiga



Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu... 

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang. 

"Kamu dari mana?" tanya Samad. 
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya. 
-PLANG- Robot tersebut menampar anaknya. 

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??! 
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...". 
"Cerita apa? 
"Cerita Papadom ayah". 
-PLANG- 
"Katakan dengan jujur cerita apa?!" 
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah". 

Mendengarkan itu marahlah Samad. 
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie. 

-PLANG- Samad ditampar oleh robotnya. 
Suasana hening untuk beberapa ketika... 

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..." 

-PLANG*-
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam..

p/s:hahaha

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More