Showing posts with label Melegakan Kembung Perut. Show all posts
Showing posts with label Melegakan Kembung Perut. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Petua Kembung Perut, Luka, Resdung dan Sakit Gigi?

Anda pernah dengar tak tentang tumbuhan yang namanya Pokok Lembiaga? Buat makluman, daun lembiaga ni boleh digunakan bagi mengubati telinga bernanah. Saya pernah kongsi mengenainya melalui artikel "Apa Ubat Telinga Bernanah?". Anda boleh klik saja pautan tersebut untuk petua selanjutnya.

Pokok Lembiaga 

Pokok ini biasanya tumbuh di meliar di kawasan berhampiran pantai. Terutamanya di hutan paya bakau. Selain telinga bernanah ia didapati boleh merawat kembung perut, leka ehh...silap luka, resdung dan sakit gigi.

Caranya akan saya nyatakan satu persatu di bawah.

A. Kembung perut

1. Petik beberapa helai daun lembiaga yang masih segar.

Daun Lembiaga

2. Layurkan kesemua daun tersebut.

3. Tampalkan daun yang telah dilayurkan tadi ke atas perut yang sakit.

4. Ulangi semula langkah 1 hingga 3 beberapa kali sehinggalah masalah kembung perut yang anda hadapi benar-benar sembuh.


B. Luka dan sakit gigi

1. Petik beberapa helai daun lembiaga yang masih segar.

2. Titikkan getah yang ada pada gigi atau tempat yang terluka.

Itu saja kaedahnya. Mudah, kan?


C. Resdung

1. Dapatkan sedikit kulit kayu pokok lembiaga.

Kulit kayu Pokok Lembiaga

2. Jemurkan ia beberapa hari untuk tujuan pengeringan.

3. Setelah ia benar-benar kering, bakar kulit kayu tu dan hidu asapnya.

4. Pastikan anda hidu sampai ada lendir yang keluar dari hidung.

5. Kaedah ini boleh diulangi setiap kali anda mengalami resdung.

Ingin saya ingatkan kepada anda yang baru pertama kali mencuba kaedah ini, lakukannya sekali saja dulu. Jika serasi, barulah diteruskan secara konsisten. Okey. =)


PetuaSejagat

Monday, August 9, 2010

Atasi Masalah Kencing Tak Lawas?

Sejak kebelakangan ini, ramai benar yang mencari petua kencing tak lawas di sini. Mungkin masih ramai yang mengalaminya dan belum jumpa jalan penyelesaian. Justeru itu, saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi satu petua tradisional untuk melawaskan kencing.

Bahan utama yang anda perlukan adalah rumput sambau. Nama saintifiknya ialah "Eleusine Indica". Di sisi penanam padi, ia dikenali sebagai rumput perosak. Namun bagi anda yang mengalami masalah kencing tidak lawas, ia boleh dijadikan ubat.

Anda boleh lihat imej di bawah untuk mengenali rumput sambau secara lebih dekat.


Imej Rumput Sambau

Rumput Sambau - oisat.org




Jika masih kurang jelas, sila lihat pula gambar berikut;


Gambar Rumput Sambau

Rumput Sambau 2 - scsphotogallery.tamu.edu




Baiklah, sekarang kita beralih pula kepada cara-cara menggunakan rumput sambau bagi mengatasi masalah anda ya;


1. Pertama sekali, dapatkan 3 rumpun akar rumput sambau.


Akar Rumput Sambau

Akar Rumput Sambau - davesgarden.com



2. Seperti biasa, anda perlu bersihkannya terlebih dahulu.

3. Kemudian, rebuskan akar tersebut sehinggalah paras airnya tinggal kira-kira sepertiga daripada paras asal.


Akhir sekali, anda tuang dan tapis air rebusan tadi dalam cawan. Minumlah secara perlahan-lahan. Amalkannya sehingga masalah anda beransur pulih.


Selain untuk melawaskan kencing, amalan di atas boleh juga digunapakai bagi mengatasi masalah cacing, demam kuning dan melegakan kembung perut.


Selamat Mencuba ya!



P.S: Banyak juga khasiat rumput sambau ni. Jika diizinkanNya, nanti saya kongsikannya lagi dengan anda.

Sunday, December 27, 2009

Atasi Masalah Bau Mulut dan Nafas Berbau

Bau mulut yang menyenangkan memberikan anda lebih keyakinan untuk berinteraksi dengan individu lain. Tapi, anda tahu tak cara untuk mengatasi masalah mulut berbau ataupun nafas berbau ni?

Jika anda perasan, saya pernah menerbitkan artikel berkaitan masalah nafas berbau di sini dan masalah bau mulut kat sini. Anda boleh merujuk pada pautan yang diberikan tu sebagai maklumat tambahan yer.

Pada edisi kali ini, petuanya berfungsi mengatasi kedua-dua masalah sekaligus. Iaitu boleh menghilangkan masalah nafas berbau serta mengawal bau mulut anda. Bahan utama yang diperlukan adalah bunga cengkih.


cengkih (syzygium aromaticum l.)

cengkih (syzygium aromaticum l.) - soorganic.com




Cara mengamalkan petua ini adalah seperti berikut:


1. Ambil sebanyak 10 hingga 15 biji atau bunga cengkih.

2. Rebuslah cengkih tersebut bersama 10 gelas air bersih kira-kira dalam masa 15 minit. Ataupun sehingga air rebusan tu tinggal lebih kurang pada paras 3 gelas.

3. Kemudian, anda minumlah air rebusan itu sebanyak 1/4 atau 1/2 gelas sekurang-kurangnya sekali sehari.

Namun begitu, anda boleh meminumnya sebanyak 3 kali (selepas makan) untuk kesan yang lebih baik.

Di samping itu, air rebusan cengkih ni juga boleh anda gunakan untuk tujuan lain. Antaranya bagi melegakan kembung perut, membuang angin dalam badan dan melegakan rasa sengal-sengal.


Selamat Mencuba!

Monday, April 13, 2009

Nak Melegakan Kembung Perut?

Masalah kembung perut seringkali terjadi kat bayi, kan? Tapi ada juga orang dewasa yang mengalaminya. Mungkin kerana ketidakselesaan. Orang biasa cakap "masuk angin". Justeru, kalau anda mengalami masalah ini, bolehlah mencuba petua di bawah. Tak susah sebenarnya kalau nak melegakan kembung perut ni. Anda cuma perlukan sebuku halia dan air panas.



air halia untuk melegakan kembung perut

Gambar halia - Wei East



Langkah-langkah menyediakan air halia ni;


1. Sediakan sebuku halia dan bersihkan.

2. Tumbuk halia tu tapi jangan sampai terlalu lumat. Biar hancur sedikit dah cukup.

3. Sediakan air panas. Kalau takder, gi jerang dulu. :)

4. Masukkan halia yang dah ditumbuk tadi ke dalam gelas kosong.

5. Kemudian tuangkan air panas dalam gelas yang berisi halia. Agak-agak dalam setengah gelas, ok.

6. Tutup gelas tadi dengan piring. Biarkan selama 10 minit.

7. Selepas itu, tapis air tadi. Bahagikan kepada 2. Setengahnya untuk anda minum dan selebihnya untuk disimpan dalam peti sejuk.

8. Sekiranya perut anda masih belum lega, minumlah baki air halia yang dah disejukkan tu.

9. Ulangi langkah 1-8 sehingga masalah kembung perut anda sembuh. :)


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More