Showing posts with label ratu cantik dunia. Show all posts
Showing posts with label ratu cantik dunia. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Apa Kes ni! Ratu cantik AS dituntut bayar RM15 juta



NEW YORK – Ratu cantik yang dinobatkan sebagai Ratu Amerika Syarikat tahun ini diarah membayar penganjur pertandingan RM15 juta kerana memfitnah.

Dalam satu keputusan yang ditandatangani minggu lalu, seorang pengadil mendapati pandangan Ratu Pennsylvania AS, Sheena Monnin palsu, berbahaya dan berniat jahat. Monnin dikatakan telah menuduh bahawa lima finalis telah dipilih terlebih dahulu.

Pengadil, Theodore Katz berkata, Monnin mempunyai dua motif. “Dia tidak berpuas hati yang gagal untuk melepasi peringkat saringan dan dia membantah keputusan pertandingan yang membenarkan peserta transgender," katanya.

Monnin melepaskan gelaran negerinya selepas pertandingan itu. Peguam Monnin, Richard Klineburger III, tidak memberi sebarang komen berhubung perkara itu.

Katz berkata, Monnin bersetuju untuk menimbang sebarang pertikaian apabila dia menjadi peserta Ratu AS, tetapi Katz menulis dalam keputusannya bahawa Monnin dan peguamnya tidak mengambil bahagian dalam proses dan menuntut bahawa mereka tidak perlu berbuat demikian.

Pemenang pertandingan Ratu AS, Olivia Culpo dari Rhode Island bersaing dalam pertandingan Ratu Dunia, semalam. - Sinarharian

Monday, May 28, 2012

Lawak Ratu Cantik dunia



Satu pertandingan ratu cantik dunia sedang diadakan. Seorang demi seorang wanita cantik keluar ke pentas memperagakan diri sambil diperkenalkan oleh juru acara majlis.

"Inilah Miss Malaysia!!"....tetamu bertepuk sambil bersorak..
"Inilah Miss China!!" ....tetamu semakin galak bersorak..
"Inilah Miss India!!!"....semakin rancak tepukan dan ada yang bersiul-siul...

Tiba-tiba tabir belakang pentas terselak dan keluarlah seorang nenek tua bertongkat tercengang-cengang. Nenek itu kelihatannya seolah-olah tak mengerti langsung apa yang berlaku. Sambil berjalan dengan tongkatnya ke atas pentas, nenek tua itu menggaru-garu kepalanya.

Keadaan itu membuatkan juru acara tergamam dan dengan spontan beliau berkata, "Err..dan yang ini pula...Miss Understanding"... hehehehe

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More