Thursday, December 20, 2012

Apa Kes ni! Ratu cantik AS dituntut bayar RM15 juta



NEW YORK – Ratu cantik yang dinobatkan sebagai Ratu Amerika Syarikat tahun ini diarah membayar penganjur pertandingan RM15 juta kerana memfitnah.

Dalam satu keputusan yang ditandatangani minggu lalu, seorang pengadil mendapati pandangan Ratu Pennsylvania AS, Sheena Monnin palsu, berbahaya dan berniat jahat. Monnin dikatakan telah menuduh bahawa lima finalis telah dipilih terlebih dahulu.

Pengadil, Theodore Katz berkata, Monnin mempunyai dua motif. “Dia tidak berpuas hati yang gagal untuk melepasi peringkat saringan dan dia membantah keputusan pertandingan yang membenarkan peserta transgender," katanya.

Monnin melepaskan gelaran negerinya selepas pertandingan itu. Peguam Monnin, Richard Klineburger III, tidak memberi sebarang komen berhubung perkara itu.

Katz berkata, Monnin bersetuju untuk menimbang sebarang pertikaian apabila dia menjadi peserta Ratu AS, tetapi Katz menulis dalam keputusannya bahawa Monnin dan peguamnya tidak mengambil bahagian dalam proses dan menuntut bahawa mereka tidak perlu berbuat demikian.

Pemenang pertandingan Ratu AS, Olivia Culpo dari Rhode Island bersaing dalam pertandingan Ratu Dunia, semalam. - Sinarharian

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More