KUALA LUMPUR – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan menganjurkan pelbagai acara menarik di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini.
KPKK melalui satu kenyataan media memberitahu, acara berkenaan diadakan bersempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krimas 2012 dan Sambutan Perayaan Tahun Baru 2013.
“Acara bermula dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam. Acara ini bermula dengan Program Larian Tahun Baru 1Malaysia dan Program Lebuh Seni Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, turut diadakan pameran jabatan dan agensi di bawah KPKK, jualan dan demonstrasi produk kraf seni dan budaya serta program Persembahan Generasi Baru.
Tambah kenyataan itu, majlis turut dimeriahkan dengan sambutan detik 12 tengah malam, Konsert Rakyat dan penampilan Ratu Cantik Pelancongan Dunia 2012.
Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2012 dan Sambutan Perayaan Tahun Baru 2013 dijadual dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – mynewshub.my
0 comments:
Post a Comment