Showing posts with label pemain bolasepak malaysia. Show all posts
Showing posts with label pemain bolasepak malaysia. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

Misi Cipta Kejutan K.Rajagopal


JANGAN GENTAR! Itu amanat ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal kepada barisan pemain Harimau Malaya menjelang pertembungan getir menentang Thailand bagi aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2012, malam ini.


Atas kertas, skuad kebangsaan berdepan misi mencabar untuk menggapai tiket ke final dalam usaha mempertahankan kejuaraan dimenangi di Jakarta, dua tahun lalu selepas sekadar seri 1-1 pada pertemuan pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Keputusan itu meletakkan Harimau Malaya dalam kedudukan bahaya kerana Thailand yang dikendalikan Winfried Schafer hanya memerlukan keputusan seri 0-0 untuk mara ke final buat kali keenam dengan mengambil kira format gol di tempat lawan.

Namun tidak mustahil untuk anak buah Rajagobal mencipta kejutan ke atas pasukan pilihan itu di Stadium Supachalasai yang bakal dipenuhi 20,000 penyokong kerana kemenangan 1-0 sudah cukup buat melangkah ke final.
“Saya yakin dengan kemampuan pemain. Kami tidak perlu gentar kerana kami mempunyai pengalaman berdepan situasi seperti ini sebelum ini. Pemain saya akan menunjukkan karektor sebenar pada perlawanan ini, kami mahu menang dan melangkah ke final,” katanya kepada pemberita pada sidang media semalam.
Biarpun persiapannya terjejas berikutan layanan buruk tuan rumah yang menyediakan padang latihan seperti sawah padi kelmarin, Rajagobal tetap positif mampu merancang strategi ampuh untuk menyingkirkan juara tiga kali, Thailand dari kejohanan dwitahunan ini.

Tempoh sejam latihan rasmi Harimau Malaya di Stadium Dhebhasadin, semalam digunakan sebaik-baiknya oleh pengendali berusia 56 tahun itu memperkemaskan taktikal dan menilai pemain.

“Kami menjangkakan persiapan berjalan lancar apabila tiba di Bangkok tapi sebaliknya yang berlaku, mana-mana jurulatih pasti kecewa dengan perkara ini. “Kami akan melakukan apa yang perlu dalam latihan hari ini (semalam) bagi persiapan menentang Thailand,” katanya yang membuat sentuhan magis ketika membimbing Harimau Malaya menjulang kejuaraan pada 2010.

Semoga Harimau Malaya berjaya malam ini....

Artikel Asal : Harian Metro

Tuesday, December 11, 2012

Khairul Fahmi akan Dinikahkan Oleh Menteri Besar Kelantan


Hanya tinggal lebih kurang 18 hari sahaja lagi sebelum majlis pernikahan Khairul Fahmi Che Mat(Apek) dan Leuniey. Di waktu ini, Apek sedang sibuk menjalani latihan untuk menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF menentang Thailand.

Pastinya Apek tersenyum girang apabila Pejabat Menteri Besar Kelantan mengesahkan yang Tuan Guru Nik Aziz sendiri akan menikahkan dirinya dengan Leuniey pada 28 Disember kelak. Hal ini telah disahkan oleh ayah Leuniey kepada Portal Murai.
Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi.
Semoga majlis pernikahan Apek dan Leuniey kelak akan berjalan dengan lancar. Teringat kenangan Abang Nara ketika majlis pernikahan. Habis darah naik ke muka sehingga pucat lesi dibuatnya. Semoga Apek menggunakan pengalamannya beraksi di “big match” untuk menghilangkan darah gemuruh. Good luck and all the best. Kredit foto The Photolicious.

Artikel Asal Oleh http://beautifulnara.com

Sunday, December 2, 2012

Gambar Wan Zack Haikal Bersama Kekasihnya


Biodata Wan Zack Haikal :
Nama Penuh : Wan Zack Haikal Bin Wan Noor
Tarikh lahir : 28 januari 1991
Tempat lahir :Maran, Pahang, Malaysia
Tinggi : 163 cm
Posisi : Winger/pemain Sayap
Kelab : Harimau Muda
Anugerah :
S League Yeo’s People’s Choice Award 2012
YEO’s Young Player of the Year 2012




Sumber Gambar : liyanaa.com/

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More