Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts

Friday, July 27, 2012

Tips Komunikasi Kewangan Suami Isteri


Percaya atau tidak, yang lebih menjamin kesejahteraan kewangan suami dan isteri adalah komunikasi. Banyak krisis yang berlaku dalam rumah tangga berpunca dari komunikasi mengenai topik kewangan yang tidak lancar.

Jika tidak mengapa yang sudah mempunyai rumah banglo & kereta mewah-mewah masih juga bercerai berai atau yang miskin tak cukup makan juga bercerai berai.

Apa yang menentukan kesejahteraan kewangan adalah perancangan kewangan ‘bersama’ yang sudah pastinya mediumnya adalah ‘komunikasi’ yang berkesan & terbuka.

PERANAN ISTERI

1. Nyatakan kepada suami pandangan korang mengenai wang dan minta dia juga melakukan hal yang sama.

2. Bincang tujuan kewangan yang ingin korang capai dan minta suami melakukan hal yang sama.

3. Selepas masing-masing tahu matlamat kewangan pasangan, buat keutamaan mengenai matlamat kewangan mana yang sebaik-baik dicapai dahulu oleh korang berdua.

4. Rancang cara untuk mencapai matlamat kewangan tersebut. Rancangan itu haruslah praktikal dan boleh dilaksanakan oleh kedua-duanya.

5. Tulis tindakan yang akan korang berdua ambil untuk melaksanakan rancangan tersebut. Misalnya korang akan melakukan ini, pasangan korang akan melakukan itu, sehingga korang berdua berjaya melaksanakan rancangan itu bersama.

6. Bincangkan cara terbaik untuk korang berdua mengendalikan urusan kewangan setiap hari.

7. Tentukan siapa di antara korang berdua yang akan membayar bil-bil atau belanja rutin setiap bulan.

8. Tentukan jumlah had pengeluaran yang boleh dilakukan oleh korang secara peribadi (tanpa perlu tanya terlebih dahulu kepada pasangan korang)

9. Tentukan jenis pelaburan yang akan korang lakukan untuk jangka masa panjang.

10. Pastikan adakah wang masing-masing perlu disimpan dalam akaun bersama atau akaun masing-masing.

11. Menabunglah bersama-sama untuk masa depan, terutamanya apabila korang berdua tidak bekerja lagi.

12. Kerap berbincanglah mengenai rancangan yang sudah dijalankan. Nilai semula rancangan tersebut, sekurang-kurangnya setahun sekali untuk melihat samada korang berdua masih mempunyai matlamat kewangan yang sama dan adakah rancangan itu ada menunjukkan kemajuan dalam tempoh yang sudah ditetapkan.

13. Peruntukkan waktu secara rutin untuk berbincang secara terbuka mengenai masalah kewangan yang korang hadapi dalam rumah tangga.

PERINGATAN UNTUK SUAMI

Untuk para suami, adakah korang jenis suami yang enggan memberitahu jumlah gaji sebenar kepada isteri? Kalau ya, mungkin korang termasuk dalam golongan ini

1. Korang ego tak tentu pasal! Korang mungkin tidak ingin isteri tahu bahawa pendapatan korang tidak besar. Sedangkan korang tidak sedar ini dapat menyukarkan perancangan kewangan yang telus!

2. Korang juga mungkin tidak mahu isteri tahu bahawa pendapatan korang sememangnya besar.

3. Menganggap persoalan pendapatan adalah peribadi walaupun terhadap isteri sendiri! Ini bukan masalah gaji besar atau kecil tapi korang rasa “ Duit saya duit saya. Duit dia, duit Dia!”

Apabila suami isteri sudah mempunyai komunikasi kewangan yang baik, maka dengan sendirinya korang akan sukarela memberitahu berapa jumlah gaji korang setiap bulan!

FAEDAH

1. Suami isteri akan lebih bijak mengatur perbelanjaan keluarga kerana dia tahu HAD sebenar.

2. Komunikasi kewangan antara suami isteri pasti akan jadi lebih mudah kerana ia menunjukan korang cukup berfikiran TERBUKA. Keterbukaan adalah salah satu syarat terjalinnya komunikasi yang baik.

3. Salah seorang dapat bertindak sebagai pengimbang kerana masing-masing tahu had sebenar.

4. Kesusahan dapat dikongsi dengan baik kerana pasangan sudah mengamalkan sifat terbuka.

Misteriousgrapersz 

5 Kesilapan Menguruskan Kewangan Anak


Hampir semua orang pernah melakukan kesilapan berhubung isu wang. Ketahuilah beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa ketika mendidik anak tentang kewangan dan cara membetulkannya. Berikut adalah antara kesilapan yang kerap dilakukan ibu bapa.

1. Menjadi mesin pengeluar wang versi manusia
Menguruskan segala urusan jual beli anak membuatkan korang kelihatan seperti menjadi mesin pengeluar wang versi manusia. Sepatutnya, berikan anak elaun dan ingatkan mereka untuk membuat pembayaran bagi apa-apa yang ingin mereka miliki. Sama ada untuk membeli buku dari kedai atau mendapatkan barangan permainan kegemaran, anak seharusnya bijak membuat pembayaran sendiri. Tindakan itu boleh mengurangkan mereka daripada merungut sekali gus membolehkan mereka mengasah kemahiran mengira atau matematik. Menerusi cara itu juga, anak-anak boleh belajar daripada kesilapan mereka. Dengan membuat pembayaran sendiri, anak-anak akan lebih menghargai barangan yang diperoleh atau dibeli.

2. Terlepas pandang pengajaran harian
Jangan lepaskan peluang untuk berbincang dengan anak tentang isu-isu berkenaan ekonomi yang ringkas dalam persekitaran berbeza setiap hari. Sewaktu membeli-belah, ibu bapa boleh menerangkan mengapa tindakan memilih bungkusan produk berkos lebih rendah lebih baik. Terangkan juga mengapa menambah stok barangan dapur ketika musim jualan murah merupakan satu tindakan yang baik. Berikan penjelasan kepada anak bahawa dengan menjimatkan RM10 setiap minggu, jumlah yang dijimat dalam tempoh sebulan boleh mencecah RM40 atau sekitar RM480 setahun. ANDAINYA terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak bagaimana duit itu bertambah.

3. Tidak melibatkan anak dalam matlamat jangka masa panjang
Pengurusan wang yang kukuh melibatkan dua perkara penting. Pertama, membuat perancangan awal dan kedua, membuat pilihan. Jika korang merancang sebuah percutian, beritahu anak tentang isu bajet yang melibatkan kos tiket penerbangan, hiburan dan penginapan. Andainya terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak bagaimana duit itu bertambah.

4. Terlepas peluang untuk memberi anak motivasi tentang tabiat menabung
Jika ada peluang, tunjukkan kepada anak bagaimana sesuatu pelan kewangan berfungsi dan mengapa sumbangan atau tabungan wang yang sedikit adalah penting dalam jangka masa panjang.

5. Tidak menerangkan bagaimana kad kredit berfungsi

Seorang pelajar firma pinjaman wang, Nellie Mae pernah menganggarkan, purata hutang yang ditanggung oleh seseorang pelajar universiti ialah sekitar RM5,000. Jumlah tersebut berkemungkinan besar berganda apabila mereka tamat pengajian di menara gading. Dari situlah bermulanya satu masalah sebenar. Anak remaja yang gagal memahami atau menguruskan hutang kad kredit seawal usia 18 tahun, lebih cenderung berdepan dengan masalah besar di kemudian hari. Benarkan anak berlatih menggunakan kad pra-bayar atau kad debit terlebih dahulu. Kad-kad seperti itu menawarkan kemudahan bagi menetapkan had tunai mingguan yang terhad. Ibu bapa juga boleh mendapatkan status penggunaan wang itu menerusi e-mel dan menentukan sama ada perlu atau tidak perbincangan lanjutan untuk mendidik anak agar mereka lebih berhemah ketika berbelanja

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More