Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Lepas 4 hari pembedahan, Datuk K sudah boleh berjalan


KUALA LUMPUR – Selepas empat hari menjalani pembedahan, suami penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih terkenal dengan panggilan Datuk K kini sudah boleh berjalan di sekitar wad Hospital Southland, Invercargill di New Zealand tempat beliau menjalani pembedahan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak keempat Datuk K, Muhammad Aazief, 14, dalam laman Twitternya semalam.

Dalam laman Twitter berkenaan Aazief berasa gembira apabila mendapati ayahnya itu sudah boleh berjalan sedikit demi sedikit.

“Papa beransur-ansur dapat berjalan semula,” tulis Aazief dalam laman Twitter miliknya itu lebih kurang pukul 1 petang waktu New Zealand (pukul 5 petang waktu Malaysia). - Kosmo

Terkini! Datuk K mula boleh berjalan



DATUK Khalid Mohamad Jiwa, suami penyanyi tersohor tanah air Datuk Siti Nurhaliza, yang patah kaki akibat kemalangan motosikal di New Zealand minggu lalu, sudah mula boleh berjalan seperti biasa.

Perkembangan terbaru ini dikongsi oleh anak lelakinya, Mohammad Azief, menerusi laman mikro Twitter, hari ini. “Ayah perlahan-lahan boleh berjalan kembali,” tulisnya ringkas.

Azief juga memberitahu bahawa keadaan Datuk K semakin pulih. Datuk K terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi di Queenstown, New Zealand minggu lalu.

Siti Nurhaliza dan anak-anak Datuk K berada di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand sejak hujung minggu lalu. -Sinarharian

Tuesday, December 18, 2012

Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan berjaya - Siti Nurhaliza


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, suami kepada penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Tarudin selamat menjalani pembedahan selama enam jam di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand semalam.

Difahamkan, Datuk K dibawa ke bilik pembedahan kira-kira pukul 9.30 pagi semalam waktu Malaysia (pukul 1.30 petang waktu New Zealand).

Beliau selesai menjalani pembedahan pada kira-kira pukul 4 petang waktu Malaysia (pukul 8 malam waktu New Zealand).

Pembedahan itu melibatkan bahagian belakang badannya, bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada ia membabitkan tulang belakang atau sebaliknya.

Siti menerusi akaun laman sosial Twitter @CTNurhaliza11 memberitahu, pembedahan ke atas suaminya yang mengambil masa kira-kira enam jam itu berjalan lancar.

"Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan berjaya. Mohon doakan terus. Terima kasih semua, hanya Allah yang akan membalas jasa baik kalian," katanya. - Kosmo

Saturday, December 15, 2012

Video Siti Nurhaliza menyanyi di Majlis Persandingan anak Datuk K dan Datuk Hishammuddin


Video Siti Nurhaliza menyanyi di Majlis Persandingan anak Datuk K dan Datuk Hishammuddin yang berlangsung di Taman Sri Lambak, Sembrong, Kluang. Agak malang sebenarnya apabila majlis persandingan terpaksa diteruskan tanpa kelibat Datuk K selepas beliau terlibat kemalangan di New Zealand. Kini Datuk K terlantar di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand dan difahamkan terpaksa dibedah esok. Jom tonton video Siti Nurhaliza menyanyi dengan suara yang sangat merdu.

Friday, December 14, 2012

(5 Gambar) Siti Nurhaliza pakai baju t-shirt dan seluar jean

Cantiknya Siti Nurhaliza walaupun hanya memakai baju t-shirt dan seluar jean. Datuk Siti memang ceria orangnya, jarang nampak dia termenung atau tidak senyum. Kebanyakkan gambar Siti kelihatan sentiasa senyum. Dengan melihatnya, sesiapa yang bersedih dan tertekan akan mula tersenyum dan ceria. Jom tengok lima gambar Datuk Siti yang cantik dan menawan dengan hanya memakai baju T-shirt dan seluar jean.






Thursday, December 13, 2012

Saya terlalu rindukan Datuk K - Siti Nurhaliza


Berikutan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand semalam, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza akan berlepas ke New Zealand tengah hari ini bersama kakak iparnya, Datin Zaiton Mohamad Jiwa.

Beliau sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke New Zealand.

Siti Nurhaliza memaklumkan keberadaannya melalui laman mikro Twitter kira-kira dua jam lalu.

“Salam... berada di KLIA untuk ke Perth-Auckland-Dunedin... semoga perjalanan ini lancar Ya ALLAH... amin,” katanya.


Khalid yang turut dikenali sebagai Datuk K mengalami patah bahu, cedera pada tangan dan kaki.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 12.30 tengah hari waktu Malaysia ketika beliau sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Laman Twitter penyanyi tersohor itu dibanjiri ucapan dan doa daripada kenalan serta peminatnya.

Kira-kira sejam lalu, Siti Nurhaliza turut memuat naik gambarnya bersama Datuk K dengan mesej "terlalu merinduinya."

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Ogos 2006. - Sinarharian

Datuk K Kemalangan Di New Zealand, Siti Batal Konsert



KUALA LUMPUR 13 Dis - Penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terpaksa membatalkan konsert terakhirnya, Konsert Ekspresi Karya Gemilang  di Banjarmasin, Indonesia apabila perlu berlepas ke New Zealand untuk melihat keadaan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di sana.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, dalam kemalangan itu Datuk K yang menunggang motosikal berkuasa tinggi patah bahu kiri, cedera pada tangan kanan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.

Sementara itu Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminat kerana tidak dapat mengadakan konsert yang sepatutnya berlangsung pada malam Khamis itu.
“Salam... maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya.


Siti akan berlepas ke New Zealand bersama kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa pada Jumaat ini untuk melihat keadaan suaminya.

Artikel Asal : KLPOS

Monday, November 12, 2012

Alamak Siti Nurhaliza, nampaklah bukit awak tu

Alamak Siti Nurhaliza, nampaklah bukit awak tu dalam gambar !!


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More