Showing posts with label Daun Nangka. Show all posts
Showing posts with label Daun Nangka. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

4 Petua Banyakkan Air Susu Ibu Lepas Bersalin

Oleh sebab ramai di antara anda yang mencari petua menambah air susu, saya nak kongsilah 4 petua banyakkan air susu. Ianya sesuai serta selamat diamalkan oleh para ibu selepas bersalin. Sebelum ini, saya ada sentuh sikit mengenainya, tapi tak berapa mendalam lah. Anda boleh rujuk artikel bertajuk Khasiat Daun Selasih dalam Merawat Penyakit.

Untuk petua kali ini, terdapat beberapa bahan lain yang boleh anda gunakan selain daun selasih. Antaranya ialah daun nangka, isi lempoyang, daun keledek dan pucuk betik. Cara menggunakan kesemua bahan tersebut bagi memperbanyakkan air susu para ibu adalah seperti berikut;


Petua 1:

Anda amalkan memakan daun keledek dan pucuk betik. Kalau boleh, makanlah setiap hari.


Petua 2:

i. Anda perlukan isi lempoyang. Bagi anda yang tak kenal pokok lempoyang, di bawah ni ada gambarnya.

pokok lempoyang (zingiber zerumbet)

Pokok Lempoyang (Zingiber Zerumbet) - BambooLand.com.au



ii. Isi lempoyang tadi hendaklah ditumbuk sehingga hancur.

iii. Kemudian anda perahkan isi lempoyang yang telah hancur dan tapis untuk mendapatkan airnya. Perahan airnya adalah berwarna kuning dan rasanya agak pahit.

iv. Akhir sekali, anda minumlah air tersebut. Amalkan meminumnya selagi anda ingin memperbanyakkan air susu.


*** Sedikit info mengenai isi lempoyang - Isi lempoyang ni seakan-akan halia tapi berwarna kekuning-kuningan.


Petua 3:

i. Anda ambillah segenggam daun nangka yang masih muda.

ii. Bersihkan daun nangka tadi dan wapkannya sehingga layu.

iii. Kemudian, tumbuk daun nangka tu sampai lembut.

iv. Tambahkan sedikit air bersama daun nangka yang telah ditumbuk.

v. Seterusnya, anda perahkan airnya ke dalam sebiji gelas.

vi. Akhir sekali, anda tambahkan gula dan garam secukup rasa ke dalam air perahan daun nangka tersebut dan minum.


Petua 4:

Petua terakhir ni juga menggunakan daun nangka. Caranya lebih kurang seperti petua 3. Tapi, anda cuma ambil daun nangka yang telah diwapkan hingga layu tu dan makanlah bersama nasi. Kiranya anda jadikan ia sebagai ulam-ulaman. Nak cecah dengan sambal pun boleh. :)


Diharapkan 4 petua di atas dapat membantu para ibu menambahkan air susu mereka demi kesihatan dan kebaikan bayi anda.





Selamat Mencuba!

Friday, August 7, 2009

5 Cara Mudah Melembutkan Daging

Selalunya bila anda menikmati juadah yang berasaskan daging seperti rendang dan kari, tentu lebih berselera jika daging tersebut lembut dan empuk. Nikmatnya memang tak terhingga, kan?

cara melembutkan daging black pepper



Justeru itu, kalau anda bercadang nak masak lauk-pauk yang berasaskan daging seperti daging black pepper, kari ataupun rendang daging, berikut ada 5 cara melembutkan daging yang boleh anda cuba;


Cara Pertama:

1. Anda sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu.

imej daun nangka

Gambar hiasan daun nangka - wikipedia.org



2. Kemudian, masukkan saja daun nangka tadi ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.


Cara Kedua:

1. Anda ambil daun pisang abu dan lapkannya dulu sampai bersih.

2. Kemudian, carik-carikkan daun pisang abu tadi.

3. Lepas tu, masukkan saja ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.


Cara Ketiga:

1. Anda perlukan setengah atau sebiji pinang tua.

gambar pinang

Gambar hiasan pinang - GoldenAgro.com



2. Kupaskan dan bersihkan pinang tua tadi.

3. Setelah itu, masukkannya ke dalam periuk (kuali) untuk dimasak sekali dengan daging.


Cara Keempat:

1. Cara ini pula khas untuk anda yang nak buat sate daging.

2. Memula, hiriskan dahulu daging tersebut.

3. Seterusnya, lumurkan daging tersebut dengan bahan-bahan perencahnya.

4. Kemudian, bungkuskan daging dengan daun betik.

imej daun betik

Gambar hiasan daun betik - wikipedia.org



5. Biarkannya selama 1 jam.

6. Setelah itu, barulah anda bakar sate daging tadi dan hasilnya daging itu lebih wangi dan empuk.


Cara Kelima:

1. Anda perlukan sebatang tebu. Anda boleh gunakan sebarang jenis tebu yer.

2. Buangkan dulu kulit tebu dan bersihkannya.

3. Kemudian, anda potongkan tebu tadi secara memanjang seruas-seruas.

4. Kalau daging tu nak dibuat rendang, masukkan saja isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk penyediaan rendang. Kemudian, masaklah sehingga rendang daging tu empuk.

5. Andainya anda nak buat sup daging pula, rebuslah isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk mereneh sup. Isi tebu tersebut berfungsi untuk melembutkan daging dan menambahkan kelazatan sup.


Sekarang anda dah tahu 5 petua untuk melembutkan daging, kan? Lepas ini bolehlah anda cuba mana-mana cara di atas. Mudah-mudahan masakan daging anda lebih enak nanti. :)

Monday, March 2, 2009

Petua Kesihatan: Menyegarkan Urat Saraf

Rasa letih dan lesu bagaikan asam garam dalam kehidupan. Pendek kata, lepas melakukan apa jua jenis pekerjaan terutamanya yang berat, mesti anda akan berasa letih. Dah guna banyak tenaga, kan? Normal la tu. :)

Justeru itu, kali ni saya nak berkongsi satu petua untuk menyegarkan urat saraf. Boleh lah juga dikategorikan sebagai petua kesihatan. Sebelum bermula, bahan-bahan asas yang anda perlukan adalah daun nangka, daun pandan dan juga daun serai.


Kalau anda tak kenal bahan asas di atas, meh saya tunjukkan dulu dengan lebih dekat;


gambar daun nangka

Daun Nangka


gambar daun pandan

Daun Pandan


gambar daun serai

Daun Serai




Sekarang anda dah cam bahan-bahannya, kan? Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah;

1. Rebus dulu 3 bahan asas tersebut iaitu daun nangka, daun pandan dan daun serai.

2. Setelah mendidih, biarkan dulu air rebusan itu suam. Lebih kurang suam-suam kuku gitu.

3. Kemudian, air rebusan tu anda buatlah sebagai air mandian. Lakukannya selama 3 hari tau.


Jika tiada sebarang aral, badan anda akan kembali segar dan bertenaga.


Selamat Mencuba!



Sumber imej - ms.wikipedia.org

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More