Showing posts with label Datuk Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Datuk Siti Nurhaliza. Show all posts

Sunday, December 16, 2012

Maaf tak dapat bagi gambar terkini, suami mahu privasi - Siti Nurhaliza


KUALA LUMPUR - Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin meminta maaf kepada peminatnya di tanah air kerana tidak memberikan gambar terkini suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K yang kini terlantar sakit di New Zealand didedahkan kepada umum.

Siti yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! memberitahu, beliau terpaksa berbuat demikian bagi menghormati permintaan suaminya itu yang mahukan privasi.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan gambar terkini kerana ia merupakan permintaan daripada suami yang mahukan privasi sepanjang menerima rawatan di Hospital Southland.

"Saya berharap semua pihak memahami situasi kami apabila kami tidak dapat memberikan gambar terkini Datuk K," katanya.

Datuk K terlibat dalam kemalangan di New Zealand Khamis lalu sewaktu beliau bersiar-siar dengan menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson. - Kosmo

Saturday, December 15, 2012

Datuk K terpaksa dibedah esok - Siti Nurhaliza


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra dipanggil Datuk K yang terlibat dalam kemalangan motosikal pada Khamis lalu dijadual menjalani pembedahan ekoran kecederaan serius pada bahagian belakang badan di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand esok.

Anak ketiganya, Muhammad Asyraf, 20, berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh bapanya dalam perbualan telefon kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Muhammad Asyraf menyifatkan kecederaan bapanya agak serius tetapi beliau dalam keadaan stabil.

"Ayah beritahu bahawa dia akan dibedah pada hari Isnin (esok), pembedahan itu mungkin melibatkan bahagian belakang badannya.

"Ayah minta kami supaya tidak terlalu risau keadaannya, malah cadangkan agar kami adik-adik tidak perlu ke New Zealand. Bagaimanapun, saya maklumkan bahawa tiket penerbangan sudah dibeli dan kami akan ke sana pada pukul 2 petang hari ini (semalam)," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Datuk K yang merupakan suami penyanyi popular Siti Nurhaliza kini dirawat di hospital itu yang terletak kira-kira 190 kilometer dari bandar Queenstown. Di bandar itulah Datuk K terlibat dalam kemalangan motosikal ketika bersiar-siar bersama rakan pada Khamis lalu.

Beliau mengalami kemalangan setelah motosikal Harley Davidson yang ditunggangnya terbabas dan melanggar pagar di tepi jalan dalam kemalangan pada pukul 12 tengah hari Khamis waktu Malaysia (pukul 4 petang waktu New Zealand).

Muhammad Asyraf memberitahu, dia dan adik-beradiknya, Muhammad Adib, 22, dan Muhammad Aazief, 14, dijangka tiba di negara tersebut malam ini dan berharap dapat bertemu dengan bapa mereka sebelum pembedahan dilakukan.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza, 33, pula selamat tiba di hospital itu kira-kira pukul 10 pagi waktu Malaysia semalam (pukul 2 petang waktu New Zealand) setelah menempuh perjalanan udara dan darat selama 27 jam dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton. - Kosmo

Friday, December 14, 2012

(5 Gambar) Siti Nurhaliza pakai baju t-shirt dan seluar jean

Cantiknya Siti Nurhaliza walaupun hanya memakai baju t-shirt dan seluar jean. Datuk Siti memang ceria orangnya, jarang nampak dia termenung atau tidak senyum. Kebanyakkan gambar Siti kelihatan sentiasa senyum. Dengan melihatnya, sesiapa yang bersedih dan tertekan akan mula tersenyum dan ceria. Jom tengok lima gambar Datuk Siti yang cantik dan menawan dengan hanya memakai baju T-shirt dan seluar jean.






Thursday, December 13, 2012

Saya terlalu rindukan Datuk K - Siti Nurhaliza


Berikutan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand semalam, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza akan berlepas ke New Zealand tengah hari ini bersama kakak iparnya, Datin Zaiton Mohamad Jiwa.

Beliau sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke New Zealand.

Siti Nurhaliza memaklumkan keberadaannya melalui laman mikro Twitter kira-kira dua jam lalu.

“Salam... berada di KLIA untuk ke Perth-Auckland-Dunedin... semoga perjalanan ini lancar Ya ALLAH... amin,” katanya.


Khalid yang turut dikenali sebagai Datuk K mengalami patah bahu, cedera pada tangan dan kaki.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 12.30 tengah hari waktu Malaysia ketika beliau sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Laman Twitter penyanyi tersohor itu dibanjiri ucapan dan doa daripada kenalan serta peminatnya.

Kira-kira sejam lalu, Siti Nurhaliza turut memuat naik gambarnya bersama Datuk K dengan mesej "terlalu merinduinya."

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Ogos 2006. - Sinarharian

Wednesday, December 5, 2012

7 Gambar cantik Siti Nurhaliza ketika lelong tudung Fareeda

Beberapa gambar cantik Datuk Siti Nurhaliza ketika melelong dua tudung khas miliknya yang telah direka oleh Fareeda untuk membantu pesakit HIV/AIDS. Siti Nurhaliza kelihatan begitu cantik dan comel ketika memakai tudung miliknya itu iaitu seolah-olah berusia awal 20-an. - ROTIKAYA








Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More